Nuff Head

Najib For PM

Najib Razak merupakan PM yang paling banyak membawa Transformasi dan menyentuh segenap lapisan masyarakat

Suara 1Sarawak

Selamat Datang Semoga Kehadiran Anda Penuh Makna

Memaparkan catatan dengan label Selangor. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Selangor. Papar semua catatan

23 November 2012

Nurul Izzah Bukti Kegagalan Anwar!

Menurut portal gelagatanwar, sampai sekarang masih belum ada surat saman kepada Utusan Malaysia mahupun Berita Harian?  Kenapa agaknya?
YB Izzah: Mana Surat Samannya?

KENYATAAN MEDIA

6 November 2012 UNTUK SEBARAN SEGERA

Saya telah mengarahkan peguam-peguam saya – Tn Hanipa Maidin dan Tn Hj Sulaiman Abdullah – untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Utusan Malaysia, Berita Harian, serta kemungkinan beberapa media lain, berkaitan laporan berunsur fitnah yang telah memutar belitkan sebahagian dari kenyataan penuh saya tempoh hari dengan menuduh saya seolah-olah saya menyokong murtad.

Saya tidak merelakan fitnah sebegini diteruskan dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang, demi menegakkan kebenaran dan demi keadilan.

Nurul Izzah Anwar Ahli Parlimen Lembah Pantai, merangkap Naib Presiden KEADILAN

Di kalangan orang PKR sendiri sedang gelakkan Izzah yang masih belum mengeluarkan SURAT SAMAN kepada Utusan dan Berita Harian. Yang buat Izzah serba tak kena, apabila berdasarkan maklumat peguam, susah juga untuk tidak membawa The Malaysian Insider dan Malaysiakini dalam saman tersebut. Sebab, asal usul berita tersebut adalah portal tersebut. Di samping laporan menyeluruh yang dibuat portal 1Christians.
Hari ini sudah 23hb Nov. Masih belum ada apa-apa. Ulama’ yang menasihati PKR sudah nasihatkan. Minta maaf dan bertaubat. Bukan saman.

Mana satu yang Izzah nak buat ni?

Kalau minta maaf, jawabnya terbang EGO anak Anwar yang seorang ni. Disebabkan keceluparan mulut, habis semua planning. Daripada nak memenangi hati orang bukan Islam, pengundi Islam pula yang marah.

08 Februari 2011

Apakah Agenda Kerajaan pakatan Selangor yang hendak menubuhkan Polis sendiri??

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim semalam mendesak supaya kerajaan Persekutuan meluluskan kerajaan pakatan Selangor menubuhkan Pasukan Polis sendiri. Apakah agenda pakatan Rakyat sebenarnya, adakah pasukan Polis itu menyamakan pasukan Askar Timbalan Setia Sultan Johor. Adakah pekatan rakyat Selangor yang diketuai oleh DAP mahukan polis mereka sendiri bagi mengawal keselamatan dalam negeri Selangor.



Menurut menteri besar, kononya mereka menyatakan kebimbangan kerajaan negeri terhadap kadar jenayah yang semakin meningkat dan menimbulkan kebimbangan serius di kalangan rakyat.

Kerajaan Pakatan selangor benar-benar mahukan sepasukan Polis sendiri dengan kadar segera.

Apakah rasionalnya Khalid berbuat demikian adakah DAP berkira-kira mahu pegang terus negeri Selangor atau mahu bawa Selangor keluar dari Malaysia itu kita belum tahu apakah agenda sebenarnya DAP Selangor. Mengikut Khalid Keselamatan rakyat adalah keutamaan kerajaan negeri, habis selama ini adakah Selangor tidak selamat.

Apa yang pasti DAP mempunyai agenda mereka sendiri kerana permohonan mereka dibuat setelah mereka dapat memerintah Selangor pada Julai 2008.


