Nuff Head

Najib For PM

Najib Razak merupakan PM yang paling banyak membawa Transformasi dan menyentuh segenap lapisan masyarakat

Suara 1Sarawak

Selamat Datang Semoga Kehadiran Anda Penuh Makna

Memaparkan catatan dengan label Pembangunan Sarawak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pembangunan Sarawak. Papar semua catatan

23 Januari 2011

PKR kata ok,DAPig kata susah

Desas desus yang pilihan raya negeri Sarawak akan di adakan serentak dengan parlimen nampaknya semakin kencanag selepas pertemuan Pehin Seri dengan Datuk Seri Najib.Walau apa-apa pun bilakah tarikh sebenar pilihanraya Sarawak akan di adakan ,sudah semestinya BN Sarawak telah bersedia.



Jika pilihanraya di adakan serentak maka Pakatan pembangkang sudah semestinya kecut perut.Mana tidaknya selama ini kemenangan Pakatan pembangkang adalah hasil usaha kaotim dari seberang.Pakar-pakar putar belit tidak dapat datang untuk berkempen bagi mereka kerana lebih menumpukan kepada kawasan masing-masing.Ini adalah di perakui oleh DAP.Tak percaya klik sini



Tetapi Nurhanim Mokshen ketua wanita PKR Sarawak berkata sebaliknya.Sama ada Pakatan dari seberang akan membantu ataupun tidak,tiada memberi kesan.Betulkah Nurhanim?Baru Bian anda ada komen?Atau PKR tahu yang mereka akan rebah pada PRU akan datang kerana semakin ramai orang kuat PKR Sarawak telah meninggalkan parti.

Maka di sini dapat di rumuskan bahawa pakatan pembangkang tiada idea khusus untuk mengetengahkan masalah rakyat tempatan tetapi lebih kepada menghasut rakyat untuk membenci kerajaan.Rakyat Sarawak telah semakin sedar dengan helah pakatan.Mudah-mudahan pada pru Sarawak akan datang BN akan memperolehi kerusi yang lebih dari sebelum ini.

Tangan yang telah memberi sekarang hendak di gigit pula.fikir-fikirkan

16 Januari 2011

Hahaha,Janji BN

Hahaha,Datuk  Seri Najid sekali lagi ke sarawak bumi kenyalang dengan membawa ole-ole dari semenanjung.Dengan pemberian 100 juta untuk penduduk Belaga untuk peningkatan fasiliti.Pembinaan klinik kesihatan yang dapat memberi keselesaan kepada 15 ribu penduduk di sekitar berjumlah 46 juta.Nampaknya kawasan di luar bandar menjadi keutamaan BN.Terima kasih kepada Dato Seri Najib.



Hahaha,makin sakit hati Zulhaidah suboh dengan geng nya.Makin jadi lah para blogger dengan cerita spinnnya.Mana tidaknya semua yang di janjikan oleh BN telah di laksanakan.Penduduk belaga telah menyokong BN kembali.Terima Kasih kepada BN.

Hahaha,Tahniah juga pada Pehin Sri diatas wedding of the year.Semoga bahagia sehingga ke akhir hayat.Seperti biasa blogger pembangkang menyerang personaliti Pehin Seri,tetapi Pehin Seri gentleman orangnya.Tak melatah sedikit pun kerana suara yang sebegini hanya layak di layan oleh mereka berhati busuk.Syok sendiri mengaibkan orang yang mendirikan masjid.Na'uzubillah.

03 Januari 2011

PKR akan menang 40 kerusi dun sarawak.

Nak terkentut,apabila membaca pengakuan Zuraida Kamaruddin Ketua Wanita Keadilan di dalam Borneo Post 3 Januari.Mana tidak nya,pada PRU Sarawak nanti PKR(parti kelentong Rakyat) akan memenangi 40 kerusi DUN.Siap dengan 'declare' lagi.



Zuraida ini berangan-angan ke atau masih lagi mabuk tahun baru.Sedangkan Baru Bian future CM sarawak tidak berani nak declare apa-apa pun.Ni si Zuraida ahli parlimen ampang yang tidak ada chemistry pasal pru sarawak dah buat declaration(sapsapsui). Nak angkat buntut anwar al juburi lah tu..

 
Jika benarlah apa yang di nujum oleh Zuraida, boleh lah Baru Bian jadi CM sarawak yang pertama dari bangsa orang ulu.

Boleh ke DAP nak bagi kerusi di padungan,pending,batu kawa atau di tanjung kidurung untuk PKR.Dapat ke Wong ho leng bagi muka dengan PKR untuk bertanding di Sibu?

Rakyat sarawak sebenarnya tahu mainan politik pembangkang.Apa yang di janjikan sebelum dan selepas pilihan raya adalah hanya sendiwara politik yang dah lapok, ketinggalan zaman.PKR parti kelentong rakyat...

