Nuff Head

Najib For PM

Najib Razak merupakan PM yang paling banyak membawa Transformasi dan menyentuh segenap lapisan masyarakat

Suara 1Sarawak

Selamat Datang Semoga Kehadiran Anda Penuh Makna

Memaparkan catatan dengan label Pehin Sri Taib. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pehin Sri Taib. Papar semua catatan

14 September 2012

Sarawak Sumbang RM50 Billion Pelaburan KDNK!

Sarawak sudah menyumbang RM50 Billion dan akan menyumbang lebih lagi sehingga 2030.  Ini hasil daripada kepesatan dan kelancaran ekonomi negeri dengan mempelbagaikan sektor untuk diceburi demi meninggikan taraf hidup rakyat. 

Sarawak akan jadi penyumbang utama KDNK

Utusan Borneo on  14 September 2012, Jumaat

KUCHING: Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa melihat Sarawak sebagai negeri terpenting di Malaysia yang dijangka menjadi penyumbang tertinggi kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.

Menurutnya, Sarawak kini adalah penyumbang keempat terbesar kepada KDNK negara dengan nilai pelaburan RM50 bilion, dan beliau percaya ia akan meningkat hasil daripada unjuran yang dibuat kerajaan negeri sehingga tahun 2030.

“Sarawak nampak pesat membangun, ada kemungkinan dengan kepesatan dan kelancaran ekonomi negeri ini, mungkin ia akan meningkatkan lagi sumbangannya kepada ekonomi negara pada keseluruhannya.

“Saya juga mendapati program pembangunan yang dirancang dan rancak dilaksanakan akan membawa Sarawak ke tahap kemajuan yang lebih tinggi dan menjadi antara negeri termaju dengan pantas,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Beliau bercakap pada sidang media selepas Majlis Perjumpaan Ketua Setiausaha Negara bersama Penjawat Awam Persekutuan Sarawak di Bangunan Sultan Iskandar, di sini semalam.

Ali menambah, tiga perkara utama dalam fokus dari segi pembangunan yang diberikan penekanan oleh kerajaan nege-ri dengan sokongan penuh kerajaan persekutuan ialah pelaksanaan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak SCORE, penyediaan infrastruktur asas serta pembinaan empangan.

“Beberapa program berkaitan SCORE sedang berjalan lancar dan kerajaan persekutuan sejak RMK10 menerusi ‘Rolling Plan’ pertama, kedua dan ketiga pada tahun depan terus memberi tekanan terhadap peruntukan bagi pembangunan SCORE,” katanya.

Sementara itu, Ali dalam ucapannya berkata, kerajaan persekutuan akan meneruskan dasar-dasar sedia ada dan memperkenalkan beberapa perkara baharu untuk mencari jalan menggalakkan kerjasama antara agensi persekutuan dan negeri.

“Kita boleh melaksanakan program yang bermanfaat kepada rakyat dengan mengamalkan strategi ‘Blue Ocean’,” katanya.

Turut hadir ialah Setiausaha Persekutuan Sarawak Datuk Md Yahaya Basimin, Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Moha-mad Morshidi Abdul Ghani, Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Ketua Menteri Datuk Shukry Mohd Salleh dan Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Ketua Menteri Datuk Othman Mahmood.

14 Mac 2011

Adakah Dun Sarawak tidak akan di bubarkan?



Sumber mengesahkan:-

19 Mac 2011 - Najib dan Muhyiddin akan tiba di Sarawak

20 Mac 2011 - Pasukan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) akan naik bélon ke Sarawak

Penghujung Mac 2011 - Pengisytiharan Pembubaran bagi Pilihanraya Negeri Sarawak

April 2011 - Pilihanraya Negeri Sarawak ke-10

*********

Daftar pemilih bagi negeri Sarawak sehingga 27 Disember 2010:-

970,436 Jumlah Pemilih Berdaftar di Sarawak

452,292 (46.61%) Pemilih Berdaftar Bumiputra Sarawak

324,252 (33.41%) Pemilih Berdaftar Cina

186,371 (19.20%) Pemilih Berdaftar Melayu

3,929 (0.40%) Pemilih Berdaftar Pribumi yang beralamat di Sarawak

1,754 (0.18%) Pemilih Berdaftar India

1,412 (0.15%) Lain-Lain Pemilih Berdaftar

426 (0.04%) Pemilih Berdaftar Orang Asli

Setakat ini, kesemua 71 pegawai pengurus pilihan raya (RO) serta 159 penolong pegawai pengurus pilihan raya (ARO) yang sudah dilantik untuk mengurus proses pilihan raya negeri Sarawak sudah diberikan taklimat oleh SPR dan seramai 21,000 petugas pilihan raya di seluruh Sarawak bakal digemblengkan.

SPR juga sudah mengenal pasti 1,740 pusat mengundi serta 2,561 saluran mengundi untuk pilihan raya negeri kali ini, dari segi logistik sebanyak 24 helikopter, 63 bot laju, 919 perahu panjang dan 4,124 kenderaan pacuan empat roda antara yang akan digunakan.

SPR memperuntukkan RM45 juta bagi mengendalikan pilihan raya Sarawak kali ini, berbanding RM30 juta pada 2006.

credit to  http://paneh.blogspot.com/

Antara isu yang bakal dimainkan dalam Pilihanraya Sarawak kali ini ialah berkenaan isu tanah yang memang favourite ,isu Pehin Seri itu sendiri dan juga isu bible dalam bahasa Melayu yang telah ditahan kemasukannya oleh KDN di pelabuhan. Mengapa pada masa ini bible itu cuba dibawa masuk ke Malaysia? Adakah mereka sudah tahu akan berlangsungnya Pilihanraya Sarawak tidak lama lagi? Nampaknya ada dalang yang sengaja menjadikan isu ini sebagai bom jangka sempena Pilihanraya Sarawak memandangkan kebanyakan penduduk Sarawak beragama kristian. KDN perlu berhati-hati dalam 'game' ini. Silap percaturan...buruk padahnya.

26 Februari 2011

Terkini.DUN Sarawak akan di bubar!!!!

Mengulas ucapan Pehin Seri selepas majlis perasmian Masjid Beladin Al-Amin di Beladin dapatlah di simpulkan bahawa bila-bila masa saja DUN akan di bubarkan.Mengikut nujum KI mungkin minggu hadapan Pehin akan berjumpa dengan TYT untuk mendapat kebenaran membubarkan DUN.Manakala tarikh pengundian akan belaku pada bulan april.

