Nuff Head

Najib For PM

Najib Razak merupakan PM yang paling banyak membawa Transformasi dan menyentuh segenap lapisan masyarakat

Suara 1Sarawak

Selamat Datang Semoga Kehadiran Anda Penuh Makna

Memaparkan catatan dengan label Ekonomi Sarawak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ekonomi Sarawak. Papar semua catatan

14 September 2012

Sarawak Sumbang RM50 Billion Pelaburan KDNK!

Sarawak sudah menyumbang RM50 Billion dan akan menyumbang lebih lagi sehingga 2030.  Ini hasil daripada kepesatan dan kelancaran ekonomi negeri dengan mempelbagaikan sektor untuk diceburi demi meninggikan taraf hidup rakyat. 

Sarawak akan jadi penyumbang utama KDNK

Utusan Borneo on  14 September 2012, Jumaat

KUCHING: Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa melihat Sarawak sebagai negeri terpenting di Malaysia yang dijangka menjadi penyumbang tertinggi kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.

Menurutnya, Sarawak kini adalah penyumbang keempat terbesar kepada KDNK negara dengan nilai pelaburan RM50 bilion, dan beliau percaya ia akan meningkat hasil daripada unjuran yang dibuat kerajaan negeri sehingga tahun 2030.

“Sarawak nampak pesat membangun, ada kemungkinan dengan kepesatan dan kelancaran ekonomi negeri ini, mungkin ia akan meningkatkan lagi sumbangannya kepada ekonomi negara pada keseluruhannya.

“Saya juga mendapati program pembangunan yang dirancang dan rancak dilaksanakan akan membawa Sarawak ke tahap kemajuan yang lebih tinggi dan menjadi antara negeri termaju dengan pantas,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Beliau bercakap pada sidang media selepas Majlis Perjumpaan Ketua Setiausaha Negara bersama Penjawat Awam Persekutuan Sarawak di Bangunan Sultan Iskandar, di sini semalam.

Ali menambah, tiga perkara utama dalam fokus dari segi pembangunan yang diberikan penekanan oleh kerajaan nege-ri dengan sokongan penuh kerajaan persekutuan ialah pelaksanaan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak SCORE, penyediaan infrastruktur asas serta pembinaan empangan.

“Beberapa program berkaitan SCORE sedang berjalan lancar dan kerajaan persekutuan sejak RMK10 menerusi ‘Rolling Plan’ pertama, kedua dan ketiga pada tahun depan terus memberi tekanan terhadap peruntukan bagi pembangunan SCORE,” katanya.

Sementara itu, Ali dalam ucapannya berkata, kerajaan persekutuan akan meneruskan dasar-dasar sedia ada dan memperkenalkan beberapa perkara baharu untuk mencari jalan menggalakkan kerjasama antara agensi persekutuan dan negeri.

“Kita boleh melaksanakan program yang bermanfaat kepada rakyat dengan mengamalkan strategi ‘Blue Ocean’,” katanya.

Turut hadir ialah Setiausaha Persekutuan Sarawak Datuk Md Yahaya Basimin, Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Moha-mad Morshidi Abdul Ghani, Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Ketua Menteri Datuk Shukry Mohd Salleh dan Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Ketua Menteri Datuk Othman Mahmood.

06 November 2010

Benarkah Taib Mahmud 'tidak ada otak' ?

Anehnya, boleh juga dikatakan paradox. Taib Mahmud seorang ketua menteri yang dianggap ‘tidak ada otak’ atau 'lembab' mampu mengurus ekonomi dan kewangan negeri dengan baik. Malah lebih baik dari mereka 'yang ada otak' seperti Lim Guan Eng, Khalid Ibrahim atau Anwar Ibrahim.

Seperti yang dilaporkan media pro PR, Taib Mahmud sempat mengumpul kekayaan peribadi berbillion dollar meskipun tanpa menggunakan 'otak'.

Sebagai pejuang 'parti maki hamun', Anwar maupun penyokong Pakatan Rakyat terkenal sering melontarkan ayat ‘tidak ada otak’, setiap kali mengkritik pucuk pimpinan negeri Sarawak dalam ceramah atau perbahasan harian.Termasuk juga ketika memberi jawapan jika ditanya tentang pembohongan mereka.

