23 September 2010
Rakyat Islam Selangor Dihina.
Hari ini, umat Islam di Selangor dan beberapa tempat lain di seluruh Semenanjung, termasuklah di Kijal, Terengganu bolehlah menarik nafas lega. Sebabnya, Kerajaan Pakatan Rakyat sudah mula membina semula rumah-rumah ibadat yang telah dirobohkan pada zaman BN memerintah negeri itu dahulu. Setidak-tidaknya, membangunkan semula kuil Hindu.
Sekurang-kurangnya itulah yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat yang membina semula Kuil Sri Maha Mariaman di Seksyen 16, Shah Alam yang dirobohkan oleh kerajaan Khir Toyo kerana dibina secara haram dan di atas tanah kerajaan. Turut dirobohkan adalah perkampungan setinggan Rimba Jaya.
Exco Selangor yang bertanggungjawab, Dr. Xavier Jayakumar telah merasmikan tapak seluas 15,000 meter persegi sebagai tapak baru kuil berkenaan. Mesyuarat Exco juga dikatakan akan meluluskan peruntukan sebanyak RM300,000 untuk pembinaan kuil tersebut.
Bagi orang Melayu-Islam yang ingin menuntut keadilan daripada Exco terbabit, berikut adalah senarai beberapa buah masjid dan surau yang telah dirampas, disita dan dirobohkan semasa pentadbiran Selangor di bawah Barisan Nasional.
- Surau Ar Rahmah, Seksyen 8/A, Shah Alam
- Surau di Kampung Berembang, Ampang
- Surau Jubli Perak, Hulu Langat
- Surau Al-Ikhwan, Puchong Perdana
- Surau Fatima Al-Zahra, Taman Kosas
- Masjid Al Hidayah Kelana Jaya
- Masjid Al Munawwarah Shah Alam
- Surau Ar Rasyidin Gombak
- Masjid Darul Ehsan Subang Jaya
Kalau nak dikirakan tu, banyak... kalau Kuil Sri Maha Mariaman di Seksyen 16 boleh dibina, takkanlah Melayu tak dapat walau sebuah pun masjid atau surau yang telah dirobohkan oleh kerajaan 'kejam' Khir Toyo dulu tu. Kalau Kuil Sri Maha Mariaman dapat 15,000 meter persegi keluasan tanah sebagai tapaknya, takkanlah sebuah masjid tak boleh dapat setidak-tidaknya 20,000 meter persegi?
Apa lagi, jomlah kita pakat-pakat minta kat Dr. Xavier... takkanlah sebab BN hilang undi masyarakat India sebab robohkan kuil tu dulu, surau dan masjid orang Islam tak payah dibangunkan pula?
Patutlah banyak sangat samseng India di Selangor sekarang nih!!!!
Sumber : THE FLYING KICK http://theflyingkick.blogspot.com/
alehkayong menyeru Wahai rakyat sarawak jadikan ini iktibar , bagi di Sarawak juga bilangan gereja dan kuil pun lebih banyak dari Masjid-masjid apatah lagi jika pr pulak memerintah .
Pr melalui ADIL terang-terang telah berjanji jika menang pilihanraya mereka akan memberi pucuk pimpinan negeri ini kepada bangsa yang majoriti di Sarawak .
sila rujuk - http://cetusankenyalang.blogspot.com/-azmin perbodoh rakyat sarawak
Kalau dikira bilangan bumiputera islam keseluruhannya di Sarawak kita boleh anggar dalam paling-paling 32%.
Apa akan berlaku kepada nasib masa depan orang islam di Sarawak?
macam di
Singapura?
Pulau Pinang?
Selangor?.
Biar saya katakan disini PR ni tak peduli siapa yang memerintah rakyat disini , yang penting mereka dapat majoriti sit untuk merintah negara.mereka wajib ditolak oleh rakyat Sarawak yang memang aman damai di kalangan etnik dan agama selama ini.
Kita tidak hairan jika masjid negeri Sarawak kita akan diroboh dan kuil Dap dibina disebelah Dun.
Agaknya inilah kekuatan pr , mereka ada golongan pemecah agama , ada pemecah bangsa dan ada pemusnah ekonomi orang bumiputra dan islam khususnya .
MEREKA tahu dengan memecahbelah rakyat Sarawaklah satu-satu cara mereka dapat mencapai cita-cita peribadi pemimpin-pemimpin mereka.
