Nuff Head

Najib For PM

Najib Razak merupakan PM yang paling banyak membawa Transformasi dan menyentuh segenap lapisan masyarakat

Suara 1Sarawak

Selamat Datang Semoga Kehadiran Anda Penuh Makna

Memaparkan catatan dengan label UMNO. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label UMNO. Papar semua catatan

24 Oktober 2011

Mat Indera Sah Ahli Komunis??!!!

 Mat Sabu juga lupa apa yang diucap olehnya.  Sedangkan teks ucapan tidak pernah ada, bagaimanakah dia mahu menjawab soalan sekiranya ditanya, apa yang dicakapkan olehnya mengenai Mat Indera?  Pasti Mat Sabu akan tersenyum kambing?? 
Orang seperti Mat Sabu ini sangat bahaya dalam politik!??  Dia akan menjadi tarikan dan juga ancaman!!??  Tarikan apabila ramai orang akan datang untuk mendengar dia merapu dan mengumpat sambil menyebarkan fitnah?!!!  Ini juga menjadi ancaman sekiranya dia terlalu asyik sehingga meracau mengakibatkan mendedahan pekung di dada!??  Hal sedemikian pernah berlaku dalam PKR Sarawak, akibat disaman oleh DAP Ayah kepada Chong Chieng Jen seorang wakil dan calon PKR terpaksa meminta bantuan rakyat untuk membayar saman!!!???

Kepada Mat Sabun, elok jangan petik cerita ikut suka hati awak kerana nanti menjadi seperti sebab pulut santan binasa!??!!
Kerajaan Punya Bukti Mat Indera Anggota Komunis, Kata Najib

23 Oktober, 2011 20:44 PM

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Kerajaan mempunyai bukti kukuh bahawa Mat Indera adalah anggota Parti Komunis Malaya (PKM) berdasarkan rakaman tembualnya dengan anggota polis serta catatan sebuah buku, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata berdasarkan rakaman temubual itu yang kini berada dalam simpanan polis, Mat Indera sendiri mengaku mempunyai fahaman dan ideologi komunis selain terlibat merancang dan menembak anggota polis dalam insiden Bukit Kepong di Muar pada 1950.

"Saya sudah buat siasatan dan kita sudah ada bukti untuk diberitahu kepada rakyat Malaysia," katanya ketika berucap pada Perhimpunan Perdana Bersama Perdana Menteri Dengan Pesara Dan Bekas Polis di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini.

Najib berkata selain rakaman, terdapat sebuah buku bertajuk "Dialogues With Chin Peng: New Light on the Malayan Communist Party" oleh C.C.Chin dan Karl Hack, dengan setiausaha agung PKM Chin Peng sendiri memberitahu bahawa Mat Indera adalah anggota parti berkenaan.

"Kalau hendak angkat orang seperti ini (Mat Indera), salah tafsir sejarah, menidakkan keperwiraan, ini tidak betul. Kerajaan Barisan Nasional akan tetap mempertahankan perwira negara sampai bila-bila."

Tegas Najib, rakyat perlu sedar bahawa hanya pejuang kemerdekaan sebenar yang akan dikenang dan dipertahankan, bukannya komunis seperti yang didakwa Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu, yang menyatakan Mat Indera adalah pejuang kemerdekaan.

"Saya hairan dan pelik apabila ada pihak cuba mengagungkan komunis yang kononnya memperjuangkan kemerdekaan negara, tetapi hakikatnya pejuang yang sebenar adalah polis dan tentera, bukan komunis," katanya.

Beliau mempersoalkan apakah muslihat pemimpin berkenaan yang cuba mengagungkan komunis.

Najib turut menyifatkan mereka yang menyalah tafsir sejarah negara serta menidakkan, mencemuh dan memperlekeh jasa dan pengorbanan anggota keselamatan negara, sebagai melakukan kesalahan yang tidak boleh diampunkan.

Ditanya sama ada rakaman tersebut akan didedahkan kepada umum, ketika sidang akhbar kemudian, Najib berkata ia bergantung kepada keperluan.

Mengenai sama ada kerajaan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang menyokong kenyataan Mat Sabu, Najib berkata soal undang-undang adalah isu lain kerana apa yang lebih penting adalah sikap mereka yang mempertikaikan pengorbanan pejuang keamanan negara.

"Tindakan undang-undang hanya jika mereka salah di sisi undang-undang... tetapi sikap itu yang perlu dijawab melalui pendirian," katanya.

Menyentuh kenaikan pencen sebanyak dua peratus setahun kepada pesara kerajaan yang disifatkan terlalu kecil oleh sesetengah pihak, Najib berkata ia berdasarkan kemampuan dan komitmen kerajaan.

"Ia satu komitmen besar... Kita mempunyai skim pencen yang komprehensif... tetapi jika kami berupaya memberi lebih, kami akan beri. Penyelarasan ini tidak pernah dibuat sebelum ini, maka jangan fikir bahawa ia tidak penting atau tidak signifikan," katanya.

Najib semasa membentangkan Belanjawan 2012 mengumumkan kira-kira 600,000 pesara kerajaan akan menikmati penyelarasan pencen tahunan melibatkan kenaikan dua peratus berkuatkuasa 2013.

-- BERNAMA

07 Januari 2011

Eksklusif - Pendedahan Oleh Amah Kepada VVIP Yang Difitnah!


Hari ini blogger nyamuk mendedahkan kes sebenar disebalik isu amah yang dirogol oleh VVIP. Banyak juga yang menjadi blogger nyamuk sekarang ini! Kononnya blogger nyamuk ini mendapat temubual eksklusif mengenai isu di atas?

Siap dengan video dan pengakuan seorang amah mengenai tingkah laku semasa kes rogol tengah hangat di alam maya.

Ada juga desas-desus yang mengatakan FITNAH ini sengaja diolah untuk menutup isu kes ADUN yang ditangkap di dalam keretapi.

Semoga dengan adanya kebenaran maka fitnah amah dirogol yang mengaitkan seorang VVIP akan terungkai dan kebenaran akan kembali kepada kisah di dalam KTM!?

Marilah ikuti analisa FITNAH yang disingkap oleh blogger nyamuk 'PAPAGOMO'. Benarkah Ahli Kelab Penyokong PAS mengolah FITNAH ini untuk menghangatkan keadaan dalam menghadapi PRK Tenang di penghujung bulan Januari 2011 kelak?

06 Januari 2011

Rais Yatim Difitnah!!? Angkara Siapa!!?

Kalau Sarawak Report boleh hasilkan dokumen palsu inikan pula wikileaks?  Menangguk di air yang keruh adalah perkara yang jarang dilakukan cuma untuk kepentingan individu yang mempunyai niat yang tidak elok!!

Adalah mustahil bagi seorang yang berwibawa seperti Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim untuk melakukan perkara yang keji disisi Allah.  Semoga orang yang menabur domba dan FITNAH ini segera bertaubat.  Bak kata pepatah, siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama mencuri.  


Silalah ikuti petikan dibawah untuk menjelaskan isu yang cuba memburukkan Barisan Nasional menjelang Pilihan Raya kelak.