Namun matematik tidak pernah membohongi kita, lihat contoh dibawah sebagai perbandingan.

(Bajet pemimpin yang dikatakan 'tidak ada otak'...)
Bernama, November 01, 2010
Sarawak's 2011 budget proposal is expected to generate a surplus of RM60 million next year to ensure the state's financial position remains sound, Chief Minister, Tan Sri Abdul Taib Mahmud said Monday.

Taib, who is also state Finance Minister, said this was on the basis of an estimated total revenue of RM3.904 billion against ordinary expenditure of RM3.844 billion, which includes an appropriation to the development fund account.
Bandingkan dengan yang ini;

(Bajet pemimpin 'ada otak'...)
Bernama, November 02, 2010
The Penang government today tabled the state budget for 2011 with a deficit of RM107.78 million, RM28.8 million more than the RM78.98 million this year.
… Lim said the state government expects to collect RM385.3 million in revenue, RM60.29 million or 18.55 per cent more than the estimated RM325.04 million for 2010.
Ehh.. dimana revenue 1 billion seperti yang digembar-gemburkan?
Menurut doktrin 'Pakatan', cuma Anwar Ibrahim dan penyokong Pakatan yang ‘memiliki otak’ dan ‘menggunakan otak’. Penyokong PR memang gemar menggunakan ayat ini untuk siapa saja yang tidak mendukung cita-cita peribadi mereka ke Putrajaya.

Maka setiap data atau fakta yang dikeluarkan pihak lain adalah bohong belaka. Kerana hanya mereka dan Anwar yang serba tahu dalam serba-serbi. Malah Anwar mereka anggap 'dewa' dalam segala urusan dan kepakaran di dunia ini. 

Laporan Ketua Audit Negara 2009 berhubung rizab Kerajaan Negeri  Selangor yang mengalami defisit, dan kedudukan kewangan kerajaan Negeri dengan defisit RM65.96 juta. Bagai  membuktikan 'kehebatan' Anwar sebagai penasihat ekonomi yang luar biasa?

Siapa yang 'ada otak' pasti memahami implikasi bajet difisit terhadap 'akaun semasa' dan kewangan sesebuah kerajaan negeri. Walau apapun, Anwar dan PR tentu ada alasan yang 'ada otak' untuk menutup kelemahan diri. Dengan mempersoal 'otak' orang lain, PR sudah berasa cukup hebat.

Andaikata kerajaan negeri Sarawak yang membentang bajet defisit, Pakatan Rakyat tentu sudah siap dengan skrip  yang 'tidak ada otak' untuk mempersoal kenapa dan mengapa.

Baca juga petikan ini untuk melihat 'otak' Taib Mahmud...
Bernama, November 01, 2010
The Auditor-General has given a "clean bill of health" to Sarawak's 2009 Public Accounts -- the eighth consecutive year that it has given the state such status…

Anwar cuma ada jawapan ini, "saya lapan tahun sebagai menteri kewangan.....bla, bla, bla..."


Matematik tidak pernah membohongi sesiapa, dan tidak memaksa kita memaki hamun atau berteriak di jalan raya. 

Perlu difahami,  berceramah dan berpidato  tidak sama dengan mengurus ekonomi. Ceramah  cuma perlukan intonasi suara yang jelas, ungkapan yang berulang-ulang, gaya pengucapan yang mempersona, bahasa yang sesuai dengan pendengar dan gerak tubuh yang meyakinkan.

Ramai yang berfikir, ceramah dan debat sudah memadai untuk mengenyangkan perut yang lapar.
Selebihnya, fikirkan sendiri yang mana lebih baik?


p/s: ingat, hanya penyokong Pakatan yang pakai otak?

18 Oktober 2010

Pandi Suhaili : Bukan sekadar ingin meraih sokongan rakyat

BINTULU: Majoriti rakyat dijangka terus menyokong Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri akan datang berikutan Bajet 2011 yang prihatin rakyat dan memberi keutamaan terhadap pembangunan luar bandar.

Keupayaan kepimpinan kerajaan persekutuan menurut Naib Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Pandi Suhaili dalam memerintah negara akan membantu kerajaan negeri melaksanakan pembangunan di Sarawak.