Kalau di Selangor banyak samseng India ,tak perlu saya katakan di Sarawak terutama di Sibu banyak samseng bangsa apa?
Siapa yang sponser samseng ini?
Masa pilihanraya di Sibu dulu samseng-samseng inilah yang menjadi jentera mereka.
Bagi saudara/ri belum pernah ke Sibu , cari kenalan disana dan tanya macam mana orang bumiputra di sana dilayan oleh bangsa samseng ini??
Kebelakang ini mereka MEREKA MEMANUPULASIKAN kes -kes atau isu-isu untuk memanafaatkan bangsa mereka sahaja dimana ini amat bertentangan dengan amalan kerajaan kita yang sedia ada yang peka kepada bangsa-bangsa yang berbilang di Sarawak ini .
Contoh kes jambatan di sibu , sila rujuk - http://mukapetang.blogspot.com/ Dap Sibu Jety.
Janganlah kita mudah lupa nikmat anugerah Allah , janganlah akibat setitik nila sebelanga susu rosak. renung-renungkan lah....wallahualam.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Salam, sdr aleh apa boleh buat, nasib lah orang Islam di selangor, itu yang mereka pilih.
BalasPadamSalam , benar saudara din ,ini harus jadi iktibar bagi kami rakyat sarawak. Nampaknya pihak pembangkang sudah memulakan kempen mereka di sekitar kawasan negeri Sarawak ni dengan membuat lawatan ke tempat bakal ditandingi mereka.Semoga rakyat sarawak tidak terpedaya oleh janji-janji manis mereka ni.
BalasPadamterima kasih kerana menjadikan The Flying Kick sebagai salah satu 'ahli keluarga' saudara... alehkayong.blogspot.com telah pun dikaitkan dengan The Flying Kick dan saya tertarik terutama apabila suatu ketika alehkayong menyiarkan video hamba Allah yang meninggal dunia ketika sedang sujud dan bersolat...
BalasPadamCUCU TOK WAN ,
BalasPadamterima kasih kembali. Semoga Allah kekalkan hubungan persaudaraan kita dunia akhirat.
Semua rakyat semenanjung tau...sarawak miskin kerana taib mahmud mengamalkan kronisme dan rasuah melampau....dan sendiri juga mengaku pemerintahan BN lebih banyak mendirikan gereja, kuil dari masjid ...dan sendiri juga mengaku Khir Toyo dari BN itu meruntuhkan masjid...tetapi masih lagi suruh menyokong BN...kenapa tidak bandingkan bilangan rumah ibadat di negeri kelantan atau kedah? tentang isu singapura bukankah umno yang memberikan kepada orang cina?...tentang Pulau pinang bukankah di zaman Gerakan-BN lagi orang islam telah ditindas...tentang Selangor belum ade lagi masjid dirobohkan...kepada alehkayong..Janganlah menghina rakyat sarawak dengan cuba memperbodohkan mereka..
BalasPadamTanpa nama,
BalasPadamsaya harap awak tak guna kepala lembu awak untuk buat andaian kononnya sarawak negeri miskin. Fikirlah dulu besarnya negeri Sarawak berbanding dengan luas satu semenanjung.
Kelantan sebuah negeri kononnya serambi mekah tetapi cum mampu bina 3 buah masjid sepanjang pemerintahan PAS sebagai penaung kerajan. Bandingkan dengan puluhan masjid yang dibina di Sarawak di bawah pemerintahan Ketua Menteri biarpun populasi penganut Islam di negeri ini cuma 32% daripada 2.25Juta populasi keseluruhan.
Rumah ibadat agama lain tidak boleh diutamakan pembinaannya, wajar kita mengawal percambahannya sedangkan sebagai seorang Islam, merelakan pembinaannya seumpama meredhai agama selain Islam. Saya tak fikir mempersoalkan pembinaannya itu salah melainkan ada kepentingan politik di dalamnya.
Jangan awak menghina rakyat Sarawak dan merendahkan keupayaan pemimpin sarawak yang mampu nmengangkat islam di dalam sebuah negeri yang BERMAJORITI PENGANUT KRISTIAN. Ingat seperkara, PAS sesat telah memecahbelahkan umat islam di sini dengan keinginan untuk menumbangkan BN sekalipun tahu pemimpin pembangkang di sini sebahagian besarnya adalah orang kafir! Celaka mereka.
