Nuff Head

Najib For PM

Najib Razak merupakan PM yang paling banyak membawa Transformasi dan menyentuh segenap lapisan masyarakat

Suara 1Sarawak

Selamat Datang Semoga Kehadiran Anda Penuh Makna

Memaparkan catatan dengan label Pemilihan PKR. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pemilihan PKR. Papar semua catatan

26 November 2010

Surat Palsu, satu lagi bukti kesalahan media UMNO?

Rupanya bukan Jenapala yang akan pening, meskipun Mahkamah Tinggi kelmarin menolak saman beliau untuk mengisytiharkan pemilihan PKR tidak sah dan batal.

Hal sebaliknya pula yang terjadi, bila Bekas setiausaha agung PKR, Datuk Salehuddin Hashim membuat laporan polis hari ini berhubung dakwaan pemalsuan sepucuk surat bertarikh 2 Februari 2009 yang kononnya dikeluarkanya sewaktu beliau memegang jawatan tersebut.

Mungkin Saifuddin Nasional tengah 'pening', untuk menjawap isu   penipuan seperti yang didakwa Datuk Salehuddin. Saman Jenapala juga tidak  terhenti disitu, jika surat tersebut  terbukti diperkosa oleh PKR.

Seperti kebiasaannya, setiap penipuan dan keributan dalam PKR, tentunya salah media  BN/UMNO, agaknya media BN/UMNO buat surat palsu? kah kah kah...


kutipan dari malaysiakini.com
"Saya mengetahui kewujudan surat ini setelah peguam dari plaintif kes Saman Pemula No: R1-24-104-2010 menunjukkan kepada saya afidavit dari Saifuddin Nasution Ismail, setiausaha agung PKR sekarang, yang menyatakan satu daripada sebab-sebab beliau bertindak dalam kes itu adalah berdasarkan surat tersebut, yang seperti telah saya nyatakan adalah sepucuk surat palsu.

"Saya membuat laporan tersebut dengan harapan satu penyiasatan polis akan dibuat untuk menentukan siapakah mereka yang melakukan pemalsuan tersebut untuk tujuan-tujuan mereka sendiri.

"Saya yakin surat palsu tersebut telah melanggar undang-undang jenayah dan sivil serta menganiayai saya, seolah-olah saya seorang yang melakukan perkara-perkara yang tidak benar dan tepat," tambahnya.

Salehuddin berkata, beliau turut mengepilkan salinan surat tersebut, afidavit balasannya dan minit mesyuarat Biro Politik PKR pada 30 Ogos 2009, enam bulan kemudian, yang masih lagi mengiktiraf keahlian ahli tersebut.

"Saya berasa kecewa terhadap perilaku mereka di belakang pemalsuan tersebut yang menunjukkan matlamat menghalalkan cara.
"Dan saya berasa amat curiga sekiranya gerombolan tersebut berkuasa di Putrajaya, maka banyaklah institusi-institusi kerajaan yang akan diperkosa seperti yang dibayangkan dalam aduan saya ini," katanya.

Selengkapnya  KLIK DISINI


 p/s: UMNO tak habis-habis main tipu..hahahahah?

