Nuff Head

Najib For PM

Najib Razak merupakan PM yang paling banyak membawa Transformasi dan menyentuh segenap lapisan masyarakat

Suara 1Sarawak

Selamat Datang Semoga Kehadiran Anda Penuh Makna

Memaparkan catatan dengan label Tipu Online. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tipu Online. Papar semua catatan

18 September 2010

Warga Afrika tipu melalui Internet

KUALA LUMPUR - Kegiatan penipuan yang didalangi oleh warga Afrika tidak pernah berkurangan malah dari hari ke hari ia makin menjadi-jadi.

Kumpulan Awang Hitam itu dikategorikan sebagai licik apabila mereka kerap menukar modus operandi iaitu sama ada melalui Internet, panggilan telefon atau bersemuka dengan mangsa-mangsa yang menjadi sasaran.

Terbaru Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman dapat membongkar satu lagi bentuk penipuan yang didalangi oleh warga Afrika.

Sindiket tersebut mengiklankan perniagaan mereka yang kononnya menawarkan perkhidmatan menjual pelbagai jenis barangan di dalam sebuah laman iklan terkemuka yang boleh diakses secara global.

Penolong Pengarah Jenayah Siber dan Multimedia, JSJK, Asisten Komisioner Kamaruddin Md. Din  berkata, siasatan awal mendapati sindiket yang menawarkan pelbagai jenis barang untuk dijual di Internet itu menggunakan dua kaedah.

"Yang pertama, sindiket itu memilih mana-mana syarikat berdaftar di negara ini dan meniru logo syarikat tersebut bagi mempromosi apa-apa barang yang kononnya untuk dijual

"Kedua, sindiket itu mewujudkan satu syarikat palsu yang didakwa beroperasi di Malaysia sebelum mereka mengiklankan pelbagai barangan untuk dijual dalam lama iklan," kata beliau kepada Kosmo! baru-baru ini.

credit: kosmo
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...