Nuff Head

Najib For PM

Najib Razak merupakan PM yang paling banyak membawa Transformasi dan menyentuh segenap lapisan masyarakat

Suara 1Sarawak

Selamat Datang Semoga Kehadiran Anda Penuh Makna

Memaparkan catatan dengan label PDRM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PDRM. Papar semua catatan

27 Februari 2011

GEMPAR : POLIS TANGKAP POLIS SEBELUM PRU!




Dalam kehangatan menunggu tarikh pilihanraya Sarawak di Kuching ,

Tidak lupa juga dalam kesibukan pembangkang menabur fitnah dan mencari publisiti murah sebelum pru Sarawak...

kami digemparkan dengan kes Polis Tangkap Polis , bukan seorang anggota tapi 13 orang...

Dalam kejadian 5.15 petang itu 13 orang anggota pelbagai pangkat PGA atau PPH telah diserbu oleh pasukan Polis dari Unit Pencegah kongsi gelap ,pejudian dan maksiat (D7) ketika mereka sedang leka bertaruh/bermain "HOLO".Sejumlah wang juga telah dirampas.

Pengesahan telah dibuat oleh Ketua Polis Daerah Kuching ACP Mun Kock Keong melalui Bernama.

Memang bagi malu Polis 13 orang ni..Namun begitu..

Syabas PDRM ! siapa bersalah tetap bersalah tidak mengira siapa.

21 Oktober 2010

CANGGIH:CIU & CSI Untuk Banteras Jenayah di Malaysia

Kalau CSI pasti kita tahu apa yang dibuatnya. Sekarang Malaysia ada CIA eh bukan CIU. Kalau nak tahu sila lihat sumber di bawah yang dipetik dari Utusan Borneo. Semakin canggih teknologi siasatan. Pastinya semakin canggih teknologi jenayah di luar?


PDRM wujudkan 'Central Intelligence Unit'

Posted on October 20, 2010, Wednesday

Meningkatkan kemampuan polis menyelesaikan kes jenayah berpandukan risikan tepat

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang membangunkan sistem ‘Central Intelligence Unit’ (CIU) sebagai strategi jangka panjang untuk meningkatkan kemampuan polis dalam menyelesaikan kes jenayah berpandukan maklumat risikan tepat.


Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata PDRM juga sentiasa menambah jumlah pegawai penyiasat dari semasa ke semasa untuk memenuhi kuota yang ditetapkan.

Beliau berkata bagi tempoh Januari hingga Ogos tahun ini, PDRM berjaya menyelesaikan 230 kes atau 59.74 peratus daripada 385 kes bunuh yang dilaporkan.

“Bagi tahun 2008, sebanyak 446 kes atau 68.2 peratus daripada 654 kes telah diselesaikan dan bagi tahun 2009, jumlah penyelesaian kes ialah 392 kes atau 65.55 peratus daripada 598 kes yang dilapor,” katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat di sini, semalam.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) mengenai statistik penyelesaian kes bunuh di negara ini dan langkah kerajaan dalam memerangi jenayah berat seperti bunuh dan rompakan.

Abu Seman berkata kes jenayah seperti samun, bunuh, rogol dan mencederakan dikategori sebagai jenayah kekerasan dan bagi memeranginya, PDRM sentiasa meningkatkan rondaan dengan melibatkan Pasukan Gerakan Am (PGA), RELA dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM).

“Sehingga 20 Sept lepas, seramai 4,725 anggota Rela dan JPAM dilantik khusus untuk menjalankan tugas itu,” katanya.

Abu Seman berkata PDRM juga memiliki Pasukan Siasatan Tempat Kejadian Jenayah (CSI) di bawah Makmal Forensik.

Beliau berkata Makmal Forensik yang mula beroperasi sepenuhnya pada 2002 itu ditubuh untuk menyelesaikan kes-kes jenayah yang memerlukan kaedah penyiasatan canggih untuk membawa pesalah ke muka pengadilan.

“Anggota Pasukan CSI juga diwujudkan dalam kontinjen PDRM di seluruh negara selain daripada yang dilantik dan ditempatkan di Makmal Forensik di Cheras,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad (BN-Kangar).— Bernama

mukapetang: Dengan adanya CSI dan CIU maka tidak lama lagi Jack Bauer akan diundang untuk menjadi penasihat CTU bagi memantau kegiatan di Malaysia. Syabas PDRM dan Tahniah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...