Nuff Head

Najib For PM

Najib Razak merupakan PM yang paling banyak membawa Transformasi dan menyentuh segenap lapisan masyarakat

Suara 1Sarawak

Selamat Datang Semoga Kehadiran Anda Penuh Makna

Memaparkan catatan dengan label Permodalan Nasional Berhad (PNB). Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Permodalan Nasional Berhad (PNB). Papar semua catatan

22 Oktober 2010

PROJEK WARISAN MERDEKA TIDAK GUNA DUIT PR DAN RAKYAT!!

Memang hebat diperkatakan tentang pembaziran projek ini .
Isu ini disemarakkan oleh pihak pembangkang dimulakan oleh DAp kemudian disambung oleh seperti biasalah orang-orang bangsa alehkayong di Sarawak ni.

Mereka bangkang sebab macam-macam , projek ni guna duit PAKATAN RAKYATlah , duit Rakyatlah dan macam-macam lagi.Aaa ada alasan lain paling menarik yang diberikan oleh Teresa KoCk untuk menghalalkan penentangannya ialah, pembinaan menara berkenaan akan menyebabkan kesesakan lalu lintas yang sangat teruk kepada penduduk kota.ini yang dikatakannya melalalui blog berbahasa cina beliau klik


Tapi walau apa pun saya bersetuju bahawa pembinaan menara berkenaan akan menaikkan saham-saham PNB. Sekaligus pada masa yang sama, turut memberikan keuntungan kepada para pemain dalam semua Amanah Saham yang diterbitkan oleh Permodalan Nasional Berhad yang rata-ratanya adalah Melayu. Pada masa yang sama, kewujudan menara 100 tingkat milik PNB itu juga akan meningkatkan penguasaan ekuiti dan hartanah di tengah-tengah segitiga emas Kuala Lumpur kepada Bumiputera (sama ada Islam atau bukan Islam).

ini yang diorang tak nak!!! berita lanjut ....
pendedahan lanjut THE FLYING KICK

Permodalan Nasional Berhad (PNB) menjelaskan projek Warisan Merdeka yang merangkumi menara 100 tingkat yang akan dibangunkan di ibu negara, tidak menggunakan wang kerajaan atau dana pelaburan saham amanah yang diuruskannya.

Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman, berkata PNB akan membangunkan projek itu menggunakan dananya sendiri atau mendapatkan pinjaman bank jika kadar faedah menarik,
selain menjana dana di pasaran modal.
“Dana bagi tujuan membangunkan projek ini adalah daripada portfolio yang berlainan. Ia adalah daripada keuntungan operasi kami sejak 30 tahun lalu. Ia tiada kaitan dengan dana saham amanah bernilai RM115 bilion yang diuruskan PNB,” katanya pada taklimat mengenai projek Warisan Merdeka kepada editor kanan media di sini, semalam. untuk berita selanjutnya Berita Harian online.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...