Nuff Head

Najib For PM

Najib Razak merupakan PM yang paling banyak membawa Transformasi dan menyentuh segenap lapisan masyarakat

Suara 1Sarawak

Selamat Datang Semoga Kehadiran Anda Penuh Makna

Memaparkan catatan dengan label Malaysia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Malaysia. Papar semua catatan

15 Mac 2011

Alkitab dalam Bahasa Melayu untuk siapa?????


Kenapakah penahanan Alkitab menjadi satu isu hangat kepada Paderi di Sarawak.Dan baru baru ini pihak PR juga telah menyerang KDN berikutan penahanan tersebut. Baru Bian dengan mulut lancang juga telah melabelkan PM sebagai tidak menghormati hak kebebasan beragama.Malahan puak-pauk dari PAS juga tumpang sekaki mendesak kerajaan supaya lepaskan alkitab.

sila lihat sini

kita ada undang-undang, ikutlah undang-undang, jangan jadi seperti ayam dan itik bercakap. ini bab agama, silap haribulan boleh terkeluar aqidah dibuatnya. orang yang tinggi ilmu agamanya malah tak tinggal sembahyang pun belum tentu matinya akan masuk ke syurga. sudahlah kehidupan seharian kita didunia dipenuhi dosa dan noda.Janganlah nanti sampai di yau mil-masyar kita muflis dengan pahala. Nauuzubillah.. ingat-ingatlah akhirat...macam senikata lagu taubat..tu?.

Kalau ia pun nak alkitab di lepaskan biar lah KDN siapkan siasatan.Dimanakah letaknya sifat kesabaran yang diajar…..

Persoalan yang berlalu di fikiran ki

Apakah agenda disebalik penulisan alkitab dalam bahasa Melayu? Apakah ia akan diedarkan dikalangan orang Cina, India dan lain-lain bangsa kecuali orang Melayu? Adakah bangsa-bangsa asing yang beragama Kristian akan membaca alkitab dalam bahasa melayu? Sedangkan akhbar dan buku novel melayu berapa ramai dari puak ini yang baca?Manakala berapa ramaikah di kalangan mereka ini yang menonton drama melayu?

12 Mac 2011

Persoalan yang patut difikirkan selepas PRK yang lalu.

Kemenangan Barisan Nasional (UMNO) dalam Pilihanraya Kecil Kerdau dan Merlimau memberikan enam jawapan kepada enam soalan. Inilah soalan-soalan yang dimaksudkan.

Pertama, adakah secara keseluruhannya Pakatan Rakyat kuat?
Kedua, adakah peristiwa kejatuhan pemerintah di tempat lain memberikan kesan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN)?
Ketiga, adakah konsep 1Malaysia kian diterima?
Keempat, adakah cara dan gaya Pas berhujah berupaya mempengaruhi fikiran orang Melayu di Malaysia? Kelima, Adakah Ummi Hafilda mempunyai kekuatan untuk mempengaruhi keputusan pilihan raya?
Keenam, adakah Datuk Seri Anwar Ibrahim disokong secara meluas rakyat Malaysia?

Pakatan Rakyat memang pakatan yang ganjil kerana Pas dan DAP amat berbeza. Namun, selama ini, atas kehebatan dan kekuatan pengaruh Anwar, perbezaan antara Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Karpal Singh dapat disembunyikan di bawah karpet. Bahkan, beberapa kali tokoh Pas mengatakan mereka tetap berjuang untuk penubuhan Negara Islam, dan tokoh DAP mengatakan sikap berlawanan. DAP menyatakan bahawa asas perjuangan mereka ialah amalan pentadbiran sekular. Namun kedua-dua kumpulan ini (Pas dan DAP) tetap memaparkan kesungguhan untuk bersatu padu.

Saya fikir, soalan pertama berjawab dengan kata-kata ini: Bahawa rakyat tidak rela untuk terus terkeliru dengan permainan kata-kata. Rakyat mahu mendengar pemimpin menyatakan perbezaan mutlak dan persamaan yang ketara antara serigala dengan kuda, bukan soal kemungkinan kerjasama antara kedua-duanya. Keputusan pilihan raya kecil di Merlimau dan Kerdau menyatakan, Pakatan Rakyat tidak kuat dalam menyatakan mereka dapat bekerjasama. Beberapa minggu terakhir ini, kisah kemaraan rakyat melawan pemerintah heboh diperkatakan. Sejumlah tulisan bersifat menyindir kerajaan BN – siap dengan pelukisan watak – dikemukakan. Secara analogi, simbolik dan simile, kejatuhan kerajaan yang diperintah tokoh-tokoh hebat itu dianggap sebagai tanda peristiwa yang sama akan berlaku di Malaysia. Jika peristiwa sama tidak berlaku, maka dikatakan rakyat Malaysia kurang berani. Pembicara tertentu kelihatan amat risau, kononnya rakyat Malaysia kurang kritis, atau tidak analitis.

Untuk menjawab soalan kedua itu, dapat kita katakan bahawa peristiwa di tempat lain tidak sesuai dijadikan analogi, lambang dan persamaan dengan apa-apa berlaku di sini. Kerajaan di dunia tertubuh dan berkembang dengan cara berbeza-beza. Apa yang sama tentulah tuntutan asas kehidupan, iaitu makan minum, tempat tinggal dan lain-lain seumpamanya. Jika tuntutan asas itu tidak tertunaikan, maka rakyat bangkit menuntut hak. Di Malaysia kini, tokoh politik kerajaan dan tokoh politik pembangkang, masing-masing mahu memperlihatkan keupayaan menyediakan kecukupan asas bagi rakyat. Dalam hal kenaikan harga minyak (dan harga barang lain), pembangkang amat cepat menyampaikan komentar dan serangan setiap kali harga naik, tetapi secara berterusan pihak kerajaan memberikan justifikasi.

Pembicara politik juga pelbagai. Ada berbicara dengan cukup baik, membayangkan peristiwa di luar adalah tanda kejatuhan kerajaan di sini. Ada pula lebih cenderung untuk berhati-hati bagi melihat setiap sudut secara rapi dan rinci.

Konsep 1Malaysia bukanlah yang betul-betul baru. Memang slogan itu dianggap milik Perdana Menteri kini, tetapi kita tidak dapat mengatakan Tunku Abdul Rahman tidak mengamalkan 1Malaysia. Penegasan ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ juga demikian. Konsep ini adalah baik untuk semua negara. Ertinya jika negara itu bernama Damibia, maka bolehlah dislogankan ‘1Damibia: Rakyat didahulukan …’ (Damibia ialah negara rekaan dalam novel The General is Up, karya Peter Nazareth). Oleh itu, apabila ada pihak mengaitkan 1Malaysia dengan slogan negara lain, secara kasarnya dapat kita katakan “itu biasa saja”.

Slogan 1Malaysia, biarpun bukan baru, sikit banyak memberikan kesan. Sama seperti ‘Bersih, Cekap, Amanah’, ‘Cemerlang, Gemilang, Terbilang’ dan ada yang lain lagi, ‘1Malaysia’ dapat menghidupkan perbincangan tentang arah tuju negara. Jika pembangkang mengambil alih pemerintahan, mereka pastinya akan mengemukakan slogan lain, misalnya ‘Masyarakat Madani’. Kesemua itu baik-baik belaka. Janganlah kita memperlekeh slogan ‘Membangun Bersama Islam’ misalnya, kerana itu juga membawa makna yang jauh, jika dikupas.

Cara pemimpin Pas berhujah, terutama dalam menyatakan dua hal adalah sukar diterima umum. Kedua-dua hal itu ialah: pertama, keazaman untuk menubuhkan Negara Islam, atau sekurang-kurangnya untuk menjadikan Islam sebagai dominasi, dan kedua, keputusan untuk bersatu padu dengan dengan DAP. Maksud saya, kedua-dua perkara di atas adalah berkonflik antara satu dengan lain.

Melalui keputusan pilihan raya kecil ini, pengundi di kedua-dua kawasan mahu menyatakan hujah Pas tentang hal di atas amat menyulitkan fikiran. Pas selalu mengatakan, tuntutan Islam dalam pemerintahan akan dilaksanakan, dan pada masa sama, hasrat DAP juga akan ditunaikan. DAP sendiri agak jelas, kerana mereka mengatakan segi-segi keadilan dan kebajikan dianjurkan Pas akan diterima baik, dan ini disertai keengganan seratus peratus jika negara Islam mahu ditubuhkan.

Pas mempunyai banyak hujah, dan sejumlahnya diterima baik oleh orang Melayu dan bukan Melayu, namun dalam hal yang satu itu Pas belum menyatakan hujah betul-betul diterima rakyat umum, dan direstui DAP. Pembicara politik kebanyakannya tahu tentang kandungan pemikiran Pas, cuma masing-masing merasakan sikap berterus-terang adalah lebih baik daripada sikap menunggu masa. Kesimpulannya, Pas pasti dapat bertahan dengan keseluruhan cara dan gayanya, cuma parti itu rumit dalam menghadapi kaedah politik DAP yang tidak kurang pengalamannya.

