Nuff Head

Najib For PM

Najib Razak merupakan PM yang paling banyak membawa Transformasi dan menyentuh segenap lapisan masyarakat

Suara 1Sarawak

Selamat Datang Semoga Kehadiran Anda Penuh Makna

Memaparkan catatan dengan label rogol. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label rogol. Papar semua catatan

07 Januari 2011

Eksklusif - Pendedahan Oleh Amah Kepada VVIP Yang Difitnah!


Hari ini blogger nyamuk mendedahkan kes sebenar disebalik isu amah yang dirogol oleh VVIP. Banyak juga yang menjadi blogger nyamuk sekarang ini! Kononnya blogger nyamuk ini mendapat temubual eksklusif mengenai isu di atas?

Siap dengan video dan pengakuan seorang amah mengenai tingkah laku semasa kes rogol tengah hangat di alam maya.

Ada juga desas-desus yang mengatakan FITNAH ini sengaja diolah untuk menutup isu kes ADUN yang ditangkap di dalam keretapi.

Semoga dengan adanya kebenaran maka fitnah amah dirogol yang mengaitkan seorang VVIP akan terungkai dan kebenaran akan kembali kepada kisah di dalam KTM!?

Marilah ikuti analisa FITNAH yang disingkap oleh blogger nyamuk 'PAPAGOMO'. Benarkah Ahli Kelab Penyokong PAS mengolah FITNAH ini untuk menghangatkan keadaan dalam menghadapi PRK Tenang di penghujung bulan Januari 2011 kelak?

06 Januari 2011

Rais Yatim Difitnah!!? Angkara Siapa!!?

Kalau Sarawak Report boleh hasilkan dokumen palsu inikan pula wikileaks?  Menangguk di air yang keruh adalah perkara yang jarang dilakukan cuma untuk kepentingan individu yang mempunyai niat yang tidak elok!!

Adalah mustahil bagi seorang yang berwibawa seperti Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim untuk melakukan perkara yang keji disisi Allah.  Semoga orang yang menabur domba dan FITNAH ini segera bertaubat.  Bak kata pepatah, siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama mencuri.  


Silalah ikuti petikan dibawah untuk menjelaskan isu yang cuba memburukkan Barisan Nasional menjelang Pilihan Raya kelak.

RAIS YATIM NAFI DAKWAAN TUDUHAN PERKOSA AMAH INDONESIA

Isu berkaitan dakwaan rogol oleh amah terhadap majikannya yang juga seorang menteri telah hangat diperkatakan susulan dakwaan amah tersebut kepada pertubuhan Migrant Care di Indonesia melalui adiknya. Apakah benar dakwaan sedemikian atau ianya sengaja diadakan bagi tujuan memburukkan menteri berkenaan? 
Gambar hiasan
Ketika ramai bloggers alam maya bercerita mengenai isu ini, dan tidak kurang juga yang menambah cerita ini maka semakin kusut cerita sebenar. Ini kerana, manusia dan pembaca hanya akan membaca cerita pada pangkal akhir sahaja dan pastinya cerita itu telah ditokok tambah dan dikemaskini dengan pelbagai cerita tambahan yang palsu.

Pelbagai tuduhan telah dilemparkan kepada yang dituduh walaupun belum ada lagi kenyataan balas daripada yang dituduh sama ada kejadian itu benar atau tidak. Sebagai manusia yang berpegang kepada prinsip dan logik akal, sekiranya perbuatan itu benar maka nescaya tertuduh akan mengambil tindakan drastik seperti meletak jawatan atau membuat pengakuan. Namun, sekiranya tertuduh itu tidak bersalah maka nescaya tertuduh itu akan membuat penjelasan dan keterangan berhubung dakwaan itu sama sekali tidak berasas dan palsu. Berani kerana benar dan takut kerana salah.