23 November 2010

Laporan Rasmi Masalah Pemilihan PKR Oleh Chegu Bard

Laporan Rasmi Masalah Pemilihan PKR Oleh Chegu Bard
18 November 2010Kepada :
Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail,
Presiden,
Parti Keadilan Rakyat
Laporan kepincangan proses pengundian Pemilihan KEADILAN 2010
Perkara diatas dirujuk.
Pertama sekali laporan ini ditulis dalam kebimbangan semua saksi yang didedahkan dalam laporan ini terbuka untuk ugutan, malah kebanyakan saksi tidak berapa selesa untuk tampil kerana tidak mahu menimbulkan masalah pada diri.
Berikut ialah antara kepincangan yang muncul
1. Tarikh tutup pendaftaran/pertukaran anggota sudah diputuskan ada pertukaran selepas tarikh yang dibenarkan.
Merujuk aduan Saufi Mi'ad (bekas Pemangku Ketua AMK Teluk Kemang) mengenai pertukaran keanggotaan Ramlan Roes yang dibuat selepas tarikh yang dibenarkan.
Pertukaran ini dibuat dan secara sengaja disedari selepas tarikh dibenarkan untuk membolehkan Ramlan bertanding Ketua AMK Teluk Kemang dengan menyokong Kamarul Baharin, Pengerusi Perhubungan Teluk Kemang yang bertanding Ketua Cabang Teluk Kemang.
Apabila bantahan dibuat secara lisan kepada JPP yang bertugas dalam proses penamaan calon, Pegawai bertugas bertanya sama ada Ramlan ini penyokong cheGuBard. Apabila dikatakan tidak maka bantahan tidak dilayan. Bantahan bertulis juga telah dibuat sebaliknya tidak diendahkan sehingga kini.
Masalah aduan pendaftaran dan pemindahan keanggotaan seperti ini juga wujud di banyak tempat tidak ditangani dengan serius sehingga menyebabkan masalah yang besar seperti di Kuala Nerus.
1. JPP disengajakan tidak cukup kakitangan ?
Alasan aduan tidak dilayan ialah JPP tidak cukup kakitangan. Saya menjadi pelik bagaimana ini boleh dijadikan alasan. Atau sengaja tidak cukup kakitangan supaya boleh menutup kelemahan.
Dari peringkat awal Rembau telah menghantar 4 calon untuk membantu JPP namun semua ditolak kerana alasan tidak layak dan tidak ada pengalaman. Kemudian apabila melihat anggota JPP yang dipilih mengendalikan tugas besar, maka alasan menolak calon JPP dari Rembau dilihat cukup tidak munasabah.
Ada anggota JPP sekarang yang tua dan terketar – ketar, ada anggota JPP yang buta IT tetapi calon JPP dari Rembau yang antaranya pelajar Kolej Tahun Akhir dan lepasan UITM ditolak kerana tak layak. Ada beberapa cabang lain juga mengadu perkara yang sama. Adakah ini terancang dimana beberapa cabang yang dilihat 'melawan' ditolak calon JPPnya ?
2. Pencalonan ditukar
Merujuk surat pengaduan rasmi yang dibuat oleh Zulkifli Ibrahim selaku penyelaras kempen saya yang mengadu mengenai kegiatan menukar pencalonan. Contohnya Tampin, memang sahih mesyuarat mencalonkan cheGuBard dan Chang Lih Kang sebagai calon Ketua dan Timbalan ketua AMK. Namun apabila muncul di database parti ia meletakkan nama Shamsul dan Khairul Anuar.
Jika nama boleh ditukar bagaimana pula dengan nombor jumlah undi. Surat yang dihantar sebulan lebih tidak berjawab dan tindakan tidak diambil. Orang yang dikenal bersalah bebas masuk dan keluar ibu pejabat dan menikmati bayaran gaji tanpa tekanan.
3. Buku daftar mengundi catat kurang dari jumlah Undi dalam peti undi
Perkara ini berlaku di beberapa tempat malah ada yang disenyapkan. Kebetulan di Kubang Pasu kami ada PACA maka kami berjaya 'menangkap' buku kehadiran yang hanya melaporkan kehadiran sekitar lebih kurang 70 orang sebaliknya kertas undi pula hampir 200 di dalam kotak.
Ini diperakui oleh JPP apabila memanggil wakil calon Zaid Ibrahim untuk berbincang dengan menyelesaikan dengan cara bahagi 2 jumlah undi. Ini penyelesaian apa ? Individu bersalah harus dihukum kerana jelas berlaku penipuan. Wakil calon saya langsung tidak dipanggil.
Berapa banyak cabang lain yang perkara ini dilaporkan berlaku tetapi kerana kelicikan kia dilakukan kami gagal membuktikanya.
4. Jumlah datang mengundi meragukan
Mendapat sms dari no. 0105895379 yang merupakan anggota KEADILAN setempat, beliau menyatakan tahu penipuan berlaku di mana pengundi yang hadir di Cabang Sandakan dan Libaran yang mana beliau sendiri melihat tiap cabang yang hadir paling tinggi hanya sekitar 200 orang itupun melibatkan 'pengundi hantu'.
Beliau menamakan oleh En. Mustafa Osman, Ketua Penerangan Libaran sebagai terlibat. Beliau sendiri teragak – agak untuk tampil kerana jika identiti terdedah akan diancam samseng. Lebih lagi seolah tergambar parti itu sendiri sedia menipu.
Beliau juga menyatakan bagaimana setiausaha Perhubungan Sabah yang dipukul di Lapangan Terbang berkaitan isu Pilihanraya Kecil tidak mendapat pembelaan malah seolah samseng yang memukul mendapat perlindungan parti, ini lebih menakutkannya.
Dr. Jurin Gunsalam, melaporkan pusat pengundian Libaran pada jam 2.00ptg hanya mencatatkan kehadiran 20 orang sahaja bagaimana mungkin sebelum ditutup kehadiran 900 orang dilaporkan.
Di Batu Sapi, Sandakan, Libaran satu siasatan terbuka harus dilakukan oleh badan bebas segera. Jumlah kehadiran luar biasa yang amat meragukan.
Wakil kami hanya mencatatkan kehadiran paling tinggi sekitar 200 orang. Jika parti tidak mampu untuk lakukan siasatan. Beri kami buku kehadiran kami akan siasat sendiri.
5. Keputusan undi yang pelik
Jumlah undi yang tertera dalam laman web parti sendiri tidak konsisten. Ada nombor yang berubah ditengah-tengah minggu. Ada nombor yang menunjukkan undi mengurang. Adakah proses pengundian boleh dikira dengan cara 'negatif'.
Nurin Aina (no hp. 0127616421) Calon Exco wanita melaporkan punya bukti bagaimana jumlah undi boleh dilaporkan secara salah oleh JPP.
Saudara Hisham (no. hp : 0196623930) melaporkan bagaimana dalam proses pengiraan undi di Teluk Intan bagaimana undi yang dikira amat meragukan melibatkan calon MPP Nordin Mahmod tetapi apabila didesak semula tong dibuka dan dikira semula jelas undi tersebut dikurangkan dengan banyak dalam kiraan awal.
6. Keselamatan proses pengundian lemah yang memungkinkan penipuan
Di Tuaran laporan saudara Bobby (PACA di Tuaran) sebanyak 30 kertas undi tidak punya cop dibantah tetapi tidak dikira rosak atau batal sebaliknya dikira sebagai sah.
Ini laporan email dari Kenny, Ketua AMK Libaran yang menyatakan apa yang berlaku dengan peti undi di Sandakan.
---------- Forwarded message ----------
From: kenny cyl
Date: 2010/11/7
Subject: Peti Undi Dewan Pandu Putri
To: zulshowfx@gmail.com
Terima panggilan dari Kent ( ketua AMK KK ) kira kira pukul 4:40ptg mengenai bilangan undi di Sandakan pada 6hb Oct.2010, lalu saya dan seorang AJK cabang Sandakan menuju ke tempat mengundi Dewan Pandu Putri dan sampai disana kira kira pukul 4:55ptg.
Apabila saya sampai saya bertanya pada yang dimaklumkan Mustaffa mengapa tempat ini bersurai dan mengapa pengiraan undi bukan disini. Mustaffa menjawab bahawa tempat ini disewa sehingga pukul 5ptg dan selepas pukul 5ptg tidak dibenarkan menjalankan aktiviti-aktiviti.
Oleh kerana itu peti undi terpaksa di alih ke tempat lain untuk pengiraan.didalam perbualan saya dengan Mustaffa, kereta Dmax biru itu lalu membawa peti undi itu beralih dari Dewan Pandu Putri kira kira pukul 5:05ptg.
Saya bertanya pada Mustaffa lagi, ke mana peti itu di bawa, dia jawab : belum tentu lagi kerana mahu cari Hotel yang sesuai untuk pengiraan dan perkara ini telah pun di maklumkan pada orang atasan.
Saya sekali lagi tanya, siapa yang di tugaskan dalam kereta yang membawa peti undi itu, Dia menjawab : Davi ada dalam kereta. Mustaffa tanya saya jika mahu tahu, call dia dalam pukul 6ptg dan saya pun diberi nombor telefon bimbit dia lalu di terus beralih dari Dewan itu.
Setelah ini saya terus call Jurin Ketua AMK Kota marudu mengenai perkara itu, selepas saya memaklumkan hal ini pada Jurin, dalam bernerapa minit Chang Lih Kang Call saya dan saya memaklumkan hal ini lagi pada dia ... dan seterusnya..Nicholas, zulkifli...juga call pada saya.
Saya dan AJK cabang Sandakan terus menuju ke tempat pengundian Cabang Sandakan di Jockey Lodge yang saya di maklumkan oleh Mustaffa bahawa tempat penggundian di Dewan Pandu Putri adalah untuk kawasan Libaran dan Jockey Lodge adalah untuk kawasan Sandakan. Setelah Saya dan AJK cabang Sandakan sampai di tempat undi kawasan Sandakan iaitu di Jockey Lodge, saya berjumpa dengan Benedict Wong dan dimaklumkan pengiraan undi sedang dijalankan di tempat tersebut.
Benedict Wong memaklumkan saya bahawa peti undi itu ada di bilik gerakan Libaran dan saya bersama Benedict Wong menuju ketempat tersebut. AJK cabang Sandakan yang mengikut saya menolong di tempat pengundian di Jockey Lodge.
Setelah saya sampai di bilik gerakan Libaran bersama Benedict Wong tetapi gate di bawah tangga berkunci. Disana Benedict Wong menelefon untuk mencari arah tuju peti itu, setelah beberapa pangillan yang dia buat, Benedict Wong memaklumkan saya bahawa Peti itu akan ada di Sanbay Hotel dan saya bersama Benedict Wong terus menuju ke Sanbay Hotel dan sampai disana kira kira pukul 5:45ptg.
Thamrin sudah pun tunggu disana. saya membuat beberapa panggilan memaklumkan peti Libaran akan sampai ke Sanbay Hotel. Pada masa itu juga Tian Chua juga membuat panggilan pada saya mengenai hal ini dan saya pun memaklumkan dia juga dan dalam perbincangan saya dengan Tian Chua , peti undi Libaran pun sudah sampai kira kira 6ptg.
Dan saya melihat Thamrin ada disitu dan Benedict Wong suruh saya hantar dia balik ke Jockey Lodge, lalu kita beralih dari Sanbay Hotel ke Jockey Lodge kira kira pukul 6:45ptg. Disana pengiraan undi kawasan Sandakan di adakan di bilik 207 yang di ketuai oleh Masri.
Setelah saya tahu Pengiraan Undi Libaran ada Thamrin dan Sandakan ada Masri. saya pun meminta diri untuk pulang kira kira 7:15mlm. Kira-Kira pukul 10mlm Star reporter call saya bertanya mengenai Peti Undi Libaran. dan saya memaklumkan dia hal tersebut dan kemudian Malaysian Insider call saya juga dan cerita yang sama saya maklumkan. saya mendapat nasihat dari Nicholas bahawa ceritakan saja apa yang betul betul terjadi pada reporter.
Pagi ini saya mendapat panggilan dari reporter lagi. cerita yang sama saya berikan padanya. TAMAT report by Kenny
Di semua tempat mengundi pula sebaik sahaja ditutup semua wakil PACA diarah keluar selama 30 min. Adakah ini satu yang terancang untuk merancang penipuan ?
Kami terpaksa menyiapkan jentera seperti melawan Bn yang diuruskan SPR. PACA terpaksa disediakan, sedangkan dipihak lain mereka lansung tidak mempedulikan untuk mewujudkan PACA pun.
Di Kota Raja mujur kami sediakan PACA ada dalam sekitar 10 kejadian meja depan yang mencatat kehadiran pengundi mengarahkan kertas undi AMK diberikan kepada pengundi yang sudah lebih 40 tahun. PACA yang kami sediakan berjaya mengesan dan gagalkan usaha ini. Banyangkan berapa banyak yang sudah terlepas.
7. Campur tangan serius DSAI
Dr Jurin (no hp : 0195313585) melaporkan bahawa Ketua Cabang Kota Marudu memaklumkan bahawa beliau telah dihubungi oleh DSAI sendiri dengan 'mengarahkan' sokongan kepada calon tertentu dan mengarahkan menolak calon tertentu.
Di Cabang tersebut juga proses pengundian telah mengambil sukarelawan JPP dari AJK cabang yang jelas memihak dan 'mengarahkan' undi ketika proses berlansung.
Ini belum masuk dengan usaha jahat menggunakan laman sosial dan sms menfitnah say dan teman- teman. Amizuddin Ahmat (bekas Ketua AMK Pulau Pinang) sendiri mendapat panggilan telefon dari seorang yang dikenali orang Shamsul yang menuduh saya membeli undi RM30 satu undi di Sabah / Sarawak.
8. Di cabang beluran Ketua AMK Beluran melaporkan Pusat Pengundian ditutup pada jam 3.30 ptg menyebabkan lebih dari 10 anggota AMK yang dibawa tiba jam 3.55 ptg gagal mengundi
9. Jumlah kertas undi yang dihantar ke Cabang juga pelik. Di Pendang ada pengundi tak dapat mengundi kerana kertas undi tidak cukup tetapi di Cabang Batu Sapi, Libaran dan beberapa cabang yang tiba – tiba mencatatkan kehadiran tinggi kertas undi terlebih cukup.
Menurut maklumat JPP kertas undi disediakan hanya sekitar 20 % - 30 % dari jumlah pengundi tetapi di tempat yang jumlah undi pelik kertas undi tersedia lebih dari 50 %. Mana JPP tahu yang orang akan datang mengundi lebih ? Bagaimana dengan hak pengundi di Pendang yang dinafikan hak mengundi.
Saya memohon tindakan segera diambil. Satu keputusan mengumumkan menggantung keputusan Kubang Pasu, Libaran, Sandakan dan Batu Sapi perlu dibuat sebelum proses pengundian minggu ini bermula.
Kononya wujud pengundi hantu di Rembau saya juga mohon Rembau dibatalkan dan undi semula.
Satu penyiasatan terbuka perlu diadakan segera mengenai kepincangan yang berlaku.
Saya masih berpegang teguh dengan disiplin parti menggunakan seluruh saluran dalaman parti. Namun saya semakin diasak ke dinding.
Saya selaku anggota Parti KEADILAN Rakyat mohon keadilan.
Sekian dan terima kasih
Badrul Hisham Shaharin,calon Ketua AMK
Pemilihan KEADILAN 2010.

