Nuff Head

Najib For PM

Najib Razak merupakan PM yang paling banyak membawa Transformasi dan menyentuh segenap lapisan masyarakat

Suara 1Sarawak

Selamat Datang Semoga Kehadiran Anda Penuh Makna

Memaparkan catatan dengan label PR. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PR. Papar semua catatan

16 Mac 2011

Buku Jingga bukan untuk orang Sarawak.



 Buku Jingga menjanjikan beberapa perkara utama yang melibatkan kewangan negara.
(1) Pengambilalihan konsesi-konsensi lebuhraya negara
 – Kos kepada kerajaan RM50 billion.

Dasar PR ini mengarahkan kerajaan membuat tawaran pembelian saham-saham 19 syarikat konsesi lebuhraya yang dipegang oleh pelabur swasta. Kos pengambilan 19 lebuhraya melibatkan kos tidak kurang dari RM50 billion. Angka RM50 billion adalah tawaran terbaik buat masa ini kepada pemegang saham swasta oleh sebuah syarikat bernama Asas Serbi Sdn Bhd. Besar kemungkinan pemegang saham swasta tidak akan menerima tawaran kerajaan yang lebih rendah dari RM50 billion.

Sarawak mana ada lebuh raya.Yang ada pun lingkaran Pan Borneo.Itu pun masih lagi dalam pembinaan.Tak dikenakan tol.
(2) Meningkatkan pendapatan isirumah kepada tahap minima RM4,000sebulan
Kos kepada kerajaan minima RM93.9 billion setahun

Untuk memastikan setiap isirumah mendapat RM4,000 dalam masa lima tahun, pendapatan isirumah mesti berkembang pada kadar 21.7%. Ini adalah satu perkara yang susah direalisasikan buat masa ini. Kalau kita ambil contoh ekonomi yang paling pesat membangun di dunia untuk dibuat perbandingan iaitu ekonomi negara China, pendapatan isirumah mereka hanya berkembang pada tahap lebih kurang 10% sahaja setahun (sumber: National Bureau of Statistics China). Di Thailand dengan ekonomi yang memberangsangkan, kadar ini hanya 6.3% (sumber: National Statistical Office Thailand).

Peratusan isirumah yang berpendapatan RM4,000 kebawah ialah 67.1% (atau 3.8 juta isirumah). Untuk memastikan pendapatan isirumah mencapai RM4,000, secara puratanya PR terpaksa menokok wang tunai sebanyak RM2,045 sebulan setiap isirumah. Ini bermakna untuk setahun jumlah yang akan dibelanjakan oleh kerajaan PR ialah RM93 billion (untuk 3 tahun jumlah itu menjangkau RM279 billion. Untuk 5 tahun jumlahnya ialah RM465 billion).
Jika melihat taraf hidup di Sarawak orang-orang di hulu lebih tinggi taraf hidup.Untuk membeli setong gas di Bario adalah di atas harga biasa.

(3) Pemberian RM500 kepada guru-guru
Kos kepada kerajaan RM2.4 billion

Jumlah guru di Malaysia lebih kurang 400,000 orang. Penambahan gaji RM500 seorang akan memakan kos sebanyak RM2.4 billion setahun (RM500 X 400,000 orang X 12 bulan).

Saya berpendapat besar kemungkinan PR tidak akan dapat menolak desakan kakitangan kerajaan yang lain untuk mendapat kenaikan gaji yang sama. Kalau ini berlaku maka kos akan meinngkat kepada RM7.2 billion setahun (RM500 x 1,200,000 orang kakitangan kerajaan X 12 bulan)
 (4)  Menyediakan perkhidmatan internet Wi-Fi percuma kepada rakyat di kawasan bandar dan separa bandar
Kos kepada kerajaan RM1.2 billion


Mengikut anggaran syarikat Wireless@KL, untuk membangunkan prasarana dan perkhidmatan Wi-Fi percuma di Kuala Lumpur (luas 244km persegi) sahaja akan memakan belanja RM64 juta (Capex RM50juta, Opex RM14juta). Kalau dikembangkan ke kawasan bandar dan separa bandar di Kangar, Ipoh, Pulau Pinang, Alor Setar, Petaling Jaya, Melaka, Seremban, Johor Bahru, Kuantan, Kuala Terengganu, Kota Bahru, Kota Kinabalu dan Kuching, kos yang dianggarkan ialah RM1.2 billion.
Lagi sekali pembangunan hanya untuk penduduk bandar.Sedangkan kerajaan sekarang telah membelanjakan 3 billion untuk pembangunan infrastruktur ke pedalaman Sarawak.
(5) Menaikkan bayaran royalti kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan kepada 20% - Kos kepada kerajaan RM12.5 billion (jika andaian Petronas mengekalkan tahap “retained profits”nya.
Dengan 5 perkara ekonomi diatas sahaja, bajet kerajaan PR akan mengalami defisit yang teruk dan hutang kerajaan PR akan melonjak naik.

