Nuff Head

Najib For PM

Najib Razak merupakan PM yang paling banyak membawa Transformasi dan menyentuh segenap lapisan masyarakat

Suara 1Sarawak

Selamat Datang Semoga Kehadiran Anda Penuh Makna

Memaparkan catatan dengan label wira sarawak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label wira sarawak. Papar semua catatan

22 Julai 2011

James Wong Nasionalis Sejati Sarawak


Posted on theborneopost.com July 20, 2011, Wednesday

MIRI: Presiden Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) Edwin Dundang Bugak menyifatkan bahawa mendiang Datuk Amar James Wong Kim Min adalah seorang nasionalis sejati negeri Sarawak.

Edwin mengatakan bahawa mendiang yang turut dikenali sebagai ‘Bapa SNAP’ di kalangan ahli parti berkenaan merupakan salah seorang ahli politik terbaik berasal dari negeri ini yang pernah berkecimpung dalam arena politik Malaysia.

“Kesetiaan beliau digambarkan melalui setiap pergerakannya sama ada melalui politik, pemikiran dan juga dalam tulisan-tulisannya,” kata Edwin kepada pemberita di kediaman beliau di Pujut 4, Miri semalam.

James Wong juga menurut Edwin adalah presiden paling lama berkhidmat dalam SNAP yang diterima baik di kalangan ahli parti dan juga seluruh Sarawak sepanjang penglibatan politiknya.

Beliau memberitahu, mendiang berkhidmat sebagai presiden SNAP keempat dari 1981 sehingga 2003 iaitu 24 tahun sebelum diambil alih olehnya pada 14 Mei 2003.

Mengenai sejarah James Wong dalam SNAP pula, mendiang menyertai parti tersebut ketika pembentukan Malaysia dan menjadi presiden parti selepas Dunstan Endawie pada penggal sebelumnya.

“Kita sangat bangga dengannya iaitu seorang yang amat berpegang teguh pada prinsip, mempunyai dorongan sangat kuat dan juga sumbangan yang besar ke atas SNAP,” jelas Edwin.

Justeru, SNAP dan juga rakyat Sarawak katanya sudah pasti akan merasai kehilangan tokoh politik veteran berkenaan lebih-lebih lagi jika melihat kepada sumbangan beliau dalam penubuhan Malaysia.

“Melalui kepimpinan beliaulah SNAP kini terbukti sebuah parti yang terdiri daripada pelbagai bangsa di negeri ini,” katanya.

Edwin pada masa sama mewakili parti mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mendiang James Wong atas pemergiannya pada petang Isnin lalu pada usia 89 tahun.

James merupakan bekas menteri negeri yang berperanan utama bagi penyertaan Sarawak dalam pembentukan Malaysia pada 16 September 1963.

21 September 2010

Kempen "Selamatkan Sarawak daripada Orang Malaya " dilancarkan oleh Sebanaku-Sarawak

Tuesday, September 21, 2010

Kuching - Baru beberapa hari yang lepas alehkayong telah mengemukakan isu Hadi Awang yang telah menghina orang Sarawak yang pintar dan tidak mengundi PAS. Berikut adalah petikan teks ucapan Hadi

"Semua pilihanraya kecil sebelum ini keputusannya memihak kepada kita. Cuma di Batang Ai sahaja kita kalah sebab mereka ini tidak reti undi, pakai cawat lagi. Saya bukan nak hina tetapi tempat yang pakai molek, undi PAS," - Hadi Awang (baca sini).

Hari ini blogger lantang sebanaku-sarawak melancarkan kempen "Selamatkan Sarawak daripada Orang Malaya" atau "Save Sarawak from Malayans" campaign.


Berikut adalah teks yang masih terdapat di laman blog mereka melalui rangkaian jaringan di bawah.

"OUR STAND ON "Save Sarawak from Malayans" campaign


Oh God!!! Please help us to save Sarawak from Malayans!!!


This is our stand:
We, as the populace of one of the three regions that formed Malaysia, strongly against any effort by any Malayan (regardless of which political party – be it Barisan Nasional (BN) or Pakatan Rakyat (PR) - he or she is belonged to) to insult our intelligence by 'demanding' us to 'obey' their 'instruction' or 'suggestion' to remove our leaders, regardless of whether they are from BN or PR, who have been elected by the majority of the rakyat of Sarawak.

We don't want any Malayan to tell us – as if the Sarawakians are stupid or blind – on who should be our leaders as if we are not capable in making our own decision.



We want all Malayan leaders to respect our leaders - be they from BN or PR.

And also respect the populace who has elected these leaders.



Let us, as the populace of the Sarawak Region, decide our own political affairs.




Thank you.

Sebanaku Sarawak"

mukapetang: "Marilah kita sama-sama merenung ada juga kebenaran dalam teks kempen sebanaku-sarawak".  Benarkanlah orang Sarawak untuk memerintah Sarawak dan janganlah menjadikan kami sebagai boneka seperti mana yang telah diamalkan di Perak dan Selangor! Sarawak for Sarawakians!!"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...