Nuff Head

Najib For PM

Najib Razak merupakan PM yang paling banyak membawa Transformasi dan menyentuh segenap lapisan masyarakat

Suara 1Sarawak

Selamat Datang Semoga Kehadiran Anda Penuh Makna

Memaparkan catatan dengan label Ketua Menteri Sarawak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ketua Menteri Sarawak. Papar semua catatan

09 Februari 2011

Blogger Sarawak Ditawarkan RM30K

Gempar MP sejenak apabila mendengar ada blogger Sarawak yang ditawarkan RM30 000.  Kenapa ada orang bersusah-payah untuk berbuat demikian?  Blog ini baru beberapa bulan sahaja beroperasi dan kini menerima tawaran yang hebat?

Siapakah orang atau jutawan yang menawarkan wang sedemikian banyak untuk blog yang belum setahun bertapak di alam maya?

Mungkin ada udang disebalik mi atau blogger ni memang patut mendapat tawaran sedemikian.  Ranking Alexa cuma 2,986,364 dan di Malaysia hanya 15,393.  Namun blogger ini telah mendedahkan berita panas sehingga mereka perlu dibayar???!!!

Menyorot pilihan raya negeri Sarawak tidak lama lagi.  Mungkin ada sangkut-paut dan kaitannya dengan hal sedemikian?  Sebelum membaca sila sediakan tisu mungkin ada drama hindustan yang dikepilkan sedikit.

Ikutilah pendedahan menarik dalam Sebanaku-Sarawak

08 Februari 2011

Najib Ditipu ADUN Sarawak!!!

MP terkejut bila ramai blogger menyatakan bahawa Perdana Menteri telah ditipu oleh ADUN. Hal ini telah disahkan lagi oleh ADUN Tupong, YB Datuk Haji Daud Abdul Rahman   Menurut penjelasan YB Datuk Daud, kebanyakan YB yang berbohong cuba menyembunyikan hal yang sebenar berlaku di kawasan mereka.  YB penipu ini juga ingin memberi keyakinan palsu kepada Perdana Menteri untuk membenarkan mereka bertanding  di kawasan mereka lagi pada pilihan raya akan datang. 

MP rasa mungkin Perdana Menteri ingin melihat perwatakan sebenar ADUN-ADUN yang berbohong dan menipu beliau.  Maklumlah pertemuan empat mata ini bukan sahaja menilai perwatakan tetapi banyak yang dapat dibaca melalui 'body language' tentang ketulusan hati para pemimpin di Sarawak.  

Bukan senang nak jadi Perdana Menteri banyak ilmu di dada barulah dapat meneraju kerajaan ke arah pembangunan.  Lagipun politik memang dah menjadi darah daging Perdana Menteri.  Kita tunggulah dan lihat bagaimana keputusan penamaan calon kelak.




Ada ADUN berbohong: Daud

Posted in Utusan Borneo by Rusnan Mustafa. Posted on February 8, 2011, Tuesday

Segelitir wakil rakyat BN tidak berterus terang dalam pertemuan dengan PM - Daud

KOTA SAMARAHAN: Terdapat beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sarawak ‘bercakap bohong’ semasa pertemuan empat mata dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad lepas.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Datuk Daud Abdul Rahman berkata, ada segelintir ADUN tidak memberitahu perkara yang sebenar terutama ketika ditanya mengenai peluang kemenangan BN di DUN masing-masing.

“Ada segelintir ADUN meluahkan rasa terlalu yakin bahawa dia akan memenangi kerusi yang disandangnya kepada Perdana Menteri sedangkan beliau (Perdana Menteri) tahu bahawa peluang ADUN terbabit untuk menang adalah sangat tipis,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang media selepas mengadakan mesyuarat tentang sambutan Maulidur Rasul peringkat Negeri di Pejabat Residen Samarahan di sini semalam.

Seramai 63 ADUN daripada Barisan Nasional (BN) telah mengadakan pertemuan ‘dari hati ke hati’ dengan Perdana Menteri yang telah berlangsung di Miri pada Ahad.

Menurut Daud lagi, ADUN-ADUN terbabit tidak menceritakan perkara yang sebenarnya ke-pada Perdana Menteri, kerana mahu meraih peluang untuk bertanding semula bagi mempertahankan kerusi mereka pada pilihan raya negeri yang akan datang.

Dalam pada itu, Daud turut menafikan bahawa beliau antara beberapa orang ADUN BN Sarawak yang menawarkan diri untuk tidak bertanding dalam pilihan raya negeri akan datang.

