Nuff Head

22 November 2010

TAIB KUASAI KEHAKIMAN SARAWAK!!?


Minggu ini heboh kes tanah NCR di Mahkamah Tinggi Borneo.

Kali ini seorang anak tempatan telah berjaya memenangi kes di mana beliau telah menyaman bukan sahaja 'Superintendent' Jabatan Tanah dan Ukur Sarawak, malahan kerajaan Negeri Sarawak dan kerajaan Persekutuan (Federal).

Beliau menyaman atas dasar tanah NCR berasaskan konsep 'Cari Makan'.

BERSYUKUR KITA DI MALAYSIA , RAKYAT BERHAK UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK MASING-MASING DI MAHKAMAH .

Agaknya kalau anak tempatan ini di Negara Jiran pasti dia akan "senyap atau lenyap".

Jika kita bandingkan dengan Negara jiran yang menjadi model pembangkang ....semenjak 23-24tahun lalu tiada satu kes pun melibatkan rakyat terhadap kerajaan dibawa ke mahkamah , kalau ada cubalah...

Tahniah alehkayong ucapkan kepada Haji Mohd Rambli dan peguam-peguam beliau termasuk BARU BIAN yang berjaya membuktikan Kerajaan Barisan Nasional yang dipimpin oleh Pehin Seri Abdul Taib Mahmud tidak menguasai institusi undang-undang.

Ini juga membuat kita berfikir bahawa kerajaan negeri Sarawak tidak mengamalkan politik kotor dalam negeri Sarawak khususnya Mahkahmah Tinggi Borneo.

Alhamdullilah Dacing di Sarawak masih seimbang dan tidak berat sebelah.


Kisah terperinci sila layari Melanau Blogger dan juga Mukapetang

2 ulasan:

  1. Berberapa tahun dahulu kami dalam kewasan Tembirat Samarahan pernah bawa perkara tanah tanah Apong yang menjadi kan hasil air sadap untuk buat gula Apong, telah dibawaa ke mahkamah oleh pihak Jabatan tanah Dan Ukur dan akhirnya kami orang kampong berjaya mendapat keputusan Mahkamah yang tanah tanah dimana Pokok Apong tumbuh adalah mi9lik kuaa penddudok yang mengusai perusahaan Gula Apong, itu adlah zaman baru Taib Mahmud mengusai Sarawak, dan mulai saat itu, beliau telah coba merubah akhta kanun tanah negeri untuk kapentingan kerajaan yang dibawah pimpinannya. Kisah yang sama aberulang lagi setelah kes tanah NCR dibawa keMahkamah melalui Peguam Baru Bian. Taib mahmud memang pounya kuasa dalam pentadbirana Undang melalui Peguam Negeri Datuk Fong yang mahir dalam undangan negeri Sarawak, Datuk Fong telah banyak kali mewakili kerajaan negeri selaku Peguam Kerajaan Negeri, dan dengan arti kata lain peguam Taib Mahmudlah dia, dan telah berjaya banyak kes kes dan ini adalah saperti pepataah Melayu, pandai pandai Tupai melaompat, satu masa nanti ia (tupai)akan jatuh ketanah juga. Walau pun Taib punya Peguama kanan yang pakar luas, dan salah hari bulan kes kalah menyeblahi raakyat dan pihak Kerajaan kena mmenarima hakikat sabenarnya. Jadi adaa banayak kali menang, dan satu dua kali kalah juga, jika dibanding dengan yang banayak telah diminangi itu dengan yang kalah adalah sama saperti langit dengana bumi, itulah pepataah orang kampong. Berjuang terus demi bangsa agama dan tanaha air tercinta, Sarawak dan Malaysia. Allah juga adil dlam memberi kemenangan kpd mareka yang sadil adilnya dan keadilan Allah itu tidak bolih diappeal dalam mahkamah dunia, dan diakhirat kelak sama sama lah kita tunggu.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...