22 November 2010

TERKINI : Laporan campurtangan serius Anwar Ibrahim

alamak! dunia dah tahu... (gambar hiasan)

Satu laporan 'kepincangan' pemilihan PKR, antaranya mendakwa terdapat "campurtangan serius"  Anwar Ibrahim kini tersebar di internet.

Menurut laporan yang disediakan oleh calon ketua Pemuda PKR (AMK) Badrul Hisham Shaharin bertarikh 18 November itu, Ketua PKR cabang Kota Marudu - disebut sebagai "Dr Jurin" - melaporkan bahawa Anwar 'mengarahkannya' memberikan sokongan dan menolak calon tertentu.


Baca Selanjutnya  KLIK DISINI

p/s:  apa kata dunia...

20 November 2010

TERKINI : Pengundian PKR Hulu Selangor kecoh


KUALA KUBU BHARU 20 Nov. - Proses pengundian bagi memilih ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Dewan Merdeka di sini kecoh apabila kira-kira 110 ahli parti itu bertindak menghalang proses pengundian daripada dijalankan.

Ahli-ahli parti yang tidak berpuas hati telah bertindak menghalang sebuah kereta yang membawa kertas undi daripada masuk ke perkarangan dewan berkenaan kira-kira pukul 9 pagi.

Mereka bertindak demikian kerana tidak berpuas hati kerana pengundian bagi jawatan ahli MPP hari ini kerana tidak diadakan serentak bagi memilih kepimpinan tertinggi cabang itu.

Pada bulan lalu, mesyuarat bagi memilih ketua cabang dan lain-lain kepimpinan di peringkat itu telah dibatalkan kerana kertas undi yang dikira adalah melebihi daripada bilangan ahli yang mengundi. - Utusan


Anwar di malukan di Rapat Umum Keadilan Selangor

 Kira-kira 100 anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengadakan protes dan berhimpun di Dataran Shah Alam di sini pada Jumaat meminta Penasihat parti itu Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Naib Presiden Mohamed Azmin Ali supaya keluar daripada parti tersebut.





Protes itu diadakan bermula pukul 8 malam sempena perhimpunan "Rapat Umum Keadilan Selangor bersama Anwar Ibrahim" yang diadakan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini yang turut dihadiri oleh kedua-dua pemimpin terbabit.

Ketua Bahagian PKR Kota Raja K.S Kottapan yang mengetuai protes itu berkata perhimpunan berkenaan juga diadakan ekoran kegagalan kepimpinan tertinggi PKR menangani aduan membabitkan pemilihan parti oleh beberapa calon kepimpinan di peringkat cabang di Selangor.



"Hari ini kita adakan demonstrasi di hadapan bangunan MBSA adalah untuk memberitahu pemimpin PKR bahawa kita membantah pemilihan di peringkat cabang hingga ke Majlis Pimpinan Pusat (MPP).

"Kita turun ramai-ramai dari semua cabang untuk protes bahawa pemilihan kali ini dijalankan dengan begitu kotor," katanya kepada pemberita.

Ditanya sama ada beliau akan membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung perkara itu, Kottapan berkata beliau tidak akan berbuat demikian kerana ia membabitkan hal dalaman parti.

sumber dari bernama

19 November 2010

Luahan Hati Zaid : Kecewa Dianggap 'Orang Jahat'

PETALING JAYA, 19 Nov (Bernama) -- Bekas Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wilayah Persekutuan Datuk Zaid Ibrahim pada Jumaat mengumumkan keluar parti berkuatkuasa 16 Dis ini ekoran hilang kepercayaan terhadap perjuangan parti pembangkang itu.

