Nuff Head

Najib For PM

Najib Razak merupakan PM yang paling banyak membawa Transformasi dan menyentuh segenap lapisan masyarakat

Suara 1Sarawak

Selamat Datang Semoga Kehadiran Anda Penuh Makna

Memaparkan catatan dengan label Barisan Nasional. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Barisan Nasional. Papar semua catatan

11 September 2012

Semangat Positif Patut Diterap Dari Kecil: Nancy Shukrie


Ibu bapa digesa untuk menerapkan semangat positif ke dalam diri anak mereka sejak kecil lagi. Mereka digalakkan untuk mencontohi atlet terjun Olimpik negara, Pandelela Rinong yang mampu bersaing dan cekal apabila berhadapan dengan peserta lain dari negara luar.

Ibu bapa juga disuruh untuk menyerap nilai-nilai murni agar anak mereka menghormati pemimpin negara dan tidak berkelakuan tidak senonoh seperti melondehkan seluar di khalayak umum. Sikap seperti ini harus dikikis demi menjamin masyarakat Malaysia yang penyayang dan prihatin.

Ibu bapa dinasihati terap semangat positif dalam diri anak-anak

Utusan Borneo 11 September 2012, Selasa


BUAT KENANGAN: Nancy (empat kanan) bersama pihak penganjur Majlis Ramah-tamah Merdeka Raya di Simunjan kelmarin.

SIMUNJAN: Ahli Parlimen Batang Sadong Nancy Shukrie menasihati golongan ibu bapa agar menerapkan semangat positif dalam diri anak-anak ketika masih muda supaya mampu bersaing serta berdaya maju pada masa akan datang.

Menurutnya, sebagai contoh semangat positif ini boleh dilihat pada diri Pandelela Rinong yang telah mempamerkan semangat juang tinggi ketika temasya Sukan Olimpik 2012 di London, baru-baru ini.

Ibu bapa boleh menjadikan Pandelela sebagai salah satu contoh untuk mendidik anak masing-masing agar sentiasa bersemangat positif dalam menghadapi apa jua cabaran mendatang, ujarnya.

“Saya yakin semangat positif yang diterap dalam diri anak-anak sejak dari kecil akan membolehkan mereka muncul sebagai individu berkebolehan dan berdaya saing pada suatu hari nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Ramah-tamah Merdeka Raya anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Parlimen Batang Sadong di Simunjan kelmarin.

Selain itu Nancy juga berharap ibu bapa mendidik anak-anak untuk menjadi insan yang tahu menghargai jasa pemimpin dan kerajaan dalam memajukan hidup mereka suatu nanti.

“Saya berharap ibu bapa dan KEMAS dapat melahirkan generasi muda yang berhemah tinggi serta berbudi bahasa demi kebaikan pembangunan negara pada masa akan datang,” katanya.

Turut hadir pada majlis itu Pengerusi Tetap Tabika KEMAS Simunjan Hamlet Jolly dan 200 tetamu yang terdiri daripada para ketua kaum sekitar Simunjan.

- Posted using BlogPress from my New iPad

23 Februari 2011

Di Sebalik Nama Ibrahim??

Nama Ibrahim mungkin membawa rahmat kepada UMNO kali ini.  Seperti ADUN Tenang yang lepas kali ini PRK Kerdau akan menurunkan lagi ramai Ibrahim untuk bertanding pada bulan Mac nanti.  

Pada kali ini Syed Ibrahim yang merupakan anak jati Temerloh akan memikul tanggungjawab untuk membela nasib rakyat di Kerdau.  

Kalau sebelum ini PAS akan menurunkan lawan sebelum BN mengeluarkan calon kali ini PAS memang terkedu lintang-pukang!!? Mana tidaknya calon BN kali ini sungguh hebat!!! Lepasan Universiti Al Azhar dan keturunan orang baik-baik tidak seperti calon PAS yang sebelum ini semua entah apa-apa, yang terjun ikut telunjuk Nik Aziz?!!!

Siapakah calon yang akan diturunkan oleh PAS untuk melawan calon BN kali ini??

BIODATA CALON

Nama : Syed Ibrahim bin Syed Ahmad
Tempat Lahir : Kg Kuala Tekal, Temerloh, Pahang.
Tarikh Lahir : 18 Januari 1967
Umur : 44 tahun
Alamat : Kg Bukit Seding Dato Sharif, Temerloh, Pahang.
Status : Berkahwin
Nama Isteri : Sharifah Farunai Syed Ahmad
Bil Anak : Satu Lelaki dan Dua Perempuan

Pendidikan
  1. Sek Ren Keb Kuala Krau, Temerloh
  2. Sek Men Agama Al_Kahiriah, Temeloh
  3. Kuliah Sultan abu Bakar, Pekan Pahang
  4. Universiti Al azhar
Pengalaman Kerjaya

  1. Pembantu Pegawai Yayasan Pahang, Kaherah, Mesir (1993-1996)
  2. Guru Bahasa Arab dan Agama Sek Men Agama Darul Naim, Kuala Krau, Temerloh, Pahang. (1997 – 2000)
  3. Pegawai Penyelaras Masjid Daerah, Jerantut. (Nov – Dis 2000)
  4. Pegawai Khas kepada YAB Menteri Besar Pahang (2001 -)

Pengalaman Politik
  1. Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau.
  2. AJK Dakwah Kerajaan Negeri Pahang
  3. AJK Persatuan Pelajar Timur Tengah, Pahang
  4. Ajk Biro Latihan UMNP Pahang.
  5. Ketua UMNO Caw Kuala Tekal, Temerloh
-------------------------------------------------------
Biodata Isteri
Nama : Sharifah Farunai Syed Ahmad
Umur : 45 tahun
Tarikh Lahir : 19-01-1966

Pendidikan
  1. Maahad Muahmmadi, Kota Bharu, Kelantan.
  2. Ijazah Sarjana Muda (Usulludin).

Pengalaman
Guru Sek Menengah Agama Darul Naim


Calon BN PRK Kerdau Janji Beri Perkhidmatan Terbaik

Posted BERNAMA,  22 Februari, 2011 21:20 PM
TEMERLOH, 22 Feb (Bernama) -- "Saya berjanji akan memberikan perkhidmatan terbaik dan bekerja kuat untuk membela nasib rakyat Kerdau," itulah janji Syed Ibrahim Syed Ahmad sebaik dicalonkan oleh Barisan Nasional (BN) untuk bertanding merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau.

Syed Ibrahim, 44, berkata pencalonan yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Dataran Sri Ketumbit di sini Selasa merupakan satu amanat dan tanggungjawab besar yang harus digalas beliau sebaik mungkin.

Sambil mengucapkan jutaan terima kasih kepada pucuk pimpinan parti yang memilihnya, anak kelahiran Kampung Kuala Tekal, Temerloh itu berkata peluang itu tidak akan disia-siakannya.

"Saya dengan rendah hati menerima pencalonan itu dan saya akan memastikan nasib rakyat akan dibela," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata walaupun pencalonan itu hanya sekadar mewakili parti, namun pemilihan sebenar hanya akan ditentukan rakyat ketika pilihan raya kecil (PRK) DUN Kerdau itu pada 6 Mac depan nanti.

Pilihan raya kecil DUN Kerdau diadakan berikutan penyandangnya Datuk Zaharuddin Abu Kassim, 63, dari BN meninggal dunia akibat serangan jantung pada 12 Feb lepas.

Berikutan kekosongan kerusi itu, Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 26 Feb sebagai hari penamaan calon dan pengundian pada 6 Mac.

Naib Ketua Umno Cawangan Kuala Krau dan Pegawai Khas Agama kepada Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob itu mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Kuala Krau sebelum melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh dan di Kuliah Sultan Abu Bakar, Pekan.

Beliau seterusnya melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah di Fakulti Bahasa Arab di Universiti Al-Azhar, Mesir dari tahun 1989 hingga 1996.