“Kita percaya bajet berpandangan jauh dalam merencanakan pembangunan negara yang dibentangkan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) akan dinilai rakyat Sarawak secara positif dan diterjemahkan dalam bentuk sokongan pada pilihan raya negeri nanti,” katanya kepada Utusan Borneo, semalam.

Bagaimanapun, beliau percaya bajet tersebut bukan sekadar ingin meraih sokongan rakyat — sama ada pada pilihan raya negeri atau pilihan raya umum seperti diuar-uarkan beberapa pihak.


“Kita perlu melihat bajet yang lepas, semua bercirikan sikap prihatin dan keikhlasan kerajaan dalam membangunkan negara tanpa mengabaikan aspek kebajikan masyarakat berada dalam golongan bawahan,” katanya.

Pandi yang juga ketua Pemuda PBB Jepak berkata, kawasan luar bandar merupakan tumpuan khusus kerajaan sejak dahulu lagi. Katanya, tumpuan tersebut adalah untuk memastikan wujud keseimbangan pembangunan antara bandar dan luar bandar.

Kerajaan menyediakan RM6.9 bilion untuk pelaksanaan kemudahan asas seperti bekalan air, elektrik dan jalan luar bandar terutama di Sabah dan Sarawak.

“Wawasan para pemimpin BN dalam membangunkan negara sebagai sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi akan difahami rakyat di Sarawak,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menyeru ahli-ahli Pemuda PBB agar merebut peluang menerusi peruntukan RM93 juta khusus untuk Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE).

“Projek-projek seperti pembinaan lapangan terbang, telekomunikasi dan jalan raya akan menambah kerancakan ekonomi. Pemuda di wilayah tengah wajar memanfaatkan peluang ini,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Dekan Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Dr Neilson Ilan Mersat menterjemahkan RM93 bilion untuk SCORE sebagai peruntukan pembangunan di luar bandar.

Neilson, juga pensyarah pengajian politik yang diminta mengulas mengenai kemungkinan bajet tersebut dirangka untuk meraih populariti BN di kalangan rakyat menjelang pilihan raya akan datang berkata: “Jumlah (peruntukan) untuk luar bandar perlu ditambah agar lebih banyak projek pembinaan kemudahan asas dapat dilaksanakan.”

25 September 2010

Sarawak Beli Hidro Bakun

MIRI: Kerajaan persekutuan bersetuju kerajaan negeri mengambil alih Empangan Hidroelektrik Bakun untuk menjana keperluan tenaga di negeri ini.

Tanpa menyatakan tarikh dan juga kos sebenar, ia diberitahu oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin sebelum sesi bertemu rakyat di ibu pejabat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), semalam.

“Projek Bakun yang dimiliki oleh Kementerian Kewangan akan dibeli dan diambil alih oleh kerajaan negeri melalui Sarawak Energy Berhad,” katanya.

Bagaimanapun, katanya kos pembelian hanya merangkumi kos pembinaan dan ia langsung tidak bermotifkan keuntungan.

Pada masa sama, Chin menyatakan bahawa projek cadangan kabel dasar laut yang dikatakan akan menyalurkan tenaga ke Semenanjung Malaysia tidak akan dibuat dalam masa terdekat.

“Kabel untuk menyalurkan tenaga ke Semenanjung Malaysia tidak akan dipasang dalam masa terdekat.

“Bagaimanapun saya tidak menafikan jika ia akan dilaksanakan pada masa akan datang,” ujar Chin.

Ini bermakna, katanya ia bergantung kepada kecukupan tenaga di Sarawak sendiri dan projek berkenaan (pemasangan kabel dasar laut) tidak akan dilaksanakan sebelum lebihan penggunaan tenaga berlaku di negeri ini.

Oleh sebab itu, kementeriannya terpaksa membuat dua lagi stesen jana kuasa arang batu yang setiap satunya dijangka menghasilkan 1,000 megawatt (MW) di Semenanjung Malaysia yang telah dikonsesikan kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB).

“Sebuah stesen jana kuasa arang batu telah dikenal pasti di Manjung, Perak manakala sebuah lagi lokasinya belum dikenal pasti,” tambahnya.