Jika Khalid rasa kenteraman awam sudah tidak terkawal ,dia perlu memohon Polis menambahkan anggota bagi mempergiatkan keselamatan di negeri Selangor bukannya menubuhkan pasukan Polis sendiri.

credit to Anti PKR Club

nak lanjut klik SINI

21 Januari 2011

Penipuan dalam logo 1 Malaysia oleh kerajaan Pakatan Selangor


Menipu lagi.  Nampaknya kerajaan pakatan pembangkang di Selangor menerusinya Menteri Besarnya, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Exco-exconya terus melakukan siri pembohongan rakyat.
Kali ini kerajaan pakatan pembangkang Selangor melakukan penipuan berkenaan larangan penggunaan logo 1Malaysia.
Merujuk kepada kenyataan Menteri Besar Selangor berkenaan larangan penggunaan logo 1Malaysia yang dikeluarkan media-media perdana pada 5 Jan 2011 lalu, bahawa tiada larangan penggunaan logo tersebut tetapi hanya berlaku kekeliruan, malah mengatakan bahawa permis perniagaan boleh menggunakan logo tersebut tetapi perlu mendapatkan kebenaran daripada PBT.
Mendedahkan perkara itu Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar memberitahu bahawa segala kenyataan yang diberikan Menteri Besar Selangor itu adalah kenyataan yang menipu rakyat semata-mata.
Ini kerana kata beliau kerajaan Selangor melalui Exconya, Ronnie Liu telah mengeluarkan arahan bertulis kepada semua PBT supaya melarang penggunaan logo tersebut di iklan, banner, bunting dan di premis-premis perniagaan di dalam kawasan PBT Selangor.
“Ini jelas memperlihatkan betapa kerajaan negeri tidak telus dalam menyampaikan maklumat kepada rakyat dan di dalam masa yang sama cuba menipu rakyat dengan menggunakan media.
“Sehubungan dengan itu, saya ingin mengulangi pendirian bahawa Barisan Nasional Selangor tidak akan tunduk dengan kerajaan yang anti perpaduan dan mementingkan retorik politik semata-mata”, katanya.
Beliau turut menyifatkan Menteri Besar Selangor  seperti burung kakaktua yang tidak tahu apa yang diperkatakan.
“Cubaan menjadikan logo 1Malaysia sebagai satu barang mainan politik mereka tidak boleh dimaafkan kerana 1Malaysia bertujuan untuk memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia,” katanya

sumber umno-online

14 Januari 2011

Hassan kata tak boleh ronnie kata boleh....

Ketidaksefahaman dalam isu pekerja islam bekerja di dalam premis jual arak antara Hasan dan Ronnie mencerminkan PKR dan PAS tidak pernah sependapat.Arahan dari Ronnie supaya MPSJ untuk menarik larangan tersebut dengan serta merta tanpa meminta pendapat dari yang pakar dalam hal-hal agama islam.



 Datuk Hassan yang merupakan exco yang menjaga hal ehwal orang islam di Selangor memberikan pendapat yang sebaliknya.Adalah salah, di bawah Seksyen 18 (2) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995, peruntukan dibuat tidak membenarkan orang-orang Islam melibatkan diri di dalam urusan penjualan minuman keras.

 Sudah jelas sekarang yang orang islam tidak boleh berkerja di premis yang menjual arak di selangor.

Adakah takut industri hiburan negeri selangor terjejas dan sekaligus melemahkan ekonomi.Ataupun si Ronnie ni juga peminat ayam.....Hanya Ronnie saja yang tahu...

Tan sri Khalid terus dengan tangan rahmat telah menubuhkan tabung untuk orang islam yang berkerja di dalam industri hiburan? Syabas kepada Tan sri khalid.

Seperti yang di ketahui gaji yang di terima oleh mereka ni amat tinggi.Adakah dapat memberikan bantuan dengan mereka atau adakah mereka yang berkerja dalam industri ini akan dapat menerima gaji yang di berikan.

Adakah adil untuk orang yang tiada kaitan dengan industri ini tetapi tidak di layan seperti mana meraka ini.Ini kah dia program 100 hari pakatan.

08 Januari 2011

PKR selangor semakin tertekan

Pakatan pembangkang di negara kini dalam keadaan terdesak sehingga sanggup bertindak di luar adab serta menyalahgunakan laman web termasuk khidmat blogger upahan. Tindak tanduk tidak beradab pakatan itu termasuk mencerca kesultanan atau mempertikai konvensyen dan perlembagaan.

Terkini dalam isu pelantikan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor. Apa salahnya Datuk Mohd Khusrin Munawi sehinggakan beliau ditentang daripada menjadi SUK Negeri Selangor.

Apakah dengan perlantikan ini akan membongkarkan masalah dan penyelewangan yang berlaku dalam kerajaan Pkr Selangor? Kalau tidak mengapa Khalid beria-ia sangat menentangnya.

Terlalu banyak masa dihabiskan mengejar isu remeh yang tiada kaitan dengan kebajikan rakyat. Pembangkang sengaja memesongkan pemikiran rakyat dari menerima maklumat yang betul dan benar.


