Nuff Head

Najib For PM

Najib Razak merupakan PM yang paling banyak membawa Transformasi dan menyentuh segenap lapisan masyarakat

Suara 1Sarawak

Selamat Datang Semoga Kehadiran Anda Penuh Makna

Memaparkan catatan dengan label Zaid. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Zaid. Papar semua catatan

13 November 2010

200 Anggota PKR Desak Pemilihan MPP Dihentikan, Anwar Berundur

PETALING JAYA, 13 Nov (Bernama) -- Seramai 200 anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Sabtu melakukan protes di depan ibu pejabat parti itu bagi mendesak pemilihan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dihentikan serta-merta, selepas didakwa tidak telus atau berlaku adil kepada calon yang bertanding.
 
Perhimpunan protes yang bermula 10.30 pagi dan berakhir 12 tengah hari itu diketuai bekas timbalan setiausaha agung PKR S.Jenapala Perumal.

Selain itu, turut kedengaran laungan "Hidup Zaid" (bekas Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan Datuk Zaid Ibrahim) dan "hentikan segera pemilihan parti."

Bagaimanapun, Zaid tidak kelihatan sepanjang protes itu walaupun beliau pada mulanya dilapor akan mengetuainya.

Protes itu juga mempamerkan beberapa kain rentang yang tertera perkataan "Shame on you Anwar", "Anwar dan Azmin: pemimpin paling kotor, cakap tak serupa bikin, pemilihan parti yang paling kotor, penipu, pembohong dan pengkhianat dan mereka akan hancurkan parti kesayangan kita" serta "kami cinta Parti Keadilan Rakyat, penipuan di Pemilihan parti, demokrasi dikuburkan, apakah ini keadilan, jangan tipu kami".

Bagaimanapun, tidak ada wakil atau pemimpin PKR yang tampil meredakan keadaan dan pintu masuk ke ibu pejabat parti itu juga telah dikunci.

Bercakap kepada pemberita, Jenapala Perumal berkata tidak ada sebarang memorandum atau surat yang akan diserah kepada pimpinan PKR, sebaliknya, protes itu dilakukan untuk membolehkan pucuk pimpinan mendengar permintaan supaya pemilihan parti dihentikan.

"Sejumlah 162 aduan telah dibuat kepada MPP, tidak ada satupun yang diselesaikan. Kami ke sini untuk menunjukkan protes kerana anggota tidak gembira dengan pemilihan parti seperti ini," katanya.

Bekas Bendahari PKR Selangor K.S.Kottapan yang turut serta dalam protes itu mendakwa, pemilihan yang tidak telus menyaksikan haknya untuk bertanding sebagai anggota MPP telah dinafikan.

"Ini bukan pemilihan parti yang bersih. Saya menggesa pimpinan parti dengan segera hentikan pemilihan ini dan adakan semula daripada peringkat cabang. Saya pasti mereka akan ambil tindakan, khususnya (terhadap) orang seperti saya ini dan akan memecat kita.

"Apa yang kita minta ialah pemilihan dihentikan dan dilakukan semula, tetapi langsung tidak ada sebarang tindakan diambil. Kita di sini berjuang untuk keadilan rakyat, bukan berjuang untuk pemimpin-pemimpin tertentu," katanya.

Mengulas kenyataan Zaid yang juga bekas calon timbalan presiden yang mahukan penasihat parti Datuk Seri Anwar Ibrahim serta naib presiden Mohamed Azmin Ali berundur dari PKR, Kottapan berkata beliau menyokong apa yang dikatakan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu.

"Kita kena tukar pimpinan kita untuk menjadikan PKR maju dan rakyat terus mempercayai kita. Kita tahu pilihan raya umum juga dah semakin hampir, jadi kita perlu lakukan perubahan drastik. Saya sokong Zaid nak tubuhkan parti baru dan kalau PKR tidak berubah, saya rela saya dipecat," katanya.

Ketua Komuniti India Selayang, yang juga calon timbalan ketua cabang Selayang, B.Rajandran pula mendakwa pucuk pemimpin PKR sekarang terlalu mementingkan diri dan tidak membela nasib rakyat.


"Ketua-ketua yang ada sekarang ini semuanya pentingkan diri sendiri sahaja. Mereka tak peduli tentang rakyat dan janji-janji yang mereka buat masa pilihan raya, itu semuanya tidak ditunaikan lagi.

"Tetapi semua nak dapatkan Putrajaya sahaja...tapi tak buat apa-apa untuk rakyat, nak tangkap Putrajaya nak buat apa?," katanya.

