Nuff Head

22 November 2010

ANTI MELANAU : Siapa yang berebut nak jadi ketua menteri Sarawak?

anak melanau (gambar hiasan)

Menjenguk senario terkini dalam politik Sarawak, yang menjadi rebutan adalah  jawatan ketua menteri. Baik dalam Pakatan Rakyat maupun Barisan Nasional, semuanya sedang bergelut ke arah yang sama.

Kaum melanau yang dijadikan kambing hitam dalam propaganda politik Sarawak. Sekadar menjadi saksi dan pemerhati percaturan tersebut. Namun tidak terdapat ahli politik melanau yang  sedang ‘mencuba-cuba’ atau sedang mengadu domba untuk jadi ketua menteri?

Dalam PKR atau Pakatan Rakyat di Sarawak,  bukan tidak ada orang melanau yang aktif. Tapi tidak terlihat gerak tari untuk menjadikan diri mereka sebagai bakal ketua menteri, sepertimana kaum melayu, dayak  dan cina yang sedang rancak ‘berburu’ jawatan keramat itu.

Sentimen 'anti melanau' bukan perkara baru, sejak era reformasi 1999 sudah bergerak senyap di perkampungan melayu di bandaraya Kuching dan berkembang biak ke dunia maya. Bagi yang berasa cukup “professional”, mereka bangga untuk menafikan kewujudannya.

Propaganda politik melayu dan dayak di Sarawak sangat 'indah serta mudah', kerana mereka memiliki kambing hitam yang sama. Ditambah dengan kebiasaan menyalahkan orang lain dalam setiap kelemahan diri.  Malah sampai bila-bila pun, tidak akan mampu menyalahkan diri.

Bila berbicara tentang kemunduran akademik dan ekonomi, kaum melanau tetap saja jadi kambing hitam untuk masyarakat melayu dan dayak. Apatah lagi menyentuh soal tanah, kononnnya semua tanah mereka dirampas Taib Mahmud dan kaum melanau.

Benarkah tanah serta kekayaan negeri Sarawak dirampas oleh Taib Mahmud dan kaum melanau? Apakah mereka lupa, kaum manakah yang memiliki berjuta-juta hektar tanah di Sarawak, dan kaum manakah yang paling gemar berjual tanah di Sarawak sejak berdekad-dekad? ...lalu siapakah yang untung dari ‘hobi’ tersebut?

Apakah kekayaan Taib Mahmud dan keluarga adalah hasil rasuah semata-mata, dimana lagi hak dan kekayaan peribadi keluarga Pehin Orang Kaya Setia Raja?

Alangkah goblok, bila kekayaan dikaitkan dengan rasuah secara mutlak. Semua propaganda  itu  sengaja ditimbulkan, kerana mereka 'menanggung' keinginan mutlak untuk jadi menteri.

Kaum melanau yang dikenali berpendirian tegas, keras kepala dan berjiwa penakluk. Sebenarnya lebih bersatu meskipun hidup dalam keluarga yang berbeda agama (Islam, Kristian dan Paganisme). Kaum melanau tidak 'belajar' atau 'diajar' untuk menyalahkan orang lain, jika mereka mundur.

Sungguh ironis, mereka yang mengiktiraf diri sendiri sebagai kaum bersopan santun, lemah lembut serta berbudi bahasa. Tapi sibuk berpuak-puak dan menabur fitnah di sana-sini, semata-mata untuk jadi menteri. Mereka inilah yang sangat bernafsu untuk menjatuhkan kaum mereka sendiri, kononnya mereka adalah  pejuang sebenar.

Apakah ada orang melanau yang sibuk memfitnah disana-sini sebab kemaruk nak jadi ketua menteri?

Mungkinkah perebutan untuk jadi ketua menteri boleh menyebabkan orang melayu atau dayak berpecah, Atau ruang perpecahan itu nanti akan sekali lagi memaksa kaum melanau jadi ‘moderator’ dan seterusnya jadi pemerintah?


p/s: agaknya artikel ini dibayar RM2 juta oleh CM dan keluarga...?