Di sana sini orang berbicara tentang kemunculan semula Ummi Hafilda. Jarang sekali kita mendengar kupasan objektif tentang kehadiran adik Azmin Ali yang hebat ini. Agak aneh, mereka yang mengakui Azmin hebat, berhasrat melupakan saja bahawa dalam satu keluarga mungkin muncul dua atau lebih tokoh hebat.

Dalam keluarga Tun Dr Mahathir Mohammad, muncul anak Mahathir, dalam keluarga Datuk Pairin Kitingan, muncul adik Pairin, dalam keluarga Anwar muncul isteri dan anaknya, dan akhir-akhir ini kita dengar berita dalam keluarga Tan Sri Khir Johari, muncul anaknya menyertai DAP. Di luar negara pula, dalam keluarga George Bush, muncul anak, dalam keluarga Clinton, muncul isteri. Jadi, adakah aneh dalam keluarga Azmin, muncul adiknya, Ummi Hafilda? Mereka muncul tidak semestinya sejalan. Itulah politik. Ummi Hafilda menjelaskan alasan kemunculannya, jadi saya kira terimalah alasan itu. Orang lain mereka-reka alasan. Baik di kedai kopi, mahupun di atas pentas, alasan boleh direka-reka orang. Dalam politik, selalunya yang direka-reka itulah disukai. Alasan direka-reka itu, misalnya kemunculan seseorang adalah atas alasan ‘dibayar’, adalah khabar angin atau hearsay sahaja. (Sejauh ini, seperti telah saya bicarakan dalam tulisan lepas, banyak sekali anggapan atau tuduhan: yang masuk parti, atau keluar parti adalah dibayar.)

Dalam hal ‘reka-reka alasan ini’, saya teringat akan kata-kata Ustaz Abu Bakar Hamzah, “Kita kurang tahu tentang kita, orang lain lebih tahu tentang kita.’

Ummi Hafilda muncul dengan wajah dan pertuturan meyakinkan. Kita hendaklah memberikan peluang luas kepada beliau, seperti mana kita berikan peluang kepada sesiapa berhasrat memaparkan inti perjuangan masing-masing. Ertinya, kita jangan menolak kehadiran Ummi Hafilda, sepertimana kita tidak akan menolak kehadiran Bob Lokman dalam kawasan Pas. Gaya bahasa, pertuturan, kandungan ucapan, hendaklah kita tinjau dengan saksama. Jika pemidato itu melakukan kesalahan dalam menyatakan kandungan ucapannya, pihak yang terkena pasti akan mengambil tindakan undang-undang.

Akhir sekali, kita tinjau populariti Anwar. Kita dapati, oleh sebab beliau masih berupaya melanjutkan cara pidato dekad 1970an, beliau masih diterima baik. Mungkin agak besar jumlah orang yang seusia dengannya sudah meninggalkannya, namun beliau masih bertenaga bersama-sama orang muda. Kelebihan Anwar jarang ada pada tokoh lain. Walau bagaimanapun, pengundi di kawasan-kawasan pilihan raya kecil yang kita jadikan fokus ini tampaknya tidak mengambil kira hujah Anwar. Kehadiran mereka dalam mana-mana majlis pidato Anwar adalah hal lain, pemberian undi adalah hak pengundi.

Fikir-fikirkan...

sumber dari sinar harian.

11 Mac 2011

Terkini !!!Video gempa bumi di Jepun yang mengakibatkan Tsunami

Sumber dar BBC News ..

11-3-2011-Satu  gempa bumi besar telah mengegarkan Jepun timur laut mencetuskan tsunami yang telah menyebabkan kerosakan yang besar..pukul 2:30 petang waktu Malaysia.
TV Jepun menunjukkan kereta, kapal dan bahkan bangunan hampir ranap di Wilayah Fukushima, setelah gempa berkekuatan 8,9.

Para pegawai mengatakan gelombang setinggi 6m (20ft) boleh menyerang pantai.

Gempa melanda sekitar 250 batu (400 km) dari Tokyo pada kedalaman 20 kilometer, menggoncang bangunan di ibu kota selama beberapa minit.






Semoga rakyat Malaysia yang berada di tempat kejadian selamat.

18 Februari 2011

Kisah 3 Melayu Kaya Di Malaysia

Kalau kita kaya...kita nak beli blog ni!!


Minggu ini semua tengah panas nak tahu kisah Melayu kaya di Malaysia.  Mereka ini tersohor dan tergolong dalam senarai billionaire Malaysia. Malaysiakini yang memetik sumbernya daripada News Straits Times turut meriuhkan suasana kerana terkejut ada juga Melayu yang kaya dan mampu bersaing dengan bangsa lain.  

MP pun membuat analisa lagi untuk mengetahui senarai 40 orang kaya di Malaysia.  Korek punya korek maka dapatlah mempamerkan senarai di bawah untuk makluman bersama. Kredit kepada altiusdirectory.com


Dalam banyak nama-nama ni teringin juga nak tengok kalau Pehin Sri tersenarai dalam list orang kaya ni?!!  Tetapi alangkah malangnya hasrat hati tidak kesampaian.  

Begitu bahlol dan banganglah orang yang percaya Sarawakerepot yang menyatakan harta Pehin Sri berbilion-bilion?!!! Kenapa beliau tidak tersenarai sebagai orang kaya di Malaysia?!!!  Sungguh jelas bahawa Sarawakerepot pun kaki kelentong?!!  Kononnya mereka diupah oleh Majlis Tertinggi PKR untuk menghancurkan Ketua Menteri Sarawak!!????

Memanglah Parti Kelentong Rakyat suka menipu dan berbohong!!!??  Kalau dahulu mereka percaya Anwar Ibrahim mampu ke Putrajaya dan menakluk kerusi Perdana Menteri ??!!  Tapi sampai sekarang mereka masih ditipu dan suka mendengar orang yang menipu.  Agaknya budaya tipu-menipu dan bohong-membohongi sudah menjadi lumrah hidup mereka.  Mahkamah pun boleh mereka tipu inikan pulak rakyat jelata??

Kononnya nak turunkan harga minyak dan barang??!!! Itu pun tipu!! Semua ini adalah agenda PKR nak menang kerusi di Sarawak dan disusun sehingga ke Parlimen?!!

Nak menang di Sarawak kenalah tipu penuh dramatik sedikit!!!  Upah orang untuk buat dokumen palsu dan kaitkan dengan Pengerusi BN Negeri Sarawak terus!!!  Setakat teknik  buta IT macam itu, memang semua orang boleh buat!  Tetapi dalam banyak-banyak orang, orang PKR ini juga memang mudah dan suka ditipu!!!??  Tambahan pula mereka  ini suka  dan kuat berangan-angan untuk menjadi juara apabila PKR menang di Sarawak?!!!

Ada juga yang tengah berangan-angan kononnya 10 kerusi boleh dimenangi oleh Pakatan Rakyat sekiranya tarikh pilihan raya diisytiharkan dalam masa yang terdekat?!!!  Kerusi mamak atau kerusi old town kot?!!!

Sudahlah wahai PKR kembalilah ke alam nyata!!! Anwar dan PKR tidak akan menang walau satu kerusi pun selagi asyik nak menipu rakyat dengan auta dan grafik murahan!!!??


Hanya 3 Melayu Antara Yang Terkaya di Malaysia

Posted malaysiakini Feb 16, 11 2:43pm

Jumlah kekayaan terkumpul 40 individu terkaya di Malaysia meningkat 30 peratus disebabkan oleh pasaran saham yang aktif dan pengembangan ekonomi negara, lapor majalah perniagaan
Malaysian Business.

azlanMenurut majalah terbitan 16 Februari itu, jumlah kekayaan terkumpul mereka pada 21 Januari tahun ini RM206.27 bilion berbanding RM156.7 bilion setahun lalu.

Peningkatan itu selaras dengan kenaikan 20 peratus di FBM KLCI.

Jumlah bilionaire bagi tahun ini juga meningkat iaitu 27 orang - lima lebih ramai berbanding tahun lalu.

Daripada 20 individu terkaya itu, hanya tiga adalah golongan bumiputera.

mokhzani mahathirMereka adalah Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary dari Yayasan Albukhary Foundation yang menerajui Kumpulan DRB-Hicom. Beliau menduduki tangga ketujuh dengan kekayaan RM8.84 bilion.

Di tangga kesebelas adalah Tan Sri Azman Hashim daripada Kumpulan Arab-Malaysian dengan kekayaan RM3.9 bilion manakala anak mantan perdana menteri, Datuk Mokhzani Mahathir (kanan) dari Kenchana Petroleum di tangga ke-19 dengan RM1.6 bilion.