Bagaimanapun, protes tersebut berlangsung secara aman di bawah pengawasan polis.

sumber;  BERNAMA

12 November 2010

24 cabang PKR sudah bersuara…

Sebanyak 24 cabang parti itu dari berbagai negeri tampil membuat kenyataan bersama kepada media meminta pemilihan jawatan utama parti itu yang sedang berlangsung sekarang ditangguhkan sehingga siasatan dibuat keatas dakwaan itu.
Cabang berkenaan ialah Temerloh,Kuala Pilah, Putrajaya, Telok Intan, Bagan Datoh, Seremban, Petaling Jaya Utara, Sembrong, Paya Besar, Bentong, Keningau, Pensiangan, Tanjung Malim, Ipoh Barat, Tampin, Kota Kinabalu, Rompin, Sungai Siput, Maran, Tambun, Jerantut, Bagan Serai, Tapah dan Kuala Kangsar.
 
Menurut kenyataan itu mereka tidak dapat menerima jika berlaku penipuan dalam pemilihan pimpinan yang kelak akan memimpin parti itu.

Mustafa pula telah memberi tempoh 48 jam supaya pemilihan ditangguhkan jika tidak akan mengambil tindakan lebih tegas.

Ramai para pemerhati politik menilai ‘pemberontakan’ Zaid dan Mustafa ini akan memberi kesan yang besar keatas PKR sekalipun Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kalangan pimpinan yang rapat dengannya cuba mempercilkan tindakan itu sebagai hanya suara ‘sore loser’
Mengikut keputusan pemilihan jawatan Timbalan Presiden sehingga minggu ketiga, Azmin mendapat 6,467 undi, manakala Zaid 3,988 dan Mustaffa 1,215.

Walaupun Azmin meninggalkan Zaid dan Mustafa dengan majoriti 2,479 undi namun kedua mereka mempunyai sokongan terkumpul sebanyak 5,203 undi.

Bezanya cuma 1,264 dan jika 5,203 orang yang mengundi mereka setakat ini bangun bersuara ia sudah cukup mengegarkan parti itu.


Dakwanya sebenarnya ada 80 cabang yang mahu pemilihan ditangguhkan.

Dalam pada itu Zaid sendiri seperti yang diduga tidak duduk diam diri setelah umum tarik diri dari pemilihan Timbalan Presiden dan letak semua jawatan yang disandangnya dalam PKR.

Sebagai ahli biasa beliau sudah mula mengatur langkahnya jelajah ke serata negara untuk meyakinkan ahli parti itu mengenai tindakannya.

Malam tadi beliau dilapor telah mengadakan pertemuan dengan ahli di Sungai Petani.


Jika Perak memberi dokongan penuh kepada Mustafa dan buat kecoh...jawabnya banyak juga yang tercalar nanti
Sementara itu, calon ketua sayap pemuda PKR Badrul Hisham Shaharin dilaporkan mengetuai 200 ahli PKR meluluskan enam resolusi - antaranya dipercayai mendesak parti menangguhkan dan mengadakan semula pemilihan sebagai langkah keluar daripada isu semasa yang beliau sifatkan sebagai “krisis”.
Resolusi itu antara lain menggariskan siri tindakan untuk diambil setiap hari sekiranya permintaan menangguhkan pemilihan dan memperbaiki segala kelemahan dalam proses tidak diatasi.
Pertemuan itu, dinamakan sebagai “Himpunan Anak Muda Selamatkan Keadilan”, diadakan di ibu negara ketika Biro Politik PKR pula mengadakan mesyuarat mingguannya dengan kebanyakan calon yang bertanding dalam pemilihan kali ini difahamkan tidak hadir. Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim juga tidak hadir kerana berada di luar negara.
sumber Agenda Daily.

Tak tahu lah macam mana corak demokrasi dalam PKR.

Kalau Dr Asri menimbulkan isu pengunduran Anwar, mereka akan cakap yang Dr Asri berkomplot untuk menjatuhkan Anwar.Tapi jika Dr asri menghemtam kerajaan merka akan terus setuju.Tetapi bagaimana pula dengan isu dari dalaman parti,dimana banyak cabang amat tidak berpuat hati dengan pemilihan majlis tertinggi yang konon-kononnya demokrasi.Adakah akan di bubarkan dan di buat semula?
Tunggu dan lihat permainan politik kotor Azmin dan Anwar.

Antara dakwaan yang boleh menyebabkan Anwar diserang 'gout'

Antara sekian banyak bantahan rasa tidak puas hati ahli PKR terhadap pemilihan yang sedang hangit, Dakwaan P.S.Janapala adalah yang paling lengkap dan matematikal.


