Nuff Head

Najib For PM

Najib Razak merupakan PM yang paling banyak membawa Transformasi dan menyentuh segenap lapisan masyarakat

Suara 1Sarawak

Selamat Datang Semoga Kehadiran Anda Penuh Makna

Memaparkan catatan dengan label Nurul Izzah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Nurul Izzah. Papar semua catatan

23 November 2012

Nurul Izzah Bukti Kegagalan Anwar!

Menurut portal gelagatanwar, sampai sekarang masih belum ada surat saman kepada Utusan Malaysia mahupun Berita Harian?  Kenapa agaknya?
YB Izzah: Mana Surat Samannya?

KENYATAAN MEDIA

6 November 2012 UNTUK SEBARAN SEGERA

Saya telah mengarahkan peguam-peguam saya – Tn Hanipa Maidin dan Tn Hj Sulaiman Abdullah – untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Utusan Malaysia, Berita Harian, serta kemungkinan beberapa media lain, berkaitan laporan berunsur fitnah yang telah memutar belitkan sebahagian dari kenyataan penuh saya tempoh hari dengan menuduh saya seolah-olah saya menyokong murtad.

Saya tidak merelakan fitnah sebegini diteruskan dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang, demi menegakkan kebenaran dan demi keadilan.

Nurul Izzah Anwar Ahli Parlimen Lembah Pantai, merangkap Naib Presiden KEADILAN

Di kalangan orang PKR sendiri sedang gelakkan Izzah yang masih belum mengeluarkan SURAT SAMAN kepada Utusan dan Berita Harian. Yang buat Izzah serba tak kena, apabila berdasarkan maklumat peguam, susah juga untuk tidak membawa The Malaysian Insider dan Malaysiakini dalam saman tersebut. Sebab, asal usul berita tersebut adalah portal tersebut. Di samping laporan menyeluruh yang dibuat portal 1Christians.
Hari ini sudah 23hb Nov. Masih belum ada apa-apa. Ulama’ yang menasihati PKR sudah nasihatkan. Minta maaf dan bertaubat. Bukan saman.

Mana satu yang Izzah nak buat ni?

Kalau minta maaf, jawabnya terbang EGO anak Anwar yang seorang ni. Disebabkan keceluparan mulut, habis semua planning. Daripada nak memenangi hati orang bukan Islam, pengundi Islam pula yang marah.

09 November 2010

PKR NAKKAN Zaid Ibrahim !!!' testing the water'?LEMAS??JAWAPANNYA..



TERNYATA PKR TAKNAKKAN DIA JUGA....SEBELUM KALAH LEBIH TERUK LAGI , LEBIH BAIK TARIK DIRI DULU..STRATIGI ASAL NAMPAKNYA TAK MENJADI..

KEMENANGAN PASTI BERPIHAK KEPADA AZMIN ...........BANDINGKAN RUPA PARAS KEDUA MEREKA , TERNYATA AZMIN LEBIH MENAWAN!!!!.


PKR SARAWAK PASTI BERGOLAK DENGAN KEPUTUSAN INI!!!TERUTAMA YANG BUKAN BERAGAMA ISLAM KERANA MEREKA SAYANGKAN ZAHID KERANA MENGAMALKAN ISLE LIBERAL MUNGKIN?


PETALING JAYA: Walaupun Datuk Zaid Ibrahim mengumumkan menarik diri daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Jawatankkuasa Pemilihan Pusat parti itu tetap mengganggap beliau masih bertanding jawatan itu kerana tidak menerima sebarang surat rasmi daripada beliau.

Timbalan Setiausaha Agung PKR, Syarifah Syahidah Syed Kamarulzaman, berkata undi yang diterima oleh Zaid tetap dikira dalam perebutan jawatan nombor dua dalam parti.
"Beliau tidak menghantar surat penarikan diri secara rasmi, sebaliknya hanya mengumumkan keputusan tersebut pagi ini," katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat PKR di sini, hari ini.
Beliau berkata, jika Zaid menghantar surat penarikan diri daripada pertandingan itu secara rasmi, Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) akan membuat keputusan mengenainya.

