Nuff Head

29 Ogos 2010

Mencari LAILATULQADAR..

gambar hiasan

Daripada Hazrat Abu Sa’id al-Khudri r.a beliau berkata bahawa sesungguhnya Rasulullah saw telah beri’tikaf pada sepuluh hari pertama dari ramadhan dan kemudian sepuluh hari pertengahan di dalam satu khemah dari Turki. Kemudian baginda telah menghulurkan kepalanya keluar lalu berkata,

“ Sesungguhnya aku beri ‘tikaf sepuluh hari pertama untuk mencari malam tersebut , kemudian aku beri’tikaf sepuluh hari pertengahan ,lalu aku didatangi dan dikatakan kepada ku bahawa LAILATUQADAR ialah di dalam sepuluh hari yang terakhir. Sesiapa yang telah beri’tikaf bersamaku hendaklah dia beri’tikaf lagi pada sepuluh akhir. Sesungguhnya aku telah diperlihatkan malam tersebut tetapi kemudian telah dilupakan. Sesungguhnya aku telah bermimpi bahawa aku telah bersujud di dalam lecak pada pagi LAILATULQADAR . Maka carilah kamu akan malam itu pada sepuluh malam yang terakhir dan carilah pada malam yang ganjil . ”

Hazrat Abu said r.a berkata bahawa hujan telah turun pada malam tersebut dan masjid yang berbumbung daun tamar telah bocor.kedua mataku telah Nampak kesan lecaK pada dahi Nabi saw.



Keterangan
: Sememangnya menjadi adat kebiasaan Nabi saw untuk beri’tikaf . Pada bulan berkenaan Nabi Muhammmad saw beri’tikaf sepanjang bulan dan pada tahun kewafatannya Baginda saw telah beri’tikaf selama 20hari. Oleh kerana kebanyakan kebiasaan Nabi saw adalah beri’tikaf sepuluh hari terakhir , maka para ulama berpendapat bahawa beri’tikaf pada 10 hari terakhir dari ramadhan adalah SUNAT MUAKAT .
Dari hadith di atas pun dapat diketahui bahawa tujuan utama beri’tikaf adalah untuk mencari LAILATULQADAR . Sebenarnya , i’tikaf memang sangat sesuai untuk itu , kerana dalam keadaan beri’tikaf sekiranya seseorang itu tidur pun dia masih dikira sebagai beribadat.

Disamping itu ,semasa beritikaf seseorang itu juga tidak berulang-alik , atau kesana-sini , kerana tiada apa-apa urusan lagi yang perlu disibukkan selain beribadat dan mengingati tuhan yang maha pemurah. Oleh itu tidak ada satu amal pun yang lebih baik daripada i’tikaf bagi mereka yang tahu menilai LAILATULQADAR .

Sememangnya Rasulullah saw sangat mengambil berat terhadap ibadat dan memperbanyakkan ibadat pada sepanjang bulan ramadhan , bagida saw sendiri akan berjaga sepanjang malam dan juga mengambil berat untuk mengejutkan ahli keluarga baginda saw sebagaimana yang dapat diketahui daripada banyak riwayat dalam kitab Bukhari dan Muslim.

Dalam satu hadith riwatyat Bukhari dan Muslim , Hazrat Asiah r.anha berkata bahawa apabila tiba sepuluh akhir , baginda saw akan mengikat kainnya ketat-ketat dan berjaga untuk menghidupkan malam serta mengejutkan ahli rumahnya.
Mengikat dengan ketat , mungkin juga membawa maksud untuk bersungguh-sungguh dalam beribadat dan mungkin juga bermaksud menjauhkan diri sama sekali daripada mengqauli isteri-isteri.

Semoga Allah beri taufik dan hidayah untuk kita memanafaat sepuluh malam terakhir bulan ramadhan El mubarak ini.
.

23 ulasan:

  1. salam
    mudah2an Allah memberi kita peluang berjumpa mlm LailatulQadar.. =)

    BalasPadam
  2. Salam..Benarlah Ramadhan itu bulan penuh rahmat dan keampunan.