Meskipun belum ditambah dengan gesaan Datuk Zaid dan yang lain agar Anwar berundur. belum lagi dikali dengan  desakan demi desakan dari dalam PKR. Anwar cuma sekadar mampu menafikan dan terus menolak dakwaan yang dilontarkan. Tapi dakwaan Janapala tidak sekadar untuk dinafikan menurut prosedur biasa. Mungkin juga Anwar terpaksa meminjam sempoa dari Lim Kit Siang untuk berkira-kira tentang butirannya.

Budaya PKR sememangnya alergik pada fakta dan data, namun jika Anwar tidak menjawab dengan tepat dakwaan Janapala. Samada Anwar mahu menjawab di Mahkamah atau sebaliknya, dakwaan serta butiran yang dikemukakan P.S. Janapala boleh menyebabkan Anwar diserang ‘gout’ di kaki di kepala.

Penyokong PKR sekadar mampu memaki hamun dan mempersoal ‘otak’ orang lain untuk menutup kelemahan PKR. Tapi tidak mampu menjawab soalan matematik dari P.S. Janapala.

Kali ini Pakatan Rakyat perlu menyedari, sudah banyak mata sedang mematai. Bagi blogger PKR di Sarawak, krisis terkini seolah akan menggelapkan cita-cita mereka untuk jadi menteri atau YB.

beberapa dakwaan Janapala yang legal dan matematikal;
Bekas Timbalan Setiausaha Agung PKR, P. S. Janapala mendakwa, Ketua Umum PKR itu menggunakan kedudukannya bagi mendesak ketua-ketua cabang parti supaya memastikan pengundian di Sabah berpihak kepada Azmin.

Sambil mencabar Anwar supaya mendakwanya di mahkamah jika dakwaan itu tidak benar, beliau berkata, satu petisyen bagi membatalkan pemilihan yang sedang berlangsung akan difailkan dalam masa terdekat.

"Anwar bukan lagi 'tangan ghaib' di sebalik kemenangan besar Azmin di Sabah tetapi beliau adalah 'tangan terbuka' yang mengatur dan mendesak ketua-ketua cabang supaya memastikan undi diberi kepada anak emasnya itu.

"Inilah proses pemilihan paling teruk dan paling tidak telus. PKR bercakap mengenai keadilan tetapi dalam pemilihan, segala penyelewengan dihalalkan demi memastikan kemenangan Azmin"

"Dakwa Janapala, Anwar menghubungi Ketua Cabang Kota Merudu, Anthony Mandiau, supaya memastikan ahli PKR cabang itu tidak mengundi Zaid mahupun anaknya sendiri, Nurul Izzah semata-mata kerana Azmin".

"Dalam pada itu, Janapala mendakwa, pemilihan di Sandakan, adalah bukti penyelewengan dan penipuan undi apabila Azmin memperoleh 415 undi meninggalkan Zaid (25 undi), sedangkan, ahli yang keluar mengundi dikatakan hanya 81 orang".

"Di Libaran pula seramai 898 ahli dikatakan mengundi tetapi pada Perhimpunan Agung Tahunan hanya 99 sahaja yang mengundi, adalah mengejutkan apabila Azmin memperoleh 881 undi sementara Zaid hanya enam undi.

"Ini sesuatu yang pelik kerana peratusan keluar mengundi dalam pemilihan PKR adalah antara lima hingga 10 peratus sahaja, tetapi di Sandakan dan Libaran, peratusannya mencecah 43 dan 60 peratus," dakwanya.

Ditanya, sama ada kemenangan Azmin wajar diiktiraf atau tidak jika pemilihan diteruskan, Janapala berkata, akan berlaku migrasi besar-besaran jika anak emas Anwar itu berjaya menduduki jawatan nombor dua parti.
credit source: utusan malaysia


p/s: oh otak-otak pakatan...we have the numbers!

08 November 2010

Azmin mendahului pemilihan majlis tertinggi PKR

Calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim mengumumkan menarik diri daripada bertanding jawatan berkenaan serta meletakkan semua jawatannya dalam PKR.

Zaid yang juga Pengerusi Perhubungan PKR Wilayah Persekutuan berkata, beliau tersilap apabila menawarkan diri bertanding kerana menganggap PKR boleh membawa politik yang progresif, mengembangkan demokrasi dan meningkatkan ketelusan.




“Saya tawar diri menyertai parti ini atas kepercayaan saya boleh membawa politik progresif; memupuk dan memperkembangkan demokrasi dan ketelusan di negara ini. Saya sebenarnya silap,” katanya dalam satu kenyataan.