Terus mendahului senarai itu adalah Tan Sri Robert Kuok, dengan kekayaan RM50.04 bilion manakala Tan Sri T Ananda Krishnan di tangga kedua dengan RM45.78 bilion.

Tan Sri Teh Hong Piow dari Public Bank pula naik ke tangga ketiga dengan kekayaan diramalkan pada RM12.77 bilion. Tempat keempat adalah pemilik IOI Corporation Bhd - Tan Sri Lee Shin Cheng dengan kekayaan RM12.74 bilion.

Kedudukan Tan Sri Lim Kok Thay dari Kumpulan Genting kekal pada tangga kelima pada nilai RM10.89 bilion manakala pemilik Kumpulan Hong Leong - Tan Sri Quek Leng Chan menduduki tangga keenam pada RM10.75 bilion.

03 Februari 2011

GONG XI FA CHAI | Selamat Tahun Baru Cina 2011

MELANAU BLOGGER™ Mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina buat keluarga yang dikasihi, saudara-mara serta rakan-rakan.


新年快乐

过年好

恭喜发财

兔年吉祥

Happy New Year, I wish You Great Prosperity.

Good Luck in the Year of the Rabbit!

02 Februari 2011

Bangsa Melayu dah berpecah belah....kata Tun Mahathir

Masa depan bangsa Melayu akan terus lemah dan malap sekiranya kaum Melayu terus berpecah hanya semata-mata fahaman politik yang berbeza, kata mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata bangsa Melayu kini dilihat berada dalam kedudukan yang lemah kerana sudah berpecah kepada tiga kumpulan politik iaitu UMNO, PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyebabkan agenda untuk memajukan masa depan mereka sukar dilaksanakan, walaupun kerajaan kini di bawah kepimpinan orang Melayu.


"Kita lihat sekarang Melayu lemah kerana sudah berpecah kepada tiga dan kerajaan yang dipimpin orang Melayu juga menjadi lemah dan tidak dapat bertegas dalam menyusun langkah dalam majukan masa depan kita.

"Ini keadaan sekarang dan tidak dapat tidak ia akan mempengaruhi masa depan kita," katanya ketika berucap pada wacana bersama Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai 'Bangsa Melayu dan Masa Depannya' di Memorial Tun Hussein Onn di sini, Ahad. Wacana itu, anjuran Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Wilayah Persekutuan, turut dihadiri Yang Dipertua Mubarak Wilayah Persekutuan Abdul Aziz Yassin, Setiausaha Mubarak Wilayah Persekutuan Datuk Abdul Rahman Sulaiman dan Duta Besar Malaysia ke Filipina Datuk Seri Dr Ibrahim Saad, yang bertindak sebagai moderator wacana.

Dr Mahathir berkata kali pertama perpaduan Melayu di negara ini teruji ialah apabila berlakunya perpecahan yang menyaksikan wujudnya PAS, sebagai parti serpihan UMNO.

"Tetapi kita masih mampu menguasai keadaan politik di dalam negara, tetapi sepertimana yang kita tahu, kemudiannya ramai daripada orang-orang yang kecewa (daripada UMNO) telah menubuhkan parti dan kita lihat serpihan-serpihan lain berlaku seperti Semangat 46 dan PKR," katanya.

"Masa kita miskin, lemah, tidak ada kedudukan, kita tahu hanya perpaduan yang akan memberi kita kekuatan. Tetapi hari ini, bila kita kaya sikit, ada yang perpendapat perpaduan tidak perlu lagi, kita lawan sesama kita," katanya.

Katanya ada juga orang Melayu yang sudah terlalu yakin mempunyai keupayaan untuk berdiri sendiri sehingga menolak sebarang usaha kerajaan termasuk menerusi Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diwujudkan untuk membantu mereka.

"Kita begitu sekali menganggap diri kita berkeupayaan, ada yang kata apa perlu 'identify' diri kita dengan Melayu, kita orang Malaysia, boleh tolak usaha untuk bantu kita. Kita hendak buang 'tongkat', hendak jalan atas kaki sendiri, tetapi kita tidak sedar kaki masih tempang," katanya.

Apa yang lebih menyedihkan, kata Dr Mahathir, ada orang Melayu yang terlalu asyik meminta sokongan kaum lain sehingga sanggup menyerahkan apa sahaja kepada kaum lain tanpa memikirkan implikasinya kemudian hari.

"Kalau bergantung kepada orang lain, lama-lama kita akan duduk di bawah perintah mereka, secara tidak langsung kita akan menjadi bangsa yang lemah kerana berpecah-belah.

"Walaupun dipilih untuk memerintah negara kita ini, sebenarnya kita tidak berkuasa kerana orang yang membantu kita akan desak supaya kita menghormati pendapat mereka, ini yang akan berlaku," kata Dr Mahathir yang berpendapat maju mundurnya bangsa Melayu terletak kepada diri orang Melayu itu sendiri.

Dalam pada itu Dr Mahathir yakin Malaysia akan selamat daripada kekuasaan asing sekiranya semua rakyatnya benar-benar memahami dan menerima konsep 1Malaysia atau 1bangsa yang diuar-uarkan kerajaan selama ini.

Untuk itu, katanya, kaum-kaum lain di Malaysia harus melupakan kaitan mereka dengan negara asing, sebaliknya menerapkan keyakinan bahawa mereka merupakan rakyat negara ini.

"Bila kita kata kita adalah orang yang ada kaitan dengan sebuah negara asing, maka itu adalah pengakuan kita adalah kaum pendatang. Jadi kita harus lupa negara mana kita datang. Jika ada yang masih anggap mereka datang dari negara lain, maka tidak akan dapat wujud satu bangsa Malaysia.

"Tetapi sehingga sekarang, tidak ada kesanggupan untuk mengakui mereka bangsa Malaysia...kita bukan mahu semua mengakui diri mereka sebagai Melayu tetapi sekurang-kurangnya sebagai warga Malaysia," katanya.

Menyentuh mengenai isu ketuanan Melayu, Dr Mahathir secara sinis berkata orang Melayu tidak perlu untuk terus mendakwa diri mereka sebagai 'Tuan' jika mereka sebenarnya hanya merupakan 'kuli' kepada orang lain.

Menurutnya kata-kata 'Takkan Melayu Hilang Di Dunia' perlu dinilai semula agar dapat ditentukan apakah generasi Melayu yang sebenarnya yang mahu dikekalkan.

"Kita harus tanya Melayu bagaimana yang kita tidak mahu hilang dari dunia ini...yang kita mahu ialah Melayu yang tidak hilang ialah Melayu yang gagah, kaya, ada ilmu, cekap dalam perniagaan, pengurusan dan sebagainya," katanya.

Sementara itu, menjawab kepada satu soalan mengenai bagaimana untuk menyatu-padukan orang Melayu yang sudah berpecah tiga, Dr Mahathir berkata:"Cara mudah, ketuk kepala (Datuk) Nik (Abdul) Aziz (Nik Mat) (Mursyidul Am PAS dan Menteri Besar Kelantan) dan (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) (Penasihat PKR) kerana penyakit itu semua datang daripada mereka".

Beliau juga menyifatkan usaha menyatu-padukan orang-orang Melayu itu menemui jalan buntu kerana tidak adanya keinginan daripada kedua-dua pemimpin berkenaan untuk ke arah itu.

"Niat mereka hanya untuk mendapat tempat. Anwar dengan dasarnya untuk sampai ke Putrajaya dan Nik Aziz adalah seorang opportunist. Tidak ada niat mereka ini untuk berkhidmat untuk agama, bangsa dan negara, itu yang susah hendak berbaik dengan mereka," katanya.

Dr Mahathir berkata dalam keadaan kepercayaan kepada Umno juga goyah, orang Melayu kini diletakkan dalam keadaan serba-salah untuk memilih parti yang boleh dipercayai, justeru menyifatkan kaum Melayu kini dalam "Malay Dilemma 2'.

-- BERNAMA

Benar apa yang di utarakan oleh Tun.Kita bangsa melayu, bangsa majoriti di Malaysia.Adakah kita tidak ambil iktibar di atas apa yang berlaku di zaman kerajaan melaka di mana ada segelintir rakyat melaka berpaling tadah telah membuka pintu untuk membenarkan portugis menyerang.Akibatnya melaka telah di jajah selama 100 tahun.

Mahukan kita, bangsa lain mengambil apa yang kita ada sekarang..Dimana letaknya tatasusila orang melayu dengan penuh sikap sopan santun,rendah diri,kuat berkerja........Dimana mereka?

Bulat Air Dik Pembentung, Bulat Kata Dik Muafakat.....