Syed Ibrahim pernah berkhidmat sebagai pembantu pegawai Yayasan Pahang di Kaherah, Mesir ketika melanjutkan pelajarannya di sana dan sekembalinya ke tanah air beliau bergelar guru Bahasa Arab dan Agama di Sekolah Menengah Agama Darul Naim di sini pada tahun 1997 hingga 2000.

Pada November hingga Disember 2000, beliau berkhidmat sebagai Pegawai Penyelaras Masjid Daerah Jerantut dan bertugas sebagai pegawai khas kepada Menteri Besar Pahang bermula 2000 hingga kini.

Beliau berkahwin dengan seorang guru agama, Sharifah Farunai Syed Ahmad, 45, dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu As Sayed Muhammad Al-Baqir, 15, As-Syarifah Balqis, 13, dan As Syarifah Sehah, 9.


-- BERNAMA

21 Februari 2011

Inilah ‘orang kuat’ Sarawak!!!

Meskipun pernah ‘tercampak’ dari arena politik dengan jumlah undi yang memalukan. kali ini sebagai pemimpin MOCS (Movement of Change Sarawak) Francis Siah mampu menganggap beliau adalah “orang kuat” di Sarawak yang memiliki pengikut serta jumlah penyokong yang luar biasa?

Dengan mendesak ketua menteri meletak jawatan, setidak-tidaknya Francis Siah telah berjaya menarik  audien dalam politik Sarawak, walaupun masih dalam lingkungan 'syok sendiri'...

Francis Siah
Hakikatnya, amaran Francis Siah telah menyinggung perasaan seluruh penyokong Taib Mahmud!

Francis Siah berkata,
… Let me repeat my message to Taib: “If you remain stubborn and refuse to listen, MoCS will resort to other courses of action”. We have options.
Lantaran desakan serta amaran oleh Francis Siah, Akhirnya terdengar juga reaksi dari penyokong Taib Mahmud di peringkat bawahan. Antaranya, “kami penyokong Taib akan sahut cabaran Francis Siah dengan apa saja caranya…”.

Apakah itu memaksudkan perang saudara boleh terjadi antara penyokong Francis Siah dan penyokong Taib Mahmud?


Apapun terjadi, semua itu akan membuktikan benar atau tidak seperti yang didakwa berbagai pihak,  kononnya rakyat Sarawak tidak pernah menyokong ketua menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud..

Biarlah waktu akan berbicara…

18 Februari 2011

Kumpulan baju merah muncul di Sarawak

gambar hiasan
Kumpulan ini bukan import dari Thailand, mungkin sekadar ingin meniru apa yang terjadi di Thailand. dan kumpulan ini telah wujud di Sarawak sebelum krisis Mesir

Setakat ini, fungsi mereka tak lebih dari kumpulan sorak yang hadir setiap kali perbicaraan atau kes NCR diperdengarkan di mahkamah,walaupun bukan kes yang melibatkan kumpulan mereka.

Kumpulan 'baju merah' sungguh komited, sanggup datang jauh sampai ke Kuching demi untuk memberi sokongan moral kepada kes-kes yang melibatkan tanah NCR. Mereka juga muncul di mahkamah daerah lain, selagi isu berkaitan tanah NCR dan selagi team Baru Bian yang mengendali kes.

Dengan slogan “Demi mempertahankan hak nenek moyang kami”, terdiri dari orang tua-tua dan separuh tua, lelaki serta wanita. Mereka dibayar elaun harian, penginapan dan makan minum,

Entah siapa yang sponsor? bukan pembangkang pok....

pastinya bukan yang ini..
Kabarnya bukan PKR yang menyedia dana untuk kumpulan baju merah, Tapi oleh ‘gerakan pemecahan’ yang wujud dalam BN Sarawak? 

Siapakah tangan ‘ghaib’ dalam kerabat BN Sarawak yang sanggup menyediakan dana yang besar demi menjatuhkan ketua menteri dan BN?

08 Februari 2011

Najib Ditipu ADUN Sarawak!!!

MP terkejut bila ramai blogger menyatakan bahawa Perdana Menteri telah ditipu oleh ADUN. Hal ini telah disahkan lagi oleh ADUN Tupong, YB Datuk Haji Daud Abdul Rahman   Menurut penjelasan YB Datuk Daud, kebanyakan YB yang berbohong cuba menyembunyikan hal yang sebenar berlaku di kawasan mereka.  YB penipu ini juga ingin memberi keyakinan palsu kepada Perdana Menteri untuk membenarkan mereka bertanding  di kawasan mereka lagi pada pilihan raya akan datang. 

MP rasa mungkin Perdana Menteri ingin melihat perwatakan sebenar ADUN-ADUN yang berbohong dan menipu beliau.  Maklumlah pertemuan empat mata ini bukan sahaja menilai perwatakan tetapi banyak yang dapat dibaca melalui 'body language' tentang ketulusan hati para pemimpin di Sarawak.  

Bukan senang nak jadi Perdana Menteri banyak ilmu di dada barulah dapat meneraju kerajaan ke arah pembangunan.  Lagipun politik memang dah menjadi darah daging Perdana Menteri.  Kita tunggulah dan lihat bagaimana keputusan penamaan calon kelak.




Ada ADUN berbohong: Daud

Posted in Utusan Borneo by Rusnan Mustafa. Posted on February 8, 2011, Tuesday

Segelitir wakil rakyat BN tidak berterus terang dalam pertemuan dengan PM - Daud

KOTA SAMARAHAN: Terdapat beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sarawak ‘bercakap bohong’ semasa pertemuan empat mata dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad lepas.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Datuk Daud Abdul Rahman berkata, ada segelintir ADUN tidak memberitahu perkara yang sebenar terutama ketika ditanya mengenai peluang kemenangan BN di DUN masing-masing.

“Ada segelintir ADUN meluahkan rasa terlalu yakin bahawa dia akan memenangi kerusi yang disandangnya kepada Perdana Menteri sedangkan beliau (Perdana Menteri) tahu bahawa peluang ADUN terbabit untuk menang adalah sangat tipis,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang media selepas mengadakan mesyuarat tentang sambutan Maulidur Rasul peringkat Negeri di Pejabat Residen Samarahan di sini semalam.

Seramai 63 ADUN daripada Barisan Nasional (BN) telah mengadakan pertemuan ‘dari hati ke hati’ dengan Perdana Menteri yang telah berlangsung di Miri pada Ahad.

Menurut Daud lagi, ADUN-ADUN terbabit tidak menceritakan perkara yang sebenarnya ke-pada Perdana Menteri, kerana mahu meraih peluang untuk bertanding semula bagi mempertahankan kerusi mereka pada pilihan raya negeri yang akan datang.

Dalam pada itu, Daud turut menafikan bahawa beliau antara beberapa orang ADUN BN Sarawak yang menawarkan diri untuk tidak bertanding dalam pilihan raya negeri akan datang.

“Saya tahu siapa yang meluahkan hasrat untuk tidak bertanding itu, tetapi biarlah Ketua Menteri (Pehin Sri Abdul Taib Mahmud) sahaja yang mengumumkan keputusan rasmi mengenai perkara itu,” ujar beliau lagi.

Daud memberitahu walaupun ADUN-ADUN terbabit meluahkan hasrat untuk tidak bertanding, namun jika rakyat di kawasan mereka masih memerlukan dan memberi sokongan yang padu, mereka mungkin akan dicalonkan semula kerana diyakini boleh menang.

Hadir sama pada sidang media itu semalam ialah Residen Samarahan, Rodziah Morshidi, Yang Di-pertua Majlis Islam Sarawak Datu Putit Matzen serta Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) Abang Shamsuddin Abang Seruji.

Siapa ADUN Sarawak tidak mahu bertanding?


