Habis sudah Kongres Nasional PKR.Banyak idea-idea bernas di lontarkan oleh pewakilan semasa perbahasan.Ada yang mencadang,yang mengkritik dan ada juga yang melemparkan soalan dan memberi pandangan.Tak kurang juga ada datang hanya sebagai pemerhati.
Bagi yang melemparkan soalan antaranya
Perwakilan Perak Zulkifli Ibrahim yang mempersoalkan sama ada badan pentadbir pemilihan langsung itu diberi kuasa penuh tanpa diganggu oleh mana-mana pihak.
Ketika membahaskan ucapan dasar presiden, Zulkifli juga mempersoalkan kelayakan Setiausaha Agung Saifuddin Nasution membuat kenyataan berhubung berhubung pemilihan bagi pihak pengerusi JPP Dr Molly Cheah.
Tapi yang ini lebih kepada mengangkat punggung anwar
Timbalan ketua menteri Pulau Pinang Datuk Mansor Othman pula berkata PKR terus diserang kerana mempunyai kekuatan tersendiri dan dilihat sebagai parti masa depan.(katanya,adakah semua rakyat akan terpedaya)
Selain itu, katanya, mereka juga menyerang ketua umum PKR dan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana berjaya menyatupadukan rakyat Malaysia di bawah Pakatan Rakyat.(Poraah!!!,penyokong Kottapan dah berdemonstrasi).
Pengkritik pula adalah lebih kepada mengkritik parti lain kerana anwar tak boleh di kritik siap dengan pantun lagi.
Wan Ibrahim Wan Abdullah berkata rakyat perlu membentuk bangsa yang bermaruah dalam negara yang terdiri daripada perlbagai kaum dan etnik bagi menjadi sebuah negara merdeka dan berdaulat.
"Selagi tidak menguburkan Umno, cita-cita bangsa kita, (maka) negara kita terus dijajah lebih teruk daripada penjajahan British," katanya dalam Kongres PKR di Petaling Jaya.
Klik sini
Cadangan pembahas pula adalah,
Sementara itu, menyentuh 'penolakan' Presiden Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail kepada cadangannya supaya jawatan ketua umum dirasmikan, Zuraida dengan tidak semena-mena menyalahkan media dan laman sosial yang melaporkannya.(dari mana media dapat info kalau tidak dari Zuraida sendiri)
"Itu (hanya) cadangan, yang media nak sibuk mengapa? Parti ini parti siapa? PKR ini siapa punya?
"Kita hendak letak Datuk Seri Anwar di atas ke, di bawah ke, di tepi, di tengah ke, ikut suka kita. Jangan salah letak sudahlah," katanya yang juga ahli parlimen Ampang.(Letak atas Gunung Jerai lah oooiiii).
Bagi kuchingitam Kongress Nasional PKR adalah masih lagi di tahap kampung,dimana pembahasan lebih kepada isu luar parti dan bukan hala tuju parti.Adakah dengan manifesto yang di laungkan akan dapat menyakini pengundi di atas pagar.Sememangnya tidak kerana perjaungan PKR adalah kabur dan lebih kepada perjuangan persenoliti.Anda lebih tahu dari saya........
29 November 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
salam 1 malaysia...sy telah paut kan blog anda utk blog sy..kalau boleh paut kan blog saya yek utk blog anda..terima kasih dan salam perjuangan dari saya,penulis My malaysia..
BalasPadamhttp://jordan-mymalaysia.blogspot.com/