Nuff Head

Najib For PM

Najib Razak merupakan PM yang paling banyak membawa Transformasi dan menyentuh segenap lapisan masyarakat

Suara 1Sarawak

Selamat Datang Semoga Kehadiran Anda Penuh Makna

Memaparkan catatan dengan label PKR Sarawak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PKR Sarawak. Papar semua catatan

18 Februari 2011

Baru Bian mula ‘main belakang’


Tindakan Baru Bian mengatakan PKR akan bertanding di DUN Ngemah dianggap sebagai angkuh dan cuba ‘main belakang’ terhadap rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat. Baru Bian mendakwa sudah mengenalpasti calon PKR untuk DUN Ngemah.

Selaku ketua perhubungan PKR Sarawak, Baru Bian sepatutnya berbincang terlebih dahulu dengan SNAP serta parti komponen lain, sebelum mengeluarkan kenyataan sedemikian. Nampaknya Baru Bian seolah-olah sengaja menidakkan kemampuan SNAP yang lebih ‘dewasa’ tentang politik Sarawak.

Bahkan Pengerusi DAP Sarawak Wong Ho Leng, membayangkan suatu yang ‘kurang cocok’ dengan kenyataan Baru Bian. “Biarlah SNAP yang menyuarakan hasrat mereka bertanding di situ”, kata Wong Ho Leng.

Seorang penyokong SNAP berkata “Baru Bian semakin angkuh dan berlagak ketua, sehingga semuanya ditentukan PKR tanpa mengambilkira perjuangan sebenar Pakatan Rakyat dan sentiment rakyat Sarawak”.

Hubungan cinta antara SNAP dan PKR memang sudah lama bergeser, lantaran perselingkuhan antara SNAP dan parti KITA pimpinan Zaid Ibrahim. Mungkin sebab itu, Baru Bian tidak duduk berbincang dengan SNAP terlebih dahulu. Hingga terpaksa ‘main belakang’ …


Jika inilah senarionya, PKR tidak sekadar berdepan dengan BN dalam pilihan raya negeri yang mendatang. Tapi terpaksa menentang SNAP, PCM dan PERSB?

16 Februari 2011

Lucu!! DUN Sarawak Bubar Gara-gara SMS???

Lucu

DUN Sarawak tidak mungkin dibubarkan dalam masa yang singkat.  Ini kerana Program Sejiwa Senada masih belum tamat!!!  Program ini akan dijangka tamat pada penghujung bulan Mac 2011 tetapi bukan minggu ini.  Program ini merupakan pendekatan kerajaan selaras dengan Gagasan 1Malaysia untuk membuktikan bahawa Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.

Begitulah jawapan yang diterima ketika menghubungi akar umbi parti peringkat cawangan .  Ini berikutan daripada bicara kedai kopi yang menjangkakan pembubaran DUN Sarawak pada  hujung minggu ini.  Terdapat banyak desas-desus yang keluar berikutan dengan SMS yang telah diagihkan pada awal minggu ini.

Kononnya DUN Sarawak akan dibubar untuk mengelak protes beramai-ramai yang akan berlangsung di Padang Merdeka pada 20 Feb 2011 ini.?? Protes ini mungkin juga didalangi oleh kumpulan anti-CM yang menjangkakan pihak pembangkang daripada Sebuyau dan Sebagan, seperti yang dilaporkan dalam Melanau Blogger dan Rajahmas.???  Menurut audie61 dan sebanaku-sarawak pula, perkara ini disokong oleh JPUNS yang ditugaskan untuk mengumpulkan seberapa ramai ahli-ahlinya untuk melakukan demonstrasi di Padang Merdeka kelak!!!??

Bagi MP mustahil untuk mereka melakukan protes memandangkan Akta ISA masih ada untuk memastikan keadaan seperti ini tidak berlaku.  Akta Hasutan juga masih berkuatkuasa untuk menangkis dakyah pembangkang yang bebal mengenai undang-undang.   Diharap penasihat undang-undang parti pembangkang dari Malaya  boleh merujuk kepada Baru Bian dan See Chee How sebelum melakukan apa-apa tindakan yang kurang sesuai untuk masyarakat Sarawak.  Beringatlah sebelum padah, anak masih bersekolah dan periuk nasi perlu diisi dahlah harga barang semakin meningkat!!! 