Itu hanyalah nujum KI yang tak seberapa setelah mendapat info yang boleh di percayai....Pada pilihanraya yang lepas BN telah memenangi 63 kerusi dari 71 kerusi yang di pertandingkan.Mengikut trend pengundi sekarang Bn di jangka akan menguasai semula kerusi yang kalah dan menang  67 kerusi.

Walau apa-apa pun, semua calon yang telah di kenal pasti hendaklah bersedia di telanjangkan oleh pihak pembangkang .



BN Sarawak Sudah Sedia Hadapi Pilihan Raya Ke-10, Kata Taib Mahmud

BELADIN (SARAWAK), 25 Feb (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) Sarawak sudah bersedia sepenuhnya untuk menghadapi pilihan raya negeri dan senarai nama calon juga telah diterima, kata Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

"Sudah..sudah, kita (BN) sudah bersedia, calon pun sudah ada, saya tidak boleh umumkan nama calon sekarang," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Masjid Beladin Al-Amin di sini.


Abdul Taib yang juga Pengerusi BN negeri berkata senarai itu meliputi semua calon yang akan mewakili BN untuk merebut 71 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.


Pilihan raya Sarawak dijangka berlangsung dalam masa terdekat memandangkan penggal DUNnya akan berakhir pada 24 Julai ini. Pada pilihan raya negeri yang lepas BN menguasai 63 kerusi.


Sementara itu, mengulas tindakan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) luar negara yang mengkritik kerajaan Sarawak, Abdul Taib berkata perkara itu adalah perbuatan nakal namun tidak akan menghalang kerajaan BN untuk terus membangunkan Sarawak.


Katanya BN tidak perlu melayan sebarang kritikan dari luar khasnya NGO kerana parti itu tahu apa yang perlu dilakukan untuk kebaikan rakyat Sarawak sendiri.


Terdahulu dalam ucapannya, Abdul Taib berkata Sarawak telah berjaya keluar dari kelompok negeri miskin sejak 40 tahun lepas dan kini hampir 94 peratus rakyatnya telah bebas daripada belenggu kemiskinan.


Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu juga berkata kejayaan dasar politik pembangunan yang diperkenal kerajaan negeri ternyata berjaya membawa perubahan besar kepada kemajuan Sarawak.


Abdul Taib juga mengakui kejayaan Sarawak hari ini adalah hasil daripada keberanian pemimpin serta rakyat untuk menghayati pendekatan arus kemajuan tanpa perlu menoleh kebelakang.


-- BERNAMA

18 Februari 2011

Orang terkaya di Malaysia yang sebenarnya....

Selalu kita dengar tomahan dari blog pembangkang kononnya Pehin Seri merupakan orang yang terkaya di malaysia.Punyai harta berbilion-bilion di dalam dan di luar negara.Tetapi apabila keluar senarai nama orang terkaya di Malaysia nama Pehin Seri tidak tersenarai bahkan nak mengungguli carta 40 orang tekaya pun tiada.

Adakah pihak yang berwajib salah membuat perkiraan.Tetapi yang nyata pembohongan yang amat dahsyat!!!!!

Hanya 3 Melayu Antara Yang Terkaya di Malaysia

Posted malaysiakini Feb 16, 11 2:43pm

Jumlah kekayaan terkumpul 40 individu terkaya di Malaysia meningkat 30 peratus disebabkan oleh pasaran saham yang aktif dan pengembangan ekonomi negara, lapor majalah perniagaan
Malaysian Business.

azlanMenurut majalah terbitan 16 Februari itu, jumlah kekayaan terkumpul mereka pada 21 Januari tahun ini RM206.27 bilion berbanding RM156.7 bilion setahun lalu.

Peningkatan itu selaras dengan kenaikan 20 peratus di FBM KLCI.

Jumlah bilionaire bagi tahun ini juga meningkat iaitu 27 orang - lima lebih ramai berbanding tahun lalu.

Daripada 20 individu terkaya itu, hanya tiga adalah golongan bumiputera.

mokhzani mahathirMereka adalah Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary dari Yayasan Albukhary Foundation yang menerajui Kumpulan DRB-Hicom. Beliau menduduki tangga ketujuh dengan kekayaan RM8.84 bilion.

Di tangga kesebelas adalah Tan Sri Azman Hashim daripada Kumpulan Arab-Malaysian dengan kekayaan RM3.9 bilion manakala anak mantan perdana menteri, Datuk Mokhzani Mahathir (kanan) dari Kenchana Petroleum di tangga ke-19 dengan RM1.6 bilion.

Terus mendahului senarai itu adalah Tan Sri Robert Kuok, dengan kekayaan RM50.04 bilion manakala Tan Sri T Ananda Krishnan di tangga kedua dengan RM45.78 bilion.

Tan Sri Teh Hong Piow dari Public Bank pula naik ke tangga ketiga dengan kekayaan diramalkan pada RM12.77 bilion. Tempat keempat adalah pemilik IOI Corporation Bhd - Tan Sri Lee Shin Cheng dengan kekayaan RM12.74 bilion.

Kedudukan Tan Sri Lim Kok Thay dari Kumpulan Genting kekal pada tangga kelima pada nilai RM10.89 bilion manakala pemilik Kumpulan Hong Leong - Tan Sri Quek Leng Chan menduduki tangga keenam pada RM10.75 bilion.

 nak lebih lagi sila ke blog rajahmas , melanaublogger , mukapetang

12 Februari 2011

Taking the plunge: The difference between Rais and Taib Mahmud


Written by  Mariam Mokhtar, Malaysia Chronicle
Sarawak Chief Minister, Taib Mahmud has no time for Information, Communication and Culture Minister Rais Yatim, who advised Malaysians planning on marrying a foreign spouse, ‘to think a thousand times before taking the plunge’.
And take the plunge he did, for Taib did not just marry a foreigner from Syria, Ragad Waleed Alkurdi, he married someone who was 45 years his junior. Taib is 74 years-old while his bride turned 29 on the day they held a wedding reception for the elite of Malaysian society.
Last March, Rais said that studies conducted between 1995 and 1998 by “several sociologists in the country” had shown that seven out of ten mixed marriages ended in divorce.