Akhirnya harap awak berfikir dengan lebih waras, dalam suasana politik di negara kita, orang yang hina ialah mereka yang memfitnah dengan niat untuk menjatuhkan lawan, tetapi yang paling hina ialah mereka yang menggunakan agama untuk membenarkan perbuatan mereka itu.
Lihat link ini :
BalasPadamhttp://malaysiakini.com/news/143274
Kenapa kerajaan BN lambat bertindak?
Malaysiakini adalah laman dajjal, yang digunakan untuk memecahbelahkan perpaduan islam.. WAJIB kita elakkan daripada mengunjungi laman seperti ini.
BalasPadamNampaknya kerajaan BN dibawah pimpinan Khir Toyo cuba mengawal percambahan islam dengan meruntuhkan masjid
BalasPadamlihat link di bawah:
BalasPadamhttp://www.bharian.com.my/bharian/articles/SUHAKAMgesakerajaansiasatdakwaanpenderaanseksualwanitaPenan/Article/
Masih lagi laman dajjal?
salam brother AlehkayonG
BalasPadamUjian untuk orang Islam supaya sentiasa kuat dan bijak menangani masalah surau ini
InsyaAllah.. satu har nanti akan terbina surau
yang paling besar daerah itu.. =)
Usah 'kau' Tanpa Nama menggunakan semua rakyat Semenanjung.... lebih baik guna perkataan sebilangan rakyat Semenanjung @ ahli-ahli pembangkang.
BalasPadamBetul ke Sarawak miskin ketika di bawah pemerintahan Pehin Seri Taib Mahmud? Kita kat Sarawak tidak pernah terfikir sedemikian dan bagaimana 'kau' boleh berkata begitu. Rasanya fakta 'kau' ini salah dan jauh menyimpang.
'Kau' pernah datang kat Sarawak? Kalau tak pernah datanglah. Air Asia ada. Ada lebih 6 penerbangan setiap hari Kuching-KL dan KL-Kuching. 'Kau' tak usah pergi jauh2. Cukuplah ke Kuching. Lihatlah rumah orang2 Kuching yang besar2 dan tanah2 yang luas.
Pasal rumah ibadat, 'kau' ini tak sekolah atau selalu ponteng kelas. Waktu cikgu ajar, 'kau' ponteng. Sarawak tidak sama seperti Semenanjung. Kami di sini minoriti. Majoritinya penganut Kristian. Sebagai sebuah negeri yang berbilang bangsa dan agama, toleransi agama itu penting.
Memang diakui gereja lebih banyak berbanding majid atau surau. Namun, itu bukan bandingannya. Bayangkan kalau surau dan masjid banyak, tapi makmumnya tidak ramai. Oleh yang demikian, kerajaan membina masjid2 dan surau ini mengikut keperluan dan kawasan. Pun begitu, pemimpin2 Islam Sarawak tidak pernah mengabaikan umat Islam di Sarawak.
Artikel di atas tidak pernah sesekali mampu memberi gambaran bahawa penulisnya hendak memperbodohkan pembaca khususnya rakyat Sarawak, tetapi sebaliknya menyatakan apa sebenar yang berlaku. Tindakan Selangor merobohkan masjid sangat2 tidak wajar. Itulah sikap prejudis pemimpin PR yang dikuasai DAP dan berbonekakan PKR dan PAS.
Ulaslah berasaskan fakta dan jangan berasaskan hati. Kerana ikut rasa binasa dan ikut hati mati.
Yang merobohkan masjid dan surau itu orang BN..seperti yang diakui sendiri oleh penulis Blog....Di sebuah Negara islam memperbanyakkan rumah ibadat lain adalah sama seperti meredhai agama lain seperti yang diakui oleh Apai Ngelai....dan di sarawak lebih banyak gereja berbanding masjid atau surau seperti apa yang diakui oleh wira kenyalang...maka terbuktilah BN itu meredhai agama lain.
BalasPadamjika wira kenyalang menganggap itu toleransi agama kenapa pembinaan kuil dianggap penghinaan terhadap rakyat islam selangor?
