Nuff Head

06 November 2010

Benarkah Taib Mahmud 'tidak ada otak' ?

Anehnya, boleh juga dikatakan paradox. Taib Mahmud seorang ketua menteri yang dianggap ‘tidak ada otak’ atau 'lembab' mampu mengurus ekonomi dan kewangan negeri dengan baik. Malah lebih baik dari mereka 'yang ada otak' seperti Lim Guan Eng, Khalid Ibrahim atau Anwar Ibrahim.

Seperti yang dilaporkan media pro PR, Taib Mahmud sempat mengumpul kekayaan peribadi berbillion dollar meskipun tanpa menggunakan 'otak'.

Sebagai pejuang 'parti maki hamun', Anwar maupun penyokong Pakatan Rakyat terkenal sering melontarkan ayat ‘tidak ada otak’, setiap kali mengkritik pucuk pimpinan negeri Sarawak dalam ceramah atau perbahasan harian.Termasuk juga ketika memberi jawapan jika ditanya tentang pembohongan mereka.

Namun matematik tidak pernah membohongi kita, lihat contoh dibawah sebagai perbandingan.

(Bajet pemimpin yang dikatakan 'tidak ada otak'...)
Bernama, November 01, 2010
Sarawak's 2011 budget proposal is expected to generate a surplus of RM60 million next year to ensure the state's financial position remains sound, Chief Minister, Tan Sri Abdul Taib Mahmud said Monday.

Taib, who is also state Finance Minister, said this was on the basis of an estimated total revenue of RM3.904 billion against ordinary expenditure of RM3.844 billion, which includes an appropriation to the development fund account.
Bandingkan dengan yang ini;

(Bajet pemimpin 'ada otak'...)
Bernama, November 02, 2010
The Penang government today tabled the state budget for 2011 with a deficit of RM107.78 million, RM28.8 million more than the RM78.98 million this year.
… Lim said the state government expects to collect RM385.3 million in revenue, RM60.29 million or 18.55 per cent more than the estimated RM325.04 million for 2010.
Ehh.. dimana revenue 1 billion seperti yang digembar-gemburkan?
Menurut doktrin 'Pakatan', cuma Anwar Ibrahim dan penyokong Pakatan yang ‘memiliki otak’ dan ‘menggunakan otak’. Penyokong PR memang gemar menggunakan ayat ini untuk siapa saja yang tidak mendukung cita-cita peribadi mereka ke Putrajaya.

Maka setiap data atau fakta yang dikeluarkan pihak lain adalah bohong belaka. Kerana hanya mereka dan Anwar yang serba tahu dalam serba-serbi. Malah Anwar mereka anggap 'dewa' dalam segala urusan dan kepakaran di dunia ini. 

Laporan Ketua Audit Negara 2009 berhubung rizab Kerajaan Negeri  Selangor yang mengalami defisit, dan kedudukan kewangan kerajaan Negeri dengan defisit RM65.96 juta. Bagai  membuktikan 'kehebatan' Anwar sebagai penasihat ekonomi yang luar biasa?

Siapa yang 'ada otak' pasti memahami implikasi bajet difisit terhadap 'akaun semasa' dan kewangan sesebuah kerajaan negeri. Walau apapun, Anwar dan PR tentu ada alasan yang 'ada otak' untuk menutup kelemahan diri. Dengan mempersoal 'otak' orang lain, PR sudah berasa cukup hebat.

Andaikata kerajaan negeri Sarawak yang membentang bajet defisit, Pakatan Rakyat tentu sudah siap dengan skrip  yang 'tidak ada otak' untuk mempersoal kenapa dan mengapa.

Baca juga petikan ini untuk melihat 'otak' Taib Mahmud...
Bernama, November 01, 2010
The Auditor-General has given a "clean bill of health" to Sarawak's 2009 Public Accounts -- the eighth consecutive year that it has given the state such status…

Anwar cuma ada jawapan ini, "saya lapan tahun sebagai menteri kewangan.....bla, bla, bla..."


Matematik tidak pernah membohongi sesiapa, dan tidak memaksa kita memaki hamun atau berteriak di jalan raya. 

Perlu difahami,  berceramah dan berpidato  tidak sama dengan mengurus ekonomi. Ceramah  cuma perlukan intonasi suara yang jelas, ungkapan yang berulang-ulang, gaya pengucapan yang mempersona, bahasa yang sesuai dengan pendengar dan gerak tubuh yang meyakinkan.

Ramai yang berfikir, ceramah dan debat sudah memadai untuk mengenyangkan perut yang lapar.
Selebihnya, fikirkan sendiri yang mana lebih baik?


p/s: ingat, hanya penyokong Pakatan yang pakai otak?

3 ulasan:

  1. Ada OTAK salah guna ...... ada ***** cucuk lubang lain..... apa lagi kita hendak dari PKR????????

    BalasPadam
  2. Sesiapa jadi pemimpin mesti buat kerja baik, bertanggungjawab, amanah, adil dan jangan pandai cakap, gila harta tanpa memperdulikan nasib rakyat, jangan ambil kesempatan terhadap hak rakyat dan belalah nasib rakyat agar dapat merasai nikmat MERDEKA yang sebenarnya tanpa mengira kaum, agama dan kawasan tempat tinggal mereka. Pemimpin kaya, rakyat menderita apa guna. Jadi, pemimpin tolonglah dengar masalah rakyat, selesaikan masalah rakyat dengan cepat dan jangan bagi janji-janji kosong sahaja. I say "NO" TO "RASUAH" and "DO YOUR JOB HONESTLY" to all YB whether you in pembangkang or goverment...people voice's better than YB voice.

    BalasPadam
  3. mungkin pkr suka makan otak-otak yer....say yes to gud job !!! say no to job bor!!

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...