He said, “The failure of marriage is caused by cultural differences, religion and how a person is raised. Most marriages are based more on ‘short-term love,’ and after a brief period, people will return to the culture and religion that they were born into.”
His daft comments started an internet firestorm on Facebook, Twitter, on blogs and various websites, as people condemned him.
Most were from those who were currently in a mixed marriage, or were the children of mixed-marriages. They had personal experience of such matters and were not part of the Culture minister’s dubious study.
Malaysia has a firm foundation of mixed marriages. A good percentage of our royal families have intermarried. Our Baba-Nyonya and Portuguese communities are the product of mixed marriages.
So why do ministers like Rais feel that the rakyat should be dissuaded from marrying foreigners, but it is quite acceptable for politicians and royalty to intermarry?
Rais seems determined to prove what we have known for a long time - that one rule exists for the common rakyat and another for royalty and the elite.
Most same race/religion marriages break down because couples drift apart, neglect each other, have a lack of empathy and understanding, experience infidelity and dishonesty, and suffer from a lack of commitment or understanding of what a marriage actually entails.
Mixed marriages go through the same trials and tribulations but face extra challenges which stem from a lack of community or family support. There is also the added complication from the failure of governments to acknowledge the foreign spouse.

Taib and Ragad’s goldfish bowl is of their own doing principally for the wrong reasons.
He is eager to promote the halal business empire of his family and also the SCORE corridor of Sarawak, to wealthy mid-east investors.

17 Januari 2011

No Pakatan Rakyat rasicm please



Amat sedih untuk membaca penulis Pakatan Rakyat Mariam Mokhtar untuk menulis dengan niat yang tidak baik seperti dalam artikel. "But Taib does not practise 1Malaysia". Apakah salah atau dosa untuk Pehin Sri Abdul Taib Mahmud untuk bernikah dengan seorang Syria, seorang arab, seorang cina, seorang india atau seorang kadazan?

Adakah Mariam Mokhtar melayu tulen? Atau melanau tulen, iban tulen atau kadazan tulen? Saya pasti Mariam Mokhtar seperti ramai lagi rakyat Malaysia mempunyai sedikit darah campuran dalam dirinya. Adakah Mariam Mokhtar akan bantah kalau anak atau anak buahnya mahu bernikah dengan seorang thai, arab, jerman atau amerika?

Adakah Mariam Mokhtar dan malaysia-chronicle.com "anti-western"? Adakah sekarang Mariam Mokhtar akan putar balik (selama ini Mariam Mokhtar dan malaysia-chronicle.com mengecam segala budaya Melayu) dan menetang segala 'idea western'?Adakah Pehin Sri Abdul Taib Mahmud 'too westernized' jika setengah tamu memakai baju 'western? Malangya ini juga satu lagi fitnah oleh Mariam Mokhtar dan malaysian-chronicle.com kerana beberapa tamu dalam Majlis Perkahwinan Pehin Sri Abdul Taib Mahmud ADA memakai baju kebangsaan atau 'formal baju melayu'.

Kenapa Mariam Mokhtar dan malaysia-chronicle.com mengaitkan pernikahan peribadi Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dengan idea 1Malaysia? Bukankah jodoh itu adalah pemilihan peribadi? Amat tidak baik untuk memfitnah seseorang tidak menyokong 1Malaysia semata-mata kerana memilih pengantin bangsa lain. Kalau mariam mokhtar dan malaysia-chronicle tidak menyokong konsep 1Malaysia dan memburuk-burukkan konsep itu suka hatilah tetapi jangan memfitnah orang lain. Sila hormati kebahagiaan seseorang dalam waktu perkahwinannya dan jangan racuni dengan tohmahan atau fitnah. Adakah Pehin Sri Abdul Taib pernah memfitnah atau mencaci perkahwinan Mariam Mokhtar atau anak-anaknya? Janganlah begitu. Bila sesiapa mengambil langkah murni untuk mencari kebahagiaan dengan bernikah sah, "please just wish them well and happiness".

As the saying goes, "If you have nothing good to say, don't say anything...".

08 Januari 2011

PKR SARAWAK : Nasib ‘Baru Bian’ akan diketahui esok!!!

Disebalik keyakinan yang melampau dengan falsafah politik baru “demi hutan belantara”, dan keghairahan untuk mendabik dada, kerana merasakan mereka akan menang mudah semua kerusi DUN Sarawak. Siapa sangka, Baru Bian teruji oleh ‘suara gergasi’ untuk menyingkirkan beliau sebagai pemimpin PKR Sarawak.

‘Bring it on’ kata Baru Bian ketika mencabar ketua menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud suatu ketika dulu. Satu cabaran mendabik dada yang tersiar dibeberapa media ‘mesra Pakatan’ menunjukan betapa Baru Bian penuh yakin akan duduk sebagai ketua menteri Sarawak pada bila-bila masa.

Nampaknya cabaran Baru Bian terlebih dahulu disambut oleh ahli PKR sendiri, Bila beberapa orang kuat PKR Sarawak telah mempertikai kedudukan Baru Bian. Bantahan tersebut telah disuarakan di kuala Lumpur pada 7 Januari 2011 yang lalu, oleh kumpulan orang lama dalam PKR Sarawak yang tidak bersetuju dengan perlantikan Baru Bian sebagai Pengerusi Perhubungan PKR negeri dan Jawatan ‘belas kasihan’ sebagai Naib Presiden PKR.

Dalam PKR Sarawak terdapat 2 kumpulan yang tidak bersetuju dengan Baru Bian, Satu kumpulan terbentuk kerana perjuangan team Baru Bian bercanggah dengan prinsip asal perjuangan PKR Sarawak yang berbau ‘dayakisme’. Manakala satu lagi kumpulan tidak bersetuju kerana 2 jawatan yang disandang Baru Bian oleh PKR pusat seolah menidakkan kewibawaan pemimpin lain, khususnya orang yang telah lama berjuang untuk PKR di Sarawak.

Keributan dalam PKR Sarawak tidak terhenti disitu, kerana belum lagi ditambah dengan ahli yang beralih arah untuk menyokong gagasan Datuk Jeffrey dan UBF. Belum juga dicampur dengan penyokong yang setia kepada Datuk Zaid Ibrahim, yang berharap Parti KITA pimpinan Datuk Zaid akan terbang ke Sarawak.

Gertakan 'Orang lama' bagaikan 'suara gergasi’, hingga menyebabkan Majlis tertinggi PKR terpaksa membuat keputusan berhubung nasib Baru Bian sebagai Pengerusi Perhubungan Negeri dan Naib Presiden. Majlis tertinggi PKR yang bermesyuarat esok akan memutuskan kedudukan Baru Bian dalam politik Sarawak.