Terdahulu mengharamkan logo 1 Malaysia di negeri Selangor. Apa salahnya loho 1 Malaysia di gunakan di negeri Selangor. Logo itu bukan untuk UMNO dan BN sahaja tetapi untuk rakyat Malaysia. Apakah pembangkang takut bahawa gagasan 1Malaysia berjaya diterima oleh semua negeri termasuk Selangor.

Akibat tidak mahu menilai kebaikan gagasan 1 Malaysia maka mereka mengangap bahawa gagasan itu telah dibetulkan. Bukankan logo 1Malaysia adalah lambang transformasi kehidupan dan kerajaan Malaysia.

Lambang 1 Malaysia adalah milik rakyat. Ia tidak boleh disamakan dengan lambang Pas, Roket DAP atau PKR.

Betapa kurang bijaknya pemikiran pimpinan pembangkang ini sehingga perkara yang baik tidak boleh diterima langsung..

sumber dari merentasdaridesakedesa.blogspot.com

09 Oktober 2010

PKR: Kenapa tak sehala? Macam mana nak bawa Reformasi & Adil?

PKR Akan Dikritik Jika Nurul Izzah Rebut Jawatan Timbalan Presiden - Azmin
mstar
KUALA LUMPUR: Calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali secara sinis berpendapat bahawa parti itu akan dikritik sekiranya Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mahu merebut jawatan nombor dua berkenaan pada pemilihan bulan depan.

Azmin yang merupakan Naib Presiden PKR berkata bahawa beliau tidak terkejut jika parti itu dituduh sebagai 'dinasti keluarga' kerana dalam politik kritikan demi kritikan tidak dapat dielakkan.
“Dalam politik kita tak boleh elak dari dikritik. Kita kena menjelaskan penglibatan Nurul Izzah dalam parti tetapi apa yang saya tahu, saya tetap menerima apa jua keputusan," katanya di sini, Jumaat.
Seorang lagi calon Timbalan Presiden, Datuk Zaid Ibrahim mengumumkan bahawa beliau sanggup berundur daripada pertandingan itu sekiranya Nurul Izzah menawarkan diri merebut jawatan tersebut.
Katanya, anak sulung Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu mempunyai pencalonan yang cukup untuk menawarkan diri bertanding.
Bagaimanapun, Nurul Izzah memberitahu The Malaysian Insider yang beliau akan membuat keputusan Ahad ini selepas berbincang dengan 'kepimpinan parti'.
Dalam pada itu, Azmin mendakwa, isu nepotisme dan kronisme tidak timbul dalam parti berkenaan memandangkan Nurul Izzah berhak bertanding jawatan berkenaan.
“Tiada isu nepotisme dan kronisme dalam PKR. Nurul Izzah telah banyak memberikan pendapat bernasnya dalam banyak isu, dia adalah aset parti. Semasa ayahnya dipenjara, dia banyak menyumbang kepada parti.
“Nurul Izzah ada pengaruh yang kuat di kalangan generasi muda," jelasnya.
Bagaimanapun, tegas Ahli Parlimen Gombak itu, menjadi tanggungjawab wanita muda itu memastikan sama ada dirinya sudah 'bersedia' bagi menjawat jawatan penting berkenaan.
“Mengenali Izzah, dia akan berbincang dengan pimpinan sebelum membuat sebarang keputusan.
Perebutan jawatan nombor dua dalam PKR itu merupakan yang paling panas sehingga menyebabkan dalaman parti berusia 12 tahun itu kelam-kabut ekoran pelbagai tuduhan dan tohmahan dilemparkan pelabagi pihak yang dicalonkan.
Azmin kini mendahului senarai pencalonan dengan 102 diikuti Zaid (38) dan seorang lagi Naib Presiden, Mustaffa Kamil Ayub (17).
Nurul Izzah popular dengan gelaran 'Puteri Reformasi' sepanjang peristiwa pemecatan, tangkapan dan tuduhan rasuah serta liwat ke atas ayahnya, Anwar sebelum merampas kerusi Lembah Pantai pada Pilihan Raya Umum 2008.  
mukapetang: Bila kerusi Azmin Ali tergugat baru dia nak bingung. Macam-macam alasan yang dikemukakan agar dia dapat menjadi orang no 2 dalam PKR.  Beginikah parti yang diharapkan untuk membawa reformasi dan keadilan.  Pemimpin PKR memang tidak bersatu hati, semua tamakkan kuasa.  Mereka sanggup bertelagah untuk mendapat gelaran dan pangkat.  Puteri Reformasi dengan isunya dan madu Anwar dengan isunya juga.  Kacau bilau pucuk kepimpinan.  Apabila dibuat pemilihan perwakilan pula, mereka sanggup bertikam lidah malah menggunakan buku lima untuk menyelesaikan masalah dalaman mereka.  Sesungguhnya parti sedemikian memang tidah layak memerintah.  Alamatnya pincanglah sebuah negara sekiranya PKR diberi muka oleh rakyat.  Agaknya semua akan dijuburi termasuk gas oksigen akan dijual pada harga yang tinggi.  Cuma golongan yang mampu akan hidup manakala golongan yang miskin akan terus melarat.  Di harap ini dapat membuka mata kita semua agar berhati-hati sebelum memilih pucuk kepimpinan.  PKR bukan penyelesaian malah mereka sendiri adalah masalah yang semakin merebak meracuni tingkah laku dan tata susila kita rakyat Malaysia.  Semoga mendapat pertimbangan daripada semua sebelum membuang undi yang seterusnya!!!!