01 Februari 2011

Kohilan Pasang Strategi di Kaherah


Kerajaan Malaysia sudah bergerak ke Kaherah untuk menilai strategi yang akan diambil untuk memindahkan lebih 10 ribu orang pelajar Malaysia di sana.  Pasukan ini diketuai oleh Timbalan Menteri Luar A Kohilan.  Mereka akan mengenalpasti langkah yang terbaik untuk memindahkan rakyat Malaysia ke tempat yang selamat.

Di harap rakyat Malaysia semua selamat dan dapat dipindahkan segera.
 
Malaysia hantar pasukan menilai keperluan memindah rakyat Malaysia


Posted on February 1, 2011, Tuesday

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Luar A. Kohilan berlepas ke Kaherah malam tadi mengetuai sepasukan lima orang untuk menilai keadaan semasa di sana serta melihat keperluan memindah lebih 11,300 pelajar serta rakyat Malaysia, berikutan krisis politik dan hura-hara yang semakin memuncak di negara itu.


Kohilan berkata bergantung kepada keadaan, antara penilaian dan pilihan yang akan dibuat ialah mengenai sama ada pelajar dan rakyat Malaysia perlu dibawa keluar terus ke Malaysia mahupun dipindahkan ke negara berhampiran seperti Arab Saudi dan Libya.

Menurutnya antara pilihan yang akan dilihat ialah membawa atau memindahkan melalui jalan darat, laut dan udara, tetapi semuanya bergantung kepada keadaan di sana yang sentiasa berubah.

Berikutan perkembangan terbaru, beliau berkata kerajaan telah menaikkan tahap klasifikasi keselamatan yang sebelum ini kuning kepada oren kerana ‘situasi telah mula membahayakan rakyat Malaysia’.

“Jadi kita akan pergi ke sana dan melihat sama ada perlu membawa keluar pelajar-pelajar kita dan rakyat Malaysia atau mempunyai cara lain untuk terus memberi bantuan kepada mereka…kita akan lihat akan kesesuaian (pilihan yang ada)…kita boleh merancang macam macam cara tapi mungkin keadaan di sana agak lain sedikit,” katanya kepada pemberita di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar (IDFR), di sini, semalam.

Kohilan berkata pasukan tinjauan ini dianggotai oleh wakil dari Pejabat Perdana Menteri, Majlis Keselamatan Negara dan juga dari Kementerian Luar Negeri bagi menilai keadaan semasa sebelum sebarang pemindahan rakyat Malaysia dilakukan.


Katanya Majlis Keselamatan Negara telah mengadakan mesyuarat kali kedua membincangkan pemindahan pelajar Malaysia di Mesir berikutan keadaan yang semakin buruk akibat tunjuk perasaan besar-besaran rakyat menuntut pengunduran Presiden Hosni Mubarak.

“Adalah dinasihatkan supaya rakyat Malaysia menangguhkan perjalanan atau lawatan tidak penting ke Mesir. Rakyat Malaysia yang berada di Mesir juga dinasihatkan mematuhi arahan pihak berkuasa Mesir termasuk arahan perintah berkurung serta mengambil langkah-langkah keselamatan sewajarnnya seperti yang dimaklumkan kedutaan besar Malaysia di Kaherah,” kata Kohilan.

Menurut Kohilan, setakat ini sejumlah 11,319 pelajar Malaysia berdaftar dengan kedutaan Malaysia di Kaherah dan tidak menolak kemungkinan angka ini lebih besar lagi dan menambah kata bahawa setakat 12 tengah hari semalam, kesemua pelajar dan rakyat Malaysia dilaporkan selamat di negara itu.

Menjawab satu soalan, Kohilan menjelaskan bahawa misi ini hanya untuk menilai keadaan untuk keperluan pemindahan, serta memberi segala bantuan yang diperlukan dan memastikan keselamatan pelajar dan rakyat Malaysia dan tidak ada sebarang perjumpaan akan dilakukan dengan sebarang menteri negara Mesir.


Di KUALA TERENGGANU, pelajar Terengganu di bawah tajaan Yayasan Terengganu yang sedang belajar di beberapa tempat di Mesir, kini dalam keadaan selamat.


Pengarah Yayasan Terengganu Aziz Mamat berkata, pihaknya sentiasa berhubung dengan kedutaan bagi mengetahui keadaan pelajar dan perkembangan terbaru keadaan di negara itu.

“Ketua Penolong Pengarah YT Razali Mahmud telah dihantar ke Wisma Putera di Putrajaya bagi mendapatkan penjelasan lanjut tentang pelajar kita di sana,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi semalam.

Aziz berkata, terdapat kira-kira 233 pelajar tajaan Yayasan Terengganu yang sedang belajar dalam pelbagai jurusan di Mesir seperti di Mansurah, Iskandariah dan Kaherah.

Beliau berkata, semua pelajar dinasihatkan supaya tinggal di asrama dan jangan keluar dari kediaman masing-masing.

“Kita difahamkan laporan daripada Wisma Putera, pergolakan di Mesir kini sudah sampai ke tahap Oren dari Kuning. Apabila sampai ke tahap Merah, pelajar ini akan dibawa keluar dari negara itu,” katanya. — Bernama

22 Januari 2011

Terkini: Suasana Penamaan Calon PRK Tenang N5
















Hari ini adalah permulaan Pilihan Raya Kecil di Tenang. Beginilah suasana Hari Penamaan Calon di Tenang.  PAS dan BN masing-masing meletakkan calon yang paling berpotensi untuk menyaksikan pilihan rakyat semasa hari pengiraan undi kelak.  Adakah Tenang akan menghidupkan Barisan Nasional atau menggerhanakan bulan PAS di sana? 

Calon BN merupakan anak bekas DUN Tenang sendiri manakala PAS meletakkan calon bukan anak tempatan yang tinggalkan suami dan kahwin lain!!!




Pertandingan Satu Lawan Satu Antara BN Dan PAS Di Tenang

Posted Bernama, 22 January 2011.

LABIS, 22 Jan (Bernama) -- Pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang pada 30 Jan ini akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) dan PAS.

BN diwakili bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit, Batu Pahat Mohd Azahar Ibrahim, 39, manakala calon PAS Ketua Muslimat parti itu di Labis Normala Sudirman, 38.

Selepas tamat tempoh bantahan di akhir proses penamaan calon di Pejabat Majlis Daerah Labis di sini hari ini, Pegawai Pengurus Pilihan Raya Md Asri Amir mengumumkan nama kedua-dua calon itu pada 11.20 pagi.

Pengumuman itu disambut dengan sorakan bergemuruh oleh penyokong kedua-dua parti.

Mohd Azahar, merupakan calon pertama menyerahkan borang pencalonannya pada pukul 9.02 pagi dan Normala, menyerahkan borang pencalonan beliau pada 9.10 pagi.

Proses penamaan calon itu berjalan lancar tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini, walaupun parti-parti politik yang bertanding itu membawa bersama ribuan penyokong

Pilihan raya kecil DUN Tenang diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya Datuk Sulaiman Taha pada 17 Dis lepas akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis.

Sulaiman menewaskan calon PAS, Mohd Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi pada pilihan raya umum 2008.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 30 Jan ini sebagai tarikh pengundian.

Pilihan raya kecil DUN Tenang merupakan yang ke-14 berlangsung di seluruh negara selepas pilihan raya umum 2008, tetapi yang pertama di Johor.

Ketika ditemui pemberita kemudiaannya, Azahar berkata beliau dan jentera pilihan raya BN akan bekerja keras untuk meraih sokongan daripada seluruh penduduk kawasan DUN Tenang tidak mengira kaum bagi memenangi pilihan raya tersebut.

Ditanya mengenai pencalonan seorang wanita sebagai wakil PAS, beliau berkata: "Lelaki dan perempuan mempunyai kelebihan masing-masing."

Sementara itu, Normala pula berkata beliau percaya pengundi di DUN itu akan membuat perubahan dengan memilih beliau untuk kelangsungan masa depan mereka dan anak-anak.

"Saya sangat optimis dan berkeyakinan mandat itu akan diberikan dan saya percaya pengundi di DUN Tenang mampu membuat pilihan yang terbaik," katanya.

Sekiranya dipilih, beliau akan memastikan masalah rakyat akan diketengahkan pada persidangan DUN Johor untuk diselesaikan.

-- BERNAMA

21 Januari 2011

Terkini: Calon PAS Tenang Materialistik Sanggup Tinggalkan Suami Yang Ke -?

Alam maya kini bergolak dengan berita panas mengenai Calon PAS di Tenang.


Calon PAS di Tenang tidak disenangi oleh ahli PAS sendiri. Menurut salah satu sumber facebook yang telah dipantau kesahihannya?!!!  Cikgu Normala mengejar kekayaan duniawi sehingga sanggup meninggalkan suami untuk mengejar kekayaan??!!