Sebelum ini pernah ada desas-desus mengatakan PBB akan menampilkan 10 muka baru dalam pilihan raya akan datang. Bagaimana pula dengan parti komponen lain seperti SPDP,PRS dan SUPP?

Difahamkan parti komponen lain akan mengambil langkah yang sama, dengan menampilkan muka baru yang lebih bertenaga untuk berkhidmat kepada rakyat. Kerana beberapa ADUN parti komponen BN Sarawak cuba mengambil langkah bijak dengan menawarkan diri agar diganti dengan muka baru.

Setakat ini, PBB dan SUPP adalah yang paling pasti untuk menampilkan muka baru. Desas-desus di lapangan sedang rancak membayangkan beberapa pemimpin kanan dalam PBB dan SUPP akan memberi laluan kepada muka baru.

Pertemuan PM Najib dengan ADUN BN Sarawak di Miri minggu lalu, turut membayangkan beberapa ADUN yang meminta untuk tidak bertanding. Bahkan yang mengejutkan Perdana Menteri, bila tidak ada muka-muka yang cuba melobi untuk dicalonkan, sepertimana kebiasaannya.

Siapakah pemimpin yang tidak mahu dicalon? senarai tidak rasmi sudah berlegar di lapangan, termasuk nama-nama yang dominan dalam politik Sarawak.

Risik-risiklah di kedai kopi sambil menikmati Kolok mee, anda akan tahu siapakah mereka?

Baca kutipan dibawah. (credit to Borneo Post)

Ada yang tidak bertanding
Najib sahkan ada terima permintaan tidak mahu dicalonkan lagi selepas pertemuan empat mata bersama 63 ADUN BN di Sarawak semalam

MIRI: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan menerima permintaan daripada beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sarawak untuk tidak bertanding dalam pilihan raya negeri akan datang.

“Ya, beberapa ADUN yang menemui saya menawarkan hasrat untuk tidak bertanding pada pilihan raya (negeri) akan datang. Namun tiada yang melobi untuk bertanding,” katanya semasa sidang media selepas menghadiri sesi bertemu ADUN Sarawak di Miri Marriot Resort and Spa (MMRS) di sini semalam.



Pemimpin nombor satu negara itu bagaimanpun enggan mendedahkan ADUN yang tidak mahu bertanding tersebut.

Mengenai pertemuan dengan ADUN-ADUN Sarawak semalam, Najib berkata, ia bertujuan bagi mendapatkan maklum balas daripada wakil-wakil rakyat tentang prestasi dan perkembangan konstituensi masing-masing.

“Saya berjumpa dengan ADUN-ADUN Sarawak untuk mendapatkan gambaran berkenaan keadaan di kawasan masing-masing supaya kerajaan pusat dengan kerjasama kerajaan negeri dapat menentukan bagaimana kita boleh menentukan khidmat kepada rakyat agar lebih berkesan dan bermakna.

“Ada beberapa perkara yang berada di bawah kuasa kerajaan pusat dan sebahagian kerajaan negeri yang mana jika kita gabung, saya percaya dapat selesaikan banyak masalah rakyat,” katanya.

Ditanya sama ada pertemuan semalam berkaitan dengan pilihan raya negeri akan datang, beliau memberitahu ia adalah rutin dari semasa ke semasa untuk meningkatkan kemampuan khidmat wakil rakyat agar lebih berkesan seterusnya meningkatkan imej Barisan Nasional (BN).

Mengenai isu-isu yang dibangkitkan oleh wakil rakyat BN di negeri ini, Najib berkata, cadangan secara lisan dan bertulis telah dikemukakan kepada beliau untuk diteliti dan diambil tindakan.

“Hampir semua bawa cadangan bertulis kepada saya, ada berbentuk laporan lengkap dan ini menunjukkan bahawa mereka tahu sebenarnya apa yang perlu dilakukan.

“Namun bukan semua apa yang dikehendaki oleh rakyat melalui wakil rakyat dapat selesai dalam masa singkat. Sebab prasarana perlu masa yang tertentu, apa yang penting ada peningkatan yang jelas dari tahun ke tahun,” katanya lagi.

Najib mengadakan perjumpaan tertutup dengan 63 orang ADUN BN Sarawak di sini bermula jam 11 pagi hingga jam 6 petang semalam, secara bersemuka dalam kumpulan yang telah ditetapkan.

Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor turut serta bersama beliau dalam pertemuan itu.

Kumpulan pertama yang ditemui beliau terdiri daripada ADUN Opar Ranum Mina, Datuk Peter Nansian Ngusie (Tasik Biru), Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem (Tanjung Datu), Dr Abdul Rahman Junaidi (Santubong) dan Datuk Dr Abang Abdul Rauf Abang Zen (Demak Laut).

Terdahulu, ketika ditemui pemberita, Tengku Adnan berkata sesi pertemuan itu merupakan sebahagian daripada inisiatif Perdana Menteri di bawah Program Transformasi Politik beliau.

Tambah beliau, pertemuan ini juga merupakan susulan kepada pertemuan Najib dengan semua Ahli Parlimen BN yang diadakan di Kuala Lumpur pada 8 Januari lepas.

p/s: Yang pasti, tidak ada yang sanggup meletupkan diri disebabkan ulasan ini. ahhh.. ‘super sensitif’!!!

07 Februari 2011

Najib Terkejut Setelah Berjumpa ADUN BN Sarawak

Perdana Menteri berasa terkejut apabila bertemu dengan ADUN BN Sarawak.  Beliau hairan tidak ada ADUN yang melobi untuk bertanding tetapi ada ADUN yang meminta pengesahan untuk tidak bertanding.  

Betapa rendah dirinya ADUN BN Sarawak kerana mereka sedar mereka dipilih oleh rakyat dan hanya Perdana Menteri yang layak menentukan sekiranya perkhidmatan mereka masih diperlukan?!!!  Semoga ADUN ini tidak mempersiakan amanat yang dipertanggungjawabkan kepada mereka.  Berat mata memandang berat lagi bahu memikul!

Diharap Perdana Menteri kita akan membuat penilaian yang tulus setelah bertemu atau bersidang empat mata dengan ADUN di Sarawak.  Mereka inilah pilihan hati rakyat Sarawak dan mereka jugalah wakil rakyat Barisan Nasional yang telah memberikan kegemilangan kepada Barisan Nasional!!. Sekiranya mereka bersara susahlah untuk mencari pengganti yang sesuai.  

Dari kiri ke kanan Datuk Dr James Masing (PRS), Tan Sri Dr. George Chan (SUPP),  Tan Sri Alfred Jabu (PBB) dan Datuk William Mawan (SPDP) fotoBERNAMA oleh ANUAR ISMAN
Ada yang tidak bertanding

by Sudan Ajang. Utusan Borneo Posted on February 7, 2011, Monday

Najib sahkan ada terima permintaan tidak mahu dicalonkan lagi selepas pertemuan empat mata bersama 63 ADUN BN di Sarawak semalam

MIRI: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan menerima permintaan daripada beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sarawak untuk tidak bertanding dalam pilihan raya negeri akan datang.

“Ya, beberapa ADUN yang menemui saya menawarkan hasrat untuk tidak bertanding pada pilihan raya (negeri) akan datang. Namun tiada yang melobi untuk bertanding,” katanya semasa sidang media selepas menghadiri sesi bertemu ADUN Sarawak di Miri Marriot Resort and Spa (MMRS) di sini semalam.

Pemimpin nombor satu negara itu bagaimanpun enggan mendedahkan ADUN yang tidak mahu bertanding tersebut.

Mengenai pertemuan dengan ADUN-ADUN Sarawak semalam, Najib berkata, ia bertujuan bagi mendapatkan maklum balas daripada wakil-wakil rakyat tentang prestasi dan perkembangan konstituensi masing-masing.

