Nuff Head

Najib For PM

Najib Razak merupakan PM yang paling banyak membawa Transformasi dan menyentuh segenap lapisan masyarakat

Suara 1Sarawak

Selamat Datang Semoga Kehadiran Anda Penuh Makna

Memaparkan catatan dengan label Merdeka. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Merdeka. Papar semua catatan

11 September 2012

Kemerdekaan Umpama Mendapat Tempayan Besar: Abu Seman


Apakah maksud kemerdekaan umpama mendapat tempayan yang besar? Marilah ikuti kupasan ADUN Jemoreng mengenai pengisian erti kemerdekaan ke dalam tempayan ini.

Rakyat harus hargai kemerdekaan dan mengisi dengan pembangunan

Utusan Borneo 11 September 2012, Selasa


PERLU DILINDUNGI: Inilah antara rumah-rumah di kawasan perumahan Taman Permai di Sibu.

MUKAH: Semua rakyat harus menghargai kemerdekaan yang dikecapi dan tugas kita sekarang adalah untuk mengisi kemerdekaan tersebut dengan apa yang kita ada sekarang kata ADUN Jemoreng Abu Seman Jahwie.

Beliau berkata, kemerdekaan yang dikecapi harus dihargai sebaik mungkin dan harus diisi dengan pembangunan yang telah dirancang oleh kerajaan.

“Bagi saya kemerdekaan ini ibarat kita mendapat sebuah tempayan yang besar, tempayan itu perlu diisi jadi kemerdekaan itu perlu diisi melalui pembangunan yang kita rancang seperti Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE).

“Kemerdekaan juga umpama intan yang kita miliki dan perlu dijaga dengan baik, jangan sampai ia hilang kalau hilang kita semua akan menangis untuk mencari intan yang begitu berharga.

“Orang yang hidup lama sudah merasa betapa peritnya hidup semasa dijajah oleh Jepun dahulu, di kampung saya banyak cerita yang mendukacitakan di mana orang-orang kita diseksa semasa kita dalam pemerintahan Jepun,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah-tamah Aidilfiri Persatuan Bola Sepak Bahagian Mukah (MuFA) dan Kelab Basikal Mukah (KBM) baru-baru ini.

Sementara itu, Abu Seman yang juga setiausaha politik Ketua Menteri berkata kebebasan atau demokrasi yang kita amalkan pada hari ini mempunyai had.

“Demokrasi yang kita amalkan ada hadnya,bukanya demokrasi ini suka hati kita, kita tengok baru-baru ini memijak gambar pemimpin, Adakah itu demokrasi?

“Kita tidak mahu demokrasi jenis itu, demokrasi kita ialah demokrasi yang terpimpin. Pendek kata demokrasi kita ialah untuk membela rakyat,” jelasnya.

Justeru, beliau berharap semua rakyat dapat menilai bagaimana cara kehidupan kita pada masa ini hasil daripada pengorbanan pejuang-pejuang tanah air.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Wali Kota Bahagian Mukah Ali Suhaili.

- Posted using BlogPress from my New iPad

07 September 2010

Taib Mahmud Kekal Presiden PBB - 71 Cawangan Sebulat Suara Menyokong!!!

71 Cawangan Mahu Taib Mahmud Kekal Presiden PBB, Ketua Menteri Sarawak

Alhamdulillah, syukur masih ada yang prihatin tentang nasib dan perjuangan orang kita. Masih ada yang sedar betapa pentingnya pemerintahan yang berada dan berpusat di Sarawak.  Sekiranya PKR dan PAS yang menjadi Ketua Menteri alamatnya tunggang terbaliklah Sarawak kelak seperti yang sudah sedia ada di hadapan mata kita.   

KUCHING, 5 Sept (Bernama) -- Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) mahu Tan Sri Abdul Taib Mahmud kekal sebagai presiden parti tersebut dan Ketua Menteri bagi memastikan kestabilan politik serta pembangunan Sarawak secara berterusan.

Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu Numpang berkata, Taib selaku Ketua Menteri, mendapat sokongan penuh semua 71 ketua cawangan yang diwakili kaum bapa serta sayap pemuda dan wanita PBB, iaitu anggota majlis tertinggi PBB, melalui ikrar taat setia dan usul yang dibuat pada mesyuaratnya yang dipengerusikan sendiri oleh Taib pada Ahad.