Beliau berkata keputusan itu dibuatnya setelah menerima tekanan dan serangan peribadi daripada pimpinan parti termasuk Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya telahpun menghantar surat kepada PKR. Saya, secara rasminya hendak keluar daripada parti ini, tarik diri tapi dalam surat saya itu saya berkata bahawa saya nak tarik diri berkuat kuasa 16 Dis.(Ini adalah) berikutan episod pemilihan (Majlis Pimpinan Pusat(MPP, saya telah dituduh, difitnah oleh pemimpin-pemimpin kanan parti dengan tujuan untuk menggambarkan saya ini mengkhianati parti dan berniat jahat.

"Misalnya Saifuddin Nasution Ismail (Setiausaha Agung PKR) berkata saya merancang untuk menubuh parti baru, telah lama sebelum pemilihan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) bermula. Dr Syed Husin Ali (Timbalan Presiden) dan Mohamed Azmin Ali (Naib Presiden) pula bercakap tentang jahatnya saya ini kerana ingin menggugat parti semasa saya mula-mula masuk parti lagi. Kata mereka sumbangan saya tidaklah banyak dan saya tidak setia kepada parti.

"Anwar Ibrahim sendiri kata saya ini 'trojan horse dan sore loser'. Jadi agaklah sukar untuk saya terus berada dalam parti di mana pemimpin-pemimpin kanan telah menganggap saya ini orang jahat. Jadi saya rasa eloklah saya berhenti dari parti ini," katanya pada sidang akhbar di kediamannya di sini pada Jumaat.

Bekas calon Timbalan Presiden parti itu turut menafikan bahawa kemasukannya dalam PKR kerana mempunyai niat jahat.

"Saya sebenarnya tidak pernah berniat jahat terhadap parti. Saya masuk PKR dengan anak-anak saya sebagai ahli seumur hidup dengan yuran yang tinggi kerana saya pada masa itu ingat inilah parti yang akan memperjuangkan kebenaran, ketelusan dan memberi harapan baru kepada rakyat di negara ini.

"Saya amat kecewa bila dituduh sedemikian. saya tidak pernah menubuhkan parti baru atau merancang apa-apa. Saya sebagai koordinator Pakatan Rakyat walaupun Anwar kata saya ini bukan koordinator. Tak apalah, koordinator ke kerani ke, itu terpulanglah," katanya.

Zaid berkata tindakan pemimpin PKR yang cuba memburukkannya tidak akan berjaya kerana beliau percaya masih ada orang yang mempercayai apa yang diperjuangkannya.


"Inilah cara mereka yang tidak ada keyakinan diri, mereka suka untuk menjatuhkan orang lain dengan harapan mereka akan digambarkan sebagai pemimpin sebenar," katanya.

Mengenai penubuhan parti baru, Zaid berkata parti itu bakal ditubuhkannya dalam masa terdekat iaitu sebelum pilihan raya umum ke-13 nanti.

"Rancangan saya sekarang, saya akan berjumpa dengan penyokong saya di seluruh negara dan mempersiapkan diri untuk pilihan raya umum akan datang.

"Saya telah banyak bercakap mengenai perjuangan berteraskan kepada kebenaran, berteraskan kepada apa yang betul, saya mahukan parti yang demokratik, parti yang tak banyak sangat karenah, parti yang berteraskan kepentingan rakyat." katanya.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu juga tidak menolak kemungkinan ramai lagi anggota PKR akan keluar parti itu.

Zaid berkata beliau akan bertanding pada pilihan raya umum nanti selepas parti barunya itu ditubuhkan tetapi enggan menyatakan kawasan yang bakal ditandinginya.

"Kalaulah gagal tubuh parti baru, terpaksa bertanding sebagai calon bebas.

"Tapi saya rasa elok bertanding di bawah satu label, ada kawan-kawan sikit lebih bersemangatlah," katanya.

Pada 8 Nov lepas, Zaid mengumumkan menarik diri daripada bertanding jawatan timbalan presiden PKR dan meletak semua jawatannya dalam parti.

Beliau mendakwa kepimpinan PKR tidak berusaha mengatasi manipulasi dan penyelewengan dalam pemilihan parti yang sedang berlangsung walaupun isu berkenaan telah beberapa kali ditimbulkan.

Sehari selepas pengumuman itu, Zaid mendesak Anwar dan Azmin supaya meletakkan jawatan kerana mendakwa kedua-dua mereka adalah punca segala masalah dalam PKR.

Zaid menyertai PKR pada Jun tahun lepas setelah beliau dipecat daripada Umno.

14 November 2010

Azizah merayu simpati

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memberi jaminan untuk bersama-sama Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) mengambil perhatian serius terhadap sebarang isu berbangkit, khususnya dalam pemilihan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti itu yang sedang berlangsung.

Beliau berkata pihaknya telah pun memulakan tindakan dengan memberi tumpuan kepada kes-kes yang mempunyai petunjuk yang jelas dan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati menyalahi etika yang digariskan.



"Dengan jaminan ini, saya berharap tidak akan ada kritikan berbentuk peribadi sesama pemimpin dan ahli secara terbuka kerana ini akan membuka ruang kepada musuh," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Sabtu.

Beliau berkata pergolakan yang berlaku dalam PKR merupakan proses yang akan mematangkan dan memantapkan parti di samping memberi semangat serta kekuatan baru kepada anggota parti.

Pergolakan dalam PKR bermula apabila bekas Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan Datuk Zaid Ibrahim pada Isnin lepas mengumumkan untuk menarik diri daripada bertanding selain melepaskan semua jawatannya dalam parti itu.

Zaid yang juga bekas calon Timbalan Presiden mendakwa parti itu tidak langsung cuba menangani pelbagai isu berhubung manipulasi dan amalan pemilihan yang tidak adil walaupun isu-isu itu sering dibangkitkan.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu juga menggesa supaya Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Naib Presiden parti Mohamed Azmin Ali berundur dengan mendakwa kedua-dua mereka punca segala masalah dalam parti.

Ini diikuti Naib Presiden PKR Mustaffa Kamil Ayub yang mendesak supaya pemilihan MPP parti segera dibatalkan kerana terdapat kepincangan dalam sistem perjalanan pemilihan yang didakwa tidak telus.

Pada Jumaat, Pengerusi PKR Pahang Datuk Fauzi Abd Rahman menyerahkan Resolusi Rapat Anak Muda Malaysia yang mengandungi enam perkara berkaitan perjalanan pemilihan MPP kepada Dr Wan Azizah.

Selain itu, Timbalan Pengerusi 2 Perlis yang juga calon Ketua Wanita PKR Dr Suraya Sudin memberitahu sidang media semalam bahawa bukan sahaja calon yang bertanding tidak berpuas hati dengan pemilihan MPP, malah anggota parti yang mengundi juga sudah hilang keyakinan kepada proses mengundi dan keberatan untuk keluar mengundi.

Oleh itu, katanya proses pemilihan boleh ditambah baik dengan mengadakan pemilihan mengikut zon iaitu utara, selatan, timur dan barat supaya memudahkan wakil calon untuk memantau perjalanan pemilihan dan pengiraan undi.