Kalau betul nak berdemonstrasi silalah ke Kelantan!!! Betapa teruknya pemerintahan Nik Aziz, sebelah pejabat terdapat sarang pelacuran!!! Kalau di Sarawak mustahil untuk melihat keadaan sedemikian!!!  Janganlah dengar dakyah pembangkang yang tidak mempunyai bukti kukuh.  Setakat video dan kes Zaleha Bin Bujang tempoh hari semua pakar grafik boleh buat!!!  Kalau sahih bukti tentulah laporan sudah dibuat ke SPRM?!! Ini memandangkan semua tuduhan adalah fakta yang diolah sepertimana kes Zaleha Bin Bujang yang menonjolkan kedunguan pihak pembangkang yang buta IT??!!!

DUN Sarawak Tidak Akan Dibubarkan Minggu Ini, Kata Taib
posted BERNAMA 15 Februari, 2011 15:00 PM

KOTA SAMARAHAN, 15 Feb (Bernama) -- Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud pada Selasa berkata Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak akan dibubarkan minggu ini untuk memberi laluan bagi pilihan raya negeri.

Taib, yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak berkata adalah tidak benar yang beliau akan menghadap Yang Dipertua Negeri Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng Jumaat ini untuk mendapatkan kebenaran untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri yang mempunyai 71 kerusi, yang penggalnya tamat pada Julai ini.

"Saya tidak tahu. Orang-orang ini boleh mereka-reka berita mengikut sesuka hati mereka tetapi saya tidak dapat sahkan perkara itu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan dan perarakan sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan dalam satu portal berita semalam yang memetik satu sumber di Astana Sarawak yang menyatakan telah dihubungi Pejabat Ketua Menteri pada minggu lepas untuk menetapkan 18 Feb sebagai tarikh perjumpaan dengan ketua negeri bagi tujuan itu.

"Berita adalah berita. Betul atau tidak betul, lihat dulu lah," kata Taib, yang juga menafikan yang beliau telah menghubungi Abang Muhammad Salahuddin semalam kerana seharian beliau tidak berada di pejabat kerana menghadiri mesyuarat jawatankuasa perancang.

Sementara itu, Taib, yang akan genap 30 tahun memegang jawatan sebagai Ketua Menteri pada 26 Mac, dijadual menyampaikan ucaptama di Konvensyen BN Sarawak di sini pada 5 Mac yang akan dihadiri 5,000 perwakilan dari semua parti komponen BN negeri.

BN kini menguasai 63 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri, dengan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang diterajui Taib mempunyai 35 kerusi diikuti Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) 12 dan Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) masing-masing lapan kerusi.

Enam lagi baki kerusi dikuasai oleh DAP manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Cinta Malaysia (PCM), melalui wakil rakyat Bebas, masing-masing satu kerusi.

Suruhanjaya Pilihan Raya disyaratkan mengadakan pilihan raya dalam tempoh 60 hari selepas Dewan Undangan Negeri dibubarkan.

-- BERNAMA

13 Februari 2011

TERKINI : Rusuhan akan terjadi di Sarawak?

baju merah - sekadar gambar hiasan
Berita ini baru saja saya terima dari sumber diperingkat akar umbi, satu ancaman keselamatan yang perlu diberi perhatian oleh semua pihak. Termasuk pihak yang gemar bergosip dan pakar tuduh menuduh.

Difahamkan sekumpulan penduduk dari Sebangan dan Sebuyau akan mengetuai bantahan besar-besaran terhadap kerajaan negeri Sarawak dalam waktu terdekat ini. Protes tersebut akan menggesa kerajaan negeri mengembalikan semua tanah NCR kepada pemilik ( rakyat Sarawak).

Seorang individu yang dipercayai pengikut kumpulan tersebut mengatakan, mereka akan turut menuntut agar ketua menteri Sarawak, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud meletak jawatan.

Beberapa agen dari kumpulan berkenaan sedang bergerak di kawasan penduduk Iban untuk merekrut penduduk pendalaman agar turut serta dalam protes anti-kerajaan.

Samada benar atau tidak hal ini akan terjadi, masyarakat diperingkat bawahan menyedari terdapat gerombolan licik sedang bergerak aktif atas tujuan itu. Justeru semua pihak tidak seharusnya memandang remeh.

11 Februari 2011

2 pemimpin PKR Sarawak digesa minta maaf dalam 10 hari, atau...