Projek Empangan Hidroelektrik Bakun bermula pada 1996 dan mempunyai binaan konkrit berketinggian 215 meter, difahamkan berupaya menjana lapan turbin yang akan menghasilkan 2,400 MW.

24 September 2010

Konsulat Indonesia: Ramai pembantu rumah sanggup kerja di Sarawak

KUCHING: Ramai pembantu rumah warganegara Indonesia sanggup bekerja di Sarawak walaupun negara mereka melarang mereka ke negara ini, kata Konsulat Jeneral Indonesia di Kuching Rafail Walangitan.

Menurutnya negaranya tidak dapat melaksanakan larangan itu memandangkan sempadan Kalimantan dan Sarawak terlalu luas untuk dipantau.

“Selain itu mereka sentiasa datang ke sini dengan menggunakan pas lawatan sosial,” katanya kepada akhbar kumpulan The Borneo Post semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan Bernama kelmarin yang memetik Menteri Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia Muhaimi Iskandar sebagai berkata kerajaan negara itu melarang calon pembantu rumah negara itu pergi be-kerja di Malaysia sehingga kerajaan Indonesia memberi perlindungan sewajarnya kepada mereka.

Kenyataan Muhaimi itu adalah reaksi kepada kejadian terbaru membabitkan peng-aniayaan terhadap pembantu rumah Indonesia Winfaedah di Pulau Pinang pada 13 September lalu.

Selain Malaysia, dua negara lain yang turut diminta dihindari calon itu sehingga ada kepastian perlindungan terhadap mereka ialah Kuwait dan Jordan.

Menurut Rafail, terdapat jutaan warga Indonesia yang sanggup datang ke Malaysia atau negara lain sebagai pembantu rumah kerana mencari peluang-peluang pekerjaan di luar negara.

Beliau menambah larangan sama telah berkuat kuasa sejak Jun tahun lalu dan kedua-dua negara kini cuba berunding untuk menyelesaikan pelbagai isu berkaitan, antaranya gaji bulanan RM800 untuk amah seperti diminta Kerajaan Indonesia.

“Kita berharap isu ini dapat diselesaikan dalam dua tempoh dua bulan kerana kedua-dua negara sedang berusaha ke arah itu,” katanya.

Menurut beliau ketika ini, terdapat sekurang-kurangnya 25,000 hingga 30,000 pembantu rumah warganegara Indonesia bekerja di Sarawak.

“Manakala kira-kira 200,000 lagi (warga Indonesia) bekerja dalam pelbagai sektor di Sarawak seperti perladangan, kilang, pem-binaan dan perikanan,” tambahnya.

credit: borneo post

04 September 2010

Taib Mahmud: Bekerjasama majukan Sibu

Pemilik tanah, pemaju perlu bersama pastikan pembangunan dilaksana tanpa masalah

SIBU: Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud mahu pemilik tanah dan pemaju di bahagian ini sentiasa bekerjasama bagi memastikan pembangunan di bandar Sibu dapat dilaksanakan tanpa membawa sebarang masalah.

Pembangunan yang dilaksanakan tanpa menimbulkan sebarang masalah daripada kedua-dua pihak kata Taib, akan menjamin pembangunan yang berterusan di bahagian ini bagi manfaat rakyat dalam jangka panjang.

Jelasnya, para pemilik tanah yang sudah mempunyai surat pemilikan tanah yang sah boleh berunding dengan pemaju yang ingin memajukan sesebuah kawasan terlebih dahulu.

“Pemaju tidak boleh sesuka hati merampas hak anda kerana anda mempunyai surat pemilikan tanah yang sah dan tidak perlu risau tentang perkara terbabit.

“Anda (pemilik tanah) perlu berbincang dengan pemaju terlebih dahulu sebelum pemaju melaksanakan sesuatu pembangunan di kawasan anda.

“Pelaksanaan pembangunan hanya boleh dibuat melalui persetujuan daripada anda dan pemaju sahaja. Jika anda tidak mahu, pemaju tidak dapat berbuat apa-apa,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa berucap selepas mengadakan solat Jumaat bersama rakyat di Masjid Besar An-Nur di sini, petang semalam.