Tindakan AMK melalui ketuanya Shamsul Iskandar telah mendesak menteri yang dikaitkan dengan dakwaan merogol pembantu rumah itu segera menafikannya sekiranya dakwaan tersebut tidak benar. Difahamkan, AMK akan menghantar exconya untuk misi mendapatkan maklumat mengenai dakwaan itu dengan mengunjungi Migrant Care dan Kedutaan Indonesia bagi mendapatkan fakta sebenar mengenai kejadian tersebut.

Bagaimanapun, semua tuduhan yang dilemparkan ke atas menteri tersebut telah diperjelaskan dalam kenyataan media yang dibuat sebentar tadi.

"Saya nafikan dakwaan berkenaan, sama ada mengenai pemerkosaan mana-mana individu empat tahun lalu (2007) atau dakwaan lain yang ditimbulkan oleh blogger di Internet ataupun entiti politik.”

Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim, 
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan

Beliau menyifatkan dakwaan itu sebagai ‘tuduhan liar’ terhadapnya di dalam blog mahupun pembangkang yang penuh dengan kenyataan fitnah dan penipuan jahat.

FITNAH terhadap menteri berhubung tuduhan merogol bukanlah isu luar biasa yang diterima dan kedengaran di Malaysia. Sebelum ini, isu mengaitkan pembunuhan Altantuya dengan Perdana Menteri dilihat sebagai suatu FITNAH yang tersangat besar walaupun telah beberapa kali tindakan dilakukan bagi membersihkan FITNAH tersebut daripada penyebar dan pembuat fitnah. Terbaru, ahli yang juga wakil rakyat pembangkang sanggup merendahkan martabat Sultan dengan mengecam tindakan Sultan berikutan calon lantikan dan pilihan Sultan tidak diterima Kerajaan Negeri Selangor.

Setiap tuduhan hendaklah disertakan dengan bukti yang jelas dan terang, dan bukan hanya menuduh hanya dengan semborono. Jika tiada, maka ia sekadar tuduhan dan menjahanamkan lagi sistem keadilan negara seperti yang telah dilakukan pembangkang.

Sebelum ini, ramai bloggers pembangkang dan ahli-ahli pembangkang membuat kenyataan yang palsu dan sengaja diadakan dengan niat memburukkan pemimpin itu. Kenyataan yang dibuat beliau tadi pastinya membuka mata penyebar fitnah dan pemimpin pembangkang yang telah meletakkan kesalahan itu terus kepada menteri disebabkan menteri tidak menafikan dengan membuat kenyataan akhbar.

19 Ogos 2010

Jadi terkenal kerana marahkan perogol

LINCOLN, Amerika Syarikat - Seorang abang mangsa rogol di Alabama, Antoine Dodson tidak menyangka apabila barisan ayat yang diucapkan ketika ditemu ramah oleh stesen televisyen menjadi sensasi dan popular di laman YouTube, lapor sebuah akhbar semalam.

Baris-baris ayat yang diucapkan Dodson, 24, itu diubah menjadi lagu berjudul Bed Intruder oleh sebuah band muzik, The Gregory Brothers dari New York, yang mengisahkan amaran lelaki itu kepada penjenayah yang merogol adiknya.

Lagu itu telah dimuat turun 30 juta kali menyebabkan kumpulan muzik tersebut membahagikan separuh daripada hasil jualan menerusi talian kepada Dodson yang dirujuk sebagai penulis bersama untuk lagu berkenaan.

Populariti klip video lagu itu menyebabkan Dodson menerima tawaran pengiklanan daripada gergasi komputer ternama Apple selain firma-firma pengiklanan lain di samping dia sendiri popular di Facebook dan Twitter.

Namun, suspek yang merogol adiknya masih lagi bebas. - Agensi

source:  http://www.kosmo.com.my

26 Julai 2010

SUKAHAM patut ambil inisiatif sendiri tentang isu kaum Penan

KUCHING: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) seharusnya mengambil inisiatif untuk menyiasat sendiri dakwaan wanita dan gadis Penan dirogol tanpa perlu menunggu laporan rasmi dikeluarkan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Lintang, Voon Lee Shan berkata kenyataannya sekarang kes itu kini menjadi isu hangat di kalangan termasuk Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR), menunjukkan suruhanjaya itu perlu bertindak.