“Saya berjumpa dengan ADUN-ADUN Sarawak untuk mendapatkan gambaran berkenaan keadaan di kawasan masing-masing supaya kerajaan pusat dengan kerjasama kerajaan negeri dapat menentukan bagaimana kita boleh menentukan khidmat kepada rakyat agar lebih berkesan dan bermakna.

“Ada beberapa perkara yang berada di bawah kuasa kerajaan pusat dan sebahagian kerajaan negeri yang mana jika kita gabung, saya percaya dapat selesaikan banyak masalah rakyat,” katanya.

Ditanya sama ada pertemuan semalam berkaitan dengan pilihan raya negeri akan datang, beliau memberitahu ia adalah rutin dari semasa ke semasa untuk meningkatkan kemampuan khidmat wakil rakyat agar lebih berkesan seterusnya meningkatkan imej Barisan Nasional (BN).

Mengenai isu-isu yang dibangkitkan oleh wakil rakyat BN di negeri ini, Najib berkata, cadangan secara lisan dan bertulis telah dikemukakan kepada beliau untuk diteliti dan diambil tindakan.

“Hampir semua bawa cadangan bertulis kepada saya, ada berbentuk laporan lengkap dan ini menunjukkan bahawa mereka tahu sebenarnya apa yang perlu dilakukan.

“Namun bukan semua apa yang dikehendaki oleh rakyat melalui wakil rakyat dapat selesai dalam masa singkat. Sebab prasarana perlu masa yang tertentu, apa yang penting ada peningkatan yang jelas dari tahun ke tahun,” katanya lagi.

Najib mengadakan perjumpaan tertutup dengan 63 orang ADUN BN Sarawak di sini bermula jam 11 pagi hingga jam 6 petang semalam, secara bersemuka dalam kumpulan yang telah ditetapkan.

Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor turut serta bersama beliau dalam pertemuan itu.

Kumpulan pertama yang ditemui beliau terdiri daripada ADUN Opar Ranum Mina, Datuk Peter Nansian Ngusie (Tasik Biru), Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem (Tanjung Datu), Dr Abdul Rahman Junaidi (Santubong) dan Datuk Dr Abang Abdul Rauf Abang Zen (Demak Laut).

Terdahulu, ketika ditemui pemberita, Tengku Adnan berkata sesi pertemuan itu merupakan sebahagian daripada inisiatif Perdana Menteri di bawah Program Transformasi Politik beliau.

Tambah beliau, pertemuan ini juga merupakan susulan kepada pertemuan Najib dengan semua Ahli Parlimen BN yang diadakan di Kuala Lumpur pada 8 Januari lepas.


BERNAMA


Posted using RockMelt 

06 Februari 2011

Pengumuman Tarikh Pilihan Raya Serentak - Najib Temui ADUN Sarawak

Tarikh pilihanraya serentak akan ditentukan selepas pertemuan Perdana Menteri dengan semua ADUN Sarawak.  Mungkinkah Pilihan Raya akan dilakukan serentak seperti yang dijangkakan pada penghujung tahun 2010?
 
Perdana Menteri akan berada di Miri pada hujung minggu ini.  Kunjungan ini adalah bersempena dengan program Majlis Sambutan Tahun Baru Cina di Miri. Dalam rangka lawatan Perdana Menteri kali ini, beliau ingin memantau setiap ADUN Sarawak untuk mendengar tuntutan dan juga masalah yang dihadapi di setiap kawasan.  
 
Kononnya semua ADUN diberi 3 minit untuk elevator-pitching kepada beliau.  Mungkinkah muka baru akan diketengahkan untuk dinilai oleh Perdana Menteri memandangkan banyak ADUN telah mula goyang kaki apabila ura-ura menyatakan perkhidmatan mereka akan ditamatkan menjelang pembubaran DUN Sarawak kelak?


ADUN BN Sarawak Beri Laporan Terperinci Kepada Perdana Menteri Ahad Ini

Posted BERNAMA 03 Februari, 2011 15:36 PM

KUCHING, 3 Feb (Bernama) -- Kesemua Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) Sarawak akan memberi laporan terperinci berhubung kawasan masing-masing, termasuk masalah dihadapi, semasa pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad ini.

Ketua Menteri Sarawak dan Pengerusi BN negeri Tan Sri Abdul Taib Mahmud mengakui setiap kawasan DUN di Sarawak ada cabaran tersendiri namun ia telah diselesaikan dan akan dicari jalan penyelesaian memandangkan bukan semua masalah yang dihadapi dapat diselesaikan dengan segera.

Beliau berkata Adun terbabit telah cuba memperoleh maklum balas mengenai pelbagai isu di kawasan masing-masing sejak setahun lalu melalui perbincangan dengan pemimpin peringkat akar umbi.

Taib berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) di ibu pejabat parti tersebut di sini pada Khamis.

Sementara itu, Perdana Menteri dijadual tiba di Miri pada Ahad ini dengan aturcara pertama beliau ialah mengadakan sesi perjumpaan dengan ADUN Sarawak, manakala pada sebelah malam pula, beliau akan menghadiri majlis sambutan Tahun Baru Cina peringkat kebangsaan di Dataran Kipas, Miri.

Ramai penganalis politik di sini meramalkan pertemuan dengan Adun itu sebagai langkah terakhir Perdana Menteri untuk mengumpul maklumat bagi membuat keputusan sama ada mengadakan pilihan raya umum serentak dengan pilihan raya negeri Sarawak.

Sebelum ini, Taib dipetik berkata beliau tidak menolak kemungkinan pilihan raya negeri Sarawak diadakan serentak dengan pilihan raya umum ke-13.

Tempoh penggal kerajaan negeri sekarang akan berakhir pada Julai tahun ini.

Pada pilihan raya negeri 2006, BN Sarawak menang 63 daripada 71 kerusi yang dipertandingkan.

-- BERNAMA

03 Februari 2011

Kenapa PAS Tidak Tolong Pelajar Mereka di Mesir?



 Menurut The Unspinners dan RBF, Mesir merupakan kilang PAS untuk melahirkan pelapis mereka.  Untuk mengangkut mereka pulang bukan kerja yang senang kerana jumlahnya terlalu ramai dan ditambah pula dengan keadaan trafik udara yang sendat di Cairo sekarang.


Sekiranya 11,300 orang itu semuanya mahu diangkut pulang ke Malaysia, maka kita memerlukan 28 buah pesawat Boeing 747 yang boleh memuatkan lebih kurang 400 penumpang untuk satu penerbangan.  


Tetapi kita kerajaan BN tidak kira bulu akan membantu rakyat kita yang susah walau di mana mereka berada.  Kalau kita lihat masalah banjir yang melanda baru-baru ini, golongan PAS dan PKR pilih bulu dan mementingkan orang parti mereka sahaja.  
Nasib baik, kerajaan BN lebih adil dari pihak pembangkang kalau tidak meranalah orang kampung kalau dapat tahu anak mereka dibiarkan untuk hidup bersendirian dalam keadaan politik yang tidak stabil di Mesir sekarang.  

Ikutilah sorotan nasib pelajar Malaysia di Mesir di blog di bawah

  1. The Unspinners
  2. RBF
  3. Melanau Blogger

Kumpulan Pertama Pelajar Malaysia Di Mesir Tiba Di Jeddah Tengah Malam




KOTA KINABALU, 3 Feb (Bernama) -- Dua penerbangan pertama -- Malaysia Airlines dan AirAsia -- membawa kira-kira 600 pelajar Malaysia yang menunggu untuk dipindahkan dari Kaherah, Mesir, dijangka tiba di Jeddah, Arab Saudi menjelang tengah malam.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata pesawat Boeing 747 Malaysia Airlines dan A340 AirAsia berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur awal hari ini menuju ke Kaherah.

"Sebaik sahaja kedua-dua pesawat ini tiba di sana, kami akan uruskan penerbangan membawa keluar kumpulan pertama pelajar Malaysia dan kami harap, jika semuanya berjalan lancar, mereka akan tiba di Jeddah menjelang tengah malam ini," katanya kepada pemberita di sini Khamis.