BalasPadamlebih baik kita bersatu daripada terus sengketa, matlamat memajukan bangsa lebih murni daripada bertelingkah konon untuk menjadi juara membina sebuah bangsa maju. jangan kerana sengketa akan memberi peluang kepada orag lain mengambil kesempatan. cukuplah singapura menjadi teladan pahit untuk kita
BalasPadambetul..betul. saudara Aleh.
BalasPadamorang 'tanpa nama' ni berhujah seolah kita orang Sarawak ni bodoh sangat.
yang sibuk bawa link pasal orang penan kenapa?
banyak lagi kes rogol dan sumbang mahram di kelantan, rogol kambing pun ada. kenapa sibuk pasal Sarawak?
di Sarawak semua kaum mendapat tempat dalam politik, malah masyarakat orang ulu turut jadi menteri dan setiausaha politik.
di selangor, kelantan, kedah atau umumnya semenanjung berapa ramai masyarakat orang asli jadi menteri, exco atau setiausaha politik?
jadi tak payah ajar orang sarawak berpolitik, orang Sarawak tak sibuk mengkafirkan orang lain dan tak sibuk mempersoal agama orang lain.
sesekali bercanda dengan org tanpa nama..haha
al-basri ,sebenarnya tanpa nama tu takda modal lain memang pembangkang akan all out spin isu penan tu di serawak ni.terutama wanita pkr ....tunggu dan lihat , pasal kekayaan pehin sri budak umur 3 tahun pun boleh tuduh...mungkin saudara kamalmirza ni confuselah, jangan dilayan orang sebegini lah.telanjur kelak.
BalasPadamyg d robohkan surau2 d tanah kerajaan, begitu jg kuil hindu pun tanah kerajaan jg.. no issue.. tpkan byk jg kerajaan BN dulu bina surau2 d tempt lain sebagai ganti.. bnda ini pun nak politik oleh PR..
BalasPadamTanpa Nama 01:29
BalasPadamTernyata anda mempunyai akal yang tajam berbanding mereka yang seronok menghentam kerajaan BN kerana menyita, mengambilalih dan merobohkan masjid serta surau.
Bagi mereka yang BERAGAMA ISLAM dan tahu tentang masjid yang rata-rata di Malaysia ini bersifat JAME'pastinya akan tahu mengapa masjid berkenaan disita, diambilalih dan dirobohkan. Apatah lagi dengan pembinaan masjid yang digunakan semata-mata untuk puak-puak tertentu dan di atas tanah kerajaan pulak tuh.
Seharusnya mereka yang melihat artikel saya sebagai senjata untuk menganggap kerajaan BN kejam, belajar lagi bagaimana kedudukan surau, masjid dan mussolla atau madrasah di dalam sesuatu kawasan sebelum mula menghantar komen. Sebabnya komen yang dihantar memperlihatkan ketebalan sikap jumud dan taqlid buta kepada parti politik sedangkan ilmu Islam, terlalu kosong!
Salam kepada semua pengunjung-pengunjung alehkayong ,hangat perbincangan...:)
BalasPadamCUCU TOK WAN ,tanpa nama2,apai ngelai ,nur ,wira kenyalang,cemomoi dan al-basri,
Semoga Allah muliakan kita semua.
terlebih dahulu biar saya mulakan dengan mohon maaf jika terdapat sebarang kata-kata dan bahasa kesat sebelum ini,
tiada niat untuk menyakiti sesiapa,
apatah lagi menjadi asbab punca pertelingkahan saudara2 yang ku hormati dan sanjungi .
Niat di hati hanyalah untuk mempertahankan kerajaan yang menjadi penaung kepada rakyat di negara kita khususnya negeri Sarawak tanahairku.
Saudara2 yakinilah apa yang berlaku pasti ada hikmahnya , sesuatu yang baik atau sebaliknya merupakan ujian Allah.
Kelulusan ujian ini akan ditentukan oleh sang pencipta sendiri.
Kelulusan dan kejayaan yang abadan2 adalah kepada sesiapa yang dapat mengucap 'kalimah' di akhir kalamnya kelak.
Inilah cita-cita junjungan kita Nabi saw , supaya TIDAK seorang pun umat-umatnya hata bayi terakhir lahir kedunia ini masuk neraka Allah.
Pepecahan diantara kita adalah kesedihan baginda.
