Nuff Head

Najib For PM

Najib Razak merupakan PM yang paling banyak membawa Transformasi dan menyentuh segenap lapisan masyarakat

Suara 1Sarawak

Selamat Datang Semoga Kehadiran Anda Penuh Makna

Memaparkan catatan dengan label Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud. Papar semua catatan

11 Mac 2012

Aktivis Bershit Kantoi Di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching!!??

Maria Chin Abdullah memang tidak tahu dan tidak pernah sedar bahawa Sarawak, Sabah dan Semenanjung Malaysia berada dalam Ordnan atau Akta yang berbeza?!!!  Kelebihan Sarawak adalah untuk menghalang individu daripada memasuki Sarawak yang dipercayai boleh mengakibatkan ketegangan dan ketidakselesaan antara penduduk Sarawak?!!

Jelaslah Bersih tidak dibenarkan masuk ke Sarawak kerana ia membawa perpecahan!!??  Lebih baik Maria Chin pergi ke Selangor dan bawa penyapu untuk bersihkan kawasan kotor di situ sebelum membuat aktiviti yang memudaratkan keselamatan negara dan kesejahteraan kaum!!??

Lagi aktivis BERSIH dilarang masuk Sarawak

Nigel Aw
12:00PM Mac 10, 2012

Ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah dilarang memasuki Sarawak pagi ini.

Beliau dihalang di lapangan terbang Kuching oleh pegawai Imigresen apabila tiba pukul 9 pagi ini.

 
"Mereka berkata ini adalah arahan daripada kerajaan negeri dan jika d this morning. saya mahu masuk Sarawak lagi, saya mesti menulis surat kepada Pejabat Ketua Menteri," katanya ketika dihubungi pagi ini.

Maria pergi ke Sarawak untuk bertemu dengan aktivis BERSIH tempatan untuk melancarkankempen jom 100 untuk mencapai 100 peratus pengundi keluar mengundi dalam pilihan raya umum nanti.

Maria menganggap larangan ke atasnya itu sebagai satu percubaan untuk menghalang ahli jawatankuasa pemandu BERSIH memasuki Sarawak bagi memantau pilihan raya umum ke-13.

"Jika kerajaan negeri tidak menyembunyikan apa-apa, mengapa larang anggota kami?" soalnya, sambil menambah ianya juga melanggar haknya untuk berpesatuan.

April tahun lalu, pengerusi bersama Bersih, Datuk S Ambiga dan ahli jawatankuasa pemandunya, Whong Chin Huat serta bekas ahli jawatankuasa tersebut, Harris Ibrahim juga dilarang memasuki Sarawak.

16 Oktober 2010

PIMPINAN SARAWAK BERSYUKUR..

KUCHING: Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengulas mengenai pembentangan Bajet 2011 semalam.

JUBLI PERAK: Taib menandatangani plak jubli perak Pertandingan Bahas Piala Ketua Menteri Sarawak sambil diperhatikan oleh Mortadza (kiri) dan Jalani (dua kiri).

Alhamdulillah… Perdana Menteri amat sensitif terhadap keperluan Sarawak… beliau tahu prasarana luar bandar perlu dibangunkan.

“Itu sebabnya beliau memberi projek NKRA bernilai RM4 bilion kepada kita dan RM93 juta untuk SCORE (Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak) sebab SCORE memerlukan pelaburan yang banyak untuk membina prasarana namun pulangan pelaburan tersebut adalah amat baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Pertandingan Akhir Bahas Piala Ketua Menteri Sarawak.

Katanya, RM93 juta tersebut akan digunakan untuk tujuan membina jalan, lapangan terbang antarabangsa dan pelabuhan untuk menarik minat pelabur ke SCORE.

Dalam pada itu, pembentangan bajet semalam antaranya menyaksikan Sarawak menerima peruntukan RM1.2 bilion untuk bekalan air dan elektrik luar bandar dan RM2.1 bilion untuk Sarawak dan Sabah untuk membina dan menaik taraf jalan di luar bandar.

Terdahulu, Taib semalam turut menyampaikan hadiah kepada juara pertandingan perbahasan tersebut iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Marudi Baram yang berjaya menewaskan SMK Kubong Limbang.

Taib ketika berucap memuji pencapaian para pembahas yang terlibat dalam pertandingan akhir tersebut.

“Alhamdulillah saya bangga sekali… mereka (pembahas) telah dapat menjalankan topik perbahasan bukan sahaja dengan cukup baik dan menunjukkan bakat yang tinggi tapi boleh dikatakan setanding dengan taraf pelajar universiti,” katanya.

Dalam pertandingan itu, ketua pembahas dari SMK Marudi Baram Paula Bermas Judan dinobatkan sebagai pembahas terbaik.

Sementara itu, Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) Sarawak semalam mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records sebagai satu-satunya stesen radio yang menerbit dan menyiarkan pertandingan bahas selama 25 tahun berturut-turut.-UTUSAN BORNEO

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...