Zaid mendakwa, sepanjang pemilihan PKR, kepimpinan parti itu secara aktif membiarkan salah laku dan penipuan berleluasa dengan tujuan mencapai objektif tertentu.

"Saya mengambil keputusan ini kerana tidak ada usaha oleh kepimpinan parti untuk menangani manipulasi dan amalan tidak adil dalam pemilihan itu meskipun ia telah berulang-kali ditimbulkan,” katanya.

Sebelum ini, Zaid pernah menjawat jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri tetapi meletakkan jawatan dan meninggalkan UMNO.
Zaid berkata, beliau akan terus komoted dalam barisan pembangkang dan akan terus menyuarakan pandangannya mengenai isu membabitkan kepentingan rakyat.

"Akhirnya, saya berharap kepada penyokong Anwar Ibrahim (Datuk Seri Anwar Ibrahim), janganlah lagi saya dianggap "pengacau" dalam menghalang perarakan mereka untuk ke Putrajaya. Saya ucapkan mereka berjaya," katanya.

sumber malaysia instinct

Sememangnya telah di duga bahawa Zaid akan menarik diri untuk jawatan timbalan presiden.Alasan bahawa beliau tidak dapat membawa politik progresif ke dalam PKR adalah alasan yang begitu dungu,kerana beliau tahu yang parti PKR sememang nya adalah Parti untuk Keluarga Anwar.Tiada orang luar yang boleh memegang jawatan penting.Lebih-lebih lagi Zaid yang baru setahun jagung jagung masuk PKR dan di tentang oleh orang kanan Anwar.
Kita pun sedia maklum bahawa pemilihan majlis tertinggi kurang mendapat perhatian di kalangan ahli PKR melalui ahli yang keluar mengundi.Ini adalah kerana mereka sudah tahu yang Azmin akan mencuba sedaya upaya untuk mencari jalan menewaskan Zaid dan di restui oleh Anwar sendiri.
Sedarlah wahai ahli PKR semua bahawa kamu telah di tipu dengan politik yang sangat halus yang mana kamu tidak dapat merasainya.Masih lagi belum terlambat untuk berpatah balik.
Dengan ini Kuchingitam mengistiharkan bahawa Azmin mendahului untuk perebutan timbalan presiden PKR...

29 Oktober 2010

Zaid mendahului untuk Timbalan Presiden


Daripada sepuluh cabang PKR yang mula mengadakan pemilihan jawatan untuk jawatan tertinggi parti itu, Datuk Zaid Ibrahim kini mendahului di depan dengan 79 undi untuk jawatan timbalan presiden.


Lima cabang di Kedah dan lima lagi di Kelantan memulakan pemilihannya hari ini.

Berbeza dengan pencalonan, kemenangan calon dikira berdasarkan jumlah undi yang terkumpul dan tidak dikira berdasarkan kemenangan di cabang.

Berikut keputusan yang diperoleh setakat ini:

Alor Setar

Timbalan: Zaid Ibrahim (59), Azmin Ali (20), Mustaffa Kamil Ayub (5)

Pokok Sena

Timbalan: Zaid Ibrahim (20), Azmin Ali (3), Mustaffa Kamil Ayub (1)

Naib: Tian Chua (20), Sivarasa (17), Nurul Izzah Anwar (15), Mansor Othman (10), N Gobalakhrisnan (9), Fuziah Salleh (5), Suresh Kumar (3), Baru Bian (1), Xavier Jayakumar (1)

Ketua AMK: Badrul Hisham Shaharin (3), Shamsul Iskandar (0)

Timbalan: Chang Lih Kang (2), Kharul Anuar Ahmad Zainuddin (1)

Naib: Azmizam Zaman Huri (3 undi), S Kesavan (2) dan Lee Khai Loon (2 undi).

Ketua Wanita: Animah Ferrar (1), Suraya Sudin (2), Zuraida Kamarudin (0)

Timbalan: Rodziah Ismail (3), Asmah Abd Kadir (0)

Naib: Gan Pei Nei (3), Haniza Talha (3) dan Salma Ismail (2).

(Hanya 24 daripada 314 yang layak membuang undi)

sumber malaysiakini

Nampak gayanya Zaid dah masuk gear lima meninggalkan Azmin.Tapi perjalanan masih jauh kerana setakat ini hanya dua buah negeri yang membuang undi.Adakah besok cawangan lain akan menyebelahi Zaid?

Sama-sama kita tunggu dan lihat.

Azmin sekarang ni tentu dah gelabah,tak tentu pasal.kerna jauh ketinggalan.