Zaid dalam blognya pagi ini mengumumkan beliau menarik diri daripada bertanding jawatan nombor dua parti itu serta meletakkan kesemua jawatannya dalam PKR termasuk Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Penyelaras parti dan anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) berkuatkuasa serta merta kerana mendakwa wujud salah guna kuasa dan penipuan dalam pemilihan parti itu.

Mengulas perkembangan pengundian MPP, Syarifah Syahidah, berkata keputusan pengundian di 68 cabang semalam menyaksikan Mohamed Azmin Ali, juga Naib Presiden dan Pengerusi PKR Selangor, terus mendahului saingan untuk jawatan Timbalan Presiden dengan 4,378 undi.

Sementara itu, Zaid mendapat 3,410 undi dan Pengerusi PKR Perak, Mustaffa Kamil Ayub (1,181).
Bagi perebutan jawatan Naib Presiden, anak sulung penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan presiden parti, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Nurul Izzah mendahului saingan dengan 4,845 undi dan diikuti pengarah strategi parti Tian Chua dengan 3,933 undi, pengerusi PKR Pulau Pinang yang juga Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mansor Othman (3,552) dan pengarah pilihan raya pusat PKR, Fuziah Salleh (3,370).

Bagi jawatan ahli MPP yang memperuntukkan 20 kerusi pula, Dr Badrul Amin Baharon mendahului saingan dengan 3,786 undi, diikuti pengarah pemantapan politik keahlian PKR, Datuk Johari Abdul (3,082); ketua penerangan Wanita PKR, Elizabeth Wong Keat Ping (2,895), dan ahli MPP, Khalid Jaafar (2,777).

Sementara itu, jawatan Ketua Wanita didahului penyandangnya Zuraida Kamaruddin dengan 1,568 undi, diikuti Timbalan Pengerusi 2 PKR Perlis, Dr Suraya Sudin (570) dan ahli MPP, Animah Ferrar (489).

Jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) pula masih didahului penyandangnya, Shamsul Iskandar Mohd Akin dengan 1,455, manakala pencabarnya ahli MPP, Badrul Hisham Shaharin, atau lebih dikenali sebagai Chegubard mengekori rapat dengan 1,428 undi.

Menurut Sharifah Syahidah, keputusan sembilan lagi cabang yang bermesyuarat semalam iaitu tujuh di Sabah - Kota Kinabalu, Sandakan, Libaran, Sepanggar, Putatan, Sipitang, Beluran dan Tawau dan satu di Kelantan iaitu Pasir Mas dijangka diketahui lewat petang ini. - BERNAMA

UNTUK LANJUT LAYARI JUGA DISINI

09 Oktober 2010

PKR: Kenapa tak sehala? Macam mana nak bawa Reformasi & Adil?

PKR Akan Dikritik Jika Nurul Izzah Rebut Jawatan Timbalan Presiden - Azmin
mstar
KUALA LUMPUR: Calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali secara sinis berpendapat bahawa parti itu akan dikritik sekiranya Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mahu merebut jawatan nombor dua berkenaan pada pemilihan bulan depan.

