Najib For PM
Najib Razak merupakan PM yang paling banyak membawa Transformasi dan menyentuh segenap lapisan masyarakat
Suara 1Sarawak
Selamat Datang Semoga Kehadiran Anda Penuh Makna
Memaparkan catatan dengan label Krisis Mesir. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Krisis Mesir. Papar semua catatan
08 Februari 2011
05 Februari 2011
MUBARAK ENGGAN UNDUR!! VIDEO!
Alhamdulilah ,tanpa mengira fahaman politik rakyat Malaysia telah dipindah keluar berperingkat-peringkat dari Mesir!
Syabas Kerajaan BN. Nasihat untuk ibubapa dan keluarga pelajar atau rakyat Malaysia yang berada di Mesir , bersabar sentiasa bersangka baik dan banyak berdoa....
Syabas Kerajaan BN. Nasihat untuk ibubapa dan keluarga pelajar atau rakyat Malaysia yang berada di Mesir , bersabar sentiasa bersangka baik dan banyak berdoa....
VIDEO TERKINI: ribuan desak Mubarak undur..,
Sabtu, Februari 05, 2011
Demonstrasi, Hosni Mubarak, Krisis Mesir, Luar Negara, Revolusi Mesir, Video
No comments
Seramai 300 orang telah terkorban dalam kerusuhan yang telah berlangsung selama beberapa hari, Puluhan ribu telah diundang untuk turut serta dalam demonstrasi pada hari jumaat kelmarin. Demonstrasi yang di gelar "Jumaat Hari Berundur" bagi mendesak presiden Hosni Mubarak meletak jawatan.
Pemimpin demonstrasi bertekad untuk meneruskan demonstrasi sehingga Mubarak berundur. Namun, Mubarak menolak untuk meletakkan jawatan, dan mengatakan jika itu dilakukan maka akan terjadi kekacauan di Mesir. Beliau juga mengatakan telah 'bosan' berkuasa dan ingin berundur secepatnya.
Pemimpin demonstrasi bertekad untuk meneruskan demonstrasi sehingga Mubarak berundur. Namun, Mubarak menolak untuk meletakkan jawatan, dan mengatakan jika itu dilakukan maka akan terjadi kekacauan di Mesir. Beliau juga mengatakan telah 'bosan' berkuasa dan ingin berundur secepatnya.
video credit to Al Jazeera
04 Februari 2011
MESTI BACA: Krisis Mesir - Fitnah keparat dari pelacur keparat
Jumaat, Februari 04, 2011
Hosni Mubarak, Kerajaan BN, Krisis Mesir, Mesir, Politik Malaysia
No comments
![]() | |
| Dato Sri Jamil Khir terpaksa membuat satu Sidang Media Khas bagi menangkis pelbagai khabar angin |
Ketika semua pihak melihat isu ini dengan teliti kerana melibatkan soal keselamatan, puak-puak tersebut cukup ghairah menghasut dengan kabar angin dan fitnah.
SMS berbunyi... "jangan naik pesawat ke Jeddah, sebab dari Jeddah nak balik ke Msia kamu kena tanggung sendiri tambangnya..", adalah perbuatan yang tidak berperikemanusiaan untuk mengelirukan rakyat yang berada dalam kesulitan. Sedangkan kerajaan Malaysia telah mengumumkan segala perbelanjaan dan tambang akan dibiayai sepenuhnya secara percuma.
Di Kuching timbul pula satu cerita, kononnya rakyat Sarawak di Mesir sengaja dianaktirikan oleh kerajaan. "Rakyat Sarawak di Mesir dikatakan bergerak sendiri tanpa sebarang bantuan, malah dikatakan sedang dalam tahanan untuk tempoh 1 bulan". Inilah usaha pihak tertentu agar kerajaan dilihat kejam dan pilih kasih, Bahkan dalam hal keselamatan rakyat, puak-puak ini sanggup berbohong dan memfitnah, apatah lagi kalau musim pilihan raya.
| siapakah mereka ini? yang berjasa di jalan raya... |
Dengan berdoa saja dan berteriak di jalan raya, mereka berasa sudah cukup berjasa berbanding usaha kerajaan BN yang bersusah payah dengan tenaga dan wang ringgit untuk memastikan rakyat kembali dengan selamat.
