Nuff Head

Najib For PM

Najib Razak merupakan PM yang paling banyak membawa Transformasi dan menyentuh segenap lapisan masyarakat

Suara 1Sarawak

Selamat Datang Semoga Kehadiran Anda Penuh Makna

Memaparkan catatan dengan label Fenomena Sungai Rajang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Fenomena Sungai Rajang. Papar semua catatan

01 November 2010

Kesan negatif politik, himpunan kayu di Sg Rajang antara usul dibentang

Credit source: Borneo Post

DUN Sarawak

KUCHING: Usul untuk meminta kebenaran membentangkan Rang Undang-undang merupakan salah satu daripada empat usul yang dibentangkan pada Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), bermula hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pending Violet Yong akan meminta kebenaran daripada DUN untuk membentangkan Reformasi Undang-undang Tanah (Pembaharuan Syarat Dokumen Pemilikan dan Pemerolehan) Ordinan 2010.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Dato Sri Mohamad Asfia Awang Nassar memberitahu, ahli dewan biasa yang bukan merupakan menteri yang bertanggungjawab harus memohon kebenaran sebelum dapat membentangkan draf Rang Undang-undang Tanah tersebut.

Katanya, ia adalah sejajar dengan Perintah Am 45, sekarang di bawah Artikel 24 Konstituensi Negeri.

“Di bawah Perintah Am 45, sebelum seseorang ahli biasa dapat membentangkan Rang Undang-undang, mereka perlu meminta kebenaran daripada pihak dewan terlebih dahulu,” katanya selepas mesyuarat PraPersidangan DUN, di ibu pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di sini, semalam.

Asfia yang juga ADUN Semop berkata, ADUN Asajaya Abdul Karim Rahman Hamzah akan membentangkan usul mengenai kesan negatif politik Semenanjung Malaysia di Sarawak.


Manakala ADUN Bukit Assek (Wong Ho Leng) akan membentangkan dua usul iaitu ‘Tanggungjawab Menteri dan Menteri Muda’ dan ‘Himpunan Kayu di Sungai Rajang’.

Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Persidangan DUN bermula hari ini hingga 10 November ini.

Asfia berkata, Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud membentangkan Rang Undang-undang Bekalan 2010 (2011) hari ini.

Sebanyak tiga hari diperuntukkan bagi sesi perdebatan Rang Undang-undang Bekalan 2010 (2011) itu.

Hari kedua akan menyaksikan sesi soal jawab dan pembentangan empat usul.

Jumlah soalan yang sudah diterima adalah sebanyak 249, yang mana 34 daripadanya adalah secara bertulis dan 215 secara lisan, katanya.

14 Oktober 2010

Sudah dijangka, hubungan DAP dan fenomena sungai rajang?

Selain Wong Ho Leng atau DAP, Memang tiada sesiapa yang memiliki jawapan tepat tentang fenomena kayu hanyut di sungai rajang pada 7 Oktober lalu.

Sampai sekarang Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar serta Lembaga Sungai Sarawak masih mengkaji punca fenomena tersebut di kawasan pedalaman Balleh di Bahagian Kapit. Mungkin sudah terbiasa lambat agaknya?

Tapi Wong Hong Leng cuma perlu beberapa minit untuk memberi jawapan kepada rakyat Sarawak. Soal mengapa, bagaimana dan salah siapa. Hanya Wong Ho Leng dan DAP yang lebih tahu. Malah seolah sudah tahu sebelum hal itu terjadi.


ini kejadian luar tabii, setiap kejadian luar tabii hanya PR yang tahu!

Mengapa Wong Ho Leng tidak menghantar laporan terperinci kepada kerajaan atau pihak berkuasa? Sedangkan dia lebih tahu segalanya. Sibu adalah pusat bagi tauke-tauke balak, apakah benar mereka tidak ada hubungan dengan Wong Ho Leng?

Kenyataan Wong Ho Leng dalam suara-keadilan.com
“Kerajaan negeri membiarkan batang-batang dan sisa-sisa kayu berkenaan mengalir ke Laut Cina Selatan tanpa mengambil sebarang tindakan.
Benarkah kerajaan negeri membiarkan? Benarkah tidak ada apa-apa tindakan dari kerajaan negeri? Atau kerajaan negeri memang tidak menjangkakan hal itu. Sedangkan Wong Ho Leng sudah menjangka sejak awal.

Petikan dari suara-keadilan.com
Ratusan ribu padu balak dan sisa kayu yang kini memenuhi sepanjang 50 kilometer Sungai Rejang di Sarawak adalah akibat ketamakan pimpinan Barisan Nasional yang secara sistematik merompak hasil perhutanan di negeri itu sejak hampir 50 tahun.


Lebih menyedihkan punca bencana alam ini dipercayai disebabkan oleh pembalakan secara besar-besaran di kawasan seluas Singapura bagi projek hidrolektrik Bakun oleh syarikat pembalakan yang menjadi kroni dan mempunyai hubungan rapat dengan pimpinan BN Sarawak di bawah Ketua Menteri, Tan Sri Taib Mahmud.
Kenyataan seperti diatas memang sudah dijangka! dan terus dijangka!

 ini hero Sarawak, kegemarannya  mee kolok dengan Char siew

Bukankah Wong Ho Leng sudah terkenal hebat, kerana sudah berjaya menghalang banjir di Bandar Sibu. Sejak dipilih sebagai Ahli parliament, menurut penduduk Sibu Wong Ho Leng turut berjaya menghentikan hujan lebat yang boleh menyebabkan banjir.


Betapa hebatnya Ah Leng...!!! disebabkan kehebatannya, Ah Leng dengan sewenang-wenang telah menuduh  ketua menteri adalah punca segala-gala.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...