Azmin yang merupakan Naib Presiden PKR berkata bahawa beliau tidak terkejut jika parti itu dituduh sebagai 'dinasti keluarga' kerana dalam politik kritikan demi kritikan tidak dapat dielakkan.
“Dalam politik kita tak boleh elak dari dikritik. Kita kena menjelaskan penglibatan Nurul Izzah dalam parti tetapi apa yang saya tahu, saya tetap menerima apa jua keputusan," katanya di sini, Jumaat.
Seorang lagi calon Timbalan Presiden, Datuk Zaid Ibrahim mengumumkan bahawa beliau sanggup berundur daripada pertandingan itu sekiranya Nurul Izzah menawarkan diri merebut jawatan tersebut.
Katanya, anak sulung Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu mempunyai pencalonan yang cukup untuk menawarkan diri bertanding.
Bagaimanapun, Nurul Izzah memberitahu The Malaysian Insider yang beliau akan membuat keputusan Ahad ini selepas berbincang dengan 'kepimpinan parti'.
Dalam pada itu, Azmin mendakwa, isu nepotisme dan kronisme tidak timbul dalam parti berkenaan memandangkan Nurul Izzah berhak bertanding jawatan berkenaan.
“Tiada isu nepotisme dan kronisme dalam PKR. Nurul Izzah telah banyak memberikan pendapat bernasnya dalam banyak isu, dia adalah aset parti. Semasa ayahnya dipenjara, dia banyak menyumbang kepada parti.
“Nurul Izzah ada pengaruh yang kuat di kalangan generasi muda," jelasnya.
Bagaimanapun, tegas Ahli Parlimen Gombak itu, menjadi tanggungjawab wanita muda itu memastikan sama ada dirinya sudah 'bersedia' bagi menjawat jawatan penting berkenaan.
“Mengenali Izzah, dia akan berbincang dengan pimpinan sebelum membuat sebarang keputusan.
Perebutan jawatan nombor dua dalam PKR itu merupakan yang paling panas sehingga menyebabkan dalaman parti berusia 12 tahun itu kelam-kabut ekoran pelbagai tuduhan dan tohmahan dilemparkan pelabagi pihak yang dicalonkan.
Azmin kini mendahului senarai pencalonan dengan 102 diikuti Zaid (38) dan seorang lagi Naib Presiden, Mustaffa Kamil Ayub (17).
Nurul Izzah popular dengan gelaran 'Puteri Reformasi' sepanjang peristiwa pemecatan, tangkapan dan tuduhan rasuah serta liwat ke atas ayahnya, Anwar sebelum merampas kerusi Lembah Pantai pada Pilihan Raya Umum 2008.  
mukapetang: Bila kerusi Azmin Ali tergugat baru dia nak bingung. Macam-macam alasan yang dikemukakan agar dia dapat menjadi orang no 2 dalam PKR.  Beginikah parti yang diharapkan untuk membawa reformasi dan keadilan.  Pemimpin PKR memang tidak bersatu hati, semua tamakkan kuasa.  Mereka sanggup bertelagah untuk mendapat gelaran dan pangkat.  Puteri Reformasi dengan isunya dan madu Anwar dengan isunya juga.  Kacau bilau pucuk kepimpinan.  Apabila dibuat pemilihan perwakilan pula, mereka sanggup bertikam lidah malah menggunakan buku lima untuk menyelesaikan masalah dalaman mereka.  Sesungguhnya parti sedemikian memang tidah layak memerintah.  Alamatnya pincanglah sebuah negara sekiranya PKR diberi muka oleh rakyat.  Agaknya semua akan dijuburi termasuk gas oksigen akan dijual pada harga yang tinggi.  Cuma golongan yang mampu akan hidup manakala golongan yang miskin akan terus melarat.  Di harap ini dapat membuka mata kita semua agar berhati-hati sebelum memilih pucuk kepimpinan.  PKR bukan penyelesaian malah mereka sendiri adalah masalah yang semakin merebak meracuni tingkah laku dan tata susila kita rakyat Malaysia.  Semoga mendapat pertimbangan daripada semua sebelum membuang undi yang seterusnya!!!!

26 Ogos 2010

Polis siasat Nurul Izzah

KUALA LUMPUR: Polis akan memulakan siasatan terhadap Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berhubung kenyataannya kepada akhbar Indonesia, baru-baru ini, yang didakwa menjejaskan imej dan maruah negara.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, berkata pihaknya akan membuka kertas siasatan berhubung kenyataan itu sebelum meneliti sama ada ia disiasat mengikut Akta Hasutan.

Beliau berkata, siasatan itu susulan laporan polis yang dibuat berhubung dakwaan Nurul Izzah menyebarkan maklumat palsu mengenai Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan memperkecilkan keupayaan kapal selam negara.

Bila sudah ada laporan polis dibuat, maka kita akan mula menyiasat. Sama ada kertas siasatan dibuka mengikut Akta Hasutan bergantung kepada penelitian yang dijalankan.

Kita juga akan menyiasat dari segenap sudut sama ada ia (kenyataan Nurul Izzah) membabitkan pendedahan maklumat sulit atau dakwaan semata-mata. Isu yang ditimbulkan itu serius kerana membabitkan soal keselamatan negara, katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.

Kelmarin, bekas Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan, Muhammad Zahid Md Arip, membuat laporan polis terhadap Nurul Izzah kerana mengeluarkan kenyataan men-jejaskan imej dan maruah negara dalam temubual dengan akhbar Indonesia, baru-baru ini.


MB: Jika di negara tertentu, dia boleh dihukum mati dan ditembak kerana mengkhianati negara.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...