"Kami (anggota PBB) sebulat suara menyokong penuh kepimpinan Pehin Sri (Tan Sri) Abdul Taib Mahmud dan akan terus menyokong pucuk pimpinan beliau dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya kepada pemberita di sini.

Taib yang meninggalkan mesyuarat 10 minit lebih awal, enggan memberikan sebarang komen kepada wartawan, sebaliknya menyerahkan kepada timbalannya untuk memberi kenyataan berhubung perkara itu kepada pihak media.

Pemimpin berusia 74 tahun itu merupakan Ketua Menteri Sarawak paling lama berkhidmat iaitu selama 29 tahun sejak menyandang jawatan tersebut pada 26 Mac 1981.

31 Ogos 2010

Semangat 1Malaysia 1963

Konfrantasi Indonesia-Malaysia bermula dari 1962 hingga 1966. Puncanya kerana Presiden Indonesia pada masa itu iaitu Sukarno (bapa kepada bekas presiden Megawati) bercita-cita tinggi untuk menubuhkan Malaysia Raya yang mencantumkan Indonesia dan Tanah Melayu (semenanjung).

Indonesia menentang keras usah menubuhkan Malaysia iaitu mencantumkan Sabah,Sarawak dengan Tanah Melayu. Suruhanjaya khusus PBB yang ditubuhkan pada masa itu bagi mengambil pendapat rakyat dan mendapati rakyat Sabah dan Sarawak setuju dengan pembentukan Malaysia. Begitu juga dengan rakyat Tanah Melayu. Itulah sebabnya Tunku mengambil keputusan untuk membentuk Malaysia dan ini menimbulkan kemarahan Indonesia.

Kemuncaknya ialah pada 16 September 1963, iaitu hari pembentukan Malaysia di mana menyaksikan pemuda-pemuda Indonesia di Medan menunjuk perasaan dan menawan Konsul Malaysia di Medan.
Khalid Yunus dan Samy Vellu menaikkan bendera Malaysia di Kedutaan Indonesia dan menurunkan lambang Pancasila.


Peristiwa penawanan Konsul Malaysia di Medan telah menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia. Maka pada 17 September 1963 sekumpulan anak muda Malaysia telah pergi membuat tunjuk perasaan di Kedutaan Indonesia di KL sebagai tindakan membalas dendam. Antara anak muda Malaysia yang turut serta dalam tunjuk perasaan tersebut adalah Presiden MIC sekarang iaitu Datuk Seri Samy Vellu dan Dato'Mohd Khalid Yunus (bekas timbalan menteri dan ahli parlimen). Khalid pada masa itu adalahseorang pemberita Utusan Melayu yang ditugaskan untuk. membuat liputan tentang tunjuk perasaan tersebut.

Mereka memanggil Tunku keluar dan mengusung Tunku kemudian mereka menyuruh Tunku pijak simbol berkenaan dan Tunku enggan pijak. Melihat Tunku enggan pijak, lalu mereka mengangkat Tunku dan meletakkannya di atas simbol berkenaan. Fuhhh...hebat...hebat,anak-anak muda ini memang hebat. Tiba-tiba Tunku berkata,

"Awatlah hangpa buat aku macam ni" sambil air matanya bergenang keluar.

Apa yang saya nak beritahu ialah tentang keberanian anak-anak muda pada tahun 1963 dulu.

mukapetang: Dulu orang kacau kita kita kacau balik. Sekarang, kononnya dah maju dan membangun orang kacau kita, kita buat macam Zaki Zahid, tulis surat dan hantar ke pagar.

Syabas Samy Vellu dan Khalid Yunos! Inilah semangat 1Malaysia yang telah digambarkan pada hari pertama setelah pembentukkan Malaysia. Bersatu kita teguh bercerai kita roboh.

Salam Merdeka yang ke-53!

Sent from my BlackBerry Wireless Handheld
Powered by Gee! from StarHub

30 Ogos 2010

Erti kemerdekaan.

