Nuff Head

02 November 2010

Penyokong Politik Pembangkang Seumpama Musang Berbulu Ayam

PRK Galas / Batu Sapi: Undilah Barisan Nasional untuk Pembangunan yang Berterusan


Mana Pakatan Rakyat nak lari kalau pelabur dah tak yakin nak menanam pelaburan di negeri yang dikuasai oleh pembangkang!!?  Bukan sahaja pelabur lari, tikus pun lari sebab sudah nak makan di Pulau Pinang.  

Inilah yang cuba diterangkan kepada orang ramai.  Pembangkang ini mentalitinya masih kebudak-budakkan.  Mereka seumpama kanak-kanak kecil yang diberikan kereta Ferrari.  Membahayakan diri-sendiri dan juga ekonomi dan pelaburan di negeri mereka.  

Kita sudah melihat bagaimana nasib negeri-negeri diperintah oleh pembangkang.  Memang tidak sampai ke mana.  Mereka pandai berkokok seumpama bertelur sebiji riuh sekampung.  Namun hasil kerja tidak ada.  Pembangkang cukup ditempatkan di suatu kawasan yang tugasnya untuk membangkang dan membidas tapi awas sekiranya mereka dipilih nescaya buruk padahnya.  Kerja mereka hanya membangkang dan bukan untuk mentadbir dan menguruskan kerajaan.  Habislah hasil bumi yang dikaut tanpa pentadbiran yang bijak dan terurus.  

Marilah rakyat sekalian yang cerdik pandai, usahlah terpedaya oleh politik kotor tipu helah pembangkang.  Kembalilah ke arah kemajuan dan pembangunan. Undilah Barisan Nasional untuk kemajuan nescaya generasi akan datang akan bertambah makmur dan sejahtera.  Sesungguhnya kita tidak rugi sekiranya memilih Barisan Nasional tetapi kita akan rugi dan daif sekiranya mengundi pembangkang.

Berikut diselitkan kajian kenapa para pelabur lari dari Pulau Pinang. Pulau Pinang yang kini diperintah oleh Lim Guan Eng gagal menunjukkan kepada rakan-rakan pembangkangnya yang dirinya (Guan Eng) mampu mentadbir negeri seperti Pulau Pinang. Bayangkan kalau Malaysia dipegang pembangkang alamatnya kera di hutan lari lintang pukang masuk bandar!!!  

Minyak pastinya naik berpuluh-puluh ringgit dan bukannya bersen-sen disebabkan mereka begitu tamak untuk mengaut keuntungan.  Tapi ini jangan salahkan kerajaan. Dalam Petronas memang banyak talibarut pembangkang dan ini cara mereka untuk sabotajkan kerajaan supaya tidak mendapat sokongan rakyat.  

Namun rakyat Malaysia sudah lali dengan perbuatan mereka yang bertopengkan takaful atau badan kerajaan.  Kalau ditanya kenapa sokong pembangkang tetapi bekerja dengan kerajaan?  Jawapan mereka, kerajaan yang hendakkah aku! Bukannya aku hendak sangat kerja dengan kerajaan ini.  Bayangkan orang sebegini yang tidak memiliki prinsip untuk memerintah memang habis porak peranda ekonomi Malaysia oleh mereka. 

Kerajaan memberi mereka peluang untuk bersama menjana pendapatan negara, diharap mereka sedar dan berubah sedangkan di alam nyata mereka mengikut kerajaan.  Kenapa tidak ikut pembangkang?  Inilah dinamakan hangat-hangat tahi ayam.  Perjuangan sedemikian tidak digalakkan yang sekadar melepaskan batuk di tangga.  Malulah sikit kalau nak jadi manusia serupa jangan jadi musang berbulu ayam!!


P. Pinang hilang seri, pelabur tidak yakin kepimpinan Guan Eng

PULAU PINANG 28 Okt. - Kegagalan Kerajaan DAP Pulau Pinang di bawah pimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng menarik pelabur dipercayai kerana mereka tidak yakin dengan kepimpinan negeri itu sekarang.

Pakar ekonomi Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Amir Hussin Baharuddin berkata, ia berlaku disebabkan ketidaktentuan politik serta senario dan corak pemerintahan Guan Eng yang masih mempunyai mentaliti pembangkang.

Ekoran itu, katanya, pelabur melihat Pulau Pinang seolah-olah tidak stabil, tidak tentu arah dan lebih parah lagi apabila pemimpinnya mengguna pakai konsep 'ikut suka aku,' sekali gus tidak mengikut acuan Kerajaan Persekutuan.

Beliau berkata, sebagai contoh, Kerajaan DAP Pulau Pinang kini dilihat merancang projek yang bukan-bukan dan tidak sesuai di negeri ini, selain kerja-kerja penyelenggaraan di kawasan tertentu juga tidak lagi menarik menyebabkan ia hilang seri.

"Apabila kita lihat keadaan macam ini sudah tentu kita tidak ada keyakinan dan disebabkan itu tidak ada pelabur mahu melabur wang yang banyak di sini, mereka pasti takut dan tidak mahu mengambil risiko sebegitu.

"Orang luar nampak tindakan seumpama itu keterlaluan dan khuatir kesuraman berterusan, maka mereka memilih untuk tidak melabur di sini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysiadi sini hari ini.

Semalam, Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Datuk Dr. Teng Hock Nan membidas Guan Eng kerana terus gagal menarik pelabur ke negeri ini walaupun sudah lebih dua tahun mentadbir.

Beliau berkata, keadaan tersebut adalah petunjuk jelas tentang keadaan ekonomi di Pulau Pinang yang tidak berkembang dipercayai akibat gagal ditadbir dengan baik.

Selain itu, tambah Amir, kata-kata, ucapan serta tindakan yang diambil Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih itu juga menjadi perhatian dan menjadi salah satu faktor yang menyumbang kepada pelaburan di negeri ini.

Justeru, beliau menasihatkan Guan Eng supaya tidak cuba untuk mencari perubahan semata-mata mahukan perbezaan daripada pemerintahan sebelum ini dan sebaik-baiknya menerima pakai apa yang baik dan telah dilakukan Barisan Nasional (BN).

"Apa yang dibuat pimpinan sebelum ini terutama di segi menarik pelabur dan memastikan ekonomi negeri ini sentiasa berkembang masih mantap dan legasi yang ditinggalkan itu sepatutnya diteruskan.

"Ikut sahajalah benda yang baik, janganlah cuba buat sesuatu untuk meraih populariti jangka pendek dan yang paling penting kebajikan rakyat perlu diutamakan, ikutlah kiblat itu, ia pasti yang terbaik," katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...