Ingin aku berkongsi sebuah cerita yang terkenal mengenai Iman Ghazali untuk renungan kita bersama .
Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya:
Imam Ghazali : Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
Murid 1 : Orang tua
Murid 2 : Guru
Murid 3 : Teman
Murid 4 : Kaum kerabat
Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati (Surah Ali-Imran: 185).
Imam Ghazali: Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini?
Murid 1 : Negeri Cina
Murid 2 : Bulan
Murid 3 : Matahari
Murid 4 : Bintang-bintang
Imam Ghazali : Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimamapun kita , apapun kendera , kita , tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.
Imam Ghazali: Apa yang paling besar di dunia ini?
Murid 1: Gunung
Murid 2: Matahari
Murid 3: Bumi
Murid 4 : Bulan
Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.
Imam Ghazali : Apa yang paling berat di dunia?
Murid 1: Baja
Murid 2: Besi
Murid 3: Gajah
Murid 4 :Batu-bata
Imam Ghazali: Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika allah SWT meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.
Imam Ghazali : Apa yang paling ringan di dunia ini?
Murid 1: Kapas
Murid 2: Angin
Murid 3: Debu
Murid 4: Daun-daun
Imam Ghazali: Semua jawapan kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat.
Imam Ghazali: Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?
Murid- Murid dengan serentak menjawab : Pedang
Imam Ghazali : Itu benar, tapi yang paling tajam sekali di dunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri
Wallahu a’lam...
TENGKU ZAFRUL AKAN PERJELAS SPEKULASI SERTAI PKR DALAM MASA TERDEKAT
Sehari yang lalu
salam, menarik teka-teki yang menduga iman ini. Untuk renungan kita bersama.
BalasPadamterima kasih...walaupun dah tau..nice n3 cool
BalasPadamsalam apai semoga jadi iktibar bagi kita.
BalasPadamb.r.u.t.a.l.s.o.l.o ,
terima kasih kerana masih sudi berkunjung walaupun brutal :).dispite of difren pandangan , semoga Allah campakkan sifat kasih sayang persaudaran diantara kita.
Salam..
BalasPadamSemuanya mendatangkan ibrah yang mampu memberi kita semangat untuk terus menuju jalan Allah..
boleh dijadikan pedoman untuk kita semua.
BalasPadamSalam saudaraku Add Razak dan pengumpulblog,
BalasPadambenar kata saudara berdua.
Alhamdulillah
BalasPadamSungguh menarik teka-teki ini
Memberangsangkan saya beribadah...
alhamdulilah muda tengah,
BalasPadamsemoga ini akan jadi ilmu yang memanafaatkan utk kta semua.
terima kasih atas kunjungan.
Ak ,u org politik kah?
BalasPadamSalam Tanpa Nama,
BalasPadamterima kasih atas kunjungan.soalan yang agak straigh fwd.:).kalau bagi namakan lagi molek,tapi jawapan saya begini ,bagi saya untk mempertahankan agama bangsa dan negara di alam maya ini kita tak semestinya org politik.maaf saya katakan dalam hal ini saya tidak kesorangan.saya yakin saya ada Allah dn Rasul bersama saya. pendapat saya yg jahil ini agama wajib diletak di hadapan segala-gala baru bangsa kita dihormati dan negara kita berdaulat.
salam kenal dr deena..
BalasPadamterima kasih sudi ke laman sy yg serba dhaif tu..tgh nak betulkn mood utk menulis..
apapun, slm pkenalan dr pena farhana :)
Salam deena farhana,
BalasPadamterimakasih sudi membalas kunjungan saya.saya pun budak baru belajar di alam maya ini.:).semoga Allah mudahkan urusan dunia akhirat saudari.
salam pkenalan kembali dari saya