18 Ogos 2010

Pakar Patologi Thai Menegaskan Teoh Tidak Bunuh Diri

SHAH ALAM, 18 Ogos (Bernama) -- Pakar Patologi Thai Dr Pornthip Rojanasunand berkata setiausaha politik Teoh Beng Hock tidak membunuh diri.

Katanya beliau berpendapat bahawa mangsa itu tidak membunuh diri setelah meneliti autopsi kedua ke atas mayat Teoh.

Beliau yang memberikan keterangan pada inkues kematian Teoh di sini pada Rabu, berkata bedah siasat itu juga tidak menunjukkan bahawa Teoh dipukul atau diseksa sebelum mangsa itu ditemui mati.



"Daripada kecederaan yang beliau alami, tidak ada bukti keterangan forensik untuk menyokong mengenai dakwaan (dipukul atau diseksa," tegas beliau.

Disoal oleh peguam Malik Imtiaz Sarwar yang bertindak untuk kerajaan Selangor sama ada beliau masih mengekalkan keterangan sebelum ini bahawa 80 peratus adalah dibunuh dan 20 peratus bunuh diri, katanya penemuan keduanya adalah agak sukar untuk membuat keputusan seperti itu.

-- BERNAMA

Teoh, 30, merupakan setiausa politik kepada ahli exco Ean Yong Hian Wah, telah dijumpai mati di tingkat 5 Plaza Masalam di Shah Alam pada 16 Julai 2009.


Ini berikutan dengan sesi siasatan oleh BPR di tingkat 14 pada bangunan yang sama.  Penyiasatan ini berkenaan dengan isu pencairan dana kerajaan negeri yang agak rumit.

10 Jun 2010

Pembantu rumah warga Indonesia sebabkan kematian majikan dipenjara 15 tahun

SHAH ALAM: Seorang pembantu rumah warganegara Indonesia dihukum penjara 15 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini kerana kesalahan menyebabkan kematian majikan perempuannya dengan cara mengelar leher mangsa menggunakan sebilah pisau, tiga tahun lalu.

Indah Wijayanti, 23, dijatuhi hukuman itu selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan pindaan menyebabkan kematian majikannya itu mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan denda.


Indah sebelum ini dituduh mengikut Seksyen 302, kanun yang sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori. Pesuruhjaya Kehakiman Siti Khadijah Sheikh Hassan Badjenid memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu dari tarikh dia ditangkap pada hari kejadian, 2 Julai 2007.

Indah mengaku menyebabkan kematian Kek Huey Lian, 41, di rumah No: 19, Jalan Batu Perdana, Klang, antara 1.30 tengah hari hingga 2.30 petang pada 2 Julai 2007.

Timbalan Pendakwa Raya Isa Hassim memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat dengan mengambil kira keseriusan kes dan trauma yang dialami oleh keluarga mangsa di mana seorang suami telah kehilangan isteri dan anak-anak kehilangan ibu mereka.

Beliau berkata, walau apa keadaan sekalipun, tertuduh tidak sepatutnya bertindak sedemikian dan walaupun laporan dari Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak, menunjukkan tertuduh mengalami kemurungan tetapi semasa kejadian dia dalam keadaan waras dan tahu apa yang berlaku.