Masalah Cikgu Normala lagi berat daripada materialistik tetapi menjauhi syurga dengan menderhakai suaminya?!!  Entah-entah suami yang ke berapa pulak ni???

Kenapakah PAS mengambil calon sedemikian di Tenang tanpa usul periksa? Adakah ini menandakan PAS memberi laluan mudah kepada Barisan Nasional di Tenang kelak?

Untuk mengetahui apakah kesudahan isu di Tenang sila ikuti link berikut.





19 Januari 2011

PAS Sambut Bola Tanggung BN di Tenang



Taipingmali melaporkan 


Awal-awal lagi BN telah mewar-warkan akan meletak calon wanita di PRK Tenang. Pas telah menyambut bola tanggung BN dengan meletakkan calon wanita Cikgu Normala Sudirman. seorang kaki tangan kerajaan yang belot dan tidak berterima kasih kepada majikannya. Hari ini BN telah memutuskan calon Dun Tenang seorang lelaki yang lebih hebat dariapada Pas. terkedu dan terkejut beruk Cikgu Normala setelah...


Anak bekas ADUN Tenang, Allahyarham Ibrahim Daud merupakan anak Jati Tenang untuk mempertahankan kubu Barisan Nasional di Tenang.  Seorang yang aktif dalam kegiatan dan pertubuhan belia tempatan.  

Darulehsantoday pula melaporkan 




Mohd Azhar bin Ibrahim, orang muda, berpendidikan dengan lulusan luar negara dan tokoh disegani di sekitar Labis menjadi calon pilihan BN. Apatah lagi bukan mudah, walaupun sekarang selesa sebagai ADO, dengan jawatan dan gaji yang baik, namun sanggup letak jawatan demi untuk rakyat Tenang, perjuangan demi agama, bangsa dan negara tetap didahulukan. Inilah semangat yang orang muda patut tunjukkan.. sirih pulang ke ganggang!!!

19 Januari, 2011 18:11 PM

Penolong Pegawai Daerah Mohd Azhar Ibrahim Calon BN Di Tenang

LABIS, 19 Jan (Bernama) -- Penolong Pegawai Daerah Kecil Rengit, Mohd Azhar Ibrahim, 39, dipilih sebagai calon Barisan Nasional bagi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Johor kawasan Tenang pada 30 Jan ini.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat pengumuman itu di hadapan pemimpin dan penyokong BN di Ibu Pejabat Umno Bahagian Labis di sini petang Rabu.

Mohd Azhar, yang dilahirkan di Labis dan anak bekas Adun Tenang, allahyarham Ibrahim Daud, bergiat aktif dalam beberapa pertubuhan belia tempatan.

PAS telahpun menamakan Ketua Muslimat Labis, Normala Sudirman, 39, sebagai calonnya.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian Datuk Sulaiman Taha, 59, daripada BN pada 17 Dis tahun lepas. Penamaan calon pula ialah pada Sabtu ini.

Pada pilihan raya umum 2008, Sulaiman menewaskan calon PAS Mohd Saim Siran dengan kelebihan 2,492 undi.

Tenang mempunyai 14,753 pengundi berdaftar terdiri 7,014 Melayu, 5,766 Cina, 1,780 India dan selebihnya kaum lain.

-- BERNAMA

06 Januari 2011

Rais Yatim Difitnah!!? Angkara Siapa!!?

Kalau Sarawak Report boleh hasilkan dokumen palsu inikan pula wikileaks?  Menangguk di air yang keruh adalah perkara yang jarang dilakukan cuma untuk kepentingan individu yang mempunyai niat yang tidak elok!!

Adalah mustahil bagi seorang yang berwibawa seperti Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim untuk melakukan perkara yang keji disisi Allah.  Semoga orang yang menabur domba dan FITNAH ini segera bertaubat.  Bak kata pepatah, siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama mencuri.  


Silalah ikuti petikan dibawah untuk menjelaskan isu yang cuba memburukkan Barisan Nasional menjelang Pilihan Raya kelak.

RAIS YATIM NAFI DAKWAAN TUDUHAN PERKOSA AMAH INDONESIA

Isu berkaitan dakwaan rogol oleh amah terhadap majikannya yang juga seorang menteri telah hangat diperkatakan susulan dakwaan amah tersebut kepada pertubuhan Migrant Care di Indonesia melalui adiknya. Apakah benar dakwaan sedemikian atau ianya sengaja diadakan bagi tujuan memburukkan menteri berkenaan? 
Gambar hiasan
Ketika ramai bloggers alam maya bercerita mengenai isu ini, dan tidak kurang juga yang menambah cerita ini maka semakin kusut cerita sebenar. Ini kerana, manusia dan pembaca hanya akan membaca cerita pada pangkal akhir sahaja dan pastinya cerita itu telah ditokok tambah dan dikemaskini dengan pelbagai cerita tambahan yang palsu.

Pelbagai tuduhan telah dilemparkan kepada yang dituduh walaupun belum ada lagi kenyataan balas daripada yang dituduh sama ada kejadian itu benar atau tidak. Sebagai manusia yang berpegang kepada prinsip dan logik akal, sekiranya perbuatan itu benar maka nescaya tertuduh akan mengambil tindakan drastik seperti meletak jawatan atau membuat pengakuan. Namun, sekiranya tertuduh itu tidak bersalah maka nescaya tertuduh itu akan membuat penjelasan dan keterangan berhubung dakwaan itu sama sekali tidak berasas dan palsu. Berani kerana benar dan takut kerana salah.

Tindakan AMK melalui ketuanya Shamsul Iskandar telah mendesak menteri yang dikaitkan dengan dakwaan merogol pembantu rumah itu segera menafikannya sekiranya dakwaan tersebut tidak benar. Difahamkan, AMK akan menghantar exconya untuk misi mendapatkan maklumat mengenai dakwaan itu dengan mengunjungi Migrant Care dan Kedutaan Indonesia bagi mendapatkan fakta sebenar mengenai kejadian tersebut.

Bagaimanapun, semua tuduhan yang dilemparkan ke atas menteri tersebut telah diperjelaskan dalam kenyataan media yang dibuat sebentar tadi.

"Saya nafikan dakwaan berkenaan, sama ada mengenai pemerkosaan mana-mana individu empat tahun lalu (2007) atau dakwaan lain yang ditimbulkan oleh blogger di Internet ataupun entiti politik.”

Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim, 
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan

Beliau menyifatkan dakwaan itu sebagai ‘tuduhan liar’ terhadapnya di dalam blog mahupun pembangkang yang penuh dengan kenyataan fitnah dan penipuan jahat.

FITNAH terhadap menteri berhubung tuduhan merogol bukanlah isu luar biasa yang diterima dan kedengaran di Malaysia. Sebelum ini, isu mengaitkan pembunuhan Altantuya dengan Perdana Menteri dilihat sebagai suatu FITNAH yang tersangat besar walaupun telah beberapa kali tindakan dilakukan bagi membersihkan FITNAH tersebut daripada penyebar dan pembuat fitnah. Terbaru, ahli yang juga wakil rakyat pembangkang sanggup merendahkan martabat Sultan dengan mengecam tindakan Sultan berikutan calon lantikan dan pilihan Sultan tidak diterima Kerajaan Negeri Selangor.

Setiap tuduhan hendaklah disertakan dengan bukti yang jelas dan terang, dan bukan hanya menuduh hanya dengan semborono. Jika tiada, maka ia sekadar tuduhan dan menjahanamkan lagi sistem keadilan negara seperti yang telah dilakukan pembangkang.

Sebelum ini, ramai bloggers pembangkang dan ahli-ahli pembangkang membuat kenyataan yang palsu dan sengaja diadakan dengan niat memburukkan pemimpin itu. Kenyataan yang dibuat beliau tadi pastinya membuka mata penyebar fitnah dan pemimpin pembangkang yang telah meletakkan kesalahan itu terus kepada menteri disebabkan menteri tidak menafikan dengan membuat kenyataan akhbar.

PKR Sabah Panik Bila Jeffrey Kitingan Tarik Diri!

PKR bergolak lagi!  Kali ini api kemusnahan PKR sedang marak menyala di negeri Bumi di bawah bayu.  Tiupan bayu dari Gunung Kinabalu gagal menyelamatkan PKR Sabah daripada terus bertahan! Orang kuat PKR Sabah, Jeffrey Kitingan sudah keluar dari PKR. 
Jeffrey Kitingan
Bagaikan retak mencari belah, inilah akibatnya apabila sudah serik dengan tipu daya PKR.  Jeffrey Kitingan merupakan nama yang tidak asing lagi dalam dunia politik Sabah mahupun Malaysia.  Jentera PKR di Sabah dan Utara Sarawak iaitu bahagian Lawas merupakan hasil kerja tangan Jeffrey?!!  Mungkin dengan keluarnya orang kuat PKR di Borneo Utara maka tempang dan pincanglah jentera pilihanraya PKR di Sabah?