Defisit bajet untuk setahun pertama ialah:

·      Defisit 2011 ialah RM39 billion (5.4% dari KDNK), tambah
·      Kos penghapusan tol RM50 billion (6.92% dari KDNK), tambah
·      Kos menokok tambah pendapatan isirumah RM93.9 billion (12.99%) dari KDNK), tambah
·      Kos naik gaji guru RM2.4 billion (0.33% dari KDNK) tambah
·      Kos Wi-FI percuma RM1.2 billion (0.17% dari KDNK) tambah
·      Kos tambahan 20% royalti minyak RM12.5 billion (1.73% dari KDNK)

Keseluruhannya defisit bajet PR pada tahun pertama ialah RM199 billion atau 27.54% dari KDNK.
Credits and link to Ahli Parlimen Kota Belud http://www.mpkotabelud.blogspot.com




Sudah terang lagi bersuluh,Buku jingga merupakan janji-janji PR yang sememangnya sukar di penuhi.Adakah rakyat di hulu -hulu sarawak mendapat impak dari janji ini secara khususnya.Adakah di sentuk berkenaan pembangunan untuk rumah panjang di pendalaman Sarawak?Malah tidak di sentuh pun isu berkenaan tanah NCR di Sarawak.


Apa sudah jadi dengan janji jawatan Timbalan Perdana Menteri untuk kuota orang Sabah dan Sarawak?


02 November 2010

Anwar bila nak berundur?

Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin berkata sudah sampai masanya untuk ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersara 'politik' kerana banyak rentak tari politiknya makin 'tidak seimbang'.
Menulis dalam blognya di bawah tajuk 'Politik kita memerlukan anjakan baru', Dr Mohd Asri menegaskan "politik kita memerlukan watak-watak baru yang bernas, matang dan tangkas".

Mereka yang disifatkan oleh sarjana politik Islam sebagai mempunyai 'al-quwwah' (kemampuan), al-Amanah (amanah) dan mereka yang berteraskan politik idea dan nilai, bukan politik duit, atau politik tauke, tulisnya lagi.

"Kita perlu politik idea iaitu politik yang berteraskan kebijaksaan dan pemikiran yang bernas dalam memajukan masyarakat dan negara.

"Kita tidak mahu politik sekadar kutuk-mengutuk, maki-memaki dan hina menghina tanpa sebarang cadangan yang membina dan memajukan pemikiran rakyat.

"Kita mahu ahli-ahli politik kita berkualiti sehingga kita rasa mereka layak mewakili kita atas kebolehan kepimpinanan mereka yang berteras ilmu dan budi," tambahnya

Sehubungan itu, Dr Mohd Asri menyarankan semua ahli politik yang merasakan zaman mereka sudah habis, "berilah laluan kepada mereka yang baru demi untuk kebaikan rakyat."

"Sama ada di pihak pembangkang ataupun kerajaan, hal yang sama mesti dilakukan. Ramai pelakon veteran sudah tidak sesuai menjadi 'hero' dalam pentas baru politik hari ini.

"Biarlah mereka tersimpan dalam diari sejarah politik kita dengan kadar sumbangan yang telah dibuat. Jika Tun Abdulllah (Ahmad Badawi) pun bersara, makin mereka yang 'sewaktu' dengannya dalam pembangkang pun perlu bersara," tulisnya.

Mengenai saranannya supaya Anwar bersara politik, Dr Mohd Asri berkata zamannya mungkin makin menyusur pergi dan "saya tidak fikir generasi baru terus bertahan untuk melihat 'story-design' politik yang sama."

"Berilah peluang untuk beliau berundur dengan aman. Demi untuk mewjudkan pembangkang yang lebih berkualiti dan berkesan. Saya rasa beliau perlu menerima hakikat ini.

