Dikabarkan sebanyak 8000 t-shirt sedang diedar secara percuma mulai hari ini, oleh ahli -ahli gerakan yang menggelarkan diri mereka sebagai “Gerakan Anti-liwat”.
Kumpulan anak muda yang bergerak secara senyap, dan memiliki rangkaian di bandar-bandar utama seperti Kuching, Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri sedang melancarkan gerakan menggedar T-shirt tersebut dengan aktif.
Tidak diketahui, apakah kumpulan anak muda tersebut mewakili parti komponen BN negeri. Begitu juga tentang sumber kewangan mereka?
Yang pasti, difahamkan gerakan tersebut telah aktif secara senyap di Kuching sejak Ogos lalu.
Apakah mereka akan buat ‘pertunjukan’ di Miri pada 23 Oktober nanti, sempena menyambut kehadiran Anwar?
Anwar dan pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat dijangka hadir pada "Pelancaran Jentera Pakatan Rakyat Miri" pada 23 Oktober 2010 (sabtu). Pelancaran tersebut akan berlangsung di rumah Dr Teo, Lot 349, Jalan Tanjong.
p/s: harap dapat baju free, boleh juga pakai dinner.





