Mereka yang disifatkan oleh sarjana politik Islam sebagai mempunyai 'al-quwwah' (kemampuan), al-Amanah (amanah) dan mereka yang berteraskan politik idea dan nilai, bukan politik duit, atau politik tauke, tulisnya lagi.
"Kita perlu politik idea iaitu politik yang berteraskan kebijaksaan dan pemikiran yang bernas dalam memajukan masyarakat dan negara.
"Kita tidak mahu politik sekadar kutuk-mengutuk, maki-memaki dan hina menghina tanpa sebarang cadangan yang membina dan memajukan pemikiran rakyat.
"Kita mahu ahli-ahli politik kita berkualiti sehingga kita rasa mereka layak mewakili kita atas kebolehan kepimpinanan mereka yang berteras ilmu dan budi," tambahnya
"Sama ada di pihak pembangkang ataupun kerajaan, hal yang sama mesti dilakukan. Ramai pelakon veteran sudah tidak sesuai menjadi 'hero' dalam pentas baru politik hari ini.
"Biarlah mereka tersimpan dalam diari sejarah politik kita dengan kadar sumbangan yang telah dibuat. Jika Tun Abdulllah (Ahmad Badawi) pun bersara, makin mereka yang 'sewaktu' dengannya dalam pembangkang pun perlu bersara," tulisnya.
Mengenai saranannya supaya Anwar bersara politik, Dr Mohd Asri berkata zamannya mungkin makin menyusur pergi dan "saya tidak fikir generasi baru terus bertahan untuk melihat 'story-design' politik yang sama."
"Demikian setiap kita ada hari datang dan hari pergi. Biarlah kita datang disambut mesra, dan kita pergi diucapkan terima kasih dan hormat, bukan dipaksa keluar," tambahnya.
Sambil memohon maaf, Dr Mohd Asri berkata beliau apa-apa kepentingan kedudukan ataupun jawatan atas pandangan yang seperti ini.
"Saya tahu sesetengah pembangkang cepat 'melenting' jika ada pandangan yang mereka tidak setuju.
"Namun, mereka kena ingat banyak pandangan yang saya tajam terhadap kerajaan, alhamdulillah mereka tidak melenting, sebaliknya berinteraksi dengan baik," tulisnya.
sumber malaysiakini
Pandangan kuchingitam pula biarlah anwar pegang jawatan orang penting dalam politik PR.Mereka masih perlukan orang lama sama seperti Lim Kit Siang dan Nik Aziz.Biarlah.....Orang baru boleh belajar dari mereka.Yang penting mereka masih di terima pakai dan pandangan yang di berikan juga amat bernas.
Orang lama macam ni yang PR perlukan,bukan orang muda macam azmin,nurul izzah ,Mustaffa kamil yang mana darah panas masih lagi belum kebah.
orang suruh dia berundur sebab taknak dia malukan diri sendiri..sebenarnya ramai yang tahu perangai sebenar anwar ni..sebab tu orang kesian dengan dia..dia dah tua..eloklah dia berundur..jangan nanti bila mati orang dok hina keji..tu lagi haru.
BalasPadam