Dikabarkan 2 nama pemimpin PKR Sarawak sedang dicadangkan untuk mengantikan Baru Bian sebagai Pengerusi Perhubungan Negeri. Nama yang disebut-sebut adalah Saudara Nicholas Bawin dan Saudara Granda Aing, namun keputusan rasmi akan diumumkan pucuk pimpinan PKR pusat semasa mesyuarat Majlis Tertinggi esok hari (9 Januari 2011).

Persoalan yang lebih besar untuk Baru Bian, apakah keputusan MT PKR atau ‘suara gergasi’ dalam PKR Sarawak akan meranapkan impian ‘Baru Bian for CM’?

Yang jelas, belum pun berperang dalam pilihan raya, Baru Bian sudah tersungkur. Bukan hanya kerana ‘ketulahan’ mendabik dada, tapi juga oleh ketidakadilan terhadap rakan seperjuangan.

Bagi yang mengamati sejarah politik dayak, scenario seperti ini bukan perkara baru, malah sudah dijangka. Lihatlah SNAP, PBDS, PRS dan SPDP, semuanya melalui kesembuhan dari penyakit yang sama.

Cuma dalam PKR Sarawak, mereka tidak ada kambing hitam untuk menutup kelemahan diri. Jika dalam BN, mereka akan berkata ada tangan ghaib disebalik wayang. Sambil menunjukkan ketua menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud sebagai punca perpecahan mereka.

Namun begitu, politik dayak tetap memerlukan kambing hitam yang sama sebagai modal politik untuk memicu sentimen dayakisme. Kerana politik dayak memang sangat memerlukan kambing hitam...

p/s: artikel ini ditulis sewaktu istirahat di kebun sambil berangan nak jadi menteri...kah kah

08 Disember 2010

Taib.Penghijrahan Istimewa

BINTULU: Penghijrahan minda di kalangan rakyat membolehkan Sarawak memaksimumkan penyertaannya dalam ekonomi berskala besar di peringkat antarabangsa menerusi pelaksanaan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE).

Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata, minda rakyat yang berubah seiring dengan tuntutan zaman dan mempunyai ilham-ilham baru amat diperlukan dalam memacu pembangunan.
“Penghijrahan hari ini bukan dari bentuk fizikal sahaja tetapi ia membabitkan perubahan pemikiran dalam proses kita melaksanakan peranan lebih besar,” katanya pada majlis sambutan Maal Hijrah 1432H peringkat negeri di sini, semalam.

Menurut beliau, SCORE merupakan gambaran terhadap usaha memajukan negeri ini yang memerlukan semua rakyat menyesuaikan diri dengan perubahan minda, terutama dari aspek keperluan tenaga kerja untuk menyokong kejayaannya.

Pembangunan Bintulu menurut beliau tidak akan terhenti di situ sahaja tetapi akan disusuli dengan industri peleburan aluminium yang terkandung dalam SCORE.“Ini menunjukkan peralihan dialami Sarawak yang membabitkan penggunaan teknologi moden dalam mencapai kemajuan,” katanya sambil menyifatkan perubahan itu sebagai ‘penghijrahan istimewa’.

Sambil mengakui sumbangan rakyat bukan Islam terhadap kemajuan di negeri ini, beliau meminta mereka agar terus sama-sama menggembleng tenaga dan bersatu-padu.“Sebab itu tokoh Maal Hijrah turut diberi kepada mereka bukan Islam. Ini adalah untuk mengiktiraf jasa mereka dalam sama-sama membangunkan negeri,” katanya.Sementara itu, Daud berkata, asas kejayaan umat Islam adalah berteraskan taqwa.

Beliau bagaimanapun berkata, umat Islam perlu mengekalkan perpaduan dengan penganut agama lain agar wujud keselarasan dalam membangunkan negeri.“Sarawak merupakan negeri contoh yang mengamalkan keseimbangan dalam hal-hal agama. Biarlah kita tidak melampau dan tidak kurang dalam mengamalkan ajaran agama,” katanya.

10 Oktober 2010

Lagi pembangunan untuk Sarawak

MUKAH: Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud memberi jaminan bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak akan mengorbankan kepentingan dan menghilangkan hak rakyat dalam mengimplimentasikan pembangunan.
UNIK: Taib memotong kek lapis Sarawak sebagai pengisian simbolik perasmian Program Sejiwa Senada di Parkiran Kenderaan Bandar Lama, di Mukah semalam sambil diperhatikan (dari kanan) Fatimah, Awang Tengah, Morshidi, Jabu, Asfia dan Yahaya.

Pengambilan tanah dilakukan secara berhemah, berteraskan undang-undang , dibayar pampasan selaras nilai pasaran

Pada masa sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian itu menekankan betapa kepentingan serta hak rakyat terutama berkaitan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) sentiasa dipelihara di bawah undang-undang.

Menurut beliau, pengambilan tanah rakyat oleh kerajaan untuk tujuan pembangunan dilakukan secara berhemah, berteraskan undang-undang dan membabitkan pembayaran pampasan selaras nilai pasaran semasa.

“Kerajaan sangat mengambil berat kepentingan rakyat. Kerajaan tidak akan sama sekali bertindak menghilangkan hak rakyat dalam merealisasikan pembangunan. Sebagai contoh, tanah rakyat terpaksa diambil untuk membolehkan sesuatu pembangunan dilakukan.

“Walaupun begitu, pengambilan ini dilakukan mengikut saluran undang-undang yang betul. Bahkan, pampasan diberi berpandukan nilai pasaran semasa. Tidak timbul isu kerajaan mengorbankan tanah rakyat,” tegasnya.
Berucap merasmikan Program Sejiwa Senada di Parkiran Kenderaan Bandar Lama, di sini semalam beliau menyeru rakyat berbilang bangsa serta agama di negeri ini agar sentiasa melibatkan diri dengan arus perdana pembangunan.

Menyelar tindakan pihak pembangkang yang suka ‘menangguk di air keruh,’ beliau mengajak rakyat untuk memahami dasar kerajaan demi mengelak salah faham, lantas membantutkan pembangunan.
“Saya berikan contoh ini. 15 tahun lalu saya mahu sebuah kawasan di Long Lama dibangunkan dengan ladang kelapa sawit untuk mengembangkan potensi ekonomi di Hulu Baram. Bagaimanapun, terlalu banyak kekangan, bantahan dan kritikan diterima.

“Ekoran itu, saya membangunkan sebuah kawasan di Kanowit yang menduduki keutamaan kedua selepas Long Lama. Penduduk Kanowit memahami apa yang kerajaan mahu lakukan. Hasil kerjasama baik itu kini mereka meraih manfaat ekonomi,” jelasnya.