12 November 2010

24 cabang PKR sudah bersuara…

Sebanyak 24 cabang parti itu dari berbagai negeri tampil membuat kenyataan bersama kepada media meminta pemilihan jawatan utama parti itu yang sedang berlangsung sekarang ditangguhkan sehingga siasatan dibuat keatas dakwaan itu.
Cabang berkenaan ialah Temerloh,Kuala Pilah, Putrajaya, Telok Intan, Bagan Datoh, Seremban, Petaling Jaya Utara, Sembrong, Paya Besar, Bentong, Keningau, Pensiangan, Tanjung Malim, Ipoh Barat, Tampin, Kota Kinabalu, Rompin, Sungai Siput, Maran, Tambun, Jerantut, Bagan Serai, Tapah dan Kuala Kangsar.
 
Menurut kenyataan itu mereka tidak dapat menerima jika berlaku penipuan dalam pemilihan pimpinan yang kelak akan memimpin parti itu.

Mustafa pula telah memberi tempoh 48 jam supaya pemilihan ditangguhkan jika tidak akan mengambil tindakan lebih tegas.

Ramai para pemerhati politik menilai ‘pemberontakan’ Zaid dan Mustafa ini akan memberi kesan yang besar keatas PKR sekalipun Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kalangan pimpinan yang rapat dengannya cuba mempercilkan tindakan itu sebagai hanya suara ‘sore loser’
Mengikut keputusan pemilihan jawatan Timbalan Presiden sehingga minggu ketiga, Azmin mendapat 6,467 undi, manakala Zaid 3,988 dan Mustaffa 1,215.

Walaupun Azmin meninggalkan Zaid dan Mustafa dengan majoriti 2,479 undi namun kedua mereka mempunyai sokongan terkumpul sebanyak 5,203 undi.

Bezanya cuma 1,264 dan jika 5,203 orang yang mengundi mereka setakat ini bangun bersuara ia sudah cukup mengegarkan parti itu.


Dakwanya sebenarnya ada 80 cabang yang mahu pemilihan ditangguhkan.

Dalam pada itu Zaid sendiri seperti yang diduga tidak duduk diam diri setelah umum tarik diri dari pemilihan Timbalan Presiden dan letak semua jawatan yang disandangnya dalam PKR.

Sebagai ahli biasa beliau sudah mula mengatur langkahnya jelajah ke serata negara untuk meyakinkan ahli parti itu mengenai tindakannya.

Malam tadi beliau dilapor telah mengadakan pertemuan dengan ahli di Sungai Petani.


Jika Perak memberi dokongan penuh kepada Mustafa dan buat kecoh...jawabnya banyak juga yang tercalar nanti
Sementara itu, calon ketua sayap pemuda PKR Badrul Hisham Shaharin dilaporkan mengetuai 200 ahli PKR meluluskan enam resolusi - antaranya dipercayai mendesak parti menangguhkan dan mengadakan semula pemilihan sebagai langkah keluar daripada isu semasa yang beliau sifatkan sebagai “krisis”.
Resolusi itu antara lain menggariskan siri tindakan untuk diambil setiap hari sekiranya permintaan menangguhkan pemilihan dan memperbaiki segala kelemahan dalam proses tidak diatasi.
Pertemuan itu, dinamakan sebagai “Himpunan Anak Muda Selamatkan Keadilan”, diadakan di ibu negara ketika Biro Politik PKR pula mengadakan mesyuarat mingguannya dengan kebanyakan calon yang bertanding dalam pemilihan kali ini difahamkan tidak hadir. Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim juga tidak hadir kerana berada di luar negara.
sumber Agenda Daily.

Tak tahu lah macam mana corak demokrasi dalam PKR.

Kalau Dr Asri menimbulkan isu pengunduran Anwar, mereka akan cakap yang Dr Asri berkomplot untuk menjatuhkan Anwar.Tapi jika Dr asri menghemtam kerajaan merka akan terus setuju.Tetapi bagaimana pula dengan isu dari dalaman parti,dimana banyak cabang amat tidak berpuat hati dengan pemilihan majlis tertinggi yang konon-kononnya demokrasi.Adakah akan di bubarkan dan di buat semula?
Tunggu dan lihat permainan politik kotor Azmin dan Anwar.

Antara dakwaan yang boleh menyebabkan Anwar diserang 'gout'

Antara sekian banyak bantahan rasa tidak puas hati ahli PKR terhadap pemilihan yang sedang hangit, Dakwaan P.S.Janapala adalah yang paling lengkap dan matematikal.


Meskipun belum ditambah dengan gesaan Datuk Zaid dan yang lain agar Anwar berundur. belum lagi dikali dengan  desakan demi desakan dari dalam PKR. Anwar cuma sekadar mampu menafikan dan terus menolak dakwaan yang dilontarkan. Tapi dakwaan Janapala tidak sekadar untuk dinafikan menurut prosedur biasa. Mungkin juga Anwar terpaksa meminjam sempoa dari Lim Kit Siang untuk berkira-kira tentang butirannya.

Budaya PKR sememangnya alergik pada fakta dan data, namun jika Anwar tidak menjawab dengan tepat dakwaan Janapala. Samada Anwar mahu menjawab di Mahkamah atau sebaliknya, dakwaan serta butiran yang dikemukakan P.S. Janapala boleh menyebabkan Anwar diserang ‘gout’ di kaki di kepala.

Penyokong PKR sekadar mampu memaki hamun dan mempersoal ‘otak’ orang lain untuk menutup kelemahan PKR. Tapi tidak mampu menjawab soalan matematik dari P.S. Janapala.

Kali ini Pakatan Rakyat perlu menyedari, sudah banyak mata sedang mematai. Bagi blogger PKR di Sarawak, krisis terkini seolah akan menggelapkan cita-cita mereka untuk jadi menteri atau YB.

beberapa dakwaan Janapala yang legal dan matematikal;
Bekas Timbalan Setiausaha Agung PKR, P. S. Janapala mendakwa, Ketua Umum PKR itu menggunakan kedudukannya bagi mendesak ketua-ketua cabang parti supaya memastikan pengundian di Sabah berpihak kepada Azmin.

Sambil mencabar Anwar supaya mendakwanya di mahkamah jika dakwaan itu tidak benar, beliau berkata, satu petisyen bagi membatalkan pemilihan yang sedang berlangsung akan difailkan dalam masa terdekat.

"Anwar bukan lagi 'tangan ghaib' di sebalik kemenangan besar Azmin di Sabah tetapi beliau adalah 'tangan terbuka' yang mengatur dan mendesak ketua-ketua cabang supaya memastikan undi diberi kepada anak emasnya itu.

"Inilah proses pemilihan paling teruk dan paling tidak telus. PKR bercakap mengenai keadilan tetapi dalam pemilihan, segala penyelewengan dihalalkan demi memastikan kemenangan Azmin"

"Dakwa Janapala, Anwar menghubungi Ketua Cabang Kota Merudu, Anthony Mandiau, supaya memastikan ahli PKR cabang itu tidak mengundi Zaid mahupun anaknya sendiri, Nurul Izzah semata-mata kerana Azmin".

"Dalam pada itu, Janapala mendakwa, pemilihan di Sandakan, adalah bukti penyelewengan dan penipuan undi apabila Azmin memperoleh 415 undi meninggalkan Zaid (25 undi), sedangkan, ahli yang keluar mengundi dikatakan hanya 81 orang".