Kemerdekaan yang dikecapi bermakna kita bebas bukan sekadar daripada penjajahan fizikal malahan mencakupi spiritual dan mental. Erti kemerdekaan yang dinikmati ialah membebaskan diri daripada cengkaman kuasa asing seterusnya berusaha bangkit sebagai bangsa bermaruah. Kekuatan politik untuk memperolehi kemerdekaan perlu didokong oleh penguasaan ilmu pengetahuan untuk mempercepatkan proses pembangunan negara.

Menyorot kembali perjuangan kemerdekaan bangsa Melayu sejak 1511 hingga ke Perang Dunia Kedua 1941-1945, negara ini telah mengalami 3 peringkat perjuangan. Peringkat pertama, secara militan atau gerila, perjuangan pondok yang dipelopori oleh golongan ulama dan kemudian golongan nasionalisma yang berjuang melalui mata pena. Ketiga-tiga kategori perjuangan ini berjalan berasingan sehinggalah pada cadangan untuk mengadakan Kongres Melayu pertama pada 1-4 Mac 1946 diadakan dan menyatukan ketiga-tiga kategori perjuangan ini dengan lebih tersusun dan teratur. Terbentuknya UMNO semasa persidangan tersebut telah memantapkan lagi perjuangan ke arah menuntut kemerdekaan negara.

Menjadi tanggungjawab rakyat generasi baru hari ini untuk mengenang dan menghayati erti kemerdekaan. Tugas kita pada hari ini adalah memenuhi dada dengan ilmu pengetahuan agar kemerdekaan yang dimiliki dapat dipertahankan dan dikekalkan. Tanpa ilmu pengetahuan, kemerdekaan yang baru sahaja diperolehi amat rapuh.

Rakyat perlu bersedia menghadapi pelbagai cabaran untuk memperkasakan bangsa yang merdeka. Sementelah seluruh rakyat Malaysia telah melalui pelbagai cabaran getir, kemerdekaan perlu dihayati dan diisi dengan memelihara kekuatan politik, ekonomi, sosial, agama, bahasa, budaya dan seni warisan bangsa. Segala jurang pembangunan, ekonomi dan sosial di kalangan kaum perlu dirapatkan dan diperkukuhkan agar saling menikmati erti kemerdekaan. Perpaduan yang terbina semenjak usaha memperolehi kemerdekaan perlu diteruskan dan disemai supaya rakyat menjadi semakin kukuh.

Bumi bertuah ini telah melahirkan ramai pemimpin berkaliber ketika negara bergelut dengan pelbagai masalah seperti kemiskinan, taraf pendidikan yang rendah, perpaduan kaum bahkan ancaman komunis ketika Darurat yang diisytiharkan sejak 1948 lagi. Dengan memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru 1970-1990 (DEB), Rancangan Buku Hijau dan Buku Merah, rancangan mempertingkatkan penguasaan ekonomi penduduk bumiputera dan jurang perbezaaan antara kaum dapat diharmonikan. Dasar pendidikan bermula dari Penyata Razak dan Rahman Talib hingga kini berjaya membebaskan diri rakyat daripada belenggu kejahilan kepada masyarakat moden.

Beberapa dasar negara telah diperkenalkan seperti Dasar Pandang ke Timur, Dasar Perindustrian, Dasar Pensyarikatan dan Wawasan 2020 telah menjadikan Malaysia negara maju. Kemerdekaan menjadikan kita bangsa yang merdeka dan berdaulat serta bebas menyusun hala tuju sendiri. Kita bebas dari sudut ekonomi, politik, ketenteraan, budaya dan agama. Bebas dalam erti kata mengikut acuan dan kemahuan kita untuk membentuk jati diri bangsa Malaysia yang berdaulat.

Menyelami erti kemerdekaan dengan menyusuri lembaran sejarah bangsa akan menyedarkan seluruh rakyat betapa perjuangan kemerdekaan tidak pernah terhenti. Seharusnya kegemilangan ini menjadi pemangkin kepada generasi baru negara untuk meneruskan kecemerlangan yang telah dicapai. Pengorbanan generasi terdahulu perlu menjadi inspirasi untuk kita terus berusaha gigih menjadi bangsa yang maju dan moden.

Selamat menyambut hari kemerdekaan.

1 Malaysia menjana Tranformasi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...