Baca kutipan ini, (Sebaran terkini dari blog MEDAN INFO KITA live dari Mesir)
Baca kutipan ini, (Sebaran terkini dari blog MEDAN INFO KITA live dari Mesir)
SIDANG MEDIA KHAS DARI PEJABAT KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI CAIROKetua Delegasi Misi Khas ke Mesir, Yb Senator Dato Sri Jamil Khir terpaksa membuat satu Sidang Media Khas bagi menangkis pelbagai khabar angin mengenai proses membawa keluar semua pelajar pelajar Malaysia dari Mesir.Kerja kerja jahat pihak yang tidak bertanggungjawab menyebar berita palsu bahawa pelajar pelajar Malaysia yang dibawa ke Jeddah terpaksa membayar tambang untuk pulang ke Malaysia... Ini membuatkan ramai pelajar disini keliru dan enggan keluar dari tempat tinggal masing masing sekaligus menyukarkan proses membawa mereka pulang. Diwaktu yang sama, ramai ibu bapa pelajar pelajar juga semakin risau dan bimbang seandainya anak anak mereka masih berada disini, sedangkan keadaan semakin tidak selamat..!!Dato Seri Jamil Khir menegaskan usaha usaha kerajaan mendapat kerjasama pelbagai pihak seperti Air Asia, MAS dan TUDM. Pihak Kedutaan dan Kementerian Luar bekerja “round the clock” untuk pastikan semua proses berjalan lancar..Sehingga ke saat ini, seramai 760 pelajar sudah selamat berada di Madinatul Hijjaz Jeddah dan special arrangment sudah dibuat seperti memberikan mereka Visa On Arrival dan mana mana pelajar yang menghadapi sebarang masalah dokumen pasport, pihak Kementerian Luar mengeluarkan Emergency Certificate. Hari ini dijangkakan, lebih 3,000 lagi pelajar akan dibawa Jeddah.Datuk Ismee yang berada di Jeddah mengesahkan tiada sebarang bayaran dikenakan untuk penginapan pelajar pelajar di Madinatul Hijjaz, termasuklah makan minum mereka..Dato Seri Jamil Khir mahu segala khabar angin diberhentikan segera! Jangan dipolitikkan isu ini kerana Kerajaan Malaysia mahu proses ini berjalan lancar.Dato Azeez kesal dengan sikap sesetengah pihak yang tidak faham dengan maksuh Penerbangan Ihsan... “bukankah maksud ihsan itu percuma..? Kenapa bila mahu mempersoalkan isu Wang Ihsan mereka tafsirkan sebagai percuma...? “ soal Abd Azeez.Kepada ibu bapa pelajar di Malaysia, mohon janganlah percaya kepada semua khbar angin yang sedang disebarkan...Blogmaster Medan info Kita melaporkan dari Kedutaan Besar Malaysia di Cairo.
03 Februari 2011
MESIR : 6 maut dalam pertempuran di Dataran Tahrir
Khamis, Februari 03, 2011
Hosni Mubarak, Krisis Mesir, Luar Negara, Pelajar Malaysia, Revolusi Mesir
1 comment
KAHERAH: Lelaki bersenjata menembak penunjuk perasaan anti-kerajaan dalam pertempuran di Kaherah di mana enam orang terbunuh manakala lebih 800 cedera, menyebabkan kuasa Barat sekali lagi menggesa Presiden Hosni Mubarak segera melepaskan kuasa.
Ribuan penunjuk perasaan di Dataran Tahrir berkata, mereka yang melepaskan tembakan itu adalah anggota polis rahsia.
Marah dengan kenyataan Mubarak kelmarin untuk hanya melepaskan jawatan pada September depan, mereka bertekad akan meneruskan demonstrasi sehingga pemimpin berusia 82 tahun itu berundur.
Pemimpin pembangkang termasuk tokoh liberal, Mohamed ElBaradei, dan pergerakan Islam Mesir menolak gesaan rundingan dengan Perdana Mnteri, Ahmed Shafiq, yang baru dilantik Mubarak.
Mereka menegaskan hanya pemergian presiden itu akan menamatkan demonstrasi dan membuka jalan untuk rundingan. - Reuters
credit to BHarian
VIDEO : Penyokong dan penentang Hosni Mubarak bertempur
Keganasan yang memuncak membabitkan pertempuran antara penyokong dan penentang Hosni Mubarak telah menyebabkan sekurang-kurangnya 600 orang cedera.
Dianggarkan lebih 3000 penyokong Mubarak yang tiba dengan kuda dan unta menyerbu kearah penunjuk perasaan yang anti Hosni Mubarak di Dataran Tahrir.
Dianggarkan lebih 3000 penyokong Mubarak yang tiba dengan kuda dan unta menyerbu kearah penunjuk perasaan yang anti Hosni Mubarak di Dataran Tahrir.
video credit to Al Jazeera
Langgan:
Catatan (Atom)










