Nuff Head

Najib For PM

Najib Razak merupakan PM yang paling banyak membawa Transformasi dan menyentuh segenap lapisan masyarakat

Suara 1Sarawak

Selamat Datang Semoga Kehadiran Anda Penuh Makna

Memaparkan catatan dengan label Ummi Hafilda. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ummi Hafilda. Papar semua catatan

21 Februari 2011

VIDEO : Ummi Hafilda di Batu Gajah

Ummi Hafilda


video credit to Perak Today

12 Disember 2010

Wahai Azmin bertaubatlah....

Ummi Hafilda Ali yang pernah menggemparkan negara kerana mendedahkan salah laku Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1997 merayu abangnya, Azmin yang kini Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) pulang ke pangkal jalan dan bertaubat.

Ummi Hafilda, 42, dalam wawancara dengan Mingguan Malaysia berkata, beliau membuat seruan itu setelah melihat banyak hipokrasi, penyelewengan, pembohongan serta salah laku melibatkan abangnya itu.
Menurutnya, adalah menjadi tanggungjawabnya sebagai adik yang secara tidak langsung tahu rahsia-rahsia di dalam lingkungan mereka untuk memperbetulkan keadaan agar tidak terus menanggung dosa.

'Jangan tipu rakyat, jangan tipu bangsa sendiri. Wahai Azmin pulanglah ke pangkal jalan. Bertaubatlah sekurang-kurangnya takutlah pada Allah, malulah kepada para malaikat.

'Kepada Anwar dan Wan Azizah (Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail) juga saya pohon perkara yang sama. Bagaimana hebatnya kita sekalipun, Allah mengetahui kebenaran. Jangan nanti mereka ditimpa bala semasa di dunia lagi. Perjuangan saya tidak akan berhenti setakat ini sahaja.

Gelombang serangan terbaru terhadap 'keluarga Anwar Ibrahim' itu bermula dengan Nallakaruppan, bekas supplier gundik untuk Anwar Ibrahim, selain menjadi rakan tenis dan bekas rakan karibnya, menyeru agar Shamsidar Taharin mendedahkan tembelang sebenar Anwar Ibrahim kepada khalayak ramai.





Ummi Hafilda Mohd Ali merupakan watak utama dalam kes liwat pertama Anwar Ibrahim. Inilah juga orangnya yang dibawa bertemu dengan Tun Mahathir untuk diminta penjelasan berhubung buku gemulah Khalid Jeffri, '50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi Perdana Menteri' sehingga membawa kepada pemecatan Anwar Ibrahim daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dan semua jawatan dalam kerajaan serta parti, malah diterajang keluar dari UMNO dengan penuh kehinaan.

Bagaikan dikejar bayang-bayang hitam, baik Anwar mahupun Azmin masih tidak lepas daripada kemelut yang pernah menggemparkan negara suatu ketika dahulu. Dalam usaha mereka untuk mengangkat Anwar dan cuba menghilangkan ingatan orang ramai terhadap kejadian 12 tahun lampau, kisah tersebut kembali terpacul semula, sekaligus membuatkan kebanyakan generasi muda yang tekun mengikuti perkembangan Anwar Ibrahim dan Azmin Ali akan menyelak-nyelak semula kisah-kisah 1998 terutama berkenaan perbicaraan, Ummi Afilda Ali, Azizan Abu Bakar dan beberapa watak lain terutama tentang Dr.Qistina yang meninggal dunia ketika belum sempat kes Anwar dibicarakan di mahkamah.

Dr. Qistina adalah orang penting yang 'menyelamatkan Ummi Afilda dan Azizan Abu Bakar' daripada diapa-apakan oleh pihak-pihak tertentu.
 
sumber utusan malaysia

12 November 2010

PAS Biar PKR Murtad??!!!

KUCHING - 12 Nov 2010
Olahan Mukapetang

Semalam TV3 publish orang PAS gaduh dalam dewan.  Sebab TV3 yang publish orang mesti kata TV pro Kerajaan. Tapi sekarang alehkayong yang publish mengenai sengketa PAS. Bukan filem Antara Dua Darjat tapi filem youtube Antara Dua Agama?

Hok yang ini suruh hok yang itu begitu begini. Tapi lebih baik kita tengok filem terbaru youtube keratan terkini.

Tersirap darah MP apabila dapat tahu bahawa ada yang telah murtad dalam PKR tapi didiamkan sahaja oleh PAS.  

Mungkin mereka sedar atau mungkin mereka tak sedar memandangkan orang kuat Anwar yang sedang dipersoalkan di sini.. eh silap..orang yang pernah jadi orang kuat Anwar di Sarawak dahulu...




Saksikanlah sengketa PAS dan PKR Terbaru dalam blog alehkayong







Beginda Lagi?? Kali Ini Isu Babi ke PKR?



Beginda anak Minda @Baginda@Nur Azman Abdullah (600126-13-5269 K) pernah menjadi orang kuat Anwar Ibrahim di Sarawak. 

Beginda pernah bertanding di atas tiket PKR di Parlimen dan DUN Sarawak suatu ketika dahulu.  Mungkin nama glamernya Nor Azman Abdullah lebih dikenali di Kapit dan Engkilili yang merupakan calon Islam Iban PKR.  Adakah dia seorang penganut agama Islam yang sah atas kertas atau cuma pada nama?

Anak Beginda yang paling glamer setakat ini iaitu Basil, 10 tahun lahir pada 28 Mei 2000.  Berdasarkan Sijil Surat Beranak atau cabutan sijil kelahiran Basil telah mendapati bahawa Beginda tidak mempunyai agama?

Semasa bertanding atas tiket PKR pada tahun 1999 pula dia mengiktiraf dirinya sebagai seorang Islam tetapi mengahwini Angela Jabing tanggal Hari Krismas tahun yang sama.  5 bulan kemudian lahirlah Basil.  Mungkinkah dia telah berzina sebagai seorang Islam dan lari atau murtad dan kemudian mengistiharkan dirinya tidak mempunyai pegangan?  Persoalannya menjadi menarik apabila dia mengistiharkan dirinya Islam semula sebagai Nor Azman Abdullah semasa pilihanraya 2001.

Kenapakah orang PKR sanggup mempermainkan isu agama sedemikian rupa? Kemanakah perginya pihak berwajib untuk menyiasat isu ini?  Semasa pilihanraya sebelumnya bagaimanakah latar belakang calon ditentukan?  Adakah ianya berbeza dari masa sekarang?
Bolehkah orang yang merbahaya sedemikian dibenarkan untuk memiliki lebih daripada dua identiti dan bertanding di atas tiket pilihanraya?  


Berikut adalah Sijil Kelahiran Basil anak Beginda yang dibongkarkan oleh Chong Cheng Jien.









Bukan ini sahaja kenakalan Beginda. Suatu ketika dahulu dia pernah mendakwa melakukan hubungan kelamin dengan Umi Hafilda Ali, adik kepada Azmin Ali...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...