Taib turut mengumumkan pembinaan sebuah lebuh raya di antara Balingian dan Tatau yang merentasi kawasan Sedupai di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) untuk melancarkan lagi aliran trafik di Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE).

Katanya, hampir RM5 bilion peruntukan kerajaan persekutuan akan dibelanja bagi melaksanakan pelbagai projek pembangunan di negeri ini sepanjang tempoh RMK-10 demi faedah rakyat.
“Pembangunan berkait rapat dengan penglibatan positif rakyat. Meskipun demikian, tanpa sebuah kerajaan yang ditadbir barisan pemimpin berkaliber tidak mungkin pembangunan mapan dapat dilaksanakan.
“Jauhi ‘politik kiri kanan.’ Seorang kata ikut kiri, manakala sebelah pihak lagi pergi ke kanan. Justeru, pemimpin, kakitangan kerajaan dan rakyat perlu sejiwa senada serta sealiran fikiran,” tambahnya.

Terdahulu, Ahli Parlimen Mukah Dato Sri Dr Muhammad Leo Michael Toyad dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani menyampaikan ucapan aluan masing-masing.
Hadir sama, Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang, Menteri Kemudahan Awam Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan serta Menteri di Pejabat Ketua Menteri Datin Fatimah Abdullah.

Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan Datuk Michael Manyin Jawong, Speaker Dewan Undangan Negeri Dato Sri Mohd Asfia Awang Nassar serta Setiausaha Persekutuan Sarawak Md Yahaya Basimin turut menghadiri majlis itu.

sumber dari Utusan Sarawak

Semoga Sarawak terus maju di bawah pimpinan Pehin Seri Taib.Pelan pembangunan yang strategik, selaras dengan keperluan tempatan dan negeri.

Mungkin selepas ini masih ada lagi suara sumbang yang mengatakan sarawak masih lagi kurang membangun.Tak tahu lah apa yang mereka hendak sebenar nya.

06 Oktober 2010

Manifesto 5 tahun untuk Pilihanraya Sarawak pada november?


Beberapa media utama negeri Sarawak hari ini melaporkan tentang manifesto 5 tahun yang dimaksudkan oleh Ketua Menteri Sarawak, sekaligus menghangatkan kemungkinan pilihanraya Sarawak adalah semakin dekat.

petikan dari The Borneo Post  6 oktober... 
Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata manifesto itu nanti merupakan satu program perancangan beliau mengenai pem-bangunan Sarawak dalam jangka masa lima tahun kepada rakyat negeri ini.

Menurutnya manifesto yang dihasilkan itu juga termasuk rancangan peralihan model ekonomi yang pelbagai di negeri ini.
Ramai yang cuba merisik-risik atau cuba menjangka bilakah DUN Sarawak akan dibubar yang membolehkan pilihanraya negeri. Melihat kepada beberapa petunjuk, seolah jentera pilihanraya sedang digerakkan dengan aktif.

Ketua Menteri seperti yang dilaporkan akhbar The Borneo Post hari ini turut berkata: 
Saya tidak mahu menjanjikan sesuatu yang saya tidak dapat lakukan kerana apa yang saya dapat lakukan adalah bergantung kepada respon daripada rakyat.
Mungkinkah Pilihanraya Sarawak akan diadakan pada November? hanya Ketua Menteri yang tahu. Namun peramal warung kopi di kalangan masyarakat cina mempunyai andaian yang berbeda. Menurut mereka, Ketua Menteri akan mengambil kira soal "hari dan waktu yang terbaik".

Dijangkakan "hari dan waktu yang terbaik" adalah bulan November. Benar atau tidak, hanya Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Taib Mahmud yang memiliki jawapan tepat!

Jika pilihanraya Sarawak pada november, ertinya DUN Sarawak akan dibubarkan dalam minggu ini atau minggu depan?

teruskan andaian...

02 Oktober 2010

Zaini Hassan MENCARUT lagi

Dulu mencarut pasal" Alkisah india di india dan india di malaysia".



Sekarang Zaini Hassan MENCARUT mengenai Kisah Wan Mokhtar, Taib Mahmud, samakah? dalam Utusan Malaysia bertarikh 29 September 2010 banyak yang perlu diperbetulkan. Agaknya Zaini Hassan ini tidak mengetahui suasana dan keadaan politik Sarawak dan hanya bersumberkan fakta sekunder atau orang tengah.


Zaini Hassan tidak seharusnya menyamakan keadaan yang telah berlaku di Terengganu pada tahun 1999 dengan Sarawak sekarang yang akan menghadapi pilihan raya negeri. Ini memandangkan rakyat Sarawak masih mengingati dan merasai kenikmatan pembangunan yang dicetuskan Pehin Sri Abdul Taib Mahmud. Rakyat Sarawak masih ingat bagaimana keadaaan pembangunan Sarawak suatu ketika dahulu agak mundur berbanding apa yang dikecapi Sarawak sekarang. Sangat jauh perbezaannya dan ini yang menyebabkan rakyat Sarawak menyanjung tinggi pemerintahan Ketua Menteri Sarawak.





Rakyat Sarawak sangat taat dan patuh terhadap undang-undang dan ketuanya. Berbeza dengan pembangkang yang sering menggunakan perkataan kasar sehingga sanggup melanggar undang-undang. Pemimpin-pemimpin BN Sarawak sangat menghormati kepimpinan Pehin Sri Abdul Taib Mahmud. Atas sebab itu, keharmonian dalam BN Sarawak yang dianggotai pelbagai kaum sentiasa dipelihara.


Tiada istilah mencipta rekod mahupun meletakkan nama dalam Guinness Book of World Record. Ingatlah Zaini Hassan, seseorang pemimpin memegang jawatan sebagai pemimpin bukan untuk mencipta nama, tetapi lebih kepada berusaha membantu rakyat. Jawatan pemimpin ini adalah satu ibadah dan bukannya untuk mendapatkan nama. Atau, mungkin Zaini Hassan sendiri yang mahukan 'nama' maka dengan itu menulis cerita kontroversi bagi melayakkan diri sebaris nama penulis kontroversi yang lain.

Biar rakyat sarawak sendiri yang menentukan corak pembangunan.Tak perlu campur tangan dari orang macam Zaini Hassan.Jagalah negeri kamu sendiri.





01 Oktober 2010

Kita Gempur propaganda UMNO Sarawak!!!

 
Ini petikan dari blog 'UMNO Sarawak' pada 28/9/2010
 
Kami Sokong Kepimpinan Taib!!!
Kami sememangnya menyokong kepimpinan Ketua Menteri Sarawak PS Taib Mahmud walaupun kami tidak bersetuju dengan parti yang dipimpin beliau.