"Demikian setiap kita ada hari datang dan hari pergi. Biarlah kita datang disambut mesra, dan kita pergi diucapkan terima kasih dan hormat, bukan dipaksa keluar," tambahnya.

Sambil memohon maaf, Dr Mohd Asri berkata beliau apa-apa kepentingan kedudukan ataupun jawatan atas pandangan yang seperti ini.

"Saya tahu sesetengah pembangkang cepat 'melenting' jika ada pandangan yang mereka tidak setuju.

"Namun, mereka kena ingat banyak pandangan yang saya tajam terhadap kerajaan, alhamdulillah mereka tidak melenting, sebaliknya berinteraksi dengan baik," tulisnya.


sumber malaysiakini


Pandangan kuchingitam pula biarlah anwar pegang jawatan orang penting dalam politik PR.Mereka masih perlukan orang lama sama seperti Lim Kit Siang dan Nik Aziz.Biarlah.....Orang baru boleh belajar dari mereka.Yang penting mereka masih di terima pakai dan pandangan yang di berikan juga amat bernas.


Orang lama macam ni yang PR perlukan,bukan orang muda macam azmin,nurul izzah ,Mustaffa kamil yang mana darah panas masih lagi belum kebah.

06 Oktober 2010

RAKYAT SARAWAK DI HINA LAGI.......

KALI INI OLEH PkR

Apakah begini cara seorang pemimpin yang mahu parti keluarganya bertapak di Sarawak?

Walaupun rakyat Sarawak tahu yang parti ini tidak langsung memberi manafaat kepada rakyat disini melainkan mencari kesalahan untuk dijadikan issu , tapi beliau tidak ada hak untuk membuat penyataan sedemikian.

Mereka harus meningkatkan usaha bukan sekadar landing dari Airport ke hotel , lawat satu kawasan buat taklimat... dan buat penilaian tentang tahap kehidupan orang disini , seolah - olah tahu penindasan berlaku ....








Apakah budaya ini yang harus rakyat Sarawak pelajari dari Pakatan Rakyat......... ?

Adakah budaya inilah yang menjadi kebanggan pr , berani bersuara dan berani bertumbuk dan beramuk jika kita kalah dalam sesuatu pertandingan?......

Adakah kateria sebagai pemimpin pr mesti ada seni mempertahankan diri.......?










RENUNG-RENUNGLAH Rakyat Sarawak mereka ini tidak memahami dan mendalami budaya masyarakat kita . Perpecahan kita adalah kemenangan mereka , KITA PATUT BERSYUKUR KEPADA APA YANG ALLAH ANUGERAHKAN KEPADA KITA DENGAN BERSYUKUR PASTI ALLAH AKAN TAMBAH NIKMAT , KEPADA YANG TIDAK BERSYUKUR KITA TAKUT ALLAH TARIK NIKMAT........NAUZUBILAHMIN ZALIK

23 September 2010

Rakyat Islam Selangor Dihina.



Hari ini, umat Islam di Selangor dan beberapa tempat lain di seluruh Semenanjung, termasuklah di Kijal, Terengganu bolehlah menarik nafas lega. Sebabnya, Kerajaan Pakatan Rakyat sudah mula membina semula rumah-rumah ibadat yang telah dirobohkan pada zaman BN memerintah negeri itu dahulu. Setidak-tidaknya, membangunkan semula kuil Hindu.

Sekurang-kurangnya itulah yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat yang membina semula Kuil Sri Maha Mariaman di Seksyen 16, Shah Alam yang dirobohkan oleh kerajaan Khir Toyo kerana dibina secara haram dan di atas tanah kerajaan. Turut dirobohkan adalah perkampungan setinggan Rimba Jaya.

Exco Selangor yang bertanggungjawab, Dr. Xavier Jayakumar telah merasmikan tapak seluas 15,000 meter persegi sebagai tapak baru kuil berkenaan. Mesyuarat Exco juga dikatakan akan meluluskan peruntukan sebanyak RM300,000 untuk pembinaan kuil tersebut.

Bagi orang Melayu-Islam yang ingin menuntut keadilan daripada Exco terbabit, berikut adalah senarai beberapa buah masjid dan surau yang telah dirampas, disita dan dirobohkan semasa pentadbiran Selangor di bawah Barisan Nasional.