Apabila berlaku 'satu' kejadian akan timbul beribu-ribu pemahaman mengenainya..
namun kefahaman-kefahaman yang berbeza-beza ini bukanlah untuk kita mengiktiraf kelebihan kefahaman sianu lebih dari sianu....
tetapi untuk kita berfikir tentang betapa agungnya Allah yang maha pencipta ,pentadbir dan maha mengetahui atas segala sesuatu.
Allah lah pencipta kefahaman ini ,rupa-rupanya kefahaman ini pun mahluk dan bakal dihisab di akhitar kelak.Subhanallah!
Kebesaran inilah yang patut kita perbanyakan muzakarah dari masa ke semasa berbandingkan daripada hal-hal dunia yang sementara dan mengelirukan ini.
Saya tekankan sini ,bukannya saya menidakkan urusan dunia yang sementara ini tetapi berpada-padalah , saya peringati diri saya .
Sebagai Agama Penaung di Negara kita setakat ini , kita juga harus bersikap toleransi kepada agama-agama lain asalkan tidak bertentang dengan amalan al-quran dan sunnah.
Kesatuan sebagai umat Islam walaupun berbeza pandangan dan pendirian dalam politik adalah penting.
Semoga Allah beri kefahaman yang memanafaatkan kepada kita semua dan campak sifat kasih sayang didalam hati-hati kita....walallahhualam.
salam, tanpanama, satu pembohongan Khir toyo meroboh mesjid, yang ada Surau kerana untuk menganti surau baru di tapak yang baru di gazetkan....ini lah masalahnya melayu Islam cukup banyak fitnah dan pembohongan semata2 sampai menyampai cakap2 hingga akhirnya cerita jadi fitnah....ingat jika kita mati tak sempat nak minta maaf dengan Khir toyo malahan org yg kita fitnah tak kenal kita dan kita tak pernah kenal org yg kita fitnah dan akhirnya apa sudahnya mati kita di alam akhirat kelak.
BalasPadamddinbunga , jangan dilayan tanpa nama pembangkang tu , berhujah tak da fakta ,ikut ati aja .bila soalan dijawab diputarnya pulak pekara lain .hoi tanpa nama pembangkang baik baca dan pahamkan artical orang lah dan tambah ilmu .pooodaaa.......
BalasPadamOleh karena itu untuk menyelamatkan Negara ini dari tipu muslihat mereka, maka berhati-hati semua kita, jangan sampai masuk kedalam sarang buaya untuk kedua kalinya. Berilah undi kepada yang telah banyak berjasa untuk semua Rakyat, tolak mereka yang cakap tak serupa bikin, yang hanya pandai berjanji tetapi kenyataannya kosong, akhirnya kita akan menyesal:" Pikir dahulu pendapatan sesal kemudian tak berguna."
BalasPadamaku rakyat kelantan rasa amat kesal pada parti pemerintah kelantan kerana keluarga aku berpecah,kerana ulama parti itu mengkafirkan orang umno pada tahun 80an.sejak lebih kurang 25 tahun lalu keluarga belah abg kepada ibu aku tidak mahu menegur bapa aku.sedang mereka mengaku mengikut parti berlandaskan islam tp mereka yang putuskan silatuhrahim.
BalasPadamrata2 aku nengok penyokong mereka tiada asas ilmu agama cukup, zaman muda sosial bila tua nk bertaubat tk de asas agama, pegi dengar ceramah bila balik rumah terus menghukum sesama islam secara membabi buta.
bagi pandangan aku cara orang kafir untuk jatuhkan islam dan melemahkan pemerintahan islam dengan menyokong persatuan atau parti islam unttuk melawan islam. mereka hanya goyang kaki kat rumah dan melihat dari jauh.
seperti diindonesia bagaimana mereka mempergaruhi persatuan pelajar dan persatuan islam indonesai bagi menjatuhkan presiden suharto, menyebabkan indonesia kehilangan kepulauan timor leste, seperti juga yang berlaku di palestin, sblm hamas memenangi pilihanraya palestin, kawasan yang dinaungi kerajaan palestin lebih besar, kerana dikatakan kerajaan palestin sblm itu kuat tidak ditentang oleh orang islam sendiri.berbanding sekrang mereka bergaduh sesama sendiri menyebabkan mereka menjadi semakin lemah. senang di perkotak katik oleh org yahudi.begitu juga dimalaysia jika semua org islam tidak behati2.