Peguam Jagdish Kaur yang mewakili tertuduh pula memohon mahkamah mengambil kira bahawa dalam kes itu wujudnya elemen penderaan oleh mangsa terhadap tertuduh di mana sebelum kejadian tertuduh hampir setiap hari dimarahi oleh mangsa dalam bahasa kesat.

"Anak guam saya mula bekerja dari jam 5.30 pagi hingga 12 tengah malam dan tidak pernah diberi cuti. Segala beban kerja rumah diuruskan oleh tertuduh termasuk anak-anak mangsa sendiri...mangsa selalu dera tertuduh bila suaminya tidak ada di rumah.

"Anak guam saya amat sedih dan minta maaf pada keluarga mangsa terutama anak bongsu mangsa yang menjadi satu-satunya pengubat kesedihan semasa kerja di rumah mangsa memandangkan dia tidak mempunyai keluarga atau sahabat di sini. Pohon mahkamah ambil kira semua faktor ini dengan menjatuhkan hukuman ringan ke atas anak guam saya," katanya.

Peguam Gerard Lazarus yang merupakan peguam pemerhati bagi pihak keluarga mangsa berkata pihaknya akan mengemukakan cadangan kepada pihak pendakwaan supaya merayu terhadap hukuman ke atas tertuduh.-Bernama 
source: metro

02 Jun 2010

Al-Arqam Semakin Aktif ?

Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengumpul maklumat berhubung dakwaan kononnya pengaruh Al-Arqam yang diharamkan kini semakin aktif selepas kematian pengasasnya, Asaari Muhammad atau Abuya.

Pengarah Jais, Datuk Mohammed Khusrin Munawi, berkata pihaknya mendapat aduan berhubung perkara itu, namun setakat ini belum ada tangkapan dibuat selain beberapa acara yang cuba dibuat mereka dibatalkan, mungkin mengesyaki pegawai Jais mengumpul bukti berhubung kejadian itu.

“Setakat ini, Jais belum membuat tangkapan berhubung perkara ini dan akan bertindak tegas jika dakwaan itu terbukti benar dan disokong bukti kukuh. “Buat masa ini kami masih menyiasat dan tidak menolak kemungkinan kegiatan mereka ini masih aktif cuma ia gagal dikesan kerana dipercayai berselindung di sebalik perniagaan,” katanya di sini, semalam.



Beliau pada masa sama tidak menolak ramai bekas pengikut kumpulan itu masih aktif berdasarkan laporan akhbar baru-baru ini mengenai konsert khas bagi menggambarkan kononnya bekas pemimpin kumpulan Al-Arqam yang diharamkan itu cuma ghaib dan akan pulang semula dalam masa terdekat. “Kami harap lebih ramai saksi tampil memberi keterangan bagi membolehkan kami menyiasat perkara ini,” katanya.

Ditanya mengenai isu ‘minum air ludah’ oleh seorang penceramah baru-baru ini, Khusrin, memberitahu, Jais kini membuat rumusan dakwaan itu.

Menurutnya, Jais masih menyiasat dan mendapati wujud acara meminum air zam-zam oleh seorang penceramah di sebuah masjid, tetapi setakat ini kami mendapat maklumat pada acara itu, cuma gelas berisi air zam-zam diminum jemaah secara bergilir-gilir.

“Amalan seperti ini juga dilakukan sahabat yang berkongsi minum susu di dalam gelas sama ketika zaman Nabi Muhammad SAW.

“Jika tidak benar dakwaannya, kami akan panggil untuk mendapat penjelasan dan tindakan boleh dibuat mengikut Enakmen Tata Cara Jenayah Syariah 2003 mengikut Seksyen 211 kerana menyebarkan dakwaan palsu,” katanya.

Pada April lalu, Bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin Mohd Asri mendakwa berlaku upacara telan air ludah ustaz seorang tokoh agama di negeri itu di sebuah masjid di Selangor menerusi kenyataannya dalam portal berita, Malaysiakini.

Berikutan kenyataan itu, bekas mufti terbabit dipanggil memberi keterangan berhubung dakwaannya di pejabat Jais di sini. 

source: metro

26 Mei 2010

Dua beradik kerja 15 tahun tanpa dibayar gaji

KUCHING: Dua beradik berbangsa Iban mendakwa mereka diperhambakan selama 15 tahun semasa bekerja di sebuah kilang pau di Selangor tanpa dibayar gaji.