RAIS YATIM NAFI DAKWAAN TUDUHAN PERKOSA AMAH INDONESIA

Isu berkaitan dakwaan rogol oleh amah terhadap majikannya yang juga seorang menteri telah hangat diperkatakan susulan dakwaan amah tersebut kepada pertubuhan Migrant Care di Indonesia melalui adiknya. Apakah benar dakwaan sedemikian atau ianya sengaja diadakan bagi tujuan memburukkan menteri berkenaan? 
Gambar hiasan
Ketika ramai bloggers alam maya bercerita mengenai isu ini, dan tidak kurang juga yang menambah cerita ini maka semakin kusut cerita sebenar. Ini kerana, manusia dan pembaca hanya akan membaca cerita pada pangkal akhir sahaja dan pastinya cerita itu telah ditokok tambah dan dikemaskini dengan pelbagai cerita tambahan yang palsu.

Pelbagai tuduhan telah dilemparkan kepada yang dituduh walaupun belum ada lagi kenyataan balas daripada yang dituduh sama ada kejadian itu benar atau tidak. Sebagai manusia yang berpegang kepada prinsip dan logik akal, sekiranya perbuatan itu benar maka nescaya tertuduh akan mengambil tindakan drastik seperti meletak jawatan atau membuat pengakuan. Namun, sekiranya tertuduh itu tidak bersalah maka nescaya tertuduh itu akan membuat penjelasan dan keterangan berhubung dakwaan itu sama sekali tidak berasas dan palsu. Berani kerana benar dan takut kerana salah.

Tindakan AMK melalui ketuanya Shamsul Iskandar telah mendesak menteri yang dikaitkan dengan dakwaan merogol pembantu rumah itu segera menafikannya sekiranya dakwaan tersebut tidak benar. Difahamkan, AMK akan menghantar exconya untuk misi mendapatkan maklumat mengenai dakwaan itu dengan mengunjungi Migrant Care dan Kedutaan Indonesia bagi mendapatkan fakta sebenar mengenai kejadian tersebut.

Bagaimanapun, semua tuduhan yang dilemparkan ke atas menteri tersebut telah diperjelaskan dalam kenyataan media yang dibuat sebentar tadi.

"Saya nafikan dakwaan berkenaan, sama ada mengenai pemerkosaan mana-mana individu empat tahun lalu (2007) atau dakwaan lain yang ditimbulkan oleh blogger di Internet ataupun entiti politik.”

Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim, 
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan

Beliau menyifatkan dakwaan itu sebagai ‘tuduhan liar’ terhadapnya di dalam blog mahupun pembangkang yang penuh dengan kenyataan fitnah dan penipuan jahat.

FITNAH terhadap menteri berhubung tuduhan merogol bukanlah isu luar biasa yang diterima dan kedengaran di Malaysia. Sebelum ini, isu mengaitkan pembunuhan Altantuya dengan Perdana Menteri dilihat sebagai suatu FITNAH yang tersangat besar walaupun telah beberapa kali tindakan dilakukan bagi membersihkan FITNAH tersebut daripada penyebar dan pembuat fitnah. Terbaru, ahli yang juga wakil rakyat pembangkang sanggup merendahkan martabat Sultan dengan mengecam tindakan Sultan berikutan calon lantikan dan pilihan Sultan tidak diterima Kerajaan Negeri Selangor.

Setiap tuduhan hendaklah disertakan dengan bukti yang jelas dan terang, dan bukan hanya menuduh hanya dengan semborono. Jika tiada, maka ia sekadar tuduhan dan menjahanamkan lagi sistem keadilan negara seperti yang telah dilakukan pembangkang.

Sebelum ini, ramai bloggers pembangkang dan ahli-ahli pembangkang membuat kenyataan yang palsu dan sengaja diadakan dengan niat memburukkan pemimpin itu. Kenyataan yang dibuat beliau tadi pastinya membuka mata penyebar fitnah dan pemimpin pembangkang yang telah meletakkan kesalahan itu terus kepada menteri disebabkan menteri tidak menafikan dengan membuat kenyataan akhbar.

26 November 2010

'UMNO Sarawak' akan bertanding calon Bebas?

Ditengah keghairahan calon-calon meninjau ruang dan peluang menjelang pilihan raya Sarawak. Mungkin ada yang terlupa sekejap tentang UMNO Sarawak dan Affendi Jeman. 


UMNO Sarawak yang muncul sejak awal tahun 2000, dengan agenda untuk membantu meningkatkan ekonomi masyarakat bumiputra di Sarawak. Dengan harapan meraih simpati pengundi melayu di bandar, yang kononnya ditindas oleh kaum melanau dan cina.

Hajat sebenar UMNO Sarawak adalah untuk melumpuhkan PBB, parti yang menjadi tulang belakang kerajaan Sarawak.

Usaha Affendi Jeman sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penaja UMNO Sarawak (JPUNS) tidak terhenti disitu, meskipun tidak mendapat restu pemimpin pusat. Affendi Jeman yang mengatakan keahlian UMNO Sarawak mencecah 100.000 orang di seluruh negeri. Pernah bercadang mahu meletakkan calon di 56 Kawasan DUN Sarawak.

100,000 ahli di negeri seperti Sarawak amatlah luar biasa, tentu Parti lain turut rasa tercabar.

Berdasarkan rekod, Affendi Jeman pernah cuba menubuhkan Parti Agenda Rakyat Bumiputra Sarawak (ARBS). Namun pendaftaran parti tersebut belum diluluskan ROS. Apakah ini memaksa UMNO Sarawak bertanding sebagai calon bebas?

Jika tanpa parti yang berdaftar, pastinya UMNO Sarawak akan menentang PBB sebagai calon Bebas , atau setidaknya jadi jentera pilihanraya untuk Pakatan Rakyat?


Berdasarkan pengakuan ahli UMNO Sarawak, “mereka pernah menghadiri persidangan UMNO di Kuala Lumpur, dan pernah membantu UMNO berkempen sewaktu pilihan raya kecil di semenanjung”.

Ada juga yang tertanya, apakah ini satu gerakan ‘pemecahan’ secara senyap?


p/s : Mungkin orang PBB lebih tahu?  ceritalah bang...

24 November 2010

PKR, PAS, dan DAP - Parti Pakatan Rakyat belum lulus?

Mungkin ramai yang telah sedar hal ini.  Tidak perlu kita minta pengesahan daripada pihak Pakatan Rakyat sendiri.  Parti tersebut cuma hanya pada nama tetapi apabila menjelang pilihanraya pasti keluar roket, bulan dan lubang dubur juga. 

Ingin MP kongsi bersama perbualan bersama Ketua Pemuda DAP.  

"Kalau ikutkan hati ketua (orang DAP) mereka kenapa mahu tolong PKR atau PAS?  DAP sudah lama bertapak dan tiba-tiba pula datang parti baru yang sangat sombong dan tidak merendah diri. Semua nak tunjuk hero sehingga sanggup bertelagah sesama sendiri." menerangkan rasa hati beliau. 