Henry Ling - SUPP Bintulu Branch Chairman

(disiarkan diblog ini dengan keizinan)

PRESS STATEMENT 

First of all, I am surprised to read news demanding my apology to Dato’ Seri Anwar Ibrahim and PKR by PKR Sarawak Woman Chief, Puan Nurhanim Mokshen appeared in See Hua Daily News and Sin Chew Daily and PKR Sarawak State Secretary Encik Abang Zulkifli Abang Engkehdemanding the same as appeared in United Daily News and Sarawak Update. This came out of the blue.

Second,I would like to request Nurhanimand Abang Zulkifli to clarify and disclose explicitly the source of information which they had relied in launching their personal attack on me.

Beside my Note on FACEBOOK under the title “TAIB and MUBARAK: ANWAR FAILED TO SPOT THE DIFFERENCE”, I did not write or publish any statement as alleged by them. The contents of my Note were totally different from those allegations reported in the media.

The allegations by Nurhanim and Abang Zulkifli were serious defamatory imputations. As they are both aspiring politicians trying to impress Dato’ Seri Anwar, they had taken themselves beyond the legal limit by hook or by crook to discredit me, to injure my reputation, to expose me to hatred, contempt or ridicule in order to get to their destinations.

According to the press, Nurhanim Mokshen and Abang Zulkifli had accused me saying Dato’ Seri Anwar Ibrahim had encouraged the Sarawakians to follow Egyptians to staging violence protests demanding that the CM to step down and I had accused Anwar had ask the people to ‘revolt’ against the government ‘fighting with arms and weapons’. There was no basis on this allegation. In any event, the popular and ordinary meaning of “revolt’ is that the real meaning they thought or wanted it to be.

Now, I would like to ask Nurhanim Mokshen and Abang Zulkifli to apologize unconditionally to me in public and withdraw unconditionally the false and malicious allegations in various Chinese newspapers yesterday and the SARAWAK UPDATE.

For sake of convenience here, I would like to use a report at SARAWAK UPDATE under the title “Zuklifli Tick Off Henry Ling” with damaging and defamatory allegations which were maliciously made against me. The contents were defamatory and malicious or injurious falsehood where they knew the statement was not true or did not care whether it was true or false. 

I request Abang Zulkifli to explain the following report appeared on Sarawak Update:-

“In a press conference today at PKR Stampin, Secretary of State PKR, Abang Zulkifli Abang Engkeh said Ling had accused Anwar of saying the word ‘revolt’ against the government which is not right as revolt means fighting with arms and weapons.

“I was with Anwar the whole of last visit and despite moving around, I have never heard of the word, revolt but rather he said, we should fight against BN corruption and cronyism,” said Zulkifli.

He called to Ling to apologize or he would just be another of those leaders who lied. “What we read about YB lying to PM, statement from Daud and Jerip showed that they are mostly lairs. If they can lie to the PM, what more the people,” he added.

Zulkifli said Ling knows he is not going to win thus by saying that, he is trying to get some political mileage there. “I would not be surprise if SUPP lost all their seats this time,” said Zulkifli.”

I would like to give both Nurhanim Mokshen and Abang Zulkifli an opportunity to avoid any court cases in Court provided that they would make an apology and withdraw their statements as published unconditionally within the next Ten (10) days.

Malaysiakini Chinese edition had made very interesting reports about ANWAR statement in respect of the violence protest in Egypt that likened Sarawak Chief Minister to Egyptian President when he called the latter to step down as it first appeared on Malaysiakini Chinese edition on 7.2.2011.

《当今大马》中文版的报导标题为“安华轰反贪会未查泰益涉贪,警告贪腐政权需以埃及为鉴”。尽请他们解释以下内容:-
“警告埃及人民崛起或上演
另一方面,安华也警告,如果我国贪污与滥权问题持续泛滥,突尼西亞和埃及人民崛起推翻政府的情况,也可能会在其他穆斯林国家和亚洲地区上演。
“我们必须对这两个国家的发展保持警惕。”
他也警告国阵不要小视乡区人民,以为只要建桥铺路就能够满足他们,这样对他们来说是一种羞辱。
“他们都是马来西亚人,应该有权利去决定他们的未来动向。” 

Reading the above report, I just wonder why PKR had chosen to turn their blind eyes to the reports on Malaysiakini Chinese edition and yet demanding for an apology from me on which was, I believed, out of the blue.

Henry Ling Kuong Meng
SUPP Bintulu Branch Chairman
11.2.2011

p/s: published with permission

PKR akan bantu