Nuff Head

Najib For PM

Najib Razak merupakan PM yang paling banyak membawa Transformasi dan menyentuh segenap lapisan masyarakat

Suara 1Sarawak

Selamat Datang Semoga Kehadiran Anda Penuh Makna

Memaparkan catatan dengan label Dr George Chan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Dr George Chan. Papar semua catatan

04 November 2011

Jerip Dakwa Peter Chin Guna Agenda 'Recycle'?!!!

Dr Jerip mendakwa Chin guna bahan kitar semula?  Ini sudah pasti kerana di Miri mengamalkan kitar semula bahan yang sedia ada untuk mengelakkan pembaziran!!!  Apalah salahnya untuk menggunakan pelan pembaharuan CWC yang sedia ada sekiranya cara ini dapat mendekatkan para delegasi yang hadir  kepada naluri pemimpin mereka!??!

Sekiranya para delegasi mahukan calon yang suka mengitar semula kerana rata-rata kedai di Miri banyak tidak menggunakan plastik untuk mengelakkan pembaziran dan boleh mengutip 20 sen daripada setiap pembeli yang malas membawa beg kitar semula sendiri atau yang suka membeli beg plastik untuk dijadikan alas tong sampah, maka Peter Chin lah calon mereka!!???

Sebaliknya jika mereka tidak suka mengitar semula dan masih mahu menggunakan beg plastik untuk membeli barang maka Wong Soon Koh adalah calon presiden mereka!??  
Adakah para delegasi mudah dipengaruhi dengan Plan Transformasi SUPP semata-mata atau mereka mahukan lebih dari itu?!!!  Mampukah Presiden dan Jawatankuasa Kerja Pusat SUPP meraih sokongan penyokong kuat mereka suatu ketika dahulu untuk kembali memberikan perwakilan kepada SUPP?

Chin tidak membawa agenda perubahan: Dr Jerip
by Saibi Gi. Posted on November 4, 2011, Friday

Rancangan transformasinya didakwa sebagai bahan ‘kitar semula’ pelan pembaharuan CWC pada 2008

KUCHING: Rancangan Transformasi SUPP yang dilancarkan kumpulan Datuk Seri Peter Chin didakwa sebagai bahan ‘kitar semula’ daripada pelan pembaharuan parti yang dilakukan Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) pada 2008.

Ketua SUPP Bengoh Dr Jerip Susil yang bersama dalam kumpulan Dato Sri Wong Soon Koh berkata tidak ada agenda baru yang ditawarkan oleh Chin dan rakan-rakanya.

“Misalnya syor untuk meminda perlembagaan parti mengenai perkara had memegang jawatan dalam parti, ini sudah dibincangkan dalam mesyuarat CWC dan semua kita bersetuju,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Chin, setiausaha kerja dan Wong, timbalan setiausaha agung, dijangka akan bertembung dalam perebutan jawatan presiden SUPP berikutan Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan memutuskan mengosongkannya susulan prestasi buruk dalam Pilihan Raya Negeri pada 16 April lepas.

Persidangan Perwakilan Tiga Tahun Sekali (TDC) parti tertua dalam komponen Barisan Nasional (BN) Sarawak itu dijadualkan diadakan pada Disember depan dengan membabitkan kira-kira 600 perwakilan.

Dr Jerip yang juga Menteri Muda Kesihatan Awam berkata lagi syor-syor dalam Rancangan Transformasi SUPP tersebut turut memperlihatkan kumpulan Chin gagal memahami makna sebenar perubahan.

Transformasi menurut beliau harus membabitkan pertukaran pucuk pimpinan daripada yang lama kepada kumpulan baru. Malah perubahan cuba dibawa Chin tidak relevan dengan akar umbi, justeru ia tidak menyeluruh.

Sambil kecewa dengan sikap Chin yang sebelum ini mengambil keputusan untuk tidak aktif dalam politik sebagai permulaan pelan persaraan, Dr Jerip menyifatkan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air itu sebagai tidak relevan dengan makna sebenar transformasi.

“Peter Chin dan orang yang bersama dengannya merupakan kumpulan yang enggan melepaskan jawatan dan tidak mahu melihat pelantikan orang muda,” katanya.