Kedua-dua beradik terbabit, Radin Bangan, 31 dan adiknya Simon, 30 yang berasal dari Kampung Antayan, Kropok di Serian pergi bekerja di kilang pau tersebut selepas dijanjikan pendapatan lumayan oleh seorang ejen pekerja tempatan, ketika keduanya masih berusia 16 dan 15 tahun.



Mereka memberitahu telah dijanjikan upah bulanan sebanyak RM2,000 ketika mereka dibawa ke kilang yang terletak di Puchong, Selangor tanpa kebenaran ibu bapa mereka.

Menurut mereka, setiap kali mereka meminta upah, majikan mereka akan mempersoalkan kenapa mereka perlu meminta banyak duit, sebaliknya memberitahu akan menyimpan upah untuk mereka dan akan memberikannya apabila mereka pergi.

Bercakap dalam bahasa Iban, kedua-duanya mendakwa sejak 15 tahun lepas mereka tidak pernah keluar dari asrama pekerja kilang tersebut yang menempatkan tujuh pekerja. Selain mereka berdua ialah dua lagi pekerja berbangsa Bidayuh (juga dari Sarawak) dan tiga pekerja Cina dari Perak.

“Kami tidak pernah keluar daripada asrama pekerja kilang yang memakan masa lebih sejam dari bandar berdekatan dengan semua makanan dan penginapan disediakan,” kata Simon sambil menambah mereka tidak pernah mendapat baju baru serta pergi membeli-belah sendiri.

Malah, mereka memberitahu tidak pernah menerima upah yang telah dijanjikan kepada mereka.

“Kami bekerja dari jam 8 pagi sehingga 5 petang, dan berhenti rehat untuk makan malam dan kemudiannya meneruskan kerja sehingga jam 10 malam.

“Kami juga bekerja semasa cuti umum dan selama tempoh 15 tahun kami tidak pernah bercuti walaupun sehari dan tidak pernah berpeluang untuk menghubungi keluarga kami,” jelas mereka.

Bagaimanapun,mereka berkata tidak pernah bertindak melarikan diri dari asrama pekerja yang didiami seperti rakan-rakan mereka yang lain.

Walaupun insiden berkenaan amat mengecewakan namun Simon berkata dia amat gembira kerana akhirnya berpeluang untuk pulang dan menyambut perayaan Hari Gawai Dayak buat pertama kalinya selepas 15 tahun.

Kedua-dua mereka berjaya mendapat ‘peluang’ untuk balik ke Sarawak semula pada pada 12 Februari lepas, iaitu sebelum sambutan perayaan Tahun Baru Cina dengan tambang penerbangan ditanggung oleh majikan selain diberikan ‘angpau’ sebanyak RM500 selepas mereka meminta gaji.

Ayah mereka, Bangan Jelian, 60, melahirkan rasa syukur kerana dapat bertemu semula dengan kedua-dua anaknya itu dan menyambut perayaan Gawai bersama mereka walaupun begitu kesal dengan insiden yang menimpa anaknya.

Semalam, ditemani oleh penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padungan, Dominique Ng, mereka membuat laporan polis di Balai Polis Sentral di sini.

Ng memberitahu bahawa kes tersebut telah diajukan kepada Jabatan Buruh namun perbicaraan kes mereka telah ditetapkan untuk dibicarakan di Selangor.

Namun, katanya dua beradik tersebut tidak dapat hadir untuk mendengar sesi perbicaraan yang dijadualkan esok di Selangor.

Ng kemudiannya berkata laporan polis telah dibuat dan arahan kepada pihak berkuasa telah dibuat untuk menyiasat kes tersebut.

Ditanya adakah beliau telah membincangkan perkara itu dengan syarikat terbabit, Ng menjawab: “Biar polis membuat siasatan dan itu adalah tujuannya.”

source: the borneo post
catatan: Bayangkan kalau hal ini terjadi pada warga Indonesia, pasti mereka mengatakan "Malaysia yang tidak membayar gaji" atau "Malaysia telah menginjak-injak bangsa Indonesia" seolah bukan majikan terbabit yang bersalah. Mereka akan berteriak dengan segala demontrasi dan slogan "Anti Malaysia" atau "Ganyang Malaysia", jauh sekali untuk mengadu pada pihak berkuasa Malaysia. Apakah bagi mereka, setiap masalah harus diselesaikan dengan berbunuhan...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...