 Ini pula petikan dari blog yg sama pada 30/9/2010

 Kita gempur Taib jika perlu!!!
Kita mematuhi sebarang keputusan yang dibuat oleh pihak pimpinan Umno Pusat berkenaan kepimpinan Ketua Menteri Sarawak.Kita akan gempur Ketua Menteri Sarawak dan pengampu-pengampunya sekira pimpinan Umno Pusat merasakan Ketua Menteri Sarawak PS Taib Mahmud perlu 'disingkirkan'. 

Jika benar kenyataan provokatif dalam blog tersebut mewakili 'UMNO Sarawak' (JPUNS). Jelas sekali 'UMNO Sarawak' adalah pengkhianat yang sebenarnya!!!

Samada blog tersebut mewakili suara 'UMNO Sarawak' atau tidak,  Yang pasti UMNO Sarawak  atau JPUNS memang diketahui mempunyai agenda peribadi untuk menentang kerajaan dan mengelirukan pelbagai pihak dalam PBB serta Barisan Nasional Negeri.

Saya tidak percaya mereka ada proksi dalam PBB! Meskipun mereka cuba untuk mengaitkan perjuangan mereka dengan YB Fadillah Yusof. Itu sekadar propaganda untuk mencetus keraguan dan perpecahan dalam PBB. Tentunya akan memberi keuntungan buat mereka yang sudah lama mencari 'ruang'.

JPUNS juga telah banyak cuba mengelirukan rakyat Sarawak dengan membayangkan mereka seolah-olah mendapat restu dari kepimpinan Pusat. Itu juga sekadar propaganda untuk memunculkan perpecahan antara BN Negeri dan BN Pusat.

Malah keberadaan mereka di Sarawak tidak pernah direstui oleh Presiden UMNO Datuk Seri Najib.  Kerana BN atau UMNO pusat telah berulang kali menyatakan keyakinan terhadap kepimpinan yang ada. Bukan memungkinkan UMNO akan berkembang ke Sarawak!

Jawatankuasa Penaja UMNO Negeri Sarawak (JPUNS) adalah satu propaganda politik peribadi yang opportunis, 
dan pengkhianat yang harus digempur!!!

26 September 2010

Sekitar sambutan Ketua Menteri Sarawak pulang dari luar negara

Kedatangan rakyat dari sekitar kuching menyambut kedatangan ketua menteri sarawak yang di anggarkan seramai 7000 orang.





Walaupun hujan turun dengan lebatnya namum tidak memberi kesan langsung kepada semangat untuk menyambut kedatangan Pehin Sri Taib Mahmud.

Hujan Rahmat.




 
Semoga Allah memberi rahmat dan rahmanNya untuk Pehin Sri Taib Mahmud mengetuai kerajaan Sarawak kerana rakyat masih memerlukan khidmat pimpinan beliau. 

Klik Sini

25 September 2010

TERKINI : Taib Mahmud Umum Terus Terajui Sarawak

KUCHING, 25 Sept (Bernama) -- Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud pada Sabtu mengumumkan secara rasmi kesediaannya untuk terus menerajui kepimpinan Barisan Nasional (BN) Sarawak dan kerajaan negeri.

Pengumuman tersebut sekaligus menepis spekulasi yang timbul berkaitan dengan kedudukannya berikutan kenyataannya dibuat pada 24 Ogos lalu menyatakan beliau bersedia berundur.

Abdul Taib yang merupakan Ketua Menteri paling lama berkhidmat iaitu selama 29 tahun sejak 26 Mac 1981 itu berkata walaupun ada di kalangan keluarganya tidak bersetuju namun oleh kerana khidmatnya masih diperlukan rakyat akhirnya mereka memahami keputusannya.

"Mereka sekeluarga bersetuju (agar saya) tidak menghampakan harapan rakyat Sarawak," katanya di Hangar Hornbill Skyway di sini pada Sabtu.

"Bagi saya sendiri walau apa pun terjadi saya akan terus menolong negeri Sarawak," katanya di hadapan lebih 7,000 orang yang terdiri daripada menteri kabinet negeri, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN), penyokong parti komponen BN Sarawak dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).

Pemimpin yang berusia 74 pada tahun itu bagaimanapun enggan menyatakan berapa lama beliau akan terus menerajui tampuk pemerintahan negeri namun berkata proses pembentukan satu pasukan bagi menerajui kepimpinan akan datang kini sedang dilakukan.

Abdul Taib berkata, sudah sampai masa penyokong dan anggota parti komponen BN Sarawak untuk menangkis dakyah palsu pembangkang yang hanya tahu mengkritik segala usaha yang dibuat oleh kerajaan.

Beliau memberi jaminan akan meneruskan visi kerajaan negeri untuk menjadikan negeri Sarawak sebagai antara negeri termaju menjelang 2020.

Pada 24 Ogos, Abdul Taib dipetik sebagai berkata yang beliau masih belum memutuskan untuk bertanding dalam pilihanraya Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-10 yang tempoh penggal berakhir pada Julai tahun depan.

Abdul Taib sebelum ini ialah ADUN Asajaya sebelum bertukar ke kawasan DUN Balingian pada 2001.

sumber:  BERNAMA

16 September 2010

Masyarakat Bidayuh suarakan sokongan padu terhadap Taib

KUCHING: Kepimpinan Pehin Sri Abdul Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri masih amat diperlukan terutamanya bagi kaum Bidayuh demi mencapai masyarakat maju dan membangun pada masa hadapan.

Sokongan daripada ke-tua-ketua kaum Bida-yuh itu disuarakan ketua masyarakat Bidayuh bahagian Kuching, Temenggong Datu Stephen Jussem dan Bahagian Samarahan Temenggong Robert Sulis Ridu, yang mewakili ketua-ketua masyarakat Bidayuh di peringkat akar umbi.

“Pendirian kami amat jelas. Kami mahu beliau (Taib) terus menjadi Ketua Menteri memandangkan beberapa projek penting telah dilaksanakan atau akan dilaksanakan untuk membawa perubahan besar seperti yang dirancang oleh beliau dan kabinetnya untuk mengubah Sarawak,” kata Stephen.

Terdahulu, Stephen, Robert dan ketua-ketua masya-rakat Bidayuh yang lain terdiri daripada pemanca dan penghulu mengadakan perjumpaan di ibu pejabat Persatuan Kebangsaan Da-yak Bidayuh (DBNA) berhubung sokongan mereka itu selaku mewakili masya-rakat Bidayuh keseluruhannya.