Selamat Tinggal PKR
Sememangnya tidak ada keadilan untuk Sabah dalam PKR!!?

Ikutilah huraian krisis PKR di Sabah melalui laman blog Muda Tengah . Syabas di atas penghasilan thesis yang bernas.

Jeffrey sudah sedar...Bila lagi Baru Bian nak sedar?
Oleh Muda Tengah
Bendera Sarawak
Keputusan untuk menarik diri dari PKR pastilah suatu keputusan yang sungguh menyedihkan hati Jeffrey Kitingan. Semua mengakui bahawa Jeffrey Kitinganlah yang telah membina PKR Sabah dari kosong kepada parti yang disegani di Sabah hari ini. Jeffrey Kitingan telah menaburkan reputasinya yang tinggi, masanya yang berharga, titik peluh dan wangnya sendiri untuk membina PKR Sabah menjadi kuat dan disegani.

Jeffrey Kitingan terkenal di Sabah sebagai pemimpin yang benar-benar sayangkan Sabah dan mahukan yang terbaik untuk tanahairnya. Jeffrey Kitingan telah membuat press conference bahawa kasih sayang dan taat setianya kepada Sabahlah menjadi dorongan utama untuk keluar dari PKR. 
“It was not an easy decision but it is the one I must inevitable make in the light of what I must do for the people of Sabah and Sarawak,” he said in a statement late Sunday.

Jeffrey Kitingan telah sedar bahawa PKR tidak memperjuangkan rakyat dan hak Sabah. Bila Baru Bian akan sedar bahawa PKR tidak memperjuangkan rakyat dan hak Sarawak?

Untuk Baru Bian dan rakyat Sarawak yang telah terpedaya untuk masuk PKR, kita minta tolong renung dan fikirkan sedalam-dalamnya. Minta tolong jangan terburu-buru cepat melenting atau marah...sebagai seorang rakyat Sarawak kepada seorang rakyat Sarawak...fikirlah dan rasalah dengan sanubari mu.

Pada hemah saya suatu lagi sebab menyebabkan Jeffrey Kitingan sedar dan bertaubat bahawa PKR tidak ikhlas dan tidak AKAN memperjuangkan rakyat Sabah adalah 'structural' problem. Masalah 'structural'nya adalah pemimpin PKR Sabah di'pilih' oleh Presiden atau 'Penasihat' PKR pusat. Iaitu katakan Ketua PKR Sabah adalah Ketua Menteri Sabah dan namanya adalah YAB Mat Salleh. Kalau katakan menantu Presiden atau 'Penasihat' PKR mahukan konsesi balak dari kerajaan negri Sabah tetapi YAB Mat Salleh tidak mahu mengikut permintaannya maka esok bapa mertuanya boleh secara mutlak menukar Ketua PKR dari YAB Mat Salleh kepada orang lain (yang mahu mengikut kehendak menantunya). Oleh itu juga YAB Mat Salleh akan terlucut YAB dan jawatan Ketua Menteri. Sekelip mata!

Dimanakah terletak hak rakyat Sabah yang telah menyokong dan menaruh kepercayaan kepada Mat Salleh sebagai YAB Ketua Menteri mereka!?

Jeffrey Kitingan sedar bahawa PKR tidak memperjuangkan rakyat Sabah...harap Baru Bian sedar bahawa PKR tidak memperjuangkan rakyat Sarawak...

Hayatilah senikata lagu kebangsaan negeri Sarawak
IBU PERTIWIKU

Sarawak Tanahairku
Negeriku Tanah Airku Sarawak
Engkaulah Tanah Pusakaku
Tanah tumpah darahku
Ibu Pertiwiku
Rakyat Hidup Mesra dan Bahagia
Damai Muhibbah Sentiasa
Bersatu Berusaha Berbakti
Untuk Sarawak kucintai
Sarawak dalam Malaysia
Aman Makmur Rahmat Tuhan Maha Esa
Kekallah Sarawak Bertuah
Teras Perjuangan Rakyat

28 Disember 2010

Pengerusi perhubungan UMNO tahun 2011

Berikut adalah senarai Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Perhubungan UUMNO negeri-negeri 2011 yang diumumkan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Mansor .
Perlis
Pengerusi: Datuk Seri Md Isa Sabu

Timbalan : Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (muka baru)

Kedah
Pengerusi: Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanapiah (muka baru)
Timbalan : Datuk Mukhriz Tun Mahathir (muka baru)

Pulau Pinang
Pengerusi: Datuk Zainal Abidin Osman (muka baru)
Timbalan : Datuk Musa Sheikh Fadzir (muka baru)

Perak
Pengerusi: Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir
Timbalan : Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah

Selangor
Pengerusi: Datuk Seri Najib Tun Razak
Timbalan : Datuk Seri Noh Omar

Wilayah Persekutuan
Pengerusi: Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan : Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidinz

Negeri Sembilan
Pengerusi: Datuk Seri Mohamad Hasan
Timbalan : Datuk Shaziman Abu Mansor

Melaka
Pengerusi: Datuk Seri Mohd Ali Rustam
Timbalan : Datuk Wira Abu Seman Yusop
Johor
Pengerusi: Datuk Abdul Ghani Othman
Timbalan : Datuk Dr Latiff Ahmad

Pahang
Pengerusi: Datuk Seri Adnan Yaakob
Timbalan : Datuk Mohd Sharkar Shamsuddin

Terengganu
Pengerusi: Datuk Seri Ahmad Said (muka baru)
Timbalan : Yahya Khatib Mohamad (muka baru)

Kelantan
Pengerusi: Datuk Seri Mustapa Mohamed
Timbalan : Datuk Dr Awang Adek Hussin

Sabah
Pengerusi: Datuk Seri Musa Aman
Timbalan : Datuk Seri Salleh Said Keruak

Semoga dengan perlantikan ini akan lebih memantapkan perjuangan UMNO,bukan sekadar untuk orang atasan tetapi juga untuk rakyat bawahan.Luahan mereka perlu di dengar di peringkat atasan supaya mereka tidak berpaling kepada parti politik yang lain.

26 Disember 2010

Malaysia jumpa Indonesia malam ini.

Malam ini perlawanan akhir pertama antara Malaysia dan Indonesia di Bukit Jalil.Ayuh kita rakyat Malaysia sokong Harimau Muda tanpa berbelah bahagi.Semangat kita di tagih oleh mereka.Laungan gol akan menyemarakkan lagi serangan malaysia.Insyallah ,malaysia akan menang.



Malaysia Boleh,Malaysia Boleh,Malaysia Boleh.

25 Disember 2010

Najib masih mendapat sokongan rakyat


Alhamdullilah pimpinan tertinggi BN masih mendapat sokongan dan kepercayaan rakyat.Walaupun ada sebilangan yang masih lagi tidak puas hati.Melalui kaji selidik oleh Merdeka Centre dari bulan nov hingga disember yang lepas kaum india adalah kaum yang tertinggi menyukai pimpinan Najib di ikuti melayu dan Cina.


Ini bermakna slogan 1 malaysia yang di ilhamkan sendiri oleh Perdana menteri  mendapat respon dari rakyat di mana rakyat di dahulukan pencapaian di utamakan.Bukan hanya pandai menempelak setiap idea dari perdana menteri malaysia.