“SUHAKAM mesti menyiasat dan tidak perlu menunggu laporan rasmi kerana berita-berita ini hangat diperkatakan dan dibangkitkan di Parlimen sebelum ini,” katanya mengenai kes rogol terbaru membabitkan gadis dan wanita kaum berkenaan.

Jumaat lepas Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaluddin membuat laporan polis di Balai Polis Satok. Dalam konteks itu Zuraida bertindak selaku presiden Institut Penyelidikan Pembangunan dan Kemajuan Wanita (WIRDA) dan Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Sebelum membuat laporan polis, beliau dan rombongannya yang turut disertai ADUN Pending (DAP) Violet Yong, Ketua Wanita PKR Sarawak, Ibi Unding dan timbalannya Nurhanim Mokshen mengadakan dialog dengan polis hampir sejam.

Sejurus selepas sesi dialog itu Ketua Jabatan Siasatan Jenayah SAC II Huzir Muhamed berkata beliau gembira dengan hasil dialog itu kerana pada pandangannya, pemimpin-pemimpin pembangkang berpuas hati dengan penjelasan mengenai usaha polis menyelesaikan isu tersebut.

Beliau turut mendedahkan bahawa polis telah menghantar kumpulan penyiasatnya ke Ulu Baram untuk mendapatkan maklumat daripada mangsa berdasarkan maklumat daripada sebuah buku “A Wider Context Of Sexual Exploitation Of Penan Women and Girls in Middle and Ulu Baram Sarawak”.

“Kita telah menghantar orang kita untuk bertemu dengan mangsa di Ulu Baram selepas kami (polis) sendiri membuat laporan polis bagi membolehkan kami memulakan siasatan awal setelah buku tersebut melaporkan insiden berkenaan, tetapi kami tidak dapat bertemu dengan mangsa,” jelasnya kepada pemberita.

Voon yang juga bekas pegawai polis, turut menggesa Suhakam membuat siasatan berhubung dakwaan mengatakkan polis kurang efisien (terhadap kes berkenaan).

08 Julai 2010

Tiada laporan wanita Penan dirogol

Tidak timbul soal pihak polis cuba sembunyikan fakta sebenar

KUCHING: Tiada satu pun laporan diterima oleh pihak polis berhubung kes rogol yang melibatkan tujuh wanita Penan seperti yang disiarkan dalam akhbar semalam, kata Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohmad Salleh.

Menurutnya juga, tidak timbul soal pihak polis cuba menyembunyikan fakta sebenar berkaitan kes tersebut.

“Kalau ada benda ni berlaku, datang jumpa kami untuk membuat laporan dan kami akan siasat… saya rasa tak timbul isu polis nak menyembunyikan fakta.

“Setakat ini 10.50 pagi (semalam), satu laporan pun kita tak terima berkaitan dengan masalah orang Penan yang dirogol… setakat ni saya tak dimaklum satu kes pun berkaitan dengan orang Penan dirogol,” jelas Mohmad.

Beliau berkata demikian ketika ditemui setelah selesai Majlis Perhimpunan Bulanan Agensi-agensi Persekutuan di sini, semalam.

Di samping itu, Mohmad turut meluahkan rasa kesal kerana laporan yang sepatutnya dilaporkan kepada pihak polis tidak dibuat mengikut saluran yang sepatutnya.

“Kita bercakap mengenai mekanisme polis untuk menjalankan siasatan. “Jadi, kalau ada benda ni berlaku, datang ke balai polis untuk membuat laporan supaya kami senang siasat.

“Bukannya melalui penyerahan memorandum di bangunan Parlimen yang hendak menggambarkan pasukan polis tidak cekap,” jelasnya.

Menurut Mohmad, beliau tidak mahu kes yang sama berlaku pada tahun 2008 yang turut melibatkan kes rogol wanita Penan.

Menurutnya untuk kes rogol tersebut, pihaknya membuat siasatan ke atas laporan yang dibuat oleh pihaknya sendiri melalui maklumat laporan pertama berdasarkan laporan akhbar.