- Surau Ar Rahmah, Seksyen 8/A, Shah Alam
- Surau di Kampung Berembang, Ampang
- Surau Jubli Perak, Hulu Langat
- Surau Al-Ikhwan, Puchong Perdana
- Surau Fatima Al-Zahra, Taman Kosas
- Masjid Al Hidayah Kelana Jaya
- Masjid Al Munawwarah Shah Alam
- Surau Ar Rasyidin Gombak
- Masjid Darul Ehsan Subang Jaya

Kalau nak dikirakan tu, banyak... kalau Kuil Sri Maha Mariaman di Seksyen 16 boleh dibina, takkanlah Melayu tak dapat walau sebuah pun masjid atau surau yang telah dirobohkan oleh kerajaan 'kejam' Khir Toyo dulu tu. Kalau Kuil Sri Maha Mariaman dapat 15,000 meter persegi keluasan tanah sebagai tapaknya, takkanlah sebuah masjid tak boleh dapat setidak-tidaknya 20,000 meter persegi?

Apa lagi, jomlah kita pakat-pakat minta kat Dr. Xavier... takkanlah sebab BN hilang undi masyarakat India sebab robohkan kuil tu dulu, surau dan masjid orang Islam tak payah dibangunkan pula?

Patutlah banyak sangat samseng India di Selangor sekarang nih!!!!


Sumber : THE FLYING KICK http://theflyingkick.blogspot.com/



alehkayong menyeru Wahai rakyat sarawak jadikan ini iktibar , bagi di Sarawak juga bilangan gereja dan kuil pun lebih banyak dari Masjid-masjid apatah lagi jika pr pulak memerintah .

Pr melalui ADIL terang-terang telah berjanji jika menang pilihanraya mereka akan memberi pucuk pimpinan negeri ini kepada bangsa yang majoriti di Sarawak .

sila rujuk - http://cetusankenyalang.blogspot.com/-azmin perbodoh rakyat sarawak


Kalau dikira bilangan bumiputera islam keseluruhannya di Sarawak kita boleh anggar dalam paling-paling 32%.

Apa akan berlaku kepada nasib masa depan orang islam di Sarawak?

macam di

Singapura?

Pulau Pinang?

Selangor?.


Biar saya katakan disini PR ni tak peduli siapa yang memerintah rakyat disini , yang penting mereka dapat majoriti sit untuk merintah negara.
mereka wajib ditolak oleh rakyat Sarawak yang memang aman damai di kalangan etnik dan agama selama ini.


Kita tidak hairan jika masjid negeri Sarawak kita akan diroboh dan kuil Dap dibina disebelah Dun.

Agaknya inilah kekuatan pr , mereka ada golongan pemecah agama , ada pemecah bangsa dan ada pemusnah ekonomi orang bumiputra dan islam khususnya .

MEREKA tahu dengan memecahbelah rakyat Sarawaklah satu-satu cara mereka dapat mencapai cita-cita peribadi pemimpin-pemimpin mereka.


Kalau di Selangor banyak samseng India ,tak perlu saya katakan di Sarawak terutama di Sibu banyak samseng bangsa apa?

Siapa yang sponser samseng ini?

Masa pilihanraya di Sibu dulu samseng-samseng inilah yang menjadi jentera mereka.

Bagi saudara/ri belum pernah ke Sibu , cari kenalan disana dan tanya macam mana orang bumiputra di sana dilayan oleh bangsa samseng ini??

Kebelakang ini mereka MEREKA MEMANUPULASIKAN kes -kes atau isu-isu untuk memanafaatkan bangsa mereka sahaja dimana ini amat bertentangan dengan amalan kerajaan kita yang sedia ada yang peka kepada bangsa-bangsa yang berbilang di Sarawak ini .

Contoh kes jambatan di sibu ,
sila ruju
k -
http://mukapetang.blogspot.com/ Dap Sibu Jety.

Janganlah kita mudah lupa nikmat anugerah Allah , janganlah akibat setitik nila sebelanga susu rosak. renung-renungkan lah....wallahualam.

26 Ogos 2010

Ustaz Zakaria mengaku mendoakan LGE, PAS malu.

PULAU PINANG 24 Ogos 2010 – 
 
theMJDotcom
Khatib Zakaria Ahmad yang dikaitkan dengan isu penggunaan nama Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam doa khutbah solat Jumaat di beberapa masjid di negeri ini mengakui cara dan tempat beliau berdoa itu silap. Namun, beliau tetap mempertahankan tindakannya untuk berdoa bagi orang bukan Islam supaya diberi hidayah untuk memeluk Islam sebagai tidak salah dari segi agama, cuma pendekatannya sahaja yang tidak betul.
 