maklumat lanjut di sini

16 Disember 2010

Sebar-sebarkan isu APCO oleh Anwar


Sebenarnya APCO yang disebut di Bukit Aman itu adalah satu sistem yang dikenali sebagai "American Protocal Communication Outfit" - singkatannya APCO. Ianya adalah satu sistem komunikasi terutamanya sistem perhubunganwalkie-talkie. Ianya langsung tiada kena mengena dengan APCO Worlwide yang kononnya dikuasai oleh Israel.
Dan jika kita melihat APCO Worlwide, adalah sangat jelas ianya langsung tidak ada kena mengena dengan penguasaan Israel atau Yahudi. APCO Worldwide adalah sebuah syarikat perunding dipunyai oleh sebuah firma guaman Arnold & Porter Company, sebuah syarikat guaman yang sangat terkenal di Washington.  Firma guaman tersebut telah menubuhkan sebuah syarikat perunding untuk kesemua klien yang memerlukan khidmat-rundingcara.
Maka tertubuhlah APCO (menggunapakai singkatan nama firma tersebut), dengan rakankongsi utama firma tersebut,  Margery Krause menjadi Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif APCO. Ianya adalah sebuah syarikat yang dikuasai oleh golongan wanita. Dan bagi tujuan khidmat-rundingcara, APCO melantik beberapa konsultan dari pelbagai latarbelakang samada bekas Presiden, bekas Hakim, bekas Menteri, dengan latarbelakang kepakaran ekonomi, kewangan, kenegaraan, agama, dan banyak lagi.
Oleh itu, dakwaan kononnya APCO dikuasai oleh Yahudi dan Israel adalah langsung tidak benar. Ianya pembohongan semata-mata. Dan menyatakan Ibu Pejabat Polis DiRaja Malaysia di Bukit Aman dikuasai oleh APCO ternyata adalah putarbelit dan pembohongan semata-mata. Hanya kerana nama serupa semata-mata, maka nama APCO Worlwide & APCO Communication telah diputar-putar dan dibelit-belitkan!!
Adakah hanya kerana slogan "1-Malaysia" dan "One-Israel" kelihatan sama, maka terus kita putarkan menjadi kononnya ianya sama, dan Malaysia sudah dipengaruhi dan diresapi Yahudi? Bagaimana dengan slogan "PAS 4 All" dengan slogan "Israel 4 All"? Adakah wajar jika ada orang menuduh PAS telah dipengaruhi dan diresapi oleh Yahudi & Israel hanya kerana persamaan itu? Tidak sepatutnya bukan. Bagaimana pula dengan lambang "Satu-Mata" Illuminati Yahudi dengan lambang "Satu-Mata" Parti Keadilan. Adakah wajar kalau orang menuduh PKR dipengaruhi dan diresapi oleh unsur Yahudi? Pokok pangkalnya, kalau kita tidak mahu orang putar-belitkan slogan kita, janganlah kita putarbelitkan orang lain!!
Apa yang penting, kita sebagai umat Islam khususnya wajib mendasarkan rujukan kita kepada Al Quran & Sunnah. Surah Al Hujurat: 6, "sekiranya datang kepada kamu berita daripada fasik, janganlah kamu pecaya, tetapi periksalah dahulu, janganlah kamu mengambil tindakan terhadap sesuatu kaum atas berita itu kelak nanti kamu yang menyesal".
Adalah jelas mereka adalah pembohong dan pemutar belit dalam nisu APCO. Mereka berbohong tentang 16 Sept! Satu dunia tahu tentang pembohongan dan penipuan 16 Sept, tetapi yang pelik mengapa masih ada golongan yang menjadi "summum bukmum umyum faahum - pekak, bisu dan buta" kepada pembohongan dan penipuan yang begitu jelas depan mata kita. Bila melihat gelagat golongan ini, barulah teman faham mengapa Fir'aun ada pengikutnya, Haman ada pengikutnya, Namrud ada pengikutnya, Kamal Attarturk ada pengikutnya. Kerana sudah disuratkan oleh ALLAH akan ada manusia yang akan terus didalam kesesatan, bak kelkatu yang terpukau dengan cahaya yang akan membunuhnya! Maka menjadi tanggungjawab para pejuang dan pendakwah Islam untuk membawa dan membimbing mereka yang sesat ini kepangkal jalan.


sumber Panglimacyber.blogspot

Nak tahu lebih 


kilik sini

07 Disember 2010

Selamat menyambut Maal Hijrah 1432



Apa Keistimewaan Pada Bulan Muharram?
- Bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah).
- 1 Muharam bermulanya ditetapkan perkiraan Tahun Hijrah oleh Khalifah Umar al Khattab
- 10 Muharam dinamakan juga hari ‘Asyura’. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

* Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
* Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
* Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
* Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
* Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
* Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
* Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
* Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
* Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
* Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
* Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
* Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
* Hari pertama Allah menciptakan alam.
* Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
* Hari pertama Allah menurunkan hujan.
* Allah menjadikan ‘Arasy.
* Allah menjadikan Luh Mahfuz.
* Allah menjadikan alam.
* Allah menjadikan Malaikat Jibril.
* Nabi Isa diangkat ke langit.


Semoga tahun Hijrah 1432 yang di tempuhi akan memberikan lagi keberkatan di dalam kehidupan.Insyallah.

16 November 2010

Islam dihina di malaysia!



ISLAM DI HINA DI MALAYSIA!!!

Dunia akhir zaman semakin menakutkan bila
berkait dgn soal akidah. Nak jadi apa dah ni??
Patut laa ada yang kata tak nak ada anak.
Bukan takut nak beranak, tapi takut
ada anak yang terpesong akidah.. baik tak de langsung!!

Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini dengan
membuat kenyataan akhbar bahwa umat Islam wajib isytihar perang
terhadap pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam yang menurunkan
signature sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah swt
kerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal [3]. Datuk Harussani juga
minta kepada semua penceramah, semua ustaz-ustaz yang mengajar
kuliah-kuliah dan semua khatib-khatib, supaya jangan lupa cakap benda ni
dalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat bahwa pertubuhan
IFC ini adalah musuh Islam di M`sia.

Tuan-tuan tau depa minta apa kat PM?...
Depa send memorandum kepada PM meminta 15 perkara berhubung
dengan Islam supaya dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia
Antaranya:

1) Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan dengan
mana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun
- Tu dia tuan-tuan. Ini apa cerita ni? Maknanya, anak-anak kita langsung tidak boleh
dididikkan dengan cara Islam. Kita tak boleh bubuh nama Islam kat
anak-anak. Sampai umur 18 tahun, baru boleh duduk bincang di mahkamah,
tanya kat anak kita, 'Hang nak ikut ugama apa?'....Kalau dia kata nak
jadi hindu, maka jadi hindulah dia. Kita tak boleh nak buat apa sebab dah
digazetkan dalam Perlembagaan Negara.

2) Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport dihapuskan kolum
identiti agama - maknanya, perkataan 'Islam' yang ada kat mykad kita itu,depa
minta di'tiada' kan .

3) Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam, dia
tidak perlu masuk Islam.

4) Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam,
mestilah dia tukar agama kepada bukan Islam.

5) Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid,
begitu juga kerajaan Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua rumah
ibadat orang bukan Islam.

6) Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup aurat
hendaklah dimansuhkan, kerana ia menghina agama bukan Islam.

7) Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain -
mahkamah syariah kalau takdak, habih la kita tuan-tuan... Walaupun la ni
bukannya perfect, tapi itulah satu-satunya mahkamah yang defence agama
kita. Kalau mahkamah syariah disingkirkan, masalah faraid pusaka, masalah
nikah kahwin, cerai talak apa semua tu macamana?...Kalau tak dak mahkamah
syariah, maknanya, perkahwinan tidak akan berjalan di atas akad nikah,
sebaliknya, perkahwinan akan dibuat secara berdaftar.

8) Mana-mana orang bukan Islam yang masuk Islam, semua hartanya
dikembalikan kepada waris yang tidak beragama Islam.

9) Mana-mana pasangan yang bukan Islam, apabila masuk Islam, maka hak
penjagaan anak tidak boleh diberikan kepada mereka.

10) Sebagaimana program-program di radio dan tv yang menerangkan tentang
ajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu juga
ajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu diberi ruang.

11) Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia turut mencetak bible
dalam bahasa Melayu untuk diedarkan di seluruh negara.

12) Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan sebagai agama rasmi di
Malaysia ? ...lagi 3 ana tak ingat, anta boleh refer dalam Majalah Millenium
Muslim.

Ini dia tuan-tuan, Islam diludah depan mata kita sendiri, so mana
sensitiviti kita terhadap agama kita sendiri?...Datuk Harussani tegur PM
dan 50 ahli politik Islam yang sokong pertubuhan tersebut supaya
dibatalkan pertubuhan itu. Tau 50 orang Islam tu kata apa?...Depa kata kat
Mufti Perak, 'Ni lah kalau dah terlalu tua jadi mufti, tak open minded
langsung!'...Datuk Harussani balas dalam majalah 'Millenium Muslim',
katanya, 'Di atas sikap open-minded rakyat Malaysia yang terlampau lebih,
maka inilah hadiahnya!'...
Ini dia kata-kata seorang ulama di Malaysia . Yang lainnya sunyi sepi termasuklah akhbar-akhbar,
macam ada benda dalam mulut sampai tak boleh nak buka!

Kata Al-Imam Ibn Kathir didalam tafsirnya: Sepertimana yang Tartar
berhukum dengan berteraskan sistem pemerintahan yang diambil daripada raja
mereka Genghiz Khan yang telah mencipta untuk mereka undang-undang Yasak
yang merupakan sebuah buku menghimpunkan hukum-hakam yang diambil
daripada syariat yang berbagai, iaitu Yahudi, Nasrani, Islam dan lain-lain.