Selepas itu, Taib turut menyampaikan geran pemilikan tanah kepada lebih 100 penduduk di Kampung Datu Lama dan Kampung Hilir, menyerahkan sumbangan kepada 51 orang wakil jawatankuasa masjid dan surau bagi bahagian Sibu serta menyampaikan duit raya kepada anak-anak yatim.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Pembangunan Usahawan Bumiputera) Mohd Naroden Majais, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Datuk Daud Abdul Rahman, Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak Datu Putit Matzen, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah, Setiausaha Politik Ketua Menteri merangkap ADUN Jemoreng Abu Seman Jahwie dan Residen Bahagian Sib Sim Kok Kee.

Pada majlis yang sama, Petronas Wilayah Sarawak turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM1.5 juta kepada Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Sarawak (PERYATIM) Cawangan Sibu yang disampaikan oleh Pengurus Kanan Bahagian Perkhidmatan Korporat Petronas Wilayah Sarawak Mohamad Medan Abdullah kepada Taib.

Menurutnya, pembangunan yang dilaksanakan haruslah mendapat persetujuan daripada kedua-dua pihak (pemilik tanah dan pemaju) dan tidak mahu perbalahan berlaku antara kedua-dua pihak itu.

“Kerajaan tidak mahu berlaku ketegangan antara dua pihak dalam merebut sesuatu hak pemilikan di sini sehingga menimbulkan keadaan huru-hara yang boleh mengakibatkan tercetusnya pergaduhan.

“Biarlah pembangunan yang dirancang atau dilaksanakan mengikut undangundang atau prosedur yang sepatutnya bagi manfaat kedua-dua pihak sekali gus kepada penduduk di Sibu,” katanya.

Taib turut mengumumkan geran projek kecil luar bandar (MRP) sebanyak RM100,000 kepada Masjid An-Nur bagi kegunaan masjid tersebut.

Sebanyak RM51,000 peruntukan telah digunakan untuk sumbangan kepada masjid dan surau di bahagian ini yang bertujuan membantu dari segi kewangan bagi membiayai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh masjid dan surau semasa bulan Ramadan ini.

source: borneo post

11 Ogos 2010

Isu Penan: Taib kesal pandangan salah NGO

KUCHING: Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata beliau kesal dengan pandangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terutamanya NGO asing bahawa masyarakat Penan hendaklah menjalani kehidupan seperti orang utan di hutan.

Bagaimanapun, beliau berkata jika kerajaan membiarkan masyarakat Penan tinggal berkeliaran seperti haiwan di hutan, kerajaan negeri akan dituduh oleh kumpulan hak asasi manusia tidak menjalankan tugas untuk membantu komuniti itu untuk maju.

“Setakat ini, kira-kira 500 orang Penan masih lagi hidup secara berpindah-randah di hutan,” katanya dalam temu bual dengan sebuah stesen televisyen British di Oxford, London.

Sedutan temu bual itu di-peroleh melalui satu kenya-taan yang dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Menteri di sini semalam.

Bagaimanapun, beliau gembira kebanyakan orang Penan tidak lagi mengamalkan tinggal berpindah-randah dan sesetengahnya mampu memperoleh pendapatan daripada penanaman kelapa sawit.

Abdul Taib berkata terdapat orang Penan berkhidmat dengan kerajaan dan mereka agak bijak apabila memasuki sekolah.

“Sungguhpun mereka lambat dalam mengikuti arus pemodenan, mereka pada akhir-nya menjadi sebahagian ko-muniti Sarawak,” kata beliau.

Lawatan beliau ke London ialah untuk mengkaji kemungkinan mendapatkan kepakaran dan pengetahuan dalam akademik di London, khasnya mereka di Oxford untuk mengadakan perhubungan dengan pelabur dan penggerak besar dalam pasaran bagi menyertai pembangunan Hub Halal Tanjung Manis.

Turut hadir pada temu bual itu ialah Timbalan Menteri Luar Datuk Richard Riot, Menteri Pembangunan Tanah Dato Sri Dr James Masing dan Ahli Parlimen Tanjung Manis Datuk Norah Tun Abdul Rahman. — Bernama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...