Ustaz Zakaria sedar akan doanya ditempat yang salah
 
“Insya-Allah, saya mungkin tidak berdoa seperti ini lagi dalam khutbah Jumaat, saya akan berdoa di tempat lain dan perkara ini tidak akan berulang lagi,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau ditemui selepas memberikan penjelasan berhubung isu tersebut kepada barisan panel pihak berkuasa agama negeri selama kira-kira sejam setengah bermula pukul 3.20 petang di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP), Lebuh Pantai di sini.
 
Zakaria turut berterima kasih kepada Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) kerana telah memberikan panduan berhubung perkara itu kepadanya dan akan memastikan ia tidak berulang. Beliau berpendapat, isu tersebut adalah kecil tetapi disebabkan perkara itu telah dipolitikkan oleh pihak tertentu, maka ia menjadi isu yang besar. 
 
“Jadi saya akan saman mana-mana pihak termasuk media yang telah menjatuhkan maruah saya, seolah-olah saya ini jahil dalam Islam dan sebagainya. 
 
“Perkara ini telah pun dirunding dengan peguam saya,” ujarnya. Ditanya adakah beliau akan meminta maaf ke atas apa yang telah berlaku, beliau berkata, ia tidak seharusnya dipersoalkan.
 
“Tidak timbul soal meminta maaf sebab saya tidak bersalah kepada MAIPP kerana saya mempunyai tauliah,” ujarnya. 
 
Pada masa sama, Zakaria memberitahu, pihak polis telah mengambil kenyataannya berhubung isu itu di rumahnya di Taiping, Perak sebelum sesi penjelasan di JHEAIPP hari ini. Terdahulu, Yang Dipertua MAIPP, Ellias Zakaria ketika ditemui berkata, pihaknya berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh Zakaria dan perkara tersebut akan dibincangkan pada mesyuarat MAIPP tidak lama lagi. Tambahnya, pihaknya juga tidak terfikir tentang tindakan yang akan diambil dan buat masa ini MAIPP sedang mencari jalan bagaimana hendak menjernihkan perkara tersebut.  Ditanya adakah Zakaria meminta maaf pada sesi itu, beliau tidak menafikan.
 
“Saya boleh katakan sedemikian, suasana tadi adalah bermaaf-maafan dan berjalan dengan lancar dan baik,” katanya.

Akhirnya ustaz totok PAS mengaku juga tindakan beliau adalah salah membaca doa untuk orang bukan mukmin . Lihat lah sendiri kerana seorang ustaz totok PAS ini saja membuat onar di dalam masjid , satu negara bising kerana tidak puas hati PAS menggunakan masjid sebagai pentas politik.  

PAS harus ingat apabila masjid cuba dijadikan pentas politik , tidak semua umat Islam yang hadir ke masjid itu untuk beribadat suka apa yang PAS lakukan itu semua . Mungkin bagi juak2 kopiah putih PAS setuju dan seronok ustaz mereka hantam kerajaan dan memuji Guan Eng tetapi sebenarnya ramai yang meluat tindakan ustaz PAS itu .
 
Itu yang menyebabkan ramai pihak menyatakan perbuatan ini boleh memecahbelahkan umat Islam . Diharapkan selepas ini PAS tidak lagi sewenang-wenangnya menggunakan masjid sebagai pentas politik .  

mukapetang: Entahlah apa nak jadi dengan mereka, diharap mendapat kesedaran dan tidak lupa diri apabila berdoa.  Isu hangat ini patut dipelajari oleh pihak PAS agar tidak berulang lagi.

07 Ogos 2010

Who is Anwar Ibrahim?

I have found these interesting youtube.com media from theMJdotcom Channel.

  • Who is  Anwar Ibrahim part 1


 

  • Who is Anwar Ibrahim part 2

  
  • Who is Anwar Ibrahim part 3


  • Who is Anwar Ibrahim part 4



mukapetang: Beginilah sekiranya kita lupa perjuangan asal. Sepertimana amanat Al Marhum Tun Ghazali kepada Tan Sri Dato Seri Sanusi,
"Saya yakin sebagaimana Musa Ahmadboleh kembali ke pangkuan bangsanya semua tokoh Melayu yang kecewa,yang mencari cara lain untuk membela bangsanya, akan kembali bersatu kepangkuan bangsanya apabila keyakinannya dapat dikembalikan."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...