"Di Libaran pula seramai 898 ahli dikatakan mengundi tetapi pada Perhimpunan Agung Tahunan hanya 99 sahaja yang mengundi, adalah mengejutkan apabila Azmin memperoleh 881 undi sementara Zaid hanya enam undi.

"Ini sesuatu yang pelik kerana peratusan keluar mengundi dalam pemilihan PKR adalah antara lima hingga 10 peratus sahaja, tetapi di Sandakan dan Libaran, peratusannya mencecah 43 dan 60 peratus," dakwanya.

Ditanya, sama ada kemenangan Azmin wajar diiktiraf atau tidak jika pemilihan diteruskan, Janapala berkata, akan berlaku migrasi besar-besaran jika anak emas Anwar itu berjaya menduduki jawatan nombor dua parti.
credit source: utusan malaysia


p/s: oh otak-otak pakatan...we have the numbers!

08 November 2010

Azmin mendahului pemilihan majlis tertinggi PKR

Calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim mengumumkan menarik diri daripada bertanding jawatan berkenaan serta meletakkan semua jawatannya dalam PKR.

Zaid yang juga Pengerusi Perhubungan PKR Wilayah Persekutuan berkata, beliau tersilap apabila menawarkan diri bertanding kerana menganggap PKR boleh membawa politik yang progresif, mengembangkan demokrasi dan meningkatkan ketelusan.




“Saya tawar diri menyertai parti ini atas kepercayaan saya boleh membawa politik progresif; memupuk dan memperkembangkan demokrasi dan ketelusan di negara ini. Saya sebenarnya silap,” katanya dalam satu kenyataan.

Zaid mendakwa, sepanjang pemilihan PKR, kepimpinan parti itu secara aktif membiarkan salah laku dan penipuan berleluasa dengan tujuan mencapai objektif tertentu.

"Saya mengambil keputusan ini kerana tidak ada usaha oleh kepimpinan parti untuk menangani manipulasi dan amalan tidak adil dalam pemilihan itu meskipun ia telah berulang-kali ditimbulkan,” katanya.

Sebelum ini, Zaid pernah menjawat jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri tetapi meletakkan jawatan dan meninggalkan UMNO.
Zaid berkata, beliau akan terus komoted dalam barisan pembangkang dan akan terus menyuarakan pandangannya mengenai isu membabitkan kepentingan rakyat.

"Akhirnya, saya berharap kepada penyokong Anwar Ibrahim (Datuk Seri Anwar Ibrahim), janganlah lagi saya dianggap "pengacau" dalam menghalang perarakan mereka untuk ke Putrajaya. Saya ucapkan mereka berjaya," katanya.

sumber malaysia instinct

Sememangnya telah di duga bahawa Zaid akan menarik diri untuk jawatan timbalan presiden.Alasan bahawa beliau tidak dapat membawa politik progresif ke dalam PKR adalah alasan yang begitu dungu,kerana beliau tahu yang parti PKR sememang nya adalah Parti untuk Keluarga Anwar.Tiada orang luar yang boleh memegang jawatan penting.Lebih-lebih lagi Zaid yang baru setahun jagung jagung masuk PKR dan di tentang oleh orang kanan Anwar.
Kita pun sedia maklum bahawa pemilihan majlis tertinggi kurang mendapat perhatian di kalangan ahli PKR melalui ahli yang keluar mengundi.Ini adalah kerana mereka sudah tahu yang Azmin akan mencuba sedaya upaya untuk mencari jalan menewaskan Zaid dan di restui oleh Anwar sendiri.
Sedarlah wahai ahli PKR semua bahawa kamu telah di tipu dengan politik yang sangat halus yang mana kamu tidak dapat merasainya.Masih lagi belum terlambat untuk berpatah balik.
Dengan ini Kuchingitam mengistiharkan bahawa Azmin mendahului untuk perebutan timbalan presiden PKR...

Zaid Letak Jawatan kerana disabotaj UMNO?

"Ada sabotaj pihak luar". Agaknya itulah ayat yang akan diumumkan pemimpin PKR dan Pakatan, jika ditanya sebab Datuk Zaid meletak jawatan. 
Sungguh mengejutkan, Zaid Ibrahim bukan sahaja tarik diri dari bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR, beliau juga mengumumkan berundur dari semua jawatan dalam PKR.

Penyokong Pakatan tetap memiliki jawaban tersendiri, meskipun Zaid sudah menyatakan sebabnya.

ini jawapan yang dikutip dari blog Datuk Zaid;
“Saya tawar diri menyertai parti ini atas kepercayaan saya boleh membawa politik progresif; memupuk dan memperkembangkan demokrasi dan ketelusan di negara ini. Saya sebenarnya silap,”
 "sepanjang pemilihan PKR, membuktikan bahawa kepimpinan parti secara aktif membiarkan salah laku dan penipuan berleluasa dengan tujuan mencapai objektif tertentu.
“Saya yakin mana-mana parti politik dengan sikap hipokrit dan nilai-nilai palsu tidak akan mampu menawarkan sebarang pembaharuan yang bermakna kepada rakyat di negara ini.
  "Saya mengambil keputusan ini kerana tidak ada usaha oleh kepimpinan parti untuk menangani manipulasi dan amalan tidak adil dalam pemilihan itu meskipun ia telah berulang-kali ditimbulkan,”

Penyokong Pakatan mungkin sudah berkira-kira, berapa juta UMNO bayar pada Zaid untuk mengeluarkan kenyataan tersebut hingga sanggup letak semua jawatan. Selepas ini  masing-masing pemimpin PR buat kenyataan media dengan alasan tersendiri untuk mengatakan ada sabotaj dari pihak luar?

Jika sebelum ini penyokong Pakatan mempersoal berapa juta UMNO bayar pada Dr Asri untuk   mengkritik Anwar dan PKR.
Sekarang penyokong Pakatan tentu lebih tahu siapa yang sabotaj dan berapa juta UMNO bayar Zaid? Atau memang  benar apa yang dikatakan Zaid tentang kebusukan dalam PKR...

Semoga penyokong PKR dan Pakatan dapat berkongsi maklumat dengan kita. Benarkah disabotaj UMNO, atau PKR memang busuk?

p/s: mustahil ada penipuan dalam Pakatan, sebab mereka semua ahli syurga..

Pemilihan PKR kontroversi.

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution dengan tegas menafikannya.

"Itu tuduhan jahat Haris. (Dakwaan itu) tak betul," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

  Haris mendakwa telah menemui seorang lelaki yang mempunyai bukti salah laku itu.Di sertakan juga dengan borang pengundian.

Haris - seorang pengamal undang-undang - juga memuatkan gambar kertas undi yang didakwa diperoleh daripada lelaki itu dan mempersoalkan sama ada terdapat banyak lagi kertas undi lain.

Sementara itu, bagi menjawab tuduhan itu, Saifuddin mengadakan sidang media tergempar di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya sebentar tadi.

Hadir bersama Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya Dr Syed Husin Ali, Saifuddin menjelaskan mekanisme dan sistem pemilihan yang diperkenalkan PKR itu sukar untuk dimanipulasi ekoran beberapa kawasalan keselamatannya seperti berikut:

  • Kertas undi yang dikeluarkan mempunyai nombor siri dan warna berbeza mengikut hari, tempat pemilihan dilangsungkan dan jawatan yang dipertandingkan.
  • Kertas undi tanpa cop daripada pengawas pemilihan dianggap tidak sah.
  • Setiap calon bertanding berhak melantik wakil masing-masing untuk memerhatikan proses pengiraan.
  • Sebelum diserahkan kepada ibu pejabat, kertas keputusan akan ditandatangan oleh pengawas pemilihan dan wakil calon.
"Dengan ciri-ciri ini, dapat menolak dakwaan bahawa kertas undi ini digunakan semula," katanya.