Anifah berkata tiga pesawat pengangkut C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), yang berlepas ke Jeddah semalam, akan memulakan penerbangan membawa keluar pelajar Malaysia dari Mesir Jumaat pagi.

"Ketiga-tiga pesawat ini perlu rehat selama 24 jam sebelum meneruskan aktiviti penerbangan biasa.

"Itulah sebabnya pesawat ini hanya boleh memulakan perkhidmatan ulang-alik pada Jumaat. Keseluruhannya, tiga pesawat TUDM itu boleh membawa sehingga 750 penumpang," katanya.

Anifah berkata Kedutaan Malaysia di Mesir bekerja sepanjang masa untuk memastikan misi membawa pulang pelajar Malaysia dari negara bergolak itu berjalan lancar.

Beliau berkata keadaan adalah terkawal, terutamanya di kawasan berhampiran pejabat Kedutaan Malaysia di Mesir, yang terletak jauh dari Tahrir Square, Kaherah, yang dilanda konflik itu.

Anifah berkata beliau akan memantau rapi keadaan semasa dan proses pemindahan rakyat Malaysia dari negara berkenaan.

-- BERNAMA

PAS Kecundang di Beting Maro Sarawak

Karim menyelar sikap pembangkang yang terlalu mendesak Ketua Menteri untuk mengadakan pilihan raya secepat mungkin.  Abdul Karim Hamzah yang juga merupakan Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri Sarawak dan ADUN Asajaya turut gusar apabila Pehin Sri digesa sedemikian terutama sekali daripada Dewan Pemuda PAS yang pandai bercakap umpama tin kosong sahaja.  

Menurut Karim, DUN akan dibubar pada bila-bila masa sahaja lagi.  Persoalannya adakah pihak pembangkang khususnya sudah bersedia?  Beliau menyindir Dewan Pemuda PAS yang kecundang di tangan Barisan Nasional semasa pilihan raya yang terakhir.  Lihat sahaja prestasi PAS dan Barisan Nasional semasa pilihan raya kecil di Tenang? Itu pun PAS sudah kecundang dan kini beriya-iya untuk mempercepatkan pembubaran DUN??? 

Kalau pihak pembangkang sudah bersedia, apa yang hendak ditakutkan lagi?  Bersedia dan berwaspadalah dari sekarang kerana menurut sejarah, pilihan raya negeri selalunya berlangsung selepas tahun baru cina??
Mampukah PAS menyahut cabaran Barisan Nasional kelak?  Berapa ramaikah calon yang PAS dapat turunkan kalau PKR, SNAP dan DAP sanggup beri peluang???  Dulu satu kawasan pun tidak terjaga inikan 71 kawasan???
 

PKR pun tegur budaya Nik Aziz tidak sesuai di Sarawak
...Baru Bian menegaskan, isu agama seperti itu tidak seharusnya dibawa ke Sarawak, kerana orang Sarawak sudah lama bersatu dan biasa makan semeja meskipun berbeda agama. Bahkan orang Sarawak yang berbeda agama sama-sama berjual makanan dalam satu premis. Masing-masing berjual kolok mee, bak kut teh dan mee jawa tanpa sebarang masalah atau halangan.

  Baca selanjutnya di pautan Melanau Blogger

Pembangkang tidak perlu desak KM bubar DUN

Posted on February 2, 2011, Wednesday

KUCHING: Parti-parti pembangkang tidak perlu mendesak Ketua Menteri merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud untuk mengumumkan tarikh pilihan raya negeri dengan segera.

Ini kerana, tempoh Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hanya akan berakhir pada Julai depan dan Ketua Menteri boleh mengumumkan pembubaran DUN Negeri pada bila-bila masa sahaja.

Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata sememangnya Ketua Menteri tahu bila tiba masanya beliau akan mengumumkan pembubaran DUN, justeru tidak perlu didesak oleh mana-mana pihak.

“Kita akan mengadakan pilihan raya negeri pada tahun ini… dan tidak perlu bagi pihak pembangkang mendesak agar Ketua Menteri mengumumkan pembubaran DUN dengan segera.

“Parti pembangkang tidak perlu mendesak Ketua Menteri untuk mempercepatkan pilihan raya diadakan, sebaliknya mereka perlu ‘buat kerja sendiri’ dan jangan cuba memecahbelahkan perpaduan rakyat,” katanya ketika ditemui Utusan Borneo di pejabatnya, Wisma Bapa Malaysia, di sini semalam.

Abdul Karim berkata parti-parti pembangkang sememangnya hanya muncul pada musim pilihan raya tetapi mereka tidak berjumpa dengan rakyat di pelbagai kawasan pada setiap masa meskipun mereka sebagai wakil rakyat.

“Kita akui pembangkang hanya pandai memporak-perandakan rakyat, tetapi mereka tidak pernah mahu membantu rakyat walaupun mereka mewakili kawasan yang ditawan pembangkang,” katanya.

Abdul Karim berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar tempatan bahawa Dewan Pemuda PAS Sarawak mendesak Ketua Menteri mengumumkan pembubaran DUN dengan segera bagi membolehkan pilihan raya ne-geri diadakan secepat mungkin.

Pengerusinya, Abang Eddy Allyani Abang Fauzi ketika ketika bercakap kepada pemberita di Bintulu, Sabtu lalu dipetik sebagai berkata: “Sekiranya BN sudah kuat dan yakin, tidak seharusnya menahan tempoh proses itu (pilihan raya) terlalu lama.”

Abdul Karim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asajaya berkata pihak PAS tidak perlu mendesak Ketua Menteri mengumumkan pembubaran DUN dengan segera kerana tarikh pilihan raya negeri pasti akan tiba juga.

“Kita mempunyai masa (tempoh) Januari hingga Julai tahun ini untuk mengadakan pilihan raya negeri, justeru kita tunggu sahajalah apabila tiba masanya Ketua Menteri mengumumkan pembubaran DUN,” katanya.

Kali terakhir Sarawak mengadakan pilihan raya negeri pada Mei 2006 iaitu sebanyak 71 kawasan (kerusi) DUN dipertandingkan.

BN memenangi 62 kerusi, pembangkang lapan (DAP-6, PKR-1, SNAP-1) dan Bebas satu.

Bagaimanapun, PAS yang bertanding hanya satu kawasan iaitu DUN Beting Maro turut kecundang kepada calon BN.

31 Januari 2011

Formula Najib Cipta Sejarah di Tenang

Kalau dahulukan rakyat maka rakyat akan balas balik dengan memberi sokongan kepada BN!!.  Begitulah petikan suara Perdana Menteri Malaysia dalam rangka lawatan sehari ke Abu Dhabi.  

Formula Perdana Menteri kita, iaitu memilih wakil rakyat yang disenangi rakyat dan juga anak jati kawasan tersebut sekali lagi berjaya membuahkan hasil di Johor.  Calon BN di Tenang iaitu Tok Ai juga merupakan anak jati Tenang dan  juga anak kepada mantan YB Tenang sebelum ini memang patut digeruni oleh pihak pembangkang.  
 
Formula pembangkang yang meletakkan bukan anak jati dan juga bekas pendidik yang bermasalah baik dari segi latar belakang dan cara hidupnya turut menjadi persoalan dalam memilih calon yang layak untuk sesuatu kawasan tersebut.  Bekas guru yang terkenal dengan sikap tidak setia kepada suami dan juga asyik membawa masalah ke mana sahaja dia pergi telah mencerminkan akhlak yang tidak patut dicontohi apatah lagi untuk menjadi pemimpin masyarakat.  
Tok Ai Thumbs Up! Sumber Gambar: http://novandri.blogspot.com/
Syabas kepada Yang Berhormat Tok Ai dan jentera BN yang berjaya menumbangkan Normala KFC di Tenang dengan tulus!!

