Nuff Head

Najib For PM

Najib Razak merupakan PM yang paling banyak membawa Transformasi dan menyentuh segenap lapisan masyarakat

Suara 1Sarawak

Selamat Datang Semoga Kehadiran Anda Penuh Makna

Memaparkan catatan dengan label Isteri Ketua Menteri Sarawak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Isteri Ketua Menteri Sarawak. Papar semua catatan

31 Januari 2011

Bukti Mariam Mokhtar Butuhkan Perhatian...

Sebagai individu yang kurang dikenali di Malaysia, Mariam Mokhtar memang berusaha untuk menonjolkan diri dalam dunia politik Sarawak. Tidak kira dengan cara apa pun, yang penting dapat menonjolkan dan tertonjol. Meskipun dengan cara yang paling hina dengan mempersoal jodoh ketua menteri Sarawak.

Apakah dengan status perempuan melayu yang terhasil dari “pinjaman Mara”, Mariam Mokhtar berhak dan mampu untuk menentukan jodoh seseorang?

Mariam Mokhtar yang berwajah iras-iras maknyah sekali lagi menghina Taib Mahmud dan isterinya Ragad Waleed. Jelas sekali, Mariam Mokhtar sedang dirasuk sindrom "butuhkan perhatian". Bukan sekadar dalam hal politik, tapi juga dalam hal lain.
peewwwitttt... Puan Sri
Kata orang, Kalau perempuan tak cantik memang bermulut becok. Tak percaya, tanya Mariam Mokhtar, Nak detail lagi, tanya pakar tenaga batin. ramai dalam PAS... haha

Apapun, baca kutipan dibawah, kiriman dari blog sebelah. 

(reaksi kepada artikel "Taib Mahmud advised against visit to Perak" oleh Mariam Mokhtar)
Oleh Muda Tengah 
Kebencian adalah sesuatu yang jahat. Artikel diatas yang 'ditulis' oleh Mariam Mokhtar dalam malaysia chronicle bukan sahaja berbau kebencian tetapi berniat kebencian.

Amat sedih untuk melihat malaysia chronicle membuat serangan peribadi terhadap Yang Amat Berhormat Pehin Sri Abdul Taib Bin Mahmud, Ketua Menteri Sarawak. Jodoh di tangan Allah s.w.t. Alhamdulillah Pehin Sri Abdul Taib Mahmud telah mengambil langkah murni untuk bernikah secara sah dengan hamba Allah Puan Sri Ragad. Kenapa Mariam Mokhtar dan Malaysia Chronicle menghina institusi keluarga dengan mengecam pernikahan sah seseorang hamba Allah dengan seseorang hamba Allah yang lain?

Kalau Mariam Mokhtar tidak mengikut Rukun Islam dan menunaikan Solat 5 waktu kami tidak mengecamnya...Kalau Mariam Mokhtar suka meminum arak dan mengamalkan larangan Islam kami tidak mengecamnya...

Malaysia chronicle pula menggunakan munafiq seperti Mariam Mokhtar untuk mencaci dan menghina pemimpin-pemimpin...

19 Januari 2011

Puan Sri Ragad Waleed jadi sumber fitnah dalam politik Sarawak

Sejak pernikahan ketua menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dengan wanita berketurunan Arab. Kata kunci ‘Ragad Waleed Alkurdi’ tiba-tiba menjadi penting dan amat popular dalam dunia internet.
Para blogger sosial yang peka tentang SEO (search engine optimization) tidak melepaskan peluang untuk menulis ulasan atau sekadar menampar gambar Puan Sri Ragad Waleed demi meningkatkan ‘unique visitor’ dari engine pencari. Namun itu kisah blogger social, lain pula cerita blogger politik.

Bagi blogger politik pro Pakatan Rakyat, inilah kesempatan mereka untuk menabur fitnah dengan berlagak seolah-olah mereka sangat mengenali Puan Sri Ragad Waleed. Berbagai cubaan telah dibuat untuk mengaitkan isteri ketua menteri dengan pesta seks di dunia Arab, seks bebas dikalangan pramugari, isu moral dan sebagainya. Dapat dijangka, akan menyusul berbagai versi fitnah terhadap Puan Sri Ragad.

Hasrat PKR dan PAS cuma satu, demi menjatuhkan maruah dan imej Puan Sri Ragad. Seterusnya meningkatkan persepsi buruk terhadap keluarga ketua menteri Sarawak.

Bagi orang Sarawak, taktik tidak bermoral seperti ini adalah perkara baru dan bagai satu kejutan buat mereka. Namun bagi warga semenanjung, mereka sudah menjangka dan sudah tahu bagaimana liciknya PKR dan PAS bermain dibelakang tabir untuk memfitnah siapa saja demi survival politik.

“Perubahan” itulah candu paling enak untuk menghayalkan rakyat Sarawak yang baru mengenali siapa PKR atau PAS. Mereka ingin membetulkan kesalahan pihak lain dengan cara yang lebih salah, mereka menjanjikan keadilan untuk semua dengan cara yang sangat tidak adil.

PKR dan PAS yang kononnya memperjuangkan hak kebebasan bersuara, namun mereka akan memaki hamun siapa saja yang tidak sependapat dengan mereka. Kata-kata kesat serta provokasi yang tidak bermoral dijadikan modal untuk menjawab kritikan orang lain.

Itukah perubahan yang kita mahu?


Ramai dikalangan ahli politik baru di Sarawak sedang melengkapkan diri dengan kemahiran provokasi, maki hamun dan fitnah. Itulah perubahan yang mereka bangga, dengan mengakui kononnya mereka sudah ‘up to date’ dan berubah. Benar! kita memang sudah berubah, ke satu titik yang sangat kotor. Lihatlah bagaimana usaha PKR dan PAS untuk menabur fitnah terhadap Puan Sri Ragad Waleed Alkurdi.

Ironinya mereka (PKR dan PAS) yang konon lebih taat serta lebih arif tentang agama, memiliki kegemaran yang sangat kotor. Sebaliknya parti DAP Sarawak dilihat tidak berminat dengan isu seperti ini, selain isu ekonomi dan masalah rakyat.

Apakah dengan memfitnah Puan Sri Ragad Waleed Alkurdi serta memaki hamun siapa saja, maka masalah rakyat akan selesai? 

p/s: kritik apa saja, yang penting saya dibayar 2 juta...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...