“Kepimpinan Taib yang dinamik selama 29 tahun dan khidmat baktinya adalah cemerlang. Beliau harus dibenarkan meneruskan kepimpinan selagi termampu,” tegas Stephen lagi.

Stephen turut menjelaskan bahawa sokongan tersebut tidak bermaksud Barisan Nasional (BN) tidak ada lagi pemimpin yang berkemampuan untuk mengemudikan negeri.

Ujarnya, terdapat beberapa pemimpin yang berwibawa dan mereka diharapkan memahami keadaan sekarang dengan fasa pembangunan kritikal dalam gelombang kedua.

“Ini terutamanya di kawasan-kawasan Bidayuh seperti Bau, Lundu, bahagian-bahagian terpencil di Kuching, Serian dan Samarahan di mana rakyat amat memerlukan pembangunan asas seperti jalan raya, bekalan elektrik dan bekalan air bersih,” ujarnya.

Selain itu, beliau juga menyatakan masih banyak program pembangunan yang masih memerlukan perhatian Taib, dengan wawasan dan kepimpinannya yang unik dan dinamik yang dapat me-nyatukan semua kaum di Sarawak.

“Kami tidak mahu melihat bahtera ini digugat serta kestabilan politik, keamanan, keharmonian dan perpaduan terganggu.

“Kami merasakan beliau masih orang yang diperlukan Sarawak buat masa sekarang dan kami dengan ikhlas mendoakan kesejahteraan beliau,” katanya.

credit: borneo post

11 September 2010

Taib: Pertemuan Dengan Presiden SUPP Satu Pertukaran Pendapat

KUCHING, 11 Sept (Bernama) -- Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud mendedahkan bahawa beliau bertemu dengan Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Tan Sri Dr George Chan pada Khamis dan telah "bertukar-tukar pendapat" dengannya.

Taib berkata pertemuan itu berlangsung dengan baik dan Dr Chan telah memberitahunya bahawa SUPP tidak akan keluar meninggalkan Barisan Nasional (BN).

"Kami telah bertukar-tukar pendapat, yang butirannya tidak dapat saya dedahkannya. Saya telah memberikannya perspektif saya tentang bagaimana masyarakat Cina melihat masalah ini dan bagaimana kami boleh membawa mereka untuk bekerjasama dengan kaum-kaum lain," katanya kepada pemberita di sini.

Taib berkata beliau telah meminta Dr Chan untuk mencari kaedah-kaedah baru untuk mendekatkan kaum Cina dan menjelaskan kepada mereka akan idea-idea dan aspirasi kerajaan.

"Jika mereka tidak dapat memahami idea-idea ini, mereka tidak ikut serta dalam pembangunan dan akan ketinggalan di belakang," kata beliau.

Taib berkata beliau telah berjuang untuk membantu kaum Cina di negeri ini.

Sementara itu, Dr Chan berkata Taib banyak membantu dalam isu-isu yang menjejaskan masyarakat Cina, termasuk keperluan untuk membantu sekolah-sekolah Cina dan isu rebat premium tanah.

"Dengan sokongan kuat daripada Ketua Menteri dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kami berharap pilihan raya negeri (akan datang) menjadi lebih mudah bagi SUPP," kata beliau.

Kedudukan SUPP dalam BN negeri menjadi spekulasi selepas beberapa anggota akar umbi menyatakan tiada lagi tujuan bagi parti itu untuk terus kekal dalam BN Sarawak jika isu-isu yang dihadapi kaum Cina terus tidak dapat diselesaikan.

-BERNAMA

Rakyat pelbagai lapisan masyarakat banjiri rumah terbuka Taib Mahmud

KUCHING 10 Sept — Ribuan rakyat mengunjungi majlis rumah terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini hari ini.

Rumah terbuka yang bermula 11.30 pagi itu dihadiri oleh kira-kira 15,000 orang termasuk Ahli Parlimen, wakil rakyat dan pemimpin masyarakat, pertubuhan bukan kerajaan dan pelancong asing.

Ketua Menteri, yang memakai baju Melayu berwarna unggu, meluangkan masa menyambut pengunjung dari pelbagai lapisan masyarakat termasuk orang kurang penglihatan, anak-anak yatim dan golongan kurang upaya.

Antara yang menyertai Taib dalam menyambut tetamu ialah Menteri Perumahan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg, Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber II Datuk Amar AWang Tengah Ali Hasan dan Penasihat Khas di ejabat ketua menteri, Datuk Amar Adenan Satem.

Majlis rumah terbuka itu adalah pertama bagi Taib selepas kematian isterinya Allahyarhamah Datuk Amar Laila Taib, pada April tahun lepas.

Tetamu juga turut menikmati pelbagai juadah Aidilfitri seperti rendang, lemang, satay dan kek lapis Sarawak.

Sekumpulan Orang Ulu dari rumah panjang di Baram, bahagian Miri, mengambil peluang untuk berkunjung ke majlis itu bagi menyampaikan salam Aidilfitri kepada Taib serta anggota Persatuan Chiang Chuan Sarawak memberi jaminan setia kepada kepimpinan Ketua Menteri itu.

BERNAMA

06 September 2010

71 cawangan PBB mahu Taib kekal

KUCHING: Majlis Tertinggi (MT) dan semua 71 cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) - parti induk Barisan Nasional (BN) Sarawak, sebulat suara mengeluarkan usul dan ikrar taat setia kepada Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, serta mahukan beliau terus kekal menerajui negeri Sarawak, menjadi Presiden PBB dan Pengerusi BN negeri.

Dalam usul dan ikrar taat setia yang dikeluarkan kira-kira jam 4.15 petang semalam, MT dan ketua semua 71 cawangan termasuk dari Pergerakan Wanita dan Pemuda, turut berikrar untuk berkorban habis-habisan terhadap segala cubaan sama ada dari luar, mahupun dari dalam, yang berbentuk hendak melemahkan dan mencabar kestabilan BN serta kestabilan kerajaan negeri Sarawak.

Selain dilihat sebagai cukup tegas dalam menyatakan pendirian tidak mahu Abdul Taib berundur, pendirian semua peringkat dalam PBB itu juga dilihat sebagai isyarat cukup jelas kepada Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) yang sebelum ini dikatakan ada menyuarakan ura-ura untuk keluar daripada BN, kononnya atas permintaan akar umbi.