Terdapat juga khabar angin yang menyatakan bahawa rakyat Malaysia kini terancam di Mesir?!!! Rupa-rupanya itu propaganda pembangkang yang tidak sempat dijadikan modal untuk mengutuk kerajaan!!!  Untuk makluman semua, setakat ini  rakyat Malaysia yang berDAFTAR dengan kedutaan Malaysia di Mesir dalam keadaan selamat.  Kalau yang belum berdaftar silalah hubungi Kedutaan Malaysia yang terdekat agar segera mendapat bantuan semasa tunjuk perasaan di Mesir.  Mereka juga dinasihatkan agar jangan terlibat dengan masalah dalaman negara tersebut seperti saranan Perdana Menteri di bawah!!!

Najib Harap Kejayaan Di DUN Tenang Jadi Dorongan Kuat Kepada BN

Oleh Muin Abdul Majid

ABU DHABI, 31 Jan (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak berharap kejayaan Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang di Johor akan menjadi dorongan kuat kepada BN di negeri lain untuk membuat persediaan bagi meraih kejayaan lebih besar di masa depan.

Perdana Menteri dan Pengerusi BN itu melahirkan penghargaan kepada pengundi DUN Tenang kerana terus memberi kepercayaan dan keyakinan kepada BN untuk mewakili mereka.

"Walaupun kita hadapi tentangan agak hebat daripada jentera pembangkang, tetapi kemenangan itu jelas menunjukkan bahawa segala isu yang dilemparkan mereka tidak diterima oleh pengundi di Tenang," katanya kepada wartawan Malaysia sebelum berlepas pulang ke Malaysia di akhir lawatan kerja sehari ke Abu Dhabi.

Calon BN Mohd Azahar Ibrahim memang dengan majoriti 3,707 dengan mengalahkan calon PAS Normala Sudirman.

Mohd Azahar memperoleh 6,699 undi manakala Normala meraih 2,992 undi.

Menurut Najib, kejayaan BN pada pilihan raya kecil yang berlangsung sejak kebelakangan ini menunjukkan ia bukanlah kejayaan sementara atau sekelip mata, memandangkan ia dapat diterjemahkan di beberapa negeri berasingan.

"Kejayaan ini menunjukkan bahawa momentum yang telah dicapai oleh BN melalui beberapa pilihan raya kecil sebelum ini, menunjukkan trend dan momentum ini berterusan di Tenang pada kali ini," katanya.

Beliau menganggap trend peningkatan sokongan kepada BN "boleh dikatakan semakin menyeluruh dan semakin mantap".

Najib berkata pengundi Tenang telah membuat keputusan bijak dan matang, yang menunjukkan mereka mementingkan masa depan kawasan mereka dan negara secara keseluruhan.

"Ini jelas menunjukkan tahap keyakinan mereka terhadap BN semakin kukuh, dan ini memberi kita semangat yang lebih untuk bekerja dengan lebih gigih lagi untuk kepentingan rakyat," jelas beliau.

"Saya selalu tekankan apa sahaja yang kita buat, kita perlu dahulukan kepentingan rakyat. Dan apabila kita mendahulukan kepentingan rakyat, rakyat akan membalas balik usaha kita dengan memberi sokongan yang lebih padu kepada BN," tegas Perdana Menteri.

Najib mengucapkan tahniah dan berterima kasih kepada semua pemimpin BN yang turun padang dalam memastikan kejayaan di DUN Tenang.

"Kita juga menghargai sumbangan semua sayap kita, Wanita, Pemuda dan Puteri, serta semua sahabat BN seperti Kimma dan Makkal Sakti selain pertubuhan bukan kerajaan yang turut membantu kita," katanya.

Ditanya mengenai demonstrasi jalanan di Mesir bagi mendesak Presiden Hosni Mubarak untuk meletak jawatan, Najib berkata beliau membuat keputusan untuk menghantar setiausaha politik beliau Datuk Sahlan Ismail untuk memantau keadaan dan membuat apa-apa kenyataan bila perlu.

"Kita bersedia untuk mengambil langkah seperti membawa balik pelajar kita sekiranya keadaan di sana membahayakan mereka
," katanya.

Beliau turut menasihatkan pelajar Malaysia di Mesir supaya tidak mencampuri urusan dalaman negara itu bagi mengelak daripada terdedah kepada sebarang risiko keselamatan.

-- BERNAMA

30 Januari 2011

DUN TENANG : Nasihat keselamatan untuk penduduk Labis..

Hubungi pihak berkuasa berdekatan... (sekadar gambar hiasan)
LABIS, 30 Jan – Majlis Keselamatan Negara (MKN) negeri Johor menasihatkan orang ramai agar tidak menggunakan laluan Labis-Segamat, khususnya jambatan Kampung Lembah Bakti, Jalan Taman Tenang di sini, berikutan keadaan arus deras banjir.

MKN dalam kenyataannya, berkata arus deras itu adalah berbahaya kepada semua kenderaan.

Pekan Labis kini dilanda banjir besar selepas hujan lebat turun tanpa henti sejak awal pagi.

Keadaan hujan dan banjir itu turut menjejaskan hari pengundian pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang di sini, yang berlangsung hari ini.

Selain Labis, hujan lebat dan sekali-sekala renyai yang turun secara berterusan sejak enam hari lepas turut menyebabkan beberapa kawasan lain di Johor seperti Segamat, Yong Peng dan Ayer Hitam dilanda banjir.


Sementara itu, menurut beberapa penduduk yang ditemui di sini, banjir kali ini jauh lebih buruk berbanding bencana serupa yang berlaku pada 2006.

sumber: umno online

27 Januari 2011

Taib Selar Budaya Ketam Dalam Parti Pembangkang

Budaya Ketam adalah budaya yang tidak asing lagi di zaman sekarang, ia mungkin boleh disamakan dengan budaya 'kiasu'.

Bagi yang tidak memahami istilah budaya ketam, ia bermaksud mengunakan orang lain untuk mencapai hasrat peribadi!

Bayangkan sebuah bakul diisi dengan ketam.  Kalau seekor ketam nak keluar atau melepaskan diri daripada bakul, ia akan memijak kawan-kawannya tanpa mengenal erti belas kasihan, demi untuk keluar dari bakul.  Ketam ini juga mudah lupa atas segala bantuan yang pernah dihulurkan oleh rakan-rakan lain terhadapnya untuk keluar dari bakul itu.  Ketam tersebut akan cuba memijak rakan-rakannya lain demi untuk mencapai cita-cita atau matlamatnya sendiri. Sikap mementingkan diri sendiri dan suka mengambil kesempatan terhadap orang lain memang jelas nampak dalam budaya politik pihak pembangkang.  Ini membolehkan mereka digelar sebagai Parti Ketam Rakyat?!!  

Kalau kita teliti dengan betul memang hala tuju politik pembangkang sudah menyerupai  'ketam'?  Mereka memang mengamalkan budaya ketam dalam bidang politik mereka, contohnya dalam pemilihan majlis tertinggi.  Sebelum menjawat jawatan atau pangkat yang tinggi dalam parti, mereka akan melakukan apa sahaja daripada mengadu domba sehinggalah berbuat khianat!!?  Lihatlah di sekliling kita, tepuk dada tanyalah selera!!! Terasa nak makan ketam pula!

Mukapetang setuju dengan Pehin Sri di atas kenyataan beliau yang dipetik daripada BERNAMA mengenai budaya ketam yang diamalkan dalam politik pembangkang sekarang!!

Budaya Ketam atau Parti Ketam???

Pembangkang Amal 'Budaya Ketam', Kata Taib

LIMBANG, 26 Jan (Bernama) -- Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud menyelar sikap pemimpin-pemimpin pembangkang yang mengamalkan 'budaya ketam' dalam usaha mereka untuk cuba berkuasa di negara ini.