Pada majlis pelancaran buku Rancangan Transformasi SUPP di ibu pejabat parti kelmarin, Peter Chin disertai oleh para pemimpin antaranya Bendahari Datuk David Teng, Setiausaha Agung Datuk Sim Kheng Hui, Ketua Pemuda Sih Hua Tong, Ketua SUPP Kuching Datuk Lily Yong dan Ketua SUPP Kota Sentosa Datuk Alfred Yap.

Buku tersebut menampilkan tujuh agenda, terdiri daripada keutamaan terhadap kepentingan parti, pindaan perlembagaan parti, bercakap tanpa bimbang dan takut, melatih barisan pemimpin baru, membasmi amalan tidak sihat, mengukuhkan kedudukan kewangan parti dan rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.

Selain Dr Jerip, Wong disokong oleh Menteri Muda Perhubungan Datuk Lee Kim Shin, ADUN Opar Ranum Mina, Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar Datuk Francis Harden Hollis dan ADUN Engkilili Dr Johnical Rayong Ngipa.

13 Januari 2011

Dr Chan Kerah Bantu Mangsa Banjir di Sarawak

Musim landas kini melanda Kuching. Ini disebabkan oleh hujan lebat yang turun sejak hari Isnin lepas.

Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana Alam Negeri Sarawak yang diketuai oleh Timbalan Ketua Menteri Sarawak iaitu Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan telah mula bergerak ke kawasan banjir yang telah dikenalpasti di seluruh Sarawak.

Untunglah kerajaan bertindak dengan pantas bagi menolong mangsa banjir. Setakat ini belum ada kemalangan jiwa akibat daripada hujan lebat dan paras air pasang yang naik dalam masa yang sama.

Ikutilah laporan dalam Utusan Borneo yang dikepilkan di bawah.

Seramai 1,143 mangsa banjir dipindahkan, tiga lagi sekolah masih ditutup

by Nick Fletcher and Jeremy Lanson. Posted on January 13, 2011, Thursday Utusan Borneo

KUCHING: Sebanyak 223 keluarga melibatkan seramai 1,143 mangsa di sekitar bandar raya ini telah dipindahkan ke beberapa pusat pemindahan banjir, sementara 77 keluarga yang melibatkan seramai 385 mangsa tidak dipindahkan.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan Hong Nam yang memberitahu perkemban­gan banjir setakat semalam berkata, pemindahan mangsa turut melibatkan tujuh pusat pemindahan.

HAMPIR TENGGELAM: Enam buah kampung antara yang terjejas akibat banjir di sekitar daerah Matu dan Daro, semalam. — Gambar Bernama
Pada masa sama, beliau berkata daripada tujuh pusat pemindahan yang dibuka, lima daripadanya sudah ditu­tup manakala dua lagi masih dibuka.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana Alam Negeri, memberitahu setakat Selasa, sebanyak sembilan sekolah telah ditutup, empat daripadanya mengalami banjir manakala lima disebabkan terputus hubungan.

Bagaimanapun, katanya se­takat semalam tiga sekolah masih ditutup iaitu melibatkan Sekolah Menengah Kebangsaan Bau, Sekolah Kebangsaan Buso dan Sekolah Jenis Kebangsaan Chung Hua Buso, yang kes­emuanya merangkumi 2,153 orang pelajar.

"Banjir semalam (kelmarin) disebabkan paras air pasang yang tinggi, iaitu mencecah 300 milimeter dan diharapkan malam ini (semalam) ia tidak mencapai paras tertinggi.

"Ramalan hujan malam ini (semalam) masih sama seperti kelmarin, dan diharapkan tidak lebat," katanya yang merujuk kepada graf ramalan hujan dalam sidang media di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya dekat sini semalam.

Terdahulu, beliau mempengerusikan mesyuarat melibatkan beberapa agensi seperti polis, Maritim dan Jabatan Meteorologi.

Dr Chan juga memberitahu kawasan yang dikenal pasti masih berisiko banjir ialah di Siniawan dan Bau.