5 ulasan:

  1. Taib berketurunan MELANAU, bukan semua keturunan Taib MELANAU! Renung-renunglah! Apa nak kambing-hitamkan Melanau? Tidak semua Melanau di Sarawak kayaraya. Banyak lagi Melanau yang hidup merepat dan papa kedana di Pulau Bruit, Mukah, Oya, Matu/Daro, Dalat, Balingian, Bintulu dan Miri... Beberapa kerat sahaja orang Melanau yang bertaraf millionaire? Tak banyak, dan kekayaan mereka tak membawa apa-apa erti kepada Melanau lain. Hanya kita boleh tumpang berbangga, kerana anak bangsa digolong dalam kategori yang "berada", tidak lebih dari. Begitu juga kita bangga Taib dari golongan kaum Melanau yang berjaya, yang awal lagi menyedari betapa pentingnya pelajaran.

    Aku setuju kata Melanau Blogger "... Bila berbicara tentang kemunduran akademik dan ekonomi, kaum melanau tetap saja kambing hitam untuk masyarakat melayu dan dayak". Apa tidak persoal kekayaan kaum Cina. Mana tanah "temuda" Melanau? Di Mukah?, Di Matu/Daro? Di Pulau Bruit? Go to the ground tengok sendiri! Apa salah Melanau kaya? How I wish Taib boleh beri kekayaan kepada semua kaum Melanau, after all Melanau population not come to 6% of total pop of Sarawak. Senangkan nak agih kekayaan negeri? Fikir-fikirlah kawan oiiiiiiii.

    BalasPadam
  2. melanau or tidak melanau, poket perlu maok diisik. makan pakai anak bini ni ada ekot kaum

    BalasPadam
  3. Adalah tidak produktif kepada masyarakat Melanau dan Melayu sekiranya kedua-dua masyarakat ini berpecah-belah. Tambahan pula masyarakat Melanau dan Melayu adalah golongan minoriti di negeri Sarawak. Oleh itu, sama-sama lah kita berusaha agar masyarakat Melanau dan Melayu ini sentiasa bersatu padu. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

    BalasPadam
  4. Salam....
    Rupanya ketebalan anti-Melanau ni dikalangan org bumiputera di Sarawak terlalu menebal rupanya. MasyaAllah. Saya pun Melanau ttp anggap semua yang beragama Islam adalah sama.Kita samada Melanau/Melayu tetap minoriti. Berpuak,bermusuh&berpecah belah akan menambahkan lagi keperitan kita hidup di tanah sendiri. jgnlh disebabkan politik kita sanggup hina saudara sendiri wpun berbeda bangsa/kaum.
    Ingatlah Allah selalu. Allah tak memandang sesuatu kaum itu melainkan ketaqwaan kita kpdNya.
    FIKIRKANLAH WAHAI BANGSA KU (MELAYU/MELANAU)

    Abang...

    BalasPadam
  5. Saya budak baharu belajar...

    Menulis pun tidak lancar, berkata-kata tergagap-gagap... Justeru, saya diajar sejak kecil oleh ibu bapa saya untuk lebih banyak mendengar berbanding bercakap kerana Allah s.w.t menjadikan ada sepasang telinga dan satu mulut...

    Saya sekadar berpandangan... Tanpa prejudis... Salahkan Melanau berkuasa? Salahkah kalau ada kalangan Melanau yang kaya-raya? Mengapa dipersoalkan perkara remeh... Mengapa tidak sahaja bangga oh Melanau, juga warga Malaysia... Oh Melanau, rakan karib ku... Oh Melanau, 1 Malaysia...

    Sekalipun Pehin Sri Taib Mahmud Melanau... Salahkan beliau berkuasa? Siapa yang memilih beliau? Rakyat. Beliau tidak jadi Ketua Menteri tanpa rakyat? Mengapa diperdebatkan beliau Ketua Menteri Melanau...

    Sepengetahuan saya yang belum baligh politik ini, Pehin Sri Taib bukan hanya Ketua Menteri Melanau... Beliau Ketua Menteri Sarawak... Tiada satu kaum pun yang melarat sehina-hinanya sepanjang pentadbiran beliau sebagai Ketua Menteri...

    Banggalah... Nikmatilah... Syukurilah... Nama yang harum usah dicari, kalau layak datang sendiri...

    Awangku Khaider

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...