Katanya pemimpin-pemimpin pembangkang ini sudahpun menampakkan ketaksuban mereka dengan sanggup menjatuhkan pemimpin-pemimpin baru lain yang dilihat cuba mencabar kedudukan mereka dalam parti masing-masing.

Berucap merasmikan Seminar Pembangunan dan Kepimpinan Ketua Masyarakat di sini, beliau berkata keadaan dalam pakatan pembangkang sekarang sudah menunjukkan belang sebenar pemimpin mereka untuk kekal berkuasa sebagai agenda paling utama.

"Amalan tidak suka melihat orang lain naik sebegini tidak akan dapat membolehkan mereka menerajui kerajaan yang baik ataupun untuk membela nasib rakyat," kata beliau.

Menurutnya amalan seperti ini juga digunakan pembangkang melalui penyebaran fitnah dan hasutan dalam percubaan mereka untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Harus diingat bahawa kita tidak mahu pemimpin yang dipilih dalam pilihan raya akan datang mempunyai sikap ketam ini dan jika ada, pemimpin seperti ini kita harus buang," kata Taib yang juga pengerusi BN Sarawak.

Sebagai presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) yang merupakan tulang belakang BN di negeri ini, Taib berkata beliau tidak mahu budaya sedemikian wujud di kalangan anggota parti berkenaan.

Katanya perjuangan parti itu dalam BN selama ini adalah semata-mata untuk membela rakyat dan bukannya untuk memperjuangkan kepentingan diri sendiri.

-- BERNAMA

23 Januari 2011

Sejiwa Senada Gegarkan Miri

Posted Saturday 22 January 2011

Sejiwa Senada
Kaunter Pendaftaran E-Peraduan

MIRI - Ribuan pengunjung Sejiwa Senada dikejutkan dengan ketibaan Puan Sri Ragad yang turut memeriahkan lagi Padang Majlis Bandaraya Miri. Lebih daripada 80 buah agensi kerajaan dan badan berkanun turut serta dalam acara Sejiwa Senada di Miri.  Anggaran pengunjung yang hadir juga mencecah 80 ribu orang pada pukul 4:00 petang tadi.  Jumlah yang hadir cuma dianggarkan melalui penyertaan yang diterima sejak dibuka pada 21 Januari 2011 jam 2:30 petang.  Acara selama 3 hari ini telah mencapai kemuncak apabila dirasmikan oleh Pehin Sri pada jam 2:00 petang tadi. 

Papan Pameran
SCORE
Mencari maklumat
Berbagai aktiviti telah dianjurkan untuk mendidik dan menyedarkan rakyat tentang semua agensi kerajaan yang terdapat untuk menolong rakyat sekiranya mereka menghadapi kesulitan.  Para pengunjung juga berpeluang untuk memenangi cendera hati dan hadiah cabutan bertuah.   Acara yang paling menarik dan bermakna adalah acara E-Peraduan, di mana pengunjung akan mencari maklumat dan mengisikan borang E-Peraduan dengan berjalan mengikut petunjuk yang telah disediakan dalam borang E-Peraduan sambil berhenti di gerai-gerai.  Mereka dikehendaki untuk menjawab beberapa buah soalan sambil berkenalan dengan pegawai yang bertugas di gerai berkenaan untuk mendapatkan cop sebelum meneruskan perjalanan ke petunjuk yang seterusnya.  

Pengunjung

Bergendang
Santai
Acara konsert pula diadakan pada sebelah malamnya di mana turut menyaksikan artis-artis tempatan seperti Dayang Nurfaizah dan AF Hafiz yang turut sama untuk menghiburkan para pengunjung yang tiba.  Selain daripada itu terdapat juga agensi kerajaan yang menawarkan diri untuk memberi ceramah contohnya PEMADAM, mengenai bahaya dadah kepada masyarakat. 



Gerai PBB


Gerai Petronas
Gerai KWSP
Kami turut menyaksikan gerai PBB yang membuka penyertaan keahlian dan juga peluang untuk mendaftar sebagai pengundi.  Di sebelah gerai PBB pula adalah gerai SUPP yang turut sama bekerjasama untuk mendaftar para pengundi baru dan juga membuka keahlian parti kepada pengunjung.  

Gerai Yayasan Sarawak
Gerai SEDC

Buah-buahan turut dipamerkan
Pengunjung ke Sejiwa Senada juga dapat membeli cendera hati dan makanan ringan yang terdapat disekitar tapak pesta.  Berbagai jenis kuih-muih tradisional serta kuih moden juga dijual untuk di bawa balik sebagai kenang-kenangan. 

Gerai PEMADAM
Transformasi Pembangunan Bahagian Miri
Mengenali Setiausaha Kerajan Negeri Sarawak
Sejiwa Senada sekali lagi berjaya menghubungkan kerajaan dan rakyat.  Disamping berhibur rakyat juga mengenali agensi kerajaan negeri dan pusat untuk menambahkan ilmu pengetahuan mereka.  Rakyat secara tidak langsung dididik untuk berdikari untuk menyelesaikan segala kerumitan yang dihadapi terlebih dahulu melalui agensi dan jabatan kerajaan yang telah dilantik. 

Gerai PNB
Gerai Streamyx
Gerai Astro

22 Januari 2011

Rakyat Tidak Perlu Takut - Abang Johari

Datuk Amar Abang Johari Tun Openg meyakinkan rakyat bahawa mereka semua tidak perlu khuatir apabila mendirikan rumah di atas tanah yang tidak memiliki geran.  Beliau memaklumkan bahawa kerajaan sedar ini adalah kesan daripada penghijrahan penduduk luar bandar masuk ke kawasan bandar. 

Ini mencerminkan rakyat kini ingin meninggikan lagi tahap ekonomi keluarga masing-masing.  Ramai yang ingin mencari perkerjaan dan tidak mampu membeli rumah akan mendirikan rumah mereka di atas tanah kerajaan.  Dengan adanya pertambahan penduduk maka pembangunan akan lebih pesat bertumpu di kawasan baru itu kelak. 

Kerajaan Barisan Nasional sesungguhnya peka kepada keperluan rakyat.  Dulu ini pernah menjadi masalah setinggan tetapi kini di bawah program kerajaan yang terbaru semua ini dianggap sebagai penghijrahan yang akan membuahkan ekonomi yang tinggi kelak. 



Keluarga di Kampung Kudei Baru bakal terima geran tanah

Posted on Utusan Borneo January 20, 2011, Thursday

KUCHING: Lebih 200 keluarga di Kampung Kudei Baru di sini bakal menerima geran tanah tidak lama lagi apabila kerja penyukatan tanah selesai.

Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata, kerja tersebut dijangka siap pada hujung bulan ini.

“Sudah tentu ia tidak dapat dijalankan dengan segera kerana kita melakukannya secara berperingkat tetapi apa yang penting adalah penduduk kampung tidak perlu berada dalam ketakutan kerana membina rumah di atas tanah yang tidak mempunyai geran,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Sukat Tanah untuk penduduk Kampung Kudei Baru Tengah di Surau Kampung Kudei Baru Tengah, Jalan Nanas, di sini, semalam.

Majoriti penduduk di kawasan itu ialah Melayu dan turut diduduki oleh Iban, Bidayuh, India dan Cina.

Abang Johari berkata, situasi sedemikian wujud apabila penduduk luar bandar mula berhijrah ke kawasan bandar untuk mencari pekerjaan.

Menurutnya, ramai yang berhadapan dengan masalah untuk mencari tempat tinggal dan mula membina rumah mereka di tanah kerajaan.

“Ini perkara lazim dan kita cuba memwujudkan penem-patan yang diiktiraf dan memberi mereka geran tanah supaya ia dapat diwariskan kepada anak-anak mereka,” katanya.,

Sementara itu, beliau berkata kerajaan akan membangunkan kawasan-kawasan perumahan baru di kawasan Semariang bagi menampung penghijrahan penduduk luar bandar ke bandar.