“Jadi kami tidak mahu kali kedua berlaku macam ni. Kalau betul ada (kes rogol), datang buat laporan dan kami akan siasat. “Kali ini kami minta mangsa tampil ke hadapan untuk membuat laporan,” tegas Mohmad.

Akhbar semalam melaporkan dakwaan rogol terhadap tujuh wanita Penan oleh pembalak di Baram baru-baru ini dan laporan tersebut dikemukakan oleh 36 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kepada Parlimen kelmarin.

04 Jun 2010

4 warga Indonesia, merompak dan perkosa depan suami serta anak

LEDANG: Sekumpulan empat perompak warga Indonesia boleh diumpama iblis berupa manusia apabila mereka bukan saja seronok melihat lima sekeluarga diikat dan dipukul dalam rompakan bersenjata, malah ketawa ketika seorang daripada mereka merogol isteri mangsa di depan anak dan suaminya. 

Malah, empat lelaki itu berani melakukan perbuatan terkutuk itu tanpa menggunakan topeng muka ketika merompak keluarga suspek di Bukit Gambir, Selasa lalu.

Kejadian kejam itu bermula kira-kira jam 3 pagi ketika pasangan suami isteri berusia 40-an dan anak mereka berusia lapan hingga 17 tahun tidur nyenyak.



Difahamkan, empat penjenayah ‘iblis’ itu menceroboh masuk rumah mangsa dengan memecahkan pintu belakang sebelum mengejutkan penghuni rumah terbabit.

Menurut sumber, suspek memasuki dua bilik dalam rumah itu sebelum mengacukan parang kepada mangsa lelaki dan mengikat tangannya bersama isteri dan seorang anak.

“Dua lagi anak yang tinggal di bilik berasingan tidak diikat tangan, tetapi diarah tidak melakukan tindakan bodoh yang boleh mengancam nyawa mereka.

“Mangsa lelaki itu dipukul keempat-empat suspek supaya memberitahu tempat dia menyimpan barangan kemas dan wang tunai,” katanya.

Sumber itu berkata, mangsa yang takut menyerahkan barangan kemas termasuk rantai, cincin dan telefon bimbit dianggarkan bernilai RM3,000.

Bukan itu saja, penjenayah terbabit turut merampas wang RM1,300 milik mangsa.

Malangnya, derita suami itu tidak berakhir di situ apabila dia berulang kali dipukul keempat-empat perompak yang menuntutnya mendedahkan tempat barangan kemas lain disembunyikan.

“Mangsa hanya mampu memberitahu tiada lagi barangan berharga mahupun wang tunai disembunyikan dalam rumah,” katanya.

source: metro

22 Mei 2010

Remaja lari dari rumah dirogol kekasih

KUALA LUMPUR: Pengorbanan cinta seorang gadis berusia 15 tahun yang sanggup menempuh perjalanan dari utara tanah air hingga ke ibu kota untuk menemui kekasih hati bertukar menjadi satu mimpi ngeri buat dirinya apabila dia dijadikan mangsa pemuas nafsu teman lelakinya itu.

Malah, perbuatan keji terbabit turut dirakam teman lelakinya itu sebelum dia mengugut akan mengedarkan gambar bogel berkenaan membuatkan mangsa mula gelisah.

Bagaimanapun, mangsa yang tidak keruan itu akhirnya cuba melarikan diri sebelum ditemui anggota polis yang kebetulan membuat rondaan di kawasan Ulu Klang, Ampang sebelum pemeriksaan mendapati dia pernah dilaporkan hilang oleh ahli keluarganya di Perlis sejak tiga bulan lalu.

Menurut sumber, selepas siasatan dilakukan, gadis berkenaan mendakwa sepanjang tempoh dia menghilangkan diri itu, dia sebenarnya mengikut teman lelakinya itu.

“Gadis berkenaan turut memberitahu yang sepanjang tempoh itu, dia menjadi mangsa pemuas nafsu lelaki berkenaan dan akhirnya mula menyesali perbuatan itu. 

Source: metro
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...