16 Oktober 2010

Azmin, Zaid, Mus bertumbuk

Persaingan merebut jawatan nombor dua PKR adalah pertandingan tiga penjuru membabitkan naib presiden parti itu, Azmin Ali, ketua Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim dan ketua Perak Mustaffa Kamil Ayub.
Azmin yang juga adalah ketua Selangor, merupakan calon pertama mengemukakan borang penerimaan pencalonan manakala Zaid pula mengesahkan bahawa beliau akan bertanding menerusi blognya."Pada tepat jam 11.05 pagi tadi, dengan penuh keinsafan(kerana menipu calon lain), saya menerima pencalonan sebagai timbalan presiden.

Zaid kemudiannya  wakil untuk mengemukakan penerimaan pencalonannya. (zaid ni pun ,satu masuk je parti terus nak jadi orang no 2,).

Datuk Zaid Ibrahim yang tiba kemudian, dalam ucapannya berkata ahli parti perlu diberi kesedaran terlebih dahulu sebelum parti bercakap tentang perubahan dan transformasi.(nak corner dulu ke zaid)


Mustaffa Kamil Ayub  menyerahkan borang tawarannya itu kira-kira jam 12.50 pagi di ibu pejabat parti."Saya tawarkan diri untuk berkhidmat dengan parti kerana saya yakin demokrasi ada dalam parti.(yelah tu sampai baling kerusi)

"Saya akan meneruskan agenda kepimpinan dan kekuatan dalam parti sehingga ia terus diyakini," katanya dalam ucapan selepas mengemukakan penawarannya.(boleh percaya ke,bekas setiausaha sulit kepada TPM)

Pencalonan

Presiden

Dr Wan Azizah Wan Ismail

Timbalan presiden


Azmin Ali
Zaid Ibrahim
Mustaffa Kamil Ayub

Naib presiden (4 jawatan)
Abdullah Sani Abdul Hamid
Ansari Abdullah
Baru Bian
Dominique Ng
Fuziah Salleh
N Gobalakrishnan
Jimmy Donald
Jonson Chong
S Manikasavagam
Mansor Othman
Mohd Yahya Sahri
Nurul Izzah Anwar
R Sivarasa
Suresh Kumar Ramachandran
Tian Chua
Dr Xavier Jayakumar
Yusmadi Yusoff

12 Oktober 2010

Azmin Kalah Bertanding Timbalan Presiden PARTI KEPARAT RAKYAT

Sebelum ini, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali yang juga merupakan orang kesayangan Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan akan memperolehi laluan mudah untuk mencapai cita-cita politiknya menjadi orang nombor dua dalam parti berkenaan.Justeru Azmin dengan penuh keyakinan mencalonkan diri untuk merebut jawatan Timbalan Presiden PKR.




Setakat ini Azmin akan ditentang oleh Khalid dan Mustafa Kamil manakala Zaid dijangka menyusuli memandangkan Nurul Izzah dikatakan lebih selesa bertanding jawatan Naib Presiden manakala Tian Chua pula sudah dilantik Khalid menganggotai satu jawatankuasa khas menilai keputusan Khalid untuk bertanding. Ia bermakna bagi jawatan Timbalan Presiden, Azmin yang dilihat sebagai calon favourite akan berhadapan dengan 'serangan' tiga penjuru iaitu daripada Zaid, Khalid dan Mustafa Kamil.

Walaupun Azmin mendapat pencalonan terbanyak tetapi itu bukanlah jaminan, apatah lagi sebahagian pencalonan diberikan ketika ramai ahli tidak hadir ke mesyuarat cabang yang semua tahu 'dihiasi' dengan pelbagai adegan yang memalukan.



Zaid seperti mana diketahui begitu lantang mengkritik kepincangan yang berlaku di dalam parti itu, malahan beliau juga secara terbuka mahukan kedudukan Wan Azizah sebagai Presiden dihormati.Selain itu secara tersirat Zaid juga berhasrat menamatkan penguasaan politik Anwar-Azmin yang dilihat memungkinkan PKR kini semakin 'buruk wajahnya'.Apa pun keadaannya, ramai pemimpin dan ahli PKR  mengakui bahawa kedudukan Azmin sememangnya goyah dan semakin tidak stabil di dalam parti itu.

Namun begitu bukanlah mudah untuk mana-mana calon menewaskan beliau bagi perebutan jawatan Timbalan Presiden memandangkan seperti mana kata Anuar Shaari, ''Anwar akan melakukan apa sahaja bagi memastikan Azmin menang termasuklah pendekatan 'tawar dan ugut.''

Tidak kiralah apa pun andaiannya tetapi apa yang pasti, politiking di dalam PKR adalah lebih buruk jika dibandingkan dengan parti lain.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...