Nuff Head

26 November 2010

Melayu di Pulau Pinang Di Pinggir.

Apabila membaca laporan berita mengenai gera-gerai peniaga Melayu yang dirobohkan di sekitar Bukit Mertajam, kita tentu menyetujui betapa Lim Guan Eng sebenarnya seorang ahli politik yang benar-benar rasis dan tak berhati perut.
Beliau membiarkan peniaga-peniaga Cina bermaharajalela di tepi-tepi jalan dan menganggu lalu lintas..
Jalan ditutup semata-mata untuk peniaga-peniaga Cina tepi jalan.
Tetapi mereka tidak diperlakukan seperti peniaga-peniaga Melayu di Bukit Mertajam. Malah, jalan itu di tutup di sebelah malam untuk membiarkan peniaga-peniaga Cina meletakkkan meja dan kerusi di atas jalan raya.
Memang dasar ahli politik DAP yang bersifat rasis dan pilih kasih, tidak seperti pemerintahan BN sebelum ini!
Keistimewaan kepada peniaga Cina yang tidak mungkin untuk peniaga Melayu.
Yang menyedihkan ialah apabila terdapat peniaga-peniaga Melayu yang merayu supaya operasi ditangguhkan kerana satu majlis kenduri meraikan 150 anak yatim dan ibu tunggal sempena Aidiladha akan diadakan di situ. Tetapi rayuan mereka tidak diendahkan.
Muhammad Zaini (peniaga Melayu) mendakwa, kerajaan negeri bersikap ‘pilih bulu’ apabila banyak gerai terutamanya di Taman Chai Leng serta di sekitar Pasar Awam Bukit Mertajam tidak dirobohkan walaupun secara terang-terangan mengganggu laluan trafik dan menyusahkan orang ramai.
Peniaga char kuetiau, Rosli Che Me, 32, pula memberitahu, dia menerima notis daripada MPSP minggu lalu yang mengarahkan dia mengosongkan kawasan tersebut kerana beroperasi secara haram, selain didakwa berniaga di tempat letak kereta.
“Kenapa kerajaan negeri tidak boleh bertolak ansur? Dulu ketika pemerintahan Barisan Nasional (BN), tidak pernah kami dilayan begini tapi keadaan sudah lain. Kerajaan negeri seolah-olah mahu menabur pasir dalam periuk nasi kami,” katanya.
Seorang lagi peniaga, Suhaimi Musa, 56, berkata, dia pernah menyewa premis di astaka medan selera berkenaan tetapi sambutan pelanggan terlalu sedikit memandangkan saiznya yang kecil.
‘‘Sekurang-kurangnya berilah pilihan atau kenal pasti tempat yang lebih sesuai, janganlah hanya menghukum kerana kami pun nak cari makan untuk menyara keluarga,” katanya - Utusan Malaysia

sumber MIM.

Sedarlah orang Melayu mereka sedang menjajah kita melalui ekonomi.Lihat saja iklan kerja kosong di dada akhbar.Untuk sesuatu jawatan di perlukan mahir dalam bahasa Cina.Kononya  senang untuk berkomunikasi. Apakah mereka tidak tahu yang mereka sekarang sedang hidup di Malaysia sepatutnya memertabatkan pengunaan Bahasa Malaysia dalam urusan perniagaan.bukan nak menghancurkan bahasa kebangsaan.

Lihat saja orang yang duduk di dalam bilik pengurus di dalam syarikat-syarikat besar bukan nak mengata tetapi itulah realiti.Mereka dengan amat licik akan mengangkat kaum mereka sahaja walaupun kemahiran dan sijil jauh lebih teruk dari orang yang sepatutnya layak..

Bukan yang menimbulkan sifat perkauman di antara kita .Hanya memberi peringatan kepada kaum sendiri. kuchingitam meracau berdasarkan realiti kehidupan sekarang.

1 ulasan:

  1. orang melayu sekarang memang sedang dijajah..cuma mereka je masih belum sedar..agaknya bila sudah disembelih sampai mati barulah nak sedar.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...