"Siniawan dan Bau diramalkan masih mengalami hujan lebat, kedua-dua kawasan ini masih dalam bahaya," katanya.

Namun di Pekan Bau, Dr Chan berkata pelaksanaan projek pembetungan banjir yang dilihat beroperasi dengan baik diharapkan mampu mengelakkan berlakunya banjir di situ.

Selain itu, Dr Chan berkata antara kawasan lain di negeri ini yang turut terjejas akibat hujan lebat sejak beberapa hari lepas ialah di Matu Daro dan Mukah.

Bagaimanapun, katanya salah satu kampung yang dikenal pasti banjir, iaitu Kampung Berjaya Matu tidak dipindahkan penduduknya ekoran paras air yang tidak begitu tinggi, iaitu pada tiga kaki sahaja.

Tambahan, katanya rumah-rumah penduduk di situ terletak pada kawasan tanah tinggi.

Sementara, Statistik Ops Banjir yang dikeluarkan Jabatan Kebajikan Masyara-kat (JKM) semalam turut menyatakan jumlah keseluruhan bantuan yang disalurkan kepada mangsa banjir di sekitar Bau dan Kuching ialah sebanyak RM28,662.

Pelbagai jenis bantuan berupa makanan bungkus, makanan kering, selimut, tikar, keperluan dapur dan banyak lagi diberikan.

06 Oktober 2010

SUPP Jamin Barisan Nasional Menang Besar!!!

Mereka Yang Cuba Pecah Belah BN Sarawak Akan Gagal, Kata George Chan

MIRI, 5 Okt (Bernama) -- Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Tan Sri Dr George Chan tenang dengan tindakan kumpulan tertentu yang cuba memecah belah parti anggota komponen Barisan Nasional (BN) di negeri ini.

Beliau berkata kebiasaannya taktik sedemikian akan timbul apabila pilihan raya semakin hampir tetapi ia tetap gagal melemahkan ikatan kukuh di kalangan parti komponen BN.


"Ia (perpecahan di dalam BN) tidak akan berlaku. Dalam parti komponen kita, sebagai pemimpin, kita kenal satu sama lain. Jadi, tidak ada sesiapa yang boleh menyebabkan kita berbalah," katanya kepada pemberita selepas majlis ramah mesra dengan orang ramai di ibu pejabat SUPP Miri di sini, pada Selasa.


Beliau diminta mengulas kehadiran kenyataan yang dimuatkan di dalam laman sosial internet mengenai kenyataan hasutan bagi menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan anggota parti komponen BN.


Selain SUPP, parti komponen BN yang lain di Sarawak ialah Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP).


Dr Chan, yang juga Timbalan Ketua Menteri Sarawak berkata beliau lebih suka untuk menjelaskan fakta mengenai pencapaian Sarawak di bawah kerajaan BN daripada bertelagah mengenai isu yang dibangkitkan oleh kumpulan sedemikian.


Beliau berkata Sarawak tidak mungkin mencapai kemajuan di tahap sekarang jika parti-parti komponen BN gagal bekerjasama di antara satu sama lain.


Katanya fokus BN adalah bagi memastikan kesejahteraan rakyat di negeri ini dan tidak pernah mengamalkan politik kotor.


Beliau berkata parti akan menggunakan ruang yang ada termasuk laman sosial internet bagi menjelaskan keadaan sebenar di Sarawak.


"Apa yang lebih penting ialah memberitahu rakyat bahawa selama ini, kita telah melakukan perkara yang betul," katanya.


-- BERNAMA

mukapetang: SUPP hendaklah peka dengan perkembangan pembangkang.  Mereka hendaklah bergerak dengan kesinambungan untuk menghadapi pilihanraya yang akan datang.  Kawasan-kawasan hitam yang telah dikenalpasti hendaklah cuba untuk ditukar melalui apa jua cara sekalipun demi mendapat suara dalam Dewan Undangan Negeri.  Sekiranya mereka tidak bersatu hati maka kuranglah suara untuk merasai pembangunan yang selari dalam Pelan Transformasi Ekonomi.  Psst Pilhanraya dah dekat.  Sudahkah SUPP bersedia?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...