Dalamnya juga banyak hukum-hakam yang diambil daripada fikiran dan hawa
nafsunya semata, lalu dijadikan undang-undang yang diikuti oleh anak
cucunya. Mereka mendahulukannya melebihi kitab Allah dan Sunnah
Rasulullah, sesiapa yang berbuat demkian maka dia adalah kafir dan wajib diperangi
sehingga dia kembali kepada hukum Allah dan Rasulnya dan tidak berhukum
selain daripadanya dalam perkara kecil ataupun besar (rujukan tafsir
al-Quran al-'Azim oleh al-Imam Ibn Kathir jld. 2, m.s. 70. Cetakan Beirut)

SAPA YANG BACA ARTIKAL NIE 'DIWAJIBKAN' POST KEPADA SAUDARA MUSLIM
LAINNYA... KERANA INI SEBAHAGIAN DARI JIHAD... SUPAYA SAUDARA MUSLIM KITA DAPAT
TAHU TENTANG UNSUR-UNSUR MENGHANCURKAN ISLAM... 


sumber anak seberang

12 November 2010

PAS Biar PKR Murtad??!!!

KUCHING - 12 Nov 2010
Olahan Mukapetang

Semalam TV3 publish orang PAS gaduh dalam dewan.  Sebab TV3 yang publish orang mesti kata TV pro Kerajaan. Tapi sekarang alehkayong yang publish mengenai sengketa PAS. Bukan filem Antara Dua Darjat tapi filem youtube Antara Dua Agama?

Hok yang ini suruh hok yang itu begitu begini. Tapi lebih baik kita tengok filem terbaru youtube keratan terkini.

Tersirap darah MP apabila dapat tahu bahawa ada yang telah murtad dalam PKR tapi didiamkan sahaja oleh PAS.  

Mungkin mereka sedar atau mungkin mereka tak sedar memandangkan orang kuat Anwar yang sedang dipersoalkan di sini.. eh silap..orang yang pernah jadi orang kuat Anwar di Sarawak dahulu...




Saksikanlah sengketa PAS dan PKR Terbaru dalam blog alehkayong







10 November 2010

PKR Azmin dan Kertas Tandas?

Cerita Azmin Ali dan Kertas Tandas..

Azmin Ali begitu marah dengan Zaid sehingga terlepas cakap?  Kalau benda begini bagi DAP atau PKR memang kena hentam elok-elok?  Sejauh manakah Utusan akan berdiam diri apabila digelar kertas tandas?

MP memetik akhbar theMalaysianinsider dibawah. Azmin Ali cuba berlagak tenang. Kalau dia tahu kita semua tahu rahsia beliau. Cuba lihat link thesis ini bagaimana Azmin nak pecut terus jadi Timbalan. 

PKR Mata Satu Dah Buta Akhirnya


..Dia tunjuk kat aku satu sejumlah kertas undi. Ianya mengandungi kertas undi untuk Timbalan Presiden, Naib Presiden dan Majlis Pimpinan Pusat.Kertas undi untuk Timbalan Presiden dan Naib Presiden mempunyai nombor siri manakala untuk MPP tak ada...

Sampai begitu sekali politik kotor dalam parti kotor ini digunakan dengan sehabis buruk demi kepentingan individu yang bermasalah?!!!  Adakah benar Zaid akan berundur? Menurut sumber lagi iaitu selagi belum mendapat kebenaran bertulis, Zaid masih bertanding dalam perebutan Timbalan PKR. Mungkinkah ini cuma cara Zaid untuk mengadu domba dalam PKR dan melihat kesetiaan kepimpinan PKR???

Tepuk dada tanyalah selera....

Azmin: Saya tak akan tunduk desakan Zaid, mahu keputusan ahli dihormati
TERKINI @ 09:25:05 PM 09-11-2010
Oleh Shazwan Mustafa Kamal
November 09, 2010

 

KUALA LUMPUR, 9 Nov — Ahli Parlimen Gombak Azmin Ali menegaskan tidak akan tunduk walaupun dua pesaingnya mempertikaikan kesahihan proses pengundian pemilihan pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini.

Sebaliknya Azmin, yang juga salah seorang naib presiden berkata, perjalanan pemilihan parti sekarang memperlihatkan “sokongan menggalakkan” daripada ahli-ahli yang mahukan beliau menjadi timbalan presiden.

Selain itu kata Azmin (gambar), Datuk Zaid Ibrahim sewajarnya “menghormati proses pemilihan demokratik” parti, malah Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan itu sehingga kini beliau menyediakan bukti untuk menyokong dakwaan wujudnya unsur penipuan dalam proses pengundian.

“Saya gembira untuk mengatakan bahawa dalam beberapa minggu lalu pemilihan parti, saya menerima petanda-petanda yang sungguh menggalakkan khususnya dari Sabah, jadi saya merasakan mesejnya amat jelas.

“Mereka (ahli-ahli parti) masih memerlukan kepimpinan saya dalam parti dan mereka mahu saya terus (bertanding) sebagai timbalan presiden dalam parti.

“Jadi, setiap orang mesti menghormati perkara itu, itu adalah proses demokratik dalam parti. Jika beliau (Zaid) percaya pada demokrasi, maka biarlah (menghormati),” kata beliau dalam reaksi segera berhubung kenyataan terbaru Zaid pagi tadi.

Zaid, yang semalam mengejutkan ramai dengan melepaskan semua jawatan dalam PKR dan menarik diri daripada bertanding timbalan presiden, hari ini mendesak Azmin dan Datuk Seri Anwar Ibrahim agar melepaskan kepimpinan parti.

Pada sidang media di rumahnya pagi ini yang menjadi tumpuan wartawan, bekas menteri itu menyalahkan kedua-dua Azmin dan Anwar berhubung penyelewengan dan penipuan dalam proses pemilihan yang sedang berlangsung.

“Saya ingin berkata, jika mahu PKR bergerak ke depan, Anwar dan Azmin mesti pergi (tinggalkan parti)... kerana mereka adalah punca (kepada kesemua) masalah,” kata Zaid.

Kini, Anwar merupakan penasihat PKR manakala Azmin, salah seorang naib presiden, bertanding jawatan timbalan presiden.

Azmin yang juga Pengerusi PKR Selangor berkata, terserah kepada jawatankuasa disiplin untuk memutuskan bentuk tindakan yang perlu diambil ke atas Zaid ekoran kenyataan semalam dan hari ini.

Tegas Azmin, beliau akan terus berada dalam persaingan sehingga hari terakhir pemilihan berlangsung.

“Meskipun beliau berada dalam persaingan, saya akan terus berkempen, malam ini di Kapar dan Puchong, sehingga hari terakhir pemilihan,” katanya lagi.

Anwar pula mempersoalkan waktu Zaid membuat serangan ke atas diri beliau dan Azmin.

Katanya, tindakan Zaid itu kelihatan sebahagian daripada kempen besar-besaran ke atas beliau, yang mirip tindakan Utusan Malaysia sejak kebelakangan ini.

Sehubungan itu, Azmin pula berkata, seolah-olah ada kaitan antara serangan Zaid dan Utusan Malaysia terhadap Anwar dan PKR.

“Jika anda lihat pada perkembangan beberapa bulan lalu, beliau digunakan oleh Utusan untuk menyerang kepimpinan parti dan juga dasar-dasar parti,” kata Azmin.

Anda bercakap mengenai reformasi tetapi anda bercakap kepada akhbar kertas tandas. Saya tidak faham langsung.

“Jika benar anda percaya pada reformasi, bercakap kepada ahli-ahli parti. Pemimpin yang efektif akan sentiasa bersama ahli dan akan bercakap dengan ahli, bukannya menerusi blog dan laman web, sudah pasti bukan menerusi Utusan dan TV3,” kata beliau lagi.

Bulan lalu, Zaid ditemu bual oleh Mingguan Malaysia, akhbar Kumpulan Utusan yang dipulau oleh PKR.

Dalam pada itu, laporan Bernama menyebut, Anwar juga tidak akan tunduk terhadap desakan Zaid yang memintanya berundur daripada parti itu dan menyifatkannya sebagai satu pandangan peribadi.

Bagaimanapun, katanya beliau sedia mempertimbangkan perkara itu sekiranya ada desakan daripada pemimpin parti tersebut yang mahu beliau berundur daripada PKR.

“Itu pandangan dia (Zaid). Namun jika ada konsensus daripada kalangan pimpinan saya akan pertimbangkan tetapi dalam perkara ini tidak pernah saya dengar lagi. Ini kali pertama kali saya dengar daripada Zaid,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Zaid yang juga bekas Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan dalam sidang medianya hari ini menggesa Penasihat PKR itu dan Azmin berundur kerana merekalah punca segala masalah dalam parti.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata pandangan tersebut disuarakan bagi memastikan PKR terus relevan sebagai sebuah parti pembangkang dengan berkesan.

Anwar juga meminta Zaid supaya mengemukakan ketidakpuasan hatinya berhubung proses pemilihan parti itu kepada jawatankuasa pemilihan serta jawatankuasa disiplin parti tersebut.

Beliau berkata aduan yang dikemukakan itu akan diteliti dan disiasat secara terperinci dan sekiranya dakwaan yang dikeluarkan Zaid sebelum ini adalah benar, maka tindakan selanjutnya akan diambil.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...