10 Oktober 2010

Lagi pembangunan untuk Sarawak

MUKAH: Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud memberi jaminan bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak akan mengorbankan kepentingan dan menghilangkan hak rakyat dalam mengimplimentasikan pembangunan.
UNIK: Taib memotong kek lapis Sarawak sebagai pengisian simbolik perasmian Program Sejiwa Senada di Parkiran Kenderaan Bandar Lama, di Mukah semalam sambil diperhatikan (dari kanan) Fatimah, Awang Tengah, Morshidi, Jabu, Asfia dan Yahaya.

Pengambilan tanah dilakukan secara berhemah, berteraskan undang-undang , dibayar pampasan selaras nilai pasaran

Pada masa sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian itu menekankan betapa kepentingan serta hak rakyat terutama berkaitan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) sentiasa dipelihara di bawah undang-undang.

Menurut beliau, pengambilan tanah rakyat oleh kerajaan untuk tujuan pembangunan dilakukan secara berhemah, berteraskan undang-undang dan membabitkan pembayaran pampasan selaras nilai pasaran semasa.

“Kerajaan sangat mengambil berat kepentingan rakyat. Kerajaan tidak akan sama sekali bertindak menghilangkan hak rakyat dalam merealisasikan pembangunan. Sebagai contoh, tanah rakyat terpaksa diambil untuk membolehkan sesuatu pembangunan dilakukan.

“Walaupun begitu, pengambilan ini dilakukan mengikut saluran undang-undang yang betul. Bahkan, pampasan diberi berpandukan nilai pasaran semasa. Tidak timbul isu kerajaan mengorbankan tanah rakyat,” tegasnya.
Berucap merasmikan Program Sejiwa Senada di Parkiran Kenderaan Bandar Lama, di sini semalam beliau menyeru rakyat berbilang bangsa serta agama di negeri ini agar sentiasa melibatkan diri dengan arus perdana pembangunan.

Menyelar tindakan pihak pembangkang yang suka ‘menangguk di air keruh,’ beliau mengajak rakyat untuk memahami dasar kerajaan demi mengelak salah faham, lantas membantutkan pembangunan.
“Saya berikan contoh ini. 15 tahun lalu saya mahu sebuah kawasan di Long Lama dibangunkan dengan ladang kelapa sawit untuk mengembangkan potensi ekonomi di Hulu Baram. Bagaimanapun, terlalu banyak kekangan, bantahan dan kritikan diterima.

“Ekoran itu, saya membangunkan sebuah kawasan di Kanowit yang menduduki keutamaan kedua selepas Long Lama. Penduduk Kanowit memahami apa yang kerajaan mahu lakukan. Hasil kerjasama baik itu kini mereka meraih manfaat ekonomi,” jelasnya.

Taib turut mengumumkan pembinaan sebuah lebuh raya di antara Balingian dan Tatau yang merentasi kawasan Sedupai di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) untuk melancarkan lagi aliran trafik di Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE).

Katanya, hampir RM5 bilion peruntukan kerajaan persekutuan akan dibelanja bagi melaksanakan pelbagai projek pembangunan di negeri ini sepanjang tempoh RMK-10 demi faedah rakyat.
“Pembangunan berkait rapat dengan penglibatan positif rakyat. Meskipun demikian, tanpa sebuah kerajaan yang ditadbir barisan pemimpin berkaliber tidak mungkin pembangunan mapan dapat dilaksanakan.
“Jauhi ‘politik kiri kanan.’ Seorang kata ikut kiri, manakala sebelah pihak lagi pergi ke kanan. Justeru, pemimpin, kakitangan kerajaan dan rakyat perlu sejiwa senada serta sealiran fikiran,” tambahnya.

Terdahulu, Ahli Parlimen Mukah Dato Sri Dr Muhammad Leo Michael Toyad dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani menyampaikan ucapan aluan masing-masing.
Hadir sama, Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang, Menteri Kemudahan Awam Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan serta Menteri di Pejabat Ketua Menteri Datin Fatimah Abdullah.

Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan Datuk Michael Manyin Jawong, Speaker Dewan Undangan Negeri Dato Sri Mohd Asfia Awang Nassar serta Setiausaha Persekutuan Sarawak Md Yahaya Basimin turut menghadiri majlis itu.

sumber dari Utusan Sarawak

Semoga Sarawak terus maju di bawah pimpinan Pehin Seri Taib.Pelan pembangunan yang strategik, selaras dengan keperluan tempatan dan negeri.

Mungkin selepas ini masih ada lagi suara sumbang yang mengatakan sarawak masih lagi kurang membangun.Tak tahu lah apa yang mereka hendak sebenar nya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...