“Saya tahu siapa yang meluahkan hasrat untuk tidak bertanding itu, tetapi biarlah Ketua Menteri (Pehin Sri Abdul Taib Mahmud) sahaja yang mengumumkan keputusan rasmi mengenai perkara itu,” ujar beliau lagi.

Daud memberitahu walaupun ADUN-ADUN terbabit meluahkan hasrat untuk tidak bertanding, namun jika rakyat di kawasan mereka masih memerlukan dan memberi sokongan yang padu, mereka mungkin akan dicalonkan semula kerana diyakini boleh menang.

Hadir sama pada sidang media itu semalam ialah Residen Samarahan, Rodziah Morshidi, Yang Di-pertua Majlis Islam Sarawak Datu Putit Matzen serta Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) Abang Shamsuddin Abang Seruji.

07 Februari 2011

Najib Terkejut Setelah Berjumpa ADUN BN Sarawak

Perdana Menteri berasa terkejut apabila bertemu dengan ADUN BN Sarawak.  Beliau hairan tidak ada ADUN yang melobi untuk bertanding tetapi ada ADUN yang meminta pengesahan untuk tidak bertanding.  

Betapa rendah dirinya ADUN BN Sarawak kerana mereka sedar mereka dipilih oleh rakyat dan hanya Perdana Menteri yang layak menentukan sekiranya perkhidmatan mereka masih diperlukan?!!!  Semoga ADUN ini tidak mempersiakan amanat yang dipertanggungjawabkan kepada mereka.  Berat mata memandang berat lagi bahu memikul!

Diharap Perdana Menteri kita akan membuat penilaian yang tulus setelah bertemu atau bersidang empat mata dengan ADUN di Sarawak.  Mereka inilah pilihan hati rakyat Sarawak dan mereka jugalah wakil rakyat Barisan Nasional yang telah memberikan kegemilangan kepada Barisan Nasional!!. Sekiranya mereka bersara susahlah untuk mencari pengganti yang sesuai.  

Dari kiri ke kanan Datuk Dr James Masing (PRS), Tan Sri Dr. George Chan (SUPP),  Tan Sri Alfred Jabu (PBB) dan Datuk William Mawan (SPDP) fotoBERNAMA oleh ANUAR ISMAN
Ada yang tidak bertanding

by Sudan Ajang. Utusan Borneo Posted on February 7, 2011, Monday

Najib sahkan ada terima permintaan tidak mahu dicalonkan lagi selepas pertemuan empat mata bersama 63 ADUN BN di Sarawak semalam

MIRI: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan menerima permintaan daripada beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sarawak untuk tidak bertanding dalam pilihan raya negeri akan datang.

“Ya, beberapa ADUN yang menemui saya menawarkan hasrat untuk tidak bertanding pada pilihan raya (negeri) akan datang. Namun tiada yang melobi untuk bertanding,” katanya semasa sidang media selepas menghadiri sesi bertemu ADUN Sarawak di Miri Marriot Resort and Spa (MMRS) di sini semalam.

Pemimpin nombor satu negara itu bagaimanpun enggan mendedahkan ADUN yang tidak mahu bertanding tersebut.

Mengenai pertemuan dengan ADUN-ADUN Sarawak semalam, Najib berkata, ia bertujuan bagi mendapatkan maklum balas daripada wakil-wakil rakyat tentang prestasi dan perkembangan konstituensi masing-masing.

“Saya berjumpa dengan ADUN-ADUN Sarawak untuk mendapatkan gambaran berkenaan keadaan di kawasan masing-masing supaya kerajaan pusat dengan kerjasama kerajaan negeri dapat menentukan bagaimana kita boleh menentukan khidmat kepada rakyat agar lebih berkesan dan bermakna.

“Ada beberapa perkara yang berada di bawah kuasa kerajaan pusat dan sebahagian kerajaan negeri yang mana jika kita gabung, saya percaya dapat selesaikan banyak masalah rakyat,” katanya.

Ditanya sama ada pertemuan semalam berkaitan dengan pilihan raya negeri akan datang, beliau memberitahu ia adalah rutin dari semasa ke semasa untuk meningkatkan kemampuan khidmat wakil rakyat agar lebih berkesan seterusnya meningkatkan imej Barisan Nasional (BN).

Mengenai isu-isu yang dibangkitkan oleh wakil rakyat BN di negeri ini, Najib berkata, cadangan secara lisan dan bertulis telah dikemukakan kepada beliau untuk diteliti dan diambil tindakan.

“Hampir semua bawa cadangan bertulis kepada saya, ada berbentuk laporan lengkap dan ini menunjukkan bahawa mereka tahu sebenarnya apa yang perlu dilakukan.

