Mereka menggelarkan diri sebagai ‘baru’, pembaharuan dan sebagainya, Kononnya merekalah pejuang reformasi yang di butuhkan rakyat sesuai dengan arus waktu.
Bila beretorik tentang perjuangan, rupanya mereka ini masih mendendang lagu lama. Tidak kedengaran agenda yang besar untuk rakyat Sarawak, selain merengek tentang kaum atau bangsa mereka saja.
Blogger Dayak Baru, rupanya sekadar nama baru. Berulang-ulang menyentuh sentiment perkauman dan kebencian, seolah tidak pernah tahu tentang 'orang sendiri' yang gemar berpecah-pecah dan berebut jawatan.
Sambil mengkritik PBB yang kononnya dipengaruh UMNO/ BN dari semenanjung. Apakah Dayak Baru tidak sedar, mereka sedang bernaung di bawah ketiak PKR. Tidakkah PKR juga dari semenanjung yang berjuang untuk Anwar Ibrahim, Isteri dan anak?
(sekadar gambar hiasan)
Dengan menyalahkan PBB sebagai penyebab kaum Iban mundur, sekadar mengundang senyum sinis dikalangan ‘mereka yang tahu’. Kerana jika masyarakat Iban bersatu sejak dulu, mereka adalah yang paling berpengaruh di bumi kenyalang.
Tapi malang, kelompok Iban gemar berpecah-pecah dengan ‘pattern’ yang sama. Seolah sengaja di ‘copy-paste’ dari peristiwa-peristiwa terdahulu. Baik dalam BN atau di luar, ‘pattern’ perpecahan mereka tetap sama. Sebut saja PBDS,SNAP, SPDP atau PRS.
Dua kelompok membentuk pasukan masing-masing untuk berebut satu jawatan, tanpa akur terhadap sesama sendiri. Akhirnya menyalahkan orang lain bila mereka berpecah dan terus merengek dengan retorik kebudak-budakan.
Itulah yang dikatakan salah PBB dan UMNO? Tidak ada bangsa akan maju kerana memiliki ‘kemahiran’ menyalahkan orang lain, sebaliknya ramai bangsa di dunia ini berjaya mencapai kemajuan kerana mereka BERSATU.
Setuju atau tidak, mengapa Baru Bian dari masyarakat minoriti Orang ulu kelihatan sangat menonjol ditengah kaum majoriti Iban? sebab Baru Bian tidak merengek-rengek tentang Orang Ulu saja, sebaliknya membawa cerita untuk kaum lain juga.
Mungkin blogger Dayak Baru perlu banyak belajar dari Baru Bian..? Selepas itu blogger Dayak Baru akan faham mengapa minoriti mampu ‘berdiri’ ditengah majoriti.
Langkah Dayak Baru tidak akan kemana, dengan sentimen perkauman dan politik kebencian.
RDB bebas la ... bukan pro-PKR mahupun Pakatan Rakyat....
BalasPadamHhahahaha!!! sudah takut dengan bayang-bayang ka????
BalasPadamDayak bukan sebarang dayak,
BalasPadamRaban Dayak Baru membawa perpaduan,
Kalau dulu kita "Belayak"
Tetapi sekarang kita bersatu sudah nampak ada kesan.
Kalau dayak pergi memburu,
sudah pasti memburu babi hutan,
Kalau dulu dayak membisu,
Tetapi sekarang kebangkitan dayak menjadi sebutan.