Nuff Head

Najib For PM

Najib Razak merupakan PM yang paling banyak membawa Transformasi dan menyentuh segenap lapisan masyarakat

Suara 1Sarawak

Selamat Datang Semoga Kehadiran Anda Penuh Makna

Memaparkan catatan dengan label Dr Zulkefli. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Dr Zulkefli. Papar semua catatan

03 November 2010

Calon PAS GALAS Tipu


Sebelum ini Nik Aziz menyatakan bahawa calon di Galas merupakan seorang yang mesra alam iaitu tidak merokok.  Kini apa sudah jadi?  Dr Zul Gendot mula tertekan apabila duit yang dikeluarkan oleh PAS tidak menjanjikan undi pada dirinya esok!!!


Alamak Nik Aziz dah tertipu juga.  Calon yang disangkakan  tidak merokok kini berani menyalakan api rokoknya di khalayak ramai?  Apa yang membuat Dr Zul begitu tertekan sehingga sanggup merokok?  Inilah dinamakan calon hipokrit!! Demi parti dan demi mendapat pencalonan sanggup menipu pemimpin atasan inikan pula rakyat.  

Kalaulah Dr Zul dipilih sebagai calon di Galas, alamatnya lagi dahsyat penipuan yang dibuatnya kelak!!!

29 Oktober 2010

Galas TERKINI: Orang Asli Boikot PAS

GALAS - Ketika rancak sambutan untuk mendengar ceramah 'Galas Untuk Kito' terdapat desas-desus yang menyatakan rata-rata hadirin yang hadir adalah orang luar.  Di mana perginya penyokong PAS Gua Musang?  Terdapat khabar angin yang menyatakan bahawa kempen pilihanraya Galas telah diboikot oleh Ketua Pemuda PAS Gua Musang, Ustaz Lah.

Beliau tidak berpuas hati dengan calon yang dipilih untuk mewakili PAS di Galas atas alasan Dr Zulkefli bukan anak jati Galas.  Apakah beliau akan dikenakan tindakan disiplin kelak?  Beginikah sikap Ketua Pemuda sendiri yang tidak mahu mengikut telunjuk TG Nik Aziz? Adakah ini yang dimahukan oleh Galas melihatkan kepimpinan yang kucar- kacir?  Tidak ada sefahaman di dalam pentadbiran politik bagaimana pula untuk memerintah kawasan. 

Terkini maklumat yang didapati daripada MELANAU BLOGGER™ terdapat sedikit atau besar kemungkinan akan menjadi titik penting dalam pilihanraya Galas ini.  MB melaporkan terdapat sekatan ke atas jentera pilihanraya PAS apabila cuba memasuki kawasan Orang Asli di Galas.  Memang patut pun disekat disebabkan Orang Asli seperti di anak tirikan setelah sekian lama PAS memerintah Kelate.  Sudahlah mereka tidak dilayan dengan istimewa, sewaktu merasuah pun hanya mendapat 2 bungkus keropok!  Lain pula halnya dengan sogokan untuk kaum Cina yang mendapat lebih banyak habuan!

Mungkinkah mereka akan disumpit!  Apakah PAS akan menerima sumpitan asli di Galas?


Sekadar hiasan thesis

Sila ikuti laporan secara live dari pisau.net dan suaragalas



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...