Malah difahamkan isu SUPP menjadi agenda utama mesyuarat yang dipengerusikan Abdul Taib semalam, biarpun ia tidak disebut langsung pada sidang media oleh Timbalan Presiden PBB yang juga Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu Numpang.

Usul dan ikrar taat setia itu dikeluarkan kira-kira setengah jam selepas Abdul Taib meninggalkan mesyuarat yang berlangsung di ibu pejabat parti itu di Jalan Bako, dekat sini. Mesyuarat bermula sejurus Abdul Taib tiba kira-kira jam 11.35 pagi, sebelum Abdul Taib meninggalkan ibu pejabat parti itu kira-kira jam 3.35 petang, tanpa bercakap dengan kira-kira 20 wakil media yang hadir.

Mesyuarat MT PBB diteruskan semula kira-kira jam 3.45 petang dengan dipengerusikan oleh Jabu dan berlangsung selama kira-kira setengah jam, sebelum usul dan ikrar taat setia itu diputuskan.

Selain menyatakan sokongan padu kepada kepemimpinan cemerlang Abdul Taib untuk terus menerajui Sarawak serta menjamin kestabilan dan kemakmuran berterusan, usul itu juga menyatakan sokongan penuh kepada jalinan dan semangat kerjasama erat antara Taib dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dalam memastikan kejayaan Wawasan 2020 dan Gagasan 1 Malaysia.

Kami menyokong penuh usaha gigih Abdul Taib selaku Presiden PBB, Ketua Menteri Sarawak dan Pengerusi BN Sarawak, dalam menegakkan disiplin dalam BN di peringkat negeri, untuk memastikan kerjasama kuat antara parti komponen BN, demi menjamin kemenangan cemerlang serta integriti tinggi BN.

source: berita harian

04 September 2010

Taib Mahmud: Bekerjasama majukan Sibu

Pemilik tanah, pemaju perlu bersama pastikan pembangunan dilaksana tanpa masalah

SIBU: Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud mahu pemilik tanah dan pemaju di bahagian ini sentiasa bekerjasama bagi memastikan pembangunan di bandar Sibu dapat dilaksanakan tanpa membawa sebarang masalah.

Pembangunan yang dilaksanakan tanpa menimbulkan sebarang masalah daripada kedua-dua pihak kata Taib, akan menjamin pembangunan yang berterusan di bahagian ini bagi manfaat rakyat dalam jangka panjang.

Jelasnya, para pemilik tanah yang sudah mempunyai surat pemilikan tanah yang sah boleh berunding dengan pemaju yang ingin memajukan sesebuah kawasan terlebih dahulu.

“Pemaju tidak boleh sesuka hati merampas hak anda kerana anda mempunyai surat pemilikan tanah yang sah dan tidak perlu risau tentang perkara terbabit.

“Anda (pemilik tanah) perlu berbincang dengan pemaju terlebih dahulu sebelum pemaju melaksanakan sesuatu pembangunan di kawasan anda.

“Pelaksanaan pembangunan hanya boleh dibuat melalui persetujuan daripada anda dan pemaju sahaja. Jika anda tidak mahu, pemaju tidak dapat berbuat apa-apa,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa berucap selepas mengadakan solat Jumaat bersama rakyat di Masjid Besar An-Nur di sini, petang semalam.

Selepas itu, Taib turut menyampaikan geran pemilikan tanah kepada lebih 100 penduduk di Kampung Datu Lama dan Kampung Hilir, menyerahkan sumbangan kepada 51 orang wakil jawatankuasa masjid dan surau bagi bahagian Sibu serta menyampaikan duit raya kepada anak-anak yatim.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Pembangunan Usahawan Bumiputera) Mohd Naroden Majais, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Datuk Daud Abdul Rahman, Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak Datu Putit Matzen, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah, Setiausaha Politik Ketua Menteri merangkap ADUN Jemoreng Abu Seman Jahwie dan Residen Bahagian Sib Sim Kok Kee.

Pada majlis yang sama, Petronas Wilayah Sarawak turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM1.5 juta kepada Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Sarawak (PERYATIM) Cawangan Sibu yang disampaikan oleh Pengurus Kanan Bahagian Perkhidmatan Korporat Petronas Wilayah Sarawak Mohamad Medan Abdullah kepada Taib.

Menurutnya, pembangunan yang dilaksanakan haruslah mendapat persetujuan daripada kedua-dua pihak (pemilik tanah dan pemaju) dan tidak mahu perbalahan berlaku antara kedua-dua pihak itu.

“Kerajaan tidak mahu berlaku ketegangan antara dua pihak dalam merebut sesuatu hak pemilikan di sini sehingga menimbulkan keadaan huru-hara yang boleh mengakibatkan tercetusnya pergaduhan.

“Biarlah pembangunan yang dirancang atau dilaksanakan mengikut undangundang atau prosedur yang sepatutnya bagi manfaat kedua-dua pihak sekali gus kepada penduduk di Sibu,” katanya.

Taib turut mengumumkan geran projek kecil luar bandar (MRP) sebanyak RM100,000 kepada Masjid An-Nur bagi kegunaan masjid tersebut.

Sebanyak RM51,000 peruntukan telah digunakan untuk sumbangan kepada masjid dan surau di bahagian ini yang bertujuan membantu dari segi kewangan bagi membiayai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh masjid dan surau semasa bulan Ramadan ini.

source: borneo post

26 Ogos 2010

Pemuda PBB mahu Taib kekal memimpin

KUCHING: Sayap Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) semalam menyatakan pendirian mahu Ketua Menteri, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud kekal memimpin negeri ini.

Ketua Penerangan Sayap Pemuda PBB Abdul Aziz Adenan berkata sayap pemuda mahu Taib yang presiden parti itu turut bertanding mempertahankan kerusi Baligian dalam pilihan raya negeri akan datang.

“Setelah bermesyuarat tadi, yang dihadiri sepuluh orang Exco Pemuda PBB dari seluruh cawangan, kami sebulat suara mahu Pehin Sri kekal memimpin kami (parti) juga negeri ini,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Katanya, mereka mahu Pehin Sri Taib kekal memandangkan beliau seorang pemimpin yang berpengalaman serta terbukti mampu menyatupadukan semua parti komponen Barisan Nasional (BN).

Selasa lepas Taib yang ditemui memberitahu media beliau sedia berudur jika itu yang dimahukan rakyat.

Taib yang yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri berkata pada 2006 beliau pernah menyatakan hasrat yang sama tetapi tidak hasratnya itu dilupakan kerana rakyat masih mahu beliau memimpin negeri ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...