“Namun bukan semua apa yang dikehendaki oleh rakyat melalui wakil rakyat dapat selesai dalam masa singkat. Sebab prasarana perlu masa yang tertentu, apa yang penting ada peningkatan yang jelas dari tahun ke tahun,” katanya lagi.

Najib mengadakan perjumpaan tertutup dengan 63 orang ADUN BN Sarawak di sini bermula jam 11 pagi hingga jam 6 petang semalam, secara bersemuka dalam kumpulan yang telah ditetapkan.

Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor turut serta bersama beliau dalam pertemuan itu.

Kumpulan pertama yang ditemui beliau terdiri daripada ADUN Opar Ranum Mina, Datuk Peter Nansian Ngusie (Tasik Biru), Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem (Tanjung Datu), Dr Abdul Rahman Junaidi (Santubong) dan Datuk Dr Abang Abdul Rauf Abang Zen (Demak Laut).

Terdahulu, ketika ditemui pemberita, Tengku Adnan berkata sesi pertemuan itu merupakan sebahagian daripada inisiatif Perdana Menteri di bawah Program Transformasi Politik beliau.

Tambah beliau, pertemuan ini juga merupakan susulan kepada pertemuan Najib dengan semua Ahli Parlimen BN yang diadakan di Kuala Lumpur pada 8 Januari lepas.


BERNAMA


Posted using RockMelt 

06 Februari 2011

Pengumuman Tarikh Pilihan Raya Serentak - Najib Temui ADUN Sarawak

Tarikh pilihanraya serentak akan ditentukan selepas pertemuan Perdana Menteri dengan semua ADUN Sarawak.  Mungkinkah Pilihan Raya akan dilakukan serentak seperti yang dijangkakan pada penghujung tahun 2010?
 
Perdana Menteri akan berada di Miri pada hujung minggu ini.  Kunjungan ini adalah bersempena dengan program Majlis Sambutan Tahun Baru Cina di Miri. Dalam rangka lawatan Perdana Menteri kali ini, beliau ingin memantau setiap ADUN Sarawak untuk mendengar tuntutan dan juga masalah yang dihadapi di setiap kawasan.  
 
Kononnya semua ADUN diberi 3 minit untuk elevator-pitching kepada beliau.  Mungkinkah muka baru akan diketengahkan untuk dinilai oleh Perdana Menteri memandangkan banyak ADUN telah mula goyang kaki apabila ura-ura menyatakan perkhidmatan mereka akan ditamatkan menjelang pembubaran DUN Sarawak kelak?


ADUN BN Sarawak Beri Laporan Terperinci Kepada Perdana Menteri Ahad Ini

Posted BERNAMA 03 Februari, 2011 15:36 PM

KUCHING, 3 Feb (Bernama) -- Kesemua Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) Sarawak akan memberi laporan terperinci berhubung kawasan masing-masing, termasuk masalah dihadapi, semasa pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad ini.

Ketua Menteri Sarawak dan Pengerusi BN negeri Tan Sri Abdul Taib Mahmud mengakui setiap kawasan DUN di Sarawak ada cabaran tersendiri namun ia telah diselesaikan dan akan dicari jalan penyelesaian memandangkan bukan semua masalah yang dihadapi dapat diselesaikan dengan segera.

Beliau berkata Adun terbabit telah cuba memperoleh maklum balas mengenai pelbagai isu di kawasan masing-masing sejak setahun lalu melalui perbincangan dengan pemimpin peringkat akar umbi.

Taib berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) di ibu pejabat parti tersebut di sini pada Khamis.

Sementara itu, Perdana Menteri dijadual tiba di Miri pada Ahad ini dengan aturcara pertama beliau ialah mengadakan sesi perjumpaan dengan ADUN Sarawak, manakala pada sebelah malam pula, beliau akan menghadiri majlis sambutan Tahun Baru Cina peringkat kebangsaan di Dataran Kipas, Miri.

Ramai penganalis politik di sini meramalkan pertemuan dengan Adun itu sebagai langkah terakhir Perdana Menteri untuk mengumpul maklumat bagi membuat keputusan sama ada mengadakan pilihan raya umum serentak dengan pilihan raya negeri Sarawak.

Sebelum ini, Taib dipetik berkata beliau tidak menolak kemungkinan pilihan raya negeri Sarawak diadakan serentak dengan pilihan raya umum ke-13.

Tempoh penggal kerajaan negeri sekarang akan berakhir pada Julai tahun ini.

Pada pilihan raya negeri 2006, BN Sarawak menang 63 daripada 71 kerusi yang dipertandingkan.

-- BERNAMA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...