"Nasib baik perjuangan PKR hanya mahukan Anwar ke Putrajaya. Kalau iya pun naik teksi dah boleh sampai, harta sudah cukup duit sudah banyak.  Ini tidak, heboh satu negara dia mahu ke Putrajaya?" tambah ketua pemuda DAP yang namanya tidak mahu disiarkan.  

Begitulah senario hubungan PKR dan DAP.  Apabila ditanya mengenai PAS pula, inilah jawapan beliau. 

"Semua orang tahu, PAS mahu Kelantan jadi unik.  Boleh keluar pitis emas sendiri dan boleh amalkan hukum hudud.  Jika mereka dapat funding memang mereka happy."

Untuk bawa Anwar ke Putrajaya dan bagi Kelantan full autonomi itulah kosmetik asal perjuangan Parti Pakatan Rakyat.  Tetapi apa yang DAP dapat?

"DAP ingin mencabar Singapura dan menunjukkan orang yang ditinggalkan mendapat habuan yang lebih besar daripada pulau sebesar Singapura? Bayangkanlah kalau DAP dapat menguasai seluruh Semenanjung Tanah Melayu itu pun sudah cukup? Tetapi Sabah dan Sarawak adalah bonus memandangkan tahap ekonomi dan pembangunan di seberang Laut China Selatan agak berbeza?"

Orang DAP suka kalau orang BN pergi ke ceramah mereka.  Kalau dapat merubah pegangan politik mereka lagi bagus.  Ini berbeza dengan orang PAS dan PKR.  Kalau mereka tahu you BN memang mereka pulaukan atau halau keluar dewan ceramah.  Kita tidak boleh begitu kalau seorang orang BN datang kita boleh bawa jadi orang DAP kita patut bersyukur!  Bagaimana nak bawa satu negeri jadi DAP atau PKR atau PAS kalau seorang pun tidak boleh ubah? Bagaimana mereka ini menghadapi arus perubahan?


Beginilah hasil kerja risikan di sekitar MP untuk renungan bersama.



Hasrat Parti Pakatan Bertanding Di Bawah Satu Lambang Hanya Satu Kosmetik

KUCHING, 21 Nov (Bernama) -- Hasrat pakatan Parti Keadilan Rakyat (PKR)-DAP-PAS untuk bertanding menggunakan satu lambang menjelang pilihan raya negeri Sarawak hanya satu alat untuk mengaburi rakyat akan perjuangan mereka yang sudah tidak sehaluan, kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein.

Beliau berkata PKR-DAP-PAS yang tidak mempunyai persefahaman dan mahu menggunakan satu lambang dalam pilihan raya negeri akan datang merupakan sesuatu yang melucukan.

"Apabila dalam parti sendiri, kerusi dan meja sudah melayang tetapi bercadang pula untuk menggunakan satu lambang (pada pilihan raya akan datang), ia merupakan kosmetik.

"Di negeri-negeri yang mereka memerintah, janji tidak ditunaikan sehingga rakyat marah manakala wakil-wakil rakyat pun keluar daripada parti. Jadi, apa yang nak dibincangkan pasal bertanding di bawah satu lambang?" katanya kepada pemberita di sini.

Sementara itu, Ketua Pengarah Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) Datuk Md Alias Kalil berkata pihaknya belum menerima permohonan PKR-DAP-PAS untuk mendaftarkan lambang parti pakatan itu.

"Sebenarnya, parti (PR) itu pun belum diluluskan lagi," katanya.

Mengenai penubuhan parti-parti baru di negeri Sarawak menjelang setiap kali pilihan raya negeri, Hishammuddin berkata beliau belum menerima laporan dari ROS berhubung perkara itu.

-- BERNAMA

15 November 2010

Kempen Perang Siber di Sarawak



KUCHING – Pilihanraya Umum Sarawak dijangka akan menerima impak maksima dari segi peperangan siber di antara ahli siber pro-kerajaan dan pro-pembangkang. 

Ketua Pemuda Penerangan Bahagian Unit Media Baru (UMB) UMNO, Tun Faisal Ismail Aziz berkata beliau kini bekerjasama dengan Unit Media Baru (UMB) Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) untuk menampilkan strategi yang mantap bagi memasuki medan perang siber menjelang Pilihanraya Umum Sarawak. Mereka akan membawa kepakaran yang lebih agresif dalam menangani isu pihak lawan yang tidak berasas dan kebanyakannya tidak mengandungi fakta yang kukuh. 

“Pengkhususan dalam gerak kerja akan dikoordinasikan dalam penghasilan maklumat yang tepat dan jitu untuk menangani pihak lawan di peringkat negara yang berorientasikan keadaan ekonomi atau pembangunan di Sarawak. Maklumat ini akan dijelaskan dengan tulus dan sewajarnya dengan perang siber di semua peringkat akar umbi hingga ke peringkat negeri, “ kata Tun Faisal kepada pihak media setelah menghadiri Mesyuarat Bersama UMB – UMNO dan UMB BN Sarawak semalam. 

“Kita hendaklah dapat menjelaskan isu semasa dan berupaya untuk menghantar maklumat dengan pantas kepada rakyat di semua lapisan masyarakat supaya mereka tidak mudah ditipu atau dibayangi oleh perasaan khuatir semasa berdepan dengan isu-isu yang hangat. UMB juga berperanan untuk menangkis tohmahan dan tuduhan pihak pembangkang yang tidak berasas demi memenangi pilihanraya di Sarawak kelak. UMNO akan turun padang membantu PBB dan Barisan Nasional Sarawak terutama sekali dalam menengani isu-isu di Sarawak seperti isu masyarakat Penan,” tambah Tun Faisal lagi. 

Pilihanraya Umum Mac 2008 telah memberi pengajaran yang bermakna kepada parti komponen Barisan Nasional untuk berhadapan dengan perang siber dan menangkis serangan dalam kempen perang siber. 

Abdul Aziz, Ketua Penerangan Pemuda PBB, menambah bahawa antara strategi yang akan digunakan adalah untuk menjawab isu yang dilambung tanpa mengenakan serangan peribadi kepada pihak lawan. 

Kemudiannya berlangsung majlis penyerahan membantu mangsa banjir di Kedah. PBB yang diwakili oleh Timbalan Ketua Pemuda PBB Pandi Suhaili,  menyerahkan 900 pasang baju kurung dan baju Melayu yang diwakil oleh Tun Faisal untuk diserahkan kepada mangsa banjir di Kedah sebagai membantu mereka untuk mengurangkan beban setelah banjir surut. Ini juga merupakan tanggungjawab sosial demi membantu saudara-saudara yang mengalami bencana alam di Kedah.


03 November 2010

AWAS !!! Pas keluarkan ‘fatwa baru’

KUALA LANGAT 2 Nov. – Pas yang sering mengeluarkan ‘fatwa baru’ bagi kepentingan politik parti itu, hari ini menegaskan, penerima bantuan daripada kerajaan negeri haram menyokong Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

Fatwa itu dinyatakan secara terbuka oleh Setiausaha Dewan Ulama Pas Pusat, Muhammad Zain Abdul Rahman ketika berucap pada majlis Penyerahan Cek Bantuan Pembangunan Pendidikan Sekolah Agama Rakyat Selangor Fasa Kedua di Madrasah Darul Mujahidin, Telok Panglima Garang di sini hari ini.

Tegasnya, memberi sokongan kepada BN adalah menyalahi tuntutan agama kerana ia membelakangkan kerajaan negeri pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas yang didakwanya sebuah kerajaan yang adil.

Menurutnya, bantuan yang diberi sama ada melibatkan pendidikan, kebajikan dan sebagainya merupakan sumbangan ikhlas kerajaan negeri untuk membantu rakyat dan sewajarnya mereka membalas dengan memilih semula ketiga-tiga parti itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

“Bantuan yang diberikan kepada rakyat pada hari ini datangnya daripada sebuah kerajaan yang adil.

“Jika bantuan diberikan, maka adalah wajar rakyat menyokong kerajaan negeri hari ini pada pilihan raya umum nanti.

“Kalau ada orang terima bantuan daripada kerajaan negeri, hukumnya haram kalau mereka sokong UMNO,” katanya di sini.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim serta lebih 50 pelajar madrasah berkenaan.

Sementara itu, Abdul Khalid ketika berucap juga cuba mengelirukan rakyat dengan menyatakan langkah Kerajaan Pusat memberi bantuan RM95 juta kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) dalam Bajet 2011 adalah usaha pakatan pembangkang yang memperjuangkan isu berkenaan selama ini.

Katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga terpaksa mengumumkan kenaikan elaun bulanan guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) daripada RM500 kepada RM800 sebulan termasuk elaun imam kepada RM750 sebulan.

“Kita sudah memberi banyak bantuan kepada SAR sebelum ini, dahulu peruntukan untuk SAR tidak pernah disebut dalam bajet Kerajaan Persekutuan, sekarang mereka sebut.

“Boleh jadi mereka sebut kerana malu, segan atau rasa takut kedudukan mereka tergugat,” ujarnya.

sumber: utusan malaysia
Justify Full

02 November 2010

Pengundi Galas mesti PANGKAH BN?

Saudara-saudaraku ,


Sekarang, apa yang anda fikir mengenai PAS yang bersekongkol dengan gerombolan pembangkang. Satu perbuatan menjijikkan. Perangai meloyakan menjual maruah agama bangsa dan tanahair!

Pastinya, PAS kini sudah hilang arah perjuangan, hala tuju , maruah dan harga diri!

Pada pilihanraya di Galas ini , sekali lagi kita dipertontonkan dengan sandiwara memualkan. Perangai dan adap ahli-ahli PA merestui ayat-ayat al-Quran dibaca secara salah oleh pemimpin kafir harbi laknatullah sungguh menjijikkan.

Yang berkopiah putih dan bertudung labuh, terhanguk-hanguk mendengar “tazkirah” ustaz kafir harbi ini.

Tanpa disedari, berlinang air mata yang sebelum ini bertakung di kelopak. Inilah hasil kerjasama gerombolan pembangkang!

Ayat suci al-Quran dipersenda.

Perpaduan bangsa ditolak. Sebaliknya tangan di hulur, berpeluk dan berdakap mesra dengan kafir harbi laknatullah.

Beberapa pemimpin PAS mencanang amaran kepada mana – mana individu atau kumpulan dalam parti agar menjauhi perbincangan dengan UMNO untuk bekerja sama atau membentuk kerajaan perpaduan.

MasyaAllah! Bincang dengan saudara seagama dipulaukan!

Bersekudukan dengan Elizabeth Wong, Karpal Singh dan Kit Siang yang jelas mencabar Islam tidak mengapa!

Mengapa menutup apa yang dibuka oleh Allah?

Bagaimana jika perbincangan PAS-UMNO menghasilkan natijah yang lebih menguntungkan Islam dan dakwahnya.

Mana lebih menyelerakan iman, Islam atau gerombolan PAS,PKR dan DAP?

Dulu PAS bebas berkeputusan. Kini secara jujur, PAS telah membiar diri diikat kehendaknya kafir harbi!

Tiada lagi PAS untuk Allah, yang jelas PAS untuk DAP!



Sedar dan Insaflah saudara-saudara ku sekalian, mengkhianati rakyat berlaku sebaik sahaja PAS meninggalkan perjuangan Islam demi perkongsian kuasa yang menguntungkan DAP!

Ingatlah, sebenarnya PAS sudah menjadi parti menempel dalam gerombolan pembangkang.

Yang berkuasa DAP dan PKR!

Segala keputusan PAS, wajib dapat mandat DAP dan PKR

Nik Aziz pernah gelar DAP syaitan. Namun kini dia lebih sanggup bersalam dan berpeluk bersama syaitan yang pernah menganiayanya?

Kerjasama syaitan ini membuatkan PAS lebih Islam agaknya?

Terang-terangan DAP dan orang Bukan Islam perkudakan PAS.

Nik Aziz kononnya lantang dengan isu kebejatan sosial tapi membela Elizabeth Wong?

Eli Wong, bersekedudukan dengan lelaki ‘Islam’ dibela Nik Aziz?

Eli Wong bukan dianiaya, dia bersekududukan!

PAS kini berpolitik bukan lagi berlandaskan agama. PAS berpolitik untuk kuasa.

Ada hikmah PAS menolak idea kerajaan perpaduan, yang dicetuskan oleh mereka sendiri! Ia membuka kurap di badan PAS.

PAS bukan parti berjuang untuk orang Islam dan Melayu di negara ini.

Kini PAS sama macam PKR dan DAP.

Islam dan Melayu tolak tepi!

Rakyat perlu nilai perjuangan sebenar PAS yang sudah terkeluar daripada landasan perjuangan.

Kalau dulu mereka tuduh UMNO tikam dari belakang, sekarang PAS pula terang-terang tikam UMNO dari belakang.

Sejak kawan dengan PKR, PAS sudah pandai tikam belakang!

PAS juga akhirnya akan tahu bagaimana rasanya ditikam dari belakang oleh PKR dan DAP.

dari HAJI Z

Undilah BN untuk kemakmuran bersama.Bukan hanya untuk hari ini tapi sampai bila-bila.

30 Oktober 2010

Adakah Pas guna duit balak bayar pengundi?

Pas telah berjanji dengan pengundi Galas bahwa mereka akan di bayar RM250 jika pulang ke kampung untuk mengundi.Datuk Wan Abdul Rahim Wam Abdullah iaitu penasihat Jentera Pilihan Raya Pas Kelantan  menafikan ianya rasuah,sebaliknya ia adalah kos untuk perjalanan.

Pengundi yang berada di Johor akan di bayar Rm250,Lembah klang Rm200, manakala sekitar kelantan di bayar mengikut jarak perjalanan.

Tak tahulah pulak Kuchingitam yang pengundi di beri keistemewaan sedemikian.Siapalah Datuk Wan yang terus memutuskan pemberian itu bukan rasuah, kan elok kalau suruh majlis peguam yang memutuskan apakah bentuk pemberian tersebut.Ooopp bukan majlis peguam tapi hakim majistret.


Yang kuchingitam bingung sekarang ni dari mana pulak PAS ada duit nak bayar pengundi.Nak kempen pun minta derma dengan orang ramai.

PAS tipu lagi ke?

Alasan yang mereka pakai adalah supaya penyokong PAS sanggup berkorban untuk Parti.Jiwa raga,duit dan masa.


p.s memanglah bukan rasuah tapi komisen.

28 Oktober 2010

Adakah PAS sama dengan YAHUDI



PAS sudah tidak mampu lagi berdolak dalik dengan isu ini. Sikap baling batu sembunyi tangan memang menjadi pegangan pimpinan PAS yang banyak menyembunyikan isu penindasan orang asli di Kelantan.


Semahu mungkin, isu ini akan cuba ditutup rapi dari menjadi bahan tontonan rakyat untuk mengetahui sikap sebenar PAS.

Sikap suka menyerlahkan keburukan BN kononnya menindas rakyat kini dibalas secara perlahan lahan oleh Allah Taala.

25 Oktober 2010

Tiada bendera PKR dan DAP di Galas

GUA MUSANG, 25 Okt - Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP tidak dibenarkan mengibarkan bendera parti masing-masing semasa proses pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Galas.

Timbalan Setiausaha (Operasi) Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Noordin Che Ngah berkata pihaknya hanya membenarkan parti yang bertanding dalam pilihan raya kecil itu sahaja mengibarkan simbol parti masing-masing.

"Barisan Nasional (BN) dibenarkan mengibarkan simbol parti-parti komponen mereka kerana BN berdaftar dengan Jabatan Perdaftaran Pertubuhan Malaysia.

"PKR dan DAP, biarpun mendakwa sebagai pakatan pembangkang, mereka tidak berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan. Maka PKR dan DAP tidak boleh mengibarkan simbol parti masing-masing, kecuali PAS," katanya selepas taklimat pilihan raya kecil DUN Galas kepada media di sini Isnin.

Pilihan raya kecil DUN Galas diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada PAS, Chek Hashim Sulaima, 46, akibat barah usus pada 27 Sept lepas.

Semalam BN mengumumkan Setiausaha Umno bahagian Gua Musang Abdul Aziz Yusoff, sebagai calonnya manakala PAS pula menamakan pengamal perubatan yang juga Pemangku Yang Dipertua PAS kawasan Gua Musang, Dr Zulkefli Mohamad untuk mewakili parti itu.





Noordin berkata SPR akan mengambil tindakan menurunkan bendera bendera atau bahan kempen yang merujuk simbol parti tidak bertanding.

Sehubungan itu, beliau mahu semua parti bertanding mengikut peraturan ditetapkan bagi mengelakkan sebarang masalah.

Ditanya sama ada SPR akan mengambil tindakan terhadap invidivu yang mengibarkan simbol parti tidak bertanding dalam kawasan rumah mereka, Noordin berkata sukar untuk pihaknya mengambil tindakan jika mereka meletakkannya di rumah masing-masing.

(Bernama) 

Apa kata Anwar dan Lim Kit Siang?

Mereka akan kata ini kerja UMNO.Kerja kerajaan yang takut kalah di Galas.Belum bertanding dah provok PR.Umno tahu Pas akan menang di Galas sebab itu bendera Dap dan PKR tidak boleh di kibar.

Pas akan jaja perkara ini masa nak kempen.Mereka akan kata UMNO tak gentlemen.Takut kalah.Mereka akan kata kerajaan tidak ADIL.Kerajaan RASUAH.Kerajaan tidak DEMOKRASI.

Apa-apa pun SPR perlu kotakan apa yang di putuskan.Biar lah apa PR nak kata.

Abdul Aziz Merempuh Kubu PAS di Galas

Berikut adalah biodata Calon Barisan Nasional yang menggalas amanah untuk merempuh kubu PAS

22 Oktober 2010

7000 penduduk p pinang dalam delima

Keadaan orang Melayu di Pulau Pinang sangat kritikal terutama dalam isu pemilikan tanah dan ketika ini kira-kira 7,000 penduduk negeri berhadapan dengan risiko diusir dari rumah yang mereka
duduki, demikian menurut wakil Umno Pulau Pinang Mohamad Farid Saad.

Beliau yang mendedahkan hasil maklum balas kajian Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang yang dikumpul dari 13 ketua bahagian berkata, penduduk dari 60 perkampungan di Pulau Pinang didapati akan kehilangan tempat tinggal kerana tanah rumah yang didiami sekarang bukan milik mereka.

Katanya kerajaan Pulau Pinang di bawah pimpinan DAP dilihat semakin melampau apabila mereka mula membuka tanah yang selama ini dipertahan, untuk dibangunkan, dan beliau memberi contoh satu lot tanah yang di Sungai Burung yang dikhaskan untuk sawah dikeluarkan dari gazet, dan satu lagi kes yang membabitkan sebahagian daripada Taman Negeri yang dibuka untuk dibangunkan sebagai kawasan perumahan.

"Kes ini akan membuka laluan kepada pembukaan kawasan-kawasan lain dari kategori yang sama. Ini semua adalah penyalahgunaan kuasa yang mesti dihentikan," kata Anggota Umno Bahagian Balik Pulau itu ketika membahaskan usul ucapan presiden di Perhimpunan Agung Umno hari ini.

Mohamad Farid berkata apa yang berlaku di Pulau Pinang sekarang merupakan contoh kes pengusiran melalui polisi dasar, selain berlakunya pengusiran secara fizikal, psikologi dan terang-terangan.

Mohamad Farid berkata kerajaan perlu mempunyai kuasa untuk menghalang pembangunan di kawasan yang digazet, seperti kawasan-kawasan yang sensitif dalam menjaga alam sekitar di semua negeri.

"Jika tidak, lebih cepatlah orang Melayu diusir. Hari ini tanah milik orang Melayu di daerah timur laut hanyalah 1.16 peratus saja, tanah di Balik Pulau hanya 15.07 peratus, di Seberang Perai 44.2 peratus, Seberang Perai Tengah 23.5 peratus dan di Seberang Perai Selatan 18.09 peratus sahaja milik orang Melayu," katanya dan menambah ketika ini hanya 20.41 peratus sahaja tanah di Pulau Pinang dan Seberang Perai adalah milik orang Melayu.

Beliau berkata orang Melayu sudah lama bertapak di Pulau Pinang, tetapi hari ini, sedikit demi sedikit tanah yang dimiliki turun temurun dijual dan bertukar tangan.

Menurutnya jika generasi dahulu boleh bertolak ansur, generasi baru tidak ada lagi belas kasihan, di mana yang ada kini hanyalah 'you keluar dari sini, kalau tak puas hati jumpa di mahkamah nanti'.

Mohamad Farid berkata hakikat yang perlu diterima ialah keadaan ini berpunca daripada kealpaan "pemimpin dahulu".

sumber malaysia kini




Tak malukah kamu?
majoriti melayu! betul ke 62! kalau kat pulau pinang berepa % melayu? kalau kat melaka berapa?
pi check betul betul!
kata kan lah 60% tapi ekonomi melayu berapa %?
ekonomi malaysia dibolot bangsa cina lebih 90%

Tak malukah kamu?

mari belajar matematik budak sekolah darjah lima
semua penduduk ada 1000 orang. melayu 60%. kekayaan negara ada RM1000
ekonomi melayu 10%
berapa seorang melayu dapat… gunakan sen.. haha
berapa bangsa asing dapat.. gunakan ringgit

Tak malukah kamu?
Dengan ekonomi semua boleh dibeli, bukan tanah aja, pemerintah pun boleh diputar belitkan
sapa tak nak kaya dan senang. la tu ramai penderma haram,, hulur duit cash atas bawah kiri kanan
sapa penghulur sial tu.?
rasuah berlaku mana mana pun…
kalau buat kajian, rasuah ni bergantung pada:
jenis bangsa, ekonomi diaorang dan kedudukan kerakyatan penjolok. sapa tu! ?

Tak malukah kamu?
mana mana pergi di pekan, di bandar, semua kedai bangsa asing
masuk kampung, masuk pendalaman, dah banyak kilang… tapi kilang sapa?

Tak malukah kamu?
pi bukak mana mana forum di internet
baca komen bangsa asing
berapa bangsat nya dia orang
tak geti cakap bahasa melayu..guna bahasa asing

Tak malukah kamu?
orang melayu dah kena pijak, kena maki, macam macam
kau dok sembahyang aja.
besok anak anak cucu kita kena halau dari tanah sendiri
naik rakit atas laut mampus kena makan ampai ampai

Tak malukah kamu?
di halayak ramai, ada sejenis bangsa yang cakap macam ayam bertelur
tak hiraukan sapa disebelah, kurang ajar betul
pi mana ada amoi pakai hot pans sampai kat kelengkang
muka dah hodoh, eh geli nya
kalo boleh nono.. pon nak tunjuk

Tak malukah kamu?

21 Oktober 2010

Anak Sosilawati ,Rita sertai UMNO

Anak sulung Allahyarham jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, Erni Dekritawati Bukhari, 25, hari ini secara rasminya menyertai Pergerakan Puteri Umno serta dilantik menjadi anggota Biro Pembangunan Usahawan dan Pemantapan Ekonomi pergerakan itu.

  Borang keahlian beliau diserahkan kepada Ketua Puteri Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin pada Perhimpunan Agung Pergerakan Puteri Umno 2010 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibunegara hari ini.

Bercakap kepada pemberita selepas penyerahan borang berkenaan, Erni Dekritawati, yang lebih mesra dipanggil Rita, berkata penyertaannya yang didorong oleh rakan-rakannya itu bertujuan untuk meneruskan legasi arwah ibunya.

"Saya rasa saya boleh membantu usahawan-usahawan wanita untuk terus maju ke hadapan dan mempraktikkan segala ilmu yang diajar oleh ibu saya kepada orang lain.

"(Ini) cara untuk menghargai jasa ibu saya yang sebelum ini banyak menolong ibu tunggal serta wanita kurang upaya,ia menjadi satu platform untuk saya lebih senang menolong orang," katanya.

Selepas menyerahkan borang, Rita hadir kira-kira 10 minit untuk mengikuti perbahasan persidangan Puteri Umno yang berlangsung di Dewan Tun Dr Ismail.

sumber malaysia kini

Semoga ALLAH mencucuri roh Datuk Sosilawati dan di tempatkan bersama-sama orang yang soleh.

13 Oktober 2010

Video : Bukan PAS kalau tidak mencaci, sampai orang sudah mati pun diaibkan...

Sepatutnya PAS lebih tahu hukum mengaib dan memfitnahkan orang yang telah meninggal dunia, Tapi kerana gila kuasa PAS sanggup menghalalkan apa saja.

Ini satu contoh yang amat biadap!!!


Bukan PAS kalau tidak memfitnah, bukan PAS kalau tidak mencaci maki...
 inikah Islam yang sederhana untuk diajar kepada orang lain?
amat malang bagi masyarakat Islam, jika terhibur dengan sikap seperti ini! 

03 Oktober 2010

Ku Li Calon BN untuk Menentang Nik Aziz di GALAS!!!!

Umno Kota Baharu Sokong Cadangan Tengku Razaleigh Dipilih Calon Galas

KOTA BAHARU, 2 Okt (Bernama) -- Umno Bahagian Kota Baharu menyokong cadangan supaya Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dipilih sebagai calon pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas yang akan diadakan.

Ketuanya Datuk Mohd Fatmi Che Salleh berkata pemimpin veteran Umno itu diyakini mampu melaksanakan tanggungjawab sebagai anggota Parlimen dan juga anggota Dewan Undangan Negeri sekiranya dipilih bertanding pada pilihan raya kecil itu nanti.


Beliau berharap Tengku Razaleigh yang telah dipilih sebagai pengarah pilihan raya Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil DUN Galas, memikirkan perkara itu semasak-masaknya sekiranya dipilih sebagai calon BN pada pilihan raya kecil itu.


"Beliau tokoh politik yang disegani oleh rakyat," kata Mohd Fatmi yang juga setiausaha politik perdana menteri kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan di sini, Jumaat malam.


Semalam, cadangan Ketua Pemuda Umno Kelantan Anuar Safian supaya Tengku Razaleigh dipilih sebagai calon Galas turut mendapat perhatian Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dilaporkan berkata BN bersedia menimbangkan cadangan itu.


Parti Progresif Penduduk (PPP) turut mengalu-alukan Tengku Razaleigh dipilih sebagai calon BN di Galas.


"Kami yakin Tengku Razaleigh mampu membawa balik kemenangan BN jika menjadi calon di Galas," kata Pengerusi PPP Kelantan, Datuk Nik Sapeia Nik Yusoff.


Nik Sapeia yang juga Naib Presiden PPP berkata parti itu akan membantu komponen BN dalam memastikan kemenangan BN pada pilihan raya kecil itu.


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat pada Rabu depan bagi membincangkan mengenai tarikh penamaan calon dan pengundian bagi pilihan raya kecil DUN Galas.


Kerusi DUN Galas kosong berikutan kematian penyandangnya Chek Hashim Sulaima, 46, pada 27 Okt lepas akibat barah usus.


-- BERNAMA

mukapetang: Dengar khabar ada yang menyatakan bahawa Ku Li akan disaing dengan Nik Aziz semasa PRK Galas kelak.  Sama-samalah kita saksikan pertembungan dua kuasa hebat di Galas.  Bagi mereka yang ingin mengikuti perkembangan BN Galas silalah bertandang ke web

01 Oktober 2010

Kita Gempur propaganda UMNO Sarawak!!!

 
Ini petikan dari blog 'UMNO Sarawak' pada 28/9/2010
 
Kami Sokong Kepimpinan Taib!!!
Kami sememangnya menyokong kepimpinan Ketua Menteri Sarawak PS Taib Mahmud walaupun kami tidak bersetuju dengan parti yang dipimpin beliau.

 Ini pula petikan dari blog yg sama pada 30/9/2010

 Kita gempur Taib jika perlu!!!
Kita mematuhi sebarang keputusan yang dibuat oleh pihak pimpinan Umno Pusat berkenaan kepimpinan Ketua Menteri Sarawak.Kita akan gempur Ketua Menteri Sarawak dan pengampu-pengampunya sekira pimpinan Umno Pusat merasakan Ketua Menteri Sarawak PS Taib Mahmud perlu 'disingkirkan'. 

Jika benar kenyataan provokatif dalam blog tersebut mewakili 'UMNO Sarawak' (JPUNS). Jelas sekali 'UMNO Sarawak' adalah pengkhianat yang sebenarnya!!!

Samada blog tersebut mewakili suara 'UMNO Sarawak' atau tidak,  Yang pasti UMNO Sarawak  atau JPUNS memang diketahui mempunyai agenda peribadi untuk menentang kerajaan dan mengelirukan pelbagai pihak dalam PBB serta Barisan Nasional Negeri.

Saya tidak percaya mereka ada proksi dalam PBB! Meskipun mereka cuba untuk mengaitkan perjuangan mereka dengan YB Fadillah Yusof. Itu sekadar propaganda untuk mencetus keraguan dan perpecahan dalam PBB. Tentunya akan memberi keuntungan buat mereka yang sudah lama mencari 'ruang'.

JPUNS juga telah banyak cuba mengelirukan rakyat Sarawak dengan membayangkan mereka seolah-olah mendapat restu dari kepimpinan Pusat. Itu juga sekadar propaganda untuk memunculkan perpecahan antara BN Negeri dan BN Pusat.

Malah keberadaan mereka di Sarawak tidak pernah direstui oleh Presiden UMNO Datuk Seri Najib.  Kerana BN atau UMNO pusat telah berulang kali menyatakan keyakinan terhadap kepimpinan yang ada. Bukan memungkinkan UMNO akan berkembang ke Sarawak!

Jawatankuasa Penaja UMNO Negeri Sarawak (JPUNS) adalah satu propaganda politik peribadi yang opportunis, 
dan pengkhianat yang harus digempur!!!

Galas : Pembangkang guna strategi pecah Melayu lagi?

Galas: Pertempuran Personaliti Antara Tengku Razaleigh Dan Nik Aziz?


Oleh Alan Ting

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Keputusan pucuk pimpinan Nasional (BN) memilih pemimpin veteran Tengku Razaleigh Hamzah sebagai pengarah pilihan raya parti bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas akan datang dialu-alukan oleh parti komponen BN dan penganalsis politik.

Mereka yakin personaliti utuh anggota Parlimen Gua Musang itu akan menjadi faktor utama yang dapat membantu BN merampas semula kerusi DUN Galas, berdasarkan rekod baik dan pengaruh beliau di kawasan itu.
 Penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia Dr P. Sivamurugan berkata bagi memenangi semula sokongan kepada BN di Galas, tiga puak dalam Umno Kelantan perlu memberikan sokongan padu kepada Tengku Razaleigh.



"Mereka perlu menggunakan strategi Manik Urai, iaitu hanya ada satu pasukan," katanya semasa dihubungi.

Sivamurugan berkata walaupun Tengku Razaleigh mendapat sokongan padu daripada partinya di Gua Musang, beliau masih perlukan sokongan pemimpin Umno negeri seperti pengerusi badan perhubungan Umno negeri Datuk Seri Mustapa Mohamed, bekas pengerusinya Tan Sri Annuar Musa dan timbalan pengerusi sekarang Datuk Dr Awang Adek Hussein untuk membantu beliau sebagai pengarah pilihan raya.

"Jika mereka ini tidak memberikan sokongan padu kepadanya, dengan itu agak sukar bagi Tengku Razaleigh walaupun beliau merupakan ikon di kawasan itu," katanya.

Tengku Razaleigh menjadi Adun bagi Hulu Kelantan Barat pada 1969 dan kemudiannya anggota Parlimen Hulu Kelantan sejak 1974. Hulu Kelantan kemudiannya diubah nama kepada Gua Musang pada pilihan raya umum 1986.

Kerusi DUN Galas kosong berikutan kematian penyandangnya Chek Hashim Sulaima, 46, dari PAS akibat barah usus pada 27 Sept.

Dalam pilihan raya umum 2008, beliau memperoleh 4,399 undi, menewaskan Mohamad Saufi Deraman dari BN dengan majoriti 646 undi.

Selain memilih Tengku Razaleigh sebagai pengarah pilihan raya, pucuk pimpinan BN juga berkata mereka akan memilih calon setempat untuk bertanding di kerusi itu.

"Dalam pilihan raya umum lepas, jumlah yang mengundi di kerusi ini agak tinggi, kira-kira 80 peratus ekoran kedua-dua pihak meletakkan calon setempat berwibawa. Bagaimanapun, satu-satunya masalah yang perlu ditangani BN ialah mengenai kemerosotan sokongan di kalangan bukan Melayu," kata Sivamurugan.

Hakikatnya, katanya kegagalan BN mengekalkan kerusi itu pada 2008; pertama kali mereka tewas, adalah disebabkan kemerosotan sokongan daripada pengundi Cina kerana undi Melayu terbahagi antara Umno dan PAS.

Menurut senarai daftar pemilih yang lepas, terdapat 10,330 pengundi di kawasan itu, 65.4 peratus Melayu, 22.3 peratus Cina, 10.5 peratus Orang Asli dan 1.8 peratus India. Kebanyakan masyarakat Cina tinggal di pekan Gua Musang.

"Kaum Cina pasti akan terpengaruh dengan pilihan raya kecil ini. Oleh itu, strategi BN perlu menumpukan mengenai bagaimana mereka memenangi pilihan raya kecil Bagan Pinang, iaitu kerana faktor calon dan bukannya faktor parti," katanya.

Bagaimanapun, Pengerusi Gerakan Kelantan Datuk Ng Chiang Chin berkata kemerosotan sokongan kaum Cina kepada BN di kawasan itu tidak boleh dipersalahkan bagi keputusan pilihan raya umum di kawasan itu.

"Dalam pilihan raya umum lepas, keadaan agak huru-hara. Sebab itu kita menyaksikan penurunan sokongan kaum Cina. Bagaimanapun, dalam pilihan raya kecil kelak, dengan jentera yang lebih tersusun dan lebih bersedia, kita mempunyai peluang lebih baik," katanya.

Walaupun Tengku Razaleigh sebagai pengarah pilihan raya kecil itu, masih merupakan pertandingan yang sukar bagi BN ekoran beberapa isu.

Seperti ditegaskan oleh Sivamurugan, isu utama ialah royalti minyak untuk Kelantan.

"PAS pasti akan memainkan isu bagaimana Tengku Razaleigh menyokong kerajaan negeri pimpinan PAS itu dalam tuntutan bagi royalti minyak.  
 

"Sebab itu kenapa dalam pilihan raya kecil ini, kita bakal menyaksikan pertempuran personaliti antara Tengku Razaleigh dan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik (Abdul) Aziz Nik Mat," katanya.


-- BERNAMA

mukapetang: Tahniah kerana dua ikon akan bersemuka lagi bagi PRK DUN Galas.  Sama-samalah kita saksikan strategi pihak pembangkang.  BN masih belum lagi mencadangkan calon parti atau calon pilihan rakyat. Kesungguhan pihak pembangkang dan keberkesanan formula baru akan diuji setelah sekian lama dikaji dari segenap sudut.

29 September 2010

Penduduk Gua Musang Pilih BN dan UMNO untuk Pembangunan!


Pengundi DUN Galas Jangan Ulangi Kesilapan Undi PAS

 
PUTRAJAYA, 28 Sept (Bernama) -- Pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Kelantan tidak sepatutnya mengulangi kesilapan dengan memilih calon daripada parti pembangkang pada pilihan raya negeri kawasan itu yang akan diadakan.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sekiranya ada pertandingan inilah waktunya pengundi di kawasan itu memperbetulkan kesilapan yang pernah berlaku kerana memilih calon pembangkang.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis rumah terbuka Aidilfitri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan di sini pada Selasa, beliau berkata ramai pengundi di DUN tersebut kecewa dengan kegagalan pembangkang memenuhi janji manis mereka seperti yang berlaku di Selangor dan Pulau Pinang.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Sekarang adalah waktu paling sesuai untuk pengundi di Gua Musang kembali menyokong Barisan Nasional (BN) seperti yang pernah mereka lakukan sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) 2008, kata Ismail Sabri yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Pilihan raya kecil itu akan diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada PAS, Che Hashim Sulaima, 46, akibat barah usus di Kuala Lumpur pada Isnin.

Pada PRU 2008, Allahyarham memenangi DUN itu menewaskan penyandangnya daripada Barisan Nasional (BN), Mohamad Saufi Deraman dengan majoriti 646 undi.

Mengulas kenyataan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Saifuddin Nasution Ismail yang mendakwa kekecohan dalam pemilihan peringkat cabang parti itu didalangi UMNO, beliau berkata pembangkang akan sentiasa menuding jari menyalahkan orang lain demi menutup kelemahan sendiri.

"Apa saja yang berlaku bukan setakat kekecohan yang menggambarkan kelemahan sendiri, mereka mesti kata Umno terlibat. Inilah bezanya mereka dengan UMNO, mereka tak boleh terima hakikat kelemahan parti, peringkat cawangan pun tak boleh tadbir, baru memerintah dua tahun sudah kucar kacir," kata Ismail Sabri.

-- BERNAMA

mukapetang:  Al Fatihah dan salam takziah kepada keluarga Allahyarham Che Hashim Sulaima. Marilah saudara semua di Kelantan, marilah kita bersatu dalam Barisan Nasional.  Sekiranya kita biarkan PAS berdiri kembali nescaya rugilah kita untuk menikmati kemajuan yang pesat dalam arus pembangunan ini.  Sekiranya kita tidak memikirkan masa depan generasi yang akan datang silalah pilih PAS!  Sebaliknya kita hendaklah memilih pembangunan untuk peninggalan kepada generasi yang seterusnya.  Agar mereka dapat bersama mengecapi Wawasan dan juga 1Malaysia dalam pelan pembangunan yang telah disusunatur oleh kerajaan pusat.

24 September 2010

Nizar sekadar 'alat' DAP, dan PAS memperalatkan Islam

 Petikan;
“Kita lihat (Datuk Seri) Mohammad Nizar Jamaluddin di Perak, walaupun dia Menteri Besar tapi dia ikut arahan DAP sehingga (pakatan pembangkang) jatuh. Orang Cina mendakwa ini adalah usaha BN menjatuhkan kerajaan Cina.

“Jadi mereka panggil kerajaan Cina, tak mungkin kita juga akan dapat Perdana Menteri yang semacam Nizar, namanya Melayu, agama Islam tetapi dia bukan sebenarnya bebas, dia adalah 'alat' pada orang lain dan ini boleh berlaku,” katanya.

Dr. Mahathir menambah, walaupun Nizar yang mewakili Pas ketika memerintah Perak seolah-olah memperjuangkan Islam, parti itu sebenarnya menggunakan Islam sebagai alat untuk mendapat sokongan.

Baca selengkapnya...
Melayu hilang kuasa
KUALA LUMPUR 23 Sept. – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengingatkan orang Melayu bahawa mereka akan kehilangan kuasa dan ‘suara’ jika pakatan pembangkang berjaya mengambil alih pemerintahan negara.

Kata beliau, ia terbukti sewaktu Perak diperintah pakatan pembangkang selepas pilihan raya umum lalu apabila DAP lebih berkuasa di negeri itu walaupun Menteri Besar daripada Pas.


“Kita lihat (Datuk Seri) Mohammad Nizar Jamaluddin di Perak, walaupun dia Menteri Besar tapi dia ikut arahan DAP sehingga (pakatan pembangkang) jatuh. Orang Cina mendakwa ini adalah usaha BN menjatuhkan kerajaan Cina.

“Jadi mereka panggil kerajaan Cina, tak mungkin kita juga akan dapat Perdana Menteri yang semacam Nizar, namanya Melayu, agama Islam tetapi dia bukan sebenarnya bebas, dia adalah alat pada orang lain dan ini boleh berlaku,” katanya.

Beliau yang juga bekas Presiden UMNO berkata demikian dalam wawancara khas dipetik daripada laman web www.umno-online.com yang disiarkan hari ini.

Dr. Mahathir menambah, walaupun Nizar yang mewakili Pas ketika memerintah Perak seolah-olah memperjuangkan Islam, parti itu sebenarnya menggunakan Islam sebagai alat untuk mendapat sokongan.

Sementara itu menurutnya, jawatan sebagai Perdana Menteri di negara ini bukan ‘dikhaskan’ buat orang Melayu atau beragama Islam sahaja sebaliknya ia tertakluk kepada sokongan rakyat ke atas seseorang pemimpin.

“Tidak ada sekatan dalam undang-undang negara, dalam kita punya Perlembagaan tiada yang menghalang orang Cina atau India jadi Perdana Menteri, apa yang perlu sokongan dari majoriti, kalau majoriti dah setuju, kita tak boleh buat apa-apa.” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, beliau turut mengkritik hala tuju parti pembangkang lain seperti Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP kerana dilihat tidak ikhlas memperjuangkan kemahuan rakyat selain hanya mahu merampas tampuk pemerintahan daripada BN.

Sebagai contoh, katanya, PKR wujud bukan kerana mahu menuntut keadilan buat rakyat di negara ini tetapi sebagai platform merealisasikan cita-cita seorang pemimpinnya yang berhasrat menjadi Perdana Menteri.

“Trend itu tidak lagi menjadi tumpuan, tetapi kepada apa saya dapat, apa kau dapat, lebih kepada peribadi. Itulah terbentuknya keadilan, keadilan itu nama sahaja. Tubuh PKR seolah-olah negara ini tidak ada keadilan,” jelasnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...