"Dengan tohmahan tersebut, ia tidak akan sama sekali menjejaskan perjalanan pemilihan parti. Dan kita tidak akan hentikan pemilihan ini."

Yang kuchingitam hairan kenapa PKR tidak mengambil tindakan undang-undang jika Haris menfitnah mereka.Biar undang-undang yang menentukan apakah tindakan yang akan dikenakan.Ataupun penemuan tersebut sememangnya adalah benar jadi takut rancangan akan terbongkar.
Ahli PKR sendiri yang telah membongkarkan pekong PKR.

sumber malaysiakini

07 November 2010

Pemilihan Majlis Tertinggi PKR meragukan.

Cerita ni aku dapat apabila aku search dari blog http://harismibrahim.wordpress.com

Dalam posting aku semalam, “PKR, and its ballot papers, up for sale’, aku ada kata aku akan menemui seseorang malam tadi yang menghubungi aku dan mengatakan dia mempunyai kertas-kertas undi PKR yang digunakan dalam Pemilihan yang berlangsung sekarang. dan dia akan menyerahkan kat aku sebagai bukti dakwaannya.Malah, pertemuan tersebut dijadualkan tengahari tadi, tetapi individu tersebut risau aku diekori dan dia mungkin dilabelkan sebagai ‘pihak’ yang terlibat. Dan atas permintaannya, aku kata pertemuan tersebut diadakan semalam.Aku baru berjuma dengannya sejam yang lalu.Dia kelihatan gugup.

Dia tunjuk kat aku satu sejumlah kertas undi. Ianya mengandungi kertas undi untuk Timbalan Presiden, Naib Presiden dan Majlis Pimpinan Pusat.Kertas undi untuk Timbalan Presiden dan Naib Presiden mempunyai nombor siri manakala untuk MPP tak ada.

Aku tanya sama ada itu saja yang dia ada.Dia kata, kalau aku boleh tunggu, dia boleh balik dan jumpa ditempat lain dan dia boleh bawa lebih seribu lagi kalau aku mau. Aku tanya kalau dia boleh bagi lebih kurang 100 keping kertas undi yang dia bawa.Dia bagi satu dengan syarat aku setuju untuk memadam nombor siri sebab dia tak mau orang yang terlibat mendapat masalah. Aku tanya sapa, tapi dia tak mau jawab.

Aku tanya kat dia, macam mana kertas undi ini digunakan dalam Pemilihan ini.
Dia bagi tau, bahawa Pengawas dari Jawatankuasa Pemilihan Pusat akan memanipulasi senarai ahli yang hadir semasa pemilihan, dimana kehadiran ahli sangat rendah. Tambahkan jumlah pengundi dan masukkan kertas undi kedalam kotak undi. Lebih teruk, disesetengah tempat, langsung tak ada senarai kehadiran yang menunjukkan jumlah ahli yang keluar mengundi. Ini akan memudahkan kertas undi dimasukkan kedalam kotak undi.

Aku tanya sama ada dia mewakili mana-mana calon dan sebab itu dia mendedahkan perkara ini kepada aku, sebab calon yang dia sokong menerima kesan dari penipuan ini.Dia mengaku, dia melakukan ini sebab calon pilihannya ditipu, tapi dia juga berharap sesuatu dapat dilakukan untuk menghentikan penipuan ini, dan kalau tidak ada apa yang dilakukan, dia merasakan tidak ada sebab untuk dia kekal didalam parti ini lagi.
Aku tanya dia sama ada dia tau siapa dibelakang ini semua.

Tanpa teragak-agak, dia menyebut nama Azmin, yang dibantu oleh Sekretariat Ibupejabat, dan beberapa individu tertentu dalam JPP yang mana Pengerusinya , Dr. Molly tidak lagi mempunyai apa-apa kuasa.Aku tak ada scanner sekarang ini, jadi aku ambil gambar kertas undi, dan nombor sirinya di tutup, yang boleh dilihat dibawah.




Lagi cerita boleh dilihat disini.)

Nampak gayanya pemilihan Majlis Tertinggi PKR bergelumangan dengan pemalsuan dari AZMIN iaitu orang pilihan ANWAR.Adakah ahli-ahli PKR sendiri telah membutakan mata mereka atau di sogok dengan propaganda AZMIN tentang amalan DEMOKRASI atau DEMONTRASI?

16 Oktober 2010

Azmin, Zaid, Mus bertumbuk

Persaingan merebut jawatan nombor dua PKR adalah pertandingan tiga penjuru membabitkan naib presiden parti itu, Azmin Ali, ketua Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim dan ketua Perak Mustaffa Kamil Ayub.
Azmin yang juga adalah ketua Selangor, merupakan calon pertama mengemukakan borang penerimaan pencalonan manakala Zaid pula mengesahkan bahawa beliau akan bertanding menerusi blognya."Pada tepat jam 11.05 pagi tadi, dengan penuh keinsafan(kerana menipu calon lain), saya menerima pencalonan sebagai timbalan presiden.

Zaid kemudiannya  wakil untuk mengemukakan penerimaan pencalonannya. (zaid ni pun ,satu masuk je parti terus nak jadi orang no 2,).

Datuk Zaid Ibrahim yang tiba kemudian, dalam ucapannya berkata ahli parti perlu diberi kesedaran terlebih dahulu sebelum parti bercakap tentang perubahan dan transformasi.(nak corner dulu ke zaid)


Mustaffa Kamil Ayub  menyerahkan borang tawarannya itu kira-kira jam 12.50 pagi di ibu pejabat parti."Saya tawarkan diri untuk berkhidmat dengan parti kerana saya yakin demokrasi ada dalam parti.(yelah tu sampai baling kerusi)

"Saya akan meneruskan agenda kepimpinan dan kekuatan dalam parti sehingga ia terus diyakini," katanya dalam ucapan selepas mengemukakan penawarannya.(boleh percaya ke,bekas setiausaha sulit kepada TPM)

Pencalonan

Presiden

Dr Wan Azizah Wan Ismail

Timbalan presiden


Azmin Ali
Zaid Ibrahim
Mustaffa Kamil Ayub

Naib presiden (4 jawatan)
Abdullah Sani Abdul Hamid
Ansari Abdullah
Baru Bian
Dominique Ng
Fuziah Salleh
N Gobalakrishnan
Jimmy Donald
Jonson Chong
S Manikasavagam
Mansor Othman
Mohd Yahya Sahri
Nurul Izzah Anwar
R Sivarasa
Suresh Kumar Ramachandran
Tian Chua
Dr Xavier Jayakumar
Yusmadi Yusoff

14 Oktober 2010

PKR bergolak lagi.

Jawatankuasa pemilihan pusat PKR telah menerima bantahan ahli daripada 64 cabang yang tidak puas hati dengan mesyuarat dan pemilihan masing-masing.




Ia merupakan satu pertiga daripada 195 cabang PKR yang mengadakan pemilihan mereka sebelum ini.