“Kita akan membangunkan kawasan-kawasan perumahan baru berdekatan Semariang, termasuklah kawasan di antara Semariang dan di Jalan 2020 seperti Pasir Salak, Sungai Tiram dan kawasan pinggir Semariang.

“Ini adalah persediaan kita untuk memberi kemudahan kepada masyarakat kita yang berhijrah ke bandar Kuching,” katanya.

21 Januari 2011

Terkini: Calon PAS Tenang Materialistik Sanggup Tinggalkan Suami Yang Ke -?

Alam maya kini bergolak dengan berita panas mengenai Calon PAS di Tenang.


Calon PAS di Tenang tidak disenangi oleh ahli PAS sendiri. Menurut salah satu sumber facebook yang telah dipantau kesahihannya?!!!  Cikgu Normala mengejar kekayaan duniawi sehingga sanggup meninggalkan suami untuk mengejar kekayaan??!!

Masalah Cikgu Normala lagi berat daripada materialistik tetapi menjauhi syurga dengan menderhakai suaminya?!!  Entah-entah suami yang ke berapa pulak ni???

Kenapakah PAS mengambil calon sedemikian di Tenang tanpa usul periksa? Adakah ini menandakan PAS memberi laluan mudah kepada Barisan Nasional di Tenang kelak?

Untuk mengetahui apakah kesudahan isu di Tenang sila ikuti link berikut.





19 Januari 2011

PAS Sambut Bola Tanggung BN di Tenang



Taipingmali melaporkan 


Awal-awal lagi BN telah mewar-warkan akan meletak calon wanita di PRK Tenang. Pas telah menyambut bola tanggung BN dengan meletakkan calon wanita Cikgu Normala Sudirman. seorang kaki tangan kerajaan yang belot dan tidak berterima kasih kepada majikannya. Hari ini BN telah memutuskan calon Dun Tenang seorang lelaki yang lebih hebat dariapada Pas. terkedu dan terkejut beruk Cikgu Normala setelah...


Anak bekas ADUN Tenang, Allahyarham Ibrahim Daud merupakan anak Jati Tenang untuk mempertahankan kubu Barisan Nasional di Tenang.  Seorang yang aktif dalam kegiatan dan pertubuhan belia tempatan.  

Darulehsantoday pula melaporkan 




Mohd Azhar bin Ibrahim, orang muda, berpendidikan dengan lulusan luar negara dan tokoh disegani di sekitar Labis menjadi calon pilihan BN. Apatah lagi bukan mudah, walaupun sekarang selesa sebagai ADO, dengan jawatan dan gaji yang baik, namun sanggup letak jawatan demi untuk rakyat Tenang, perjuangan demi agama, bangsa dan negara tetap didahulukan. Inilah semangat yang orang muda patut tunjukkan.. sirih pulang ke ganggang!!!

19 Januari, 2011 18:11 PM

Penolong Pegawai Daerah Mohd Azhar Ibrahim Calon BN Di Tenang

LABIS, 19 Jan (Bernama) -- Penolong Pegawai Daerah Kecil Rengit, Mohd Azhar Ibrahim, 39, dipilih sebagai calon Barisan Nasional bagi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Johor kawasan Tenang pada 30 Jan ini.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat pengumuman itu di hadapan pemimpin dan penyokong BN di Ibu Pejabat Umno Bahagian Labis di sini petang Rabu.

Mohd Azhar, yang dilahirkan di Labis dan anak bekas Adun Tenang, allahyarham Ibrahim Daud, bergiat aktif dalam beberapa pertubuhan belia tempatan.

PAS telahpun menamakan Ketua Muslimat Labis, Normala Sudirman, 39, sebagai calonnya.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian Datuk Sulaiman Taha, 59, daripada BN pada 17 Dis tahun lepas. Penamaan calon pula ialah pada Sabtu ini.

Pada pilihan raya umum 2008, Sulaiman menewaskan calon PAS Mohd Saim Siran dengan kelebihan 2,492 undi.

Tenang mempunyai 14,753 pengundi berdaftar terdiri 7,014 Melayu, 5,766 Cina, 1,780 India dan selebihnya kaum lain.

-- BERNAMA

17 Januari 2011

Mariam Mohkhtar Kecewa Cinta Tak Diterima Taib?!!!

Kenapa ada yang iri hati apabila orang lain mendapat gading bertuah?  Kenapa Mariam Mokhtar begitu marah atau kecewa? Adakah cinta beliau tidak kesampaian sehingga pernikahan Ketua Menteri Sarawak menjadi isu hangat bagi dirinya?  

Kita hendaklah tumpang gembira apabila orang mendirikan rumah tangga.  Sepatutnya menghulurkan salam tahniah dan mengelakkan untuk mengumpat kerana ini akan memburukkan kita.  

Sebagai seorang wanita timur, kita yang sememangnya dibesarkan dalam suasana ketimuran penuh adab dan sopan agar tidak mengecewakan orang tua kita.  Segala perbuatan dan tingkah laku kita mencerminkan didikan yang diberikan serta kasih sayang yang dipupuk sejak kecil lagi. 

Janganlah kita menjadi kacang lupakan kulit! 

No Pakatan Rakyat racism please



Oleh Muda Tengah

Amat sedih untuk membaca penulis Pakatan Rakyat Mariam Mokhtar untuk menulis dengan niat yang tidak baik seperti dalam artikel. "But Taib does not practise 1Malaysia". Apakah salah atau dosa untuk Pehin Sri Abdul Taib Mahmud untuk bernikah dengan seorang Syria, seorang arab, seorang cina, seorang india atau seorang kadazan?


Adakah Mariam Mokhtar melayu tulen? Atau melanau tulen, iban tulen atau kadazan tulen? Saya pasti Mariam Mokhtar seperti ramai lagi rakyat Malaysia mempunyai sedikit darah campuran dalam dirinya. Adakah Mariam Mokhtar akan bantah kalau anak atau anak buahnya mahu bernikah dengan seorang thai, arab, jerman atau amerika?

Adakah Mariam Mokhtar dan malaysia-chronicle.com "anti-western"? Adakah sekarang Mariam Mokhtar akan putar balik (selama ini Mariam Mokhtar dan malaysia-chronicle.com mengecam segala budaya Melayu) dan menetang segala 'idea western'?Adakah Pehin Sri Abdul Taib Mahmud 'too westernized' jika setengah tamu memakai baju 'western? Malangya ini juga satu lagi fitnah oleh Mariam Mokhtar dan malaysian-chronicle.com kerana beberapa tamu dalam Majlis Perkahwinan Pehin Sri Abdul Taib Mahmud ADA memakai baju kebangsaan atau 'formal baju melayu'.

Kenapa Mariam Mokhtar dan malaysia-chronicle.com mengaitkan pernikahan peribadi Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dengan idea 1Malaysia? Bukankah jodoh itu adalah pemilihan peribadi? Amat tidak baik untuk memfitnah seseorang tidak menyokong 1Malaysia semata-mata kerana memilih pengantin bangsa lain. Kalau mariam mokhtar dan malaysia-chronicle tidak menyokong konsep 1Malaysia dan memburuk-burukkan konsep itu suka hatilah tetapi jangan memfitnah orang lain. Sila hormati kebahagiaan seseorang dalam waktu perkahwinannya dan jangan racuni dengan tohmahan atau fitnah. Adakah Pehin Sri Abdul Taib pernah memfitnah atau mencaci perkahwinan Mariam Mokhtar atau anak-anaknya? Janganlah begitu. Bila sesiapa mengambil langkah murni untuk mencari kebahagiaan dengan bernikah sah, "please just wish them well and happiness".


As the saying goes, "If you have nothing good to say, don't say anything...".

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...