Nuff Head

Najib For PM

Najib Razak merupakan PM yang paling banyak membawa Transformasi dan menyentuh segenap lapisan masyarakat

Suara 1Sarawak

Selamat Datang Semoga Kehadiran Anda Penuh Makna

Memaparkan catatan dengan label Yong Teck Lee. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Yong Teck Lee. Papar semua catatan

28 Oktober 2010

BATU SAPI : Dengar apa kata 'Taiko'...

Ternyata perjuangan 'Taiko' murni untuk rakyat Sabah, bukan kemaruk untuk ke Putrajaya seperti PKR dan PAS yang gila kuasa. Taiko (Yong Teck Lee) lebih memahami kebutuhan masyarakat setempat berbanding retorik dan janji-janji aromic Pakatan Rakyat.


Fahami apa kata Taiko tentang Pakatan Rakyat...

Sila baca;
SAPP Tidak Berniat Sertai Pakatan Rakyat Yang Masih Kucar-Kacir

SANDAKAN, 27 Okt (Bernama) -- Parti Maju Sabah (SAPP) berkata ia tidak berniat menyertai Pakatan Rakyat kerana mendakwa gabungan pembangkang itu masih kucar-kacir dan mempunyai banyak masalah dalaman pada ketika ini.

Calon parti tersebut bagi pilihan raya kecil Batu Sapi Datuk Yong Teck Lee yang juga presiden SAPP berkata, "Kita boleh cari kawan, tapi tidak semestinya mahu 'kahwin' dengan Pakatan Rakyat.

"Parti Keadilan Rakyat (PKR) khususnya dan Pakatan Rakyat ada masalah tersendiri...Kalau 'rumah' sudah huru hara, mengapa mahukan kami menyertai anda?," katanya semasa turun berkempen menemui rakyat di Bandar Ramai Ramai, Rabu.



Yong menambah dari pandangan SAPP, walaupun kumpulan pembangkang itu mempunyai potensi menggantikan kerajaan Barisan Nasional (BN) namun dasar-dasarnya tidak mampu memenuhi matlamat rakyat Sabah.

Selain Yong, calon BN dari Parti Bersatu Sabah, Datin Linda Tsen Thau Lin juga berdepan dengan pencabar dari Pakatan Rakyat dari PKR, Ansari Abdullah.

Pilihan raya kecil itu diadakan ekoran kematian penyandangnya, Datuk Edmund Chong Ket Wah, suami Tsen, dalam nahas jalan raya pada 9 Okt lalu.

Hari pengundian ialah 4 Nov.

sumber - BERNAMA
p/s: orang Sarawak bagaimana? 

26 Oktober 2010

PERTEMUAN RAHSIA ANWAR N YONG D BATU SAPI?

Batu Sapi Pecah Undi Kerja Anwar

Satu mesyuarat sulit diadakan oleh Anwar bersama Yong Teck Lee mengenai PRK Batu Sapi. Kita disajikan dengan drama kononnya PKR tidak bersetuju dengan SAPP.
Episod Anwar marah di Parlimen hanyalah satu lakonan semata mata.

Rundingan berlaku di Sabah dengan pertemuan Teck Lee dan Anwar dirancang secara sulit.
Perancangan rapi dilakukan untuk memecahkan undi apabila bertanding di PRK Batu Sapi. Kekuatan PBS di sana dengan kemenangan majoriti 3 ribu amat susah dipecahkan melainkan berlaku pertembungan 3 calon.

Perancangan awal ialah menunjukan SAPP tidak bersama dengan Pakatan,ini bertujuan untuk mencuri undi dikalangan mereka yang pro BN tetapi tidak bersetuju dengan PBS.

Kemudian Anwar mengarahkan kalangan SAPP dan PKR membeli kertas pencalonan yang banyak.Ini bertujuan untuk memecahkan undi kepada calon calon bebas tajaan PKR.


* gambar dari web
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...