    BalasPadam
  3. Salam Nur,
    inilah cita-cita setiap mukmin di bulan ramadhan yang berakat ini. Ameen

    BalasPadam
  4. Salam UG,
    semoga kita semua dikurniakan kebarkatan ramadan ini.

    BalasPadam
  5. Salam...

    Kesungguhan Nabi s.a.w. pada sepuluh hari terakhir ramadhan sepatutnya menjadi contoh dan ikutan kita semua. Moga dengan usaha yang bersungguh-sungguh kita dianugerahkan Allah malam yang penuh berakah menjanjikan amalan seribu bulan...amin

    BalasPadam
  6. Salam saudara Abd Razak..

    Benar kata saudara ,setiap amalan Nabi saw merupakan perintah Allah dan kejayaan setiap kita bergantung kepada sebanyak mana amalan baginda kita ikuti dengan iklas niat semata-mata kerna Allah.

    BalasPadam
  7. salam...pencarian mlm rahmat ini tidak mudah tetapi boleh dijumpai

    BalasPadam
  8. salam,
    marilah kita bulatkan tekad untuk iktikaf bersama-sama di surau/masjid yang terdekat.hidupkan malam nya dengan sembahyang sunat,zikir.moga amalan kita di terima NYA.

    BalasPadam
  9. Salam...

    Alhamdulillah....kita diberi satu malam yang penuh dengan jutaan rahmat. Moga2 kita diberi kesempatan untuk berjumpa dengan malam yang lebih baik dari 1000 bulan itu. InsyaAllah..

    BalasPadam
  10. salam....
    itulah salah satu kelebihan bulan ramadhan iaitu malam lailatulqadar. Tiada siapa yang tahu bila ia akan berlaku. semoga kita adalah salah seorang hamba Allah yang akan bertemu dengan malam tersebut. InsyaAllah...

    BalasPadam
  11. salam sahromnasrudin,

    Perbanyakkan amalan kebaikan dan berdoa selebihnya berserah kepada Allah.

    BalasPadam
  12. kuchingitam,

    semoga kita diberi kekuatan .insyallah dan Ameen.

    BalasPadam
  13. salam AA,

    benar kata saudari,kita patut bersyukur atas anugerah bulan ramadhan itu sendiri.semogo di akhir ramadhan ini semua amalan kebaikan kita diterima dan lahir seorang insan yang baru menjelang syawal.

    BalasPadam
  14. Pengumpulblog,

    benar , itulah sepatutnya cita-cita setiap mukmin menjelang ramadhan. Ameen.

    BalasPadam
  15. Salam kepada semua pengunjung alehkayong ,

    Selamat menyambut hari Kemerdekaan .

    BalasPadam
  16. salam..
    dah masuk ni..
    sama2 kita usaha perbanyakkan ibadat =)

    BalasPadam
  17. Semoga perkara yang baik-baik itu mendapat keberkatan dari ALLAH swt. Amin.

    Salam Singgah :)

    BalasPadam
  18. Salam noor afzan,

    alhamdulilah ,salam perkenalan semoga setiap pengorbanan kita dibulan yang mulia ini diberkati Allah.

    BalasPadam
  19. salam AzketOm,

    Salam ramadhan dan pengenalan sesungguhnya kehidupan tanpa keberkatan Allah adalah sia-sia.

    BalasPadam
  20. salam,

    semoga kita dapat meningkatkan amalan kita dan mendapat limpahan rahmat-Nya jua..

    BalasPadam
  21. salam,
    saya ketinggalan nampaknya..
    semoga kita semua beroleh rahmat dan keberkatan dari Nya.

    p/s: saudara Aleh nampak bertambah aktif sekarang, teruskan perjuangan...

    BalasPadam
  22. Salam penjejak maya,

    Ameen , itu yalah yang kita harapkan.

    Salam Merdeka.

    BalasPadam
  23. salam,

    al-basri , terima kasih atas sokongan saudara selama ini dan sya berdoa supaya kita diberi kekuatan bersama-sama meneruskan perjuangan demi mermatabat Agama , bangsa , negara dan Negeri Sarawak khususnya.


    Salam Merdeka Saudaraku.

    PS sila tunjuk ajar .

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...