Ini termasuk bantahan yang diterima oleh jawatankuasa itu daripada lima cabang hari ini, iaitu - Hulu Selangor, Kota Raja, Kuala Langat, Pandan dan Kelana Jaya.

Ketua cabang Kuala Selangor, Norazmi Tahir berkata antara bantahan mereka ialah terdapat kertas undi yang tidak betul dicetak di mana jawatan naib ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), dicetak naib ketua cabang.

Berikutan itu, beliau mahu pemilihan diadakan semula, di samping menuntut penjelasan mengenai calon-calon yang didakwa tidak mengikut etika berkempen.

Di Pandan pula, seorang ahli yang tidak mahu namanya disiarkan mendakwa mereka menuntut supaya pemilihan diadakan semula berhubung dengan keputusan seri bagi jawatan ketua cabang tersebut.

Dalam pemilihan yang lalu, dua calon yang bertanding - Zakaria Rahim dan Nik Md Zin Mohamad masing-masing mendapat 105 undi.

Beliau mendakwa sebelum ini ada arahan dari pihak pusat meminta pengerusi tetap pemilihan untuk memilih yang mana satu.

Di Hulu Selangor pula ketua cabang itu, Nazar Yatim tidak puas hati dengan arahan pusat supaya pemilihan cabang itu diadakan semula.

Ia ekoran dakwaan bahawa undi yang diterima lebih banyak daripada ahli yang mengundi di mana 1,583 ahli mengundi tetapi terdapat 1,622 kertas undi dalam kotak undian.






Manakala di Kota Raja pula, calon ketua cabang tersebut, K S Kottapan tidak puas hati pengiraan undi di ibupejabat PKR tanpa kehadirannya.


Tahniah kepada PKR kerana mengutamakan hak ahli dan sekaligus memertabatkan hak demokrasi.
Hidup ??????????


Bodoh lah pun pemimpin.Kalau dah macamni proses pencalonan sampai kiamat pun tak habis.Bantah sana bantah sini.Tak puas hati sana tak puas hati sini.Apalah gunanya ketua kalau perkara macam ni tak di bendung.

Aku pun heran jugak,kenapa sekarang ni ahli berebut-rebut nak jadi ketua cabang,Dahulu tak ada pun proses pengundian  dan pencalonan ,semua melalui lantikan.Heran-heran?

12 Oktober 2010

Azmin Kalah Bertanding Timbalan Presiden PARTI KEPARAT RAKYAT

Sebelum ini, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali yang juga merupakan orang kesayangan Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan akan memperolehi laluan mudah untuk mencapai cita-cita politiknya menjadi orang nombor dua dalam parti berkenaan.Justeru Azmin dengan penuh keyakinan mencalonkan diri untuk merebut jawatan Timbalan Presiden PKR.




Setakat ini Azmin akan ditentang oleh Khalid dan Mustafa Kamil manakala Zaid dijangka menyusuli memandangkan Nurul Izzah dikatakan lebih selesa bertanding jawatan Naib Presiden manakala Tian Chua pula sudah dilantik Khalid menganggotai satu jawatankuasa khas menilai keputusan Khalid untuk bertanding. Ia bermakna bagi jawatan Timbalan Presiden, Azmin yang dilihat sebagai calon favourite akan berhadapan dengan 'serangan' tiga penjuru iaitu daripada Zaid, Khalid dan Mustafa Kamil.

Walaupun Azmin mendapat pencalonan terbanyak tetapi itu bukanlah jaminan, apatah lagi sebahagian pencalonan diberikan ketika ramai ahli tidak hadir ke mesyuarat cabang yang semua tahu 'dihiasi' dengan pelbagai adegan yang memalukan.



Zaid seperti mana diketahui begitu lantang mengkritik kepincangan yang berlaku di dalam parti itu, malahan beliau juga secara terbuka mahukan kedudukan Wan Azizah sebagai Presiden dihormati.Selain itu secara tersirat Zaid juga berhasrat menamatkan penguasaan politik Anwar-Azmin yang dilihat memungkinkan PKR kini semakin 'buruk wajahnya'.Apa pun keadaannya, ramai pemimpin dan ahli PKR  mengakui bahawa kedudukan Azmin sememangnya goyah dan semakin tidak stabil di dalam parti itu.

Namun begitu bukanlah mudah untuk mana-mana calon menewaskan beliau bagi perebutan jawatan Timbalan Presiden memandangkan seperti mana kata Anuar Shaari, ''Anwar akan melakukan apa sahaja bagi memastikan Azmin menang termasuklah pendekatan 'tawar dan ugut.''

Tidak kiralah apa pun andaiannya tetapi apa yang pasti, politiking di dalam PKR adalah lebih buruk jika dibandingkan dengan parti lain.



04 Oktober 2010

Kecoh sebab pengundi bawah umur, Dasar Penipu!!!

Hebatnya demokrasi ala PKR! Mungkin sebab ini ramai yang tergila-gila nak sokong PKR. bukan sahaja  boleh pakai gengster, suruh budak bawah umur pergi mengundi  pun boleh.

Tentunya PKR Sarawak juga sangat teruja dengan demokrasi yang mereka perjuangkan, dapat juga suruh kanak-kanak sekolah pergi mengundi pilihan raya nanti.

Boleh bergusti, bertumbuk, baling kerusi, berteriak dan memaki hamun. Sungguh hebat demokrasi dalam Pakatan Rakyat!

Baca berita ini...
KULIM: Pemilihan Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Padang Serai di sini, hari ini kecoh apabila dua calon yang bertanding membantah proses pengundian yang didakwa tercemar dengan membabitkan pengundian calon bawah umur.

Kekecohan berlaku kira-kira 10 minit sebelum tempoh pengundian tamat apabila calon ketua cabang, V Chandrasekharan, dan penyokongnya meminta proses pengundian dibatalkan kerana mendakwa penyandang jawatan itu, P Gobalakrishnan, menggunakan pengundi bawah umur serta meletakkan penyokongnya sebagai petugas pemilihan.

Keadaan bertambah hangat apabila penyokong seorang lagi calon, Shamsulannuar Abdullah, pula mengemukakan protes atas alasan sama.
Proses pengundian cabang itu bermula jam 8.40 pagi tadi dan berakhir jam 4.40 petang.

03 Oktober 2010

Ahli PKR berdemontrasi untuk demokrasi

Apa yang dipaparkan oleh beberapa akhbar hari ini tentang ‘keharmonian’ perjalanan mesyuarat PKR semalam adalah melambangkan proses demokrasi dalam PKR berjalan ‘lancar’


Apa yang anda lihat dalam gambar disebelah menunjukkan ‘pengorbanan’ yang terpaksa dibayar oleh ahli-ahli PKR bagi membolehkan orang-orang mereka diangkat naik sebagai pemimpin.

Seterusnya membolehkan orang-orang yang diangkat naik tersebut  berkorban kepada mereka kembali dan berkongsi harta rampasan perang dengan mereka..

Amalan demokrasi terbuka yang dilaung-laungkan oleh PKR selama ini telah diterjemahkan oleh ahli-ahli mereka di Sabak Bernam semalam. Demokrasi terbuka yang benar-benar terbuka hingga kerusi pun melayang.


Syabas kepada PKR, teruskan berjuang untuk rakyat dan kembalikan hak rakyat seperti yang dilaung-laungkan selama ini.


 Hidup Anwar,Hidup Azizah,Hidup Nurul.
Hidup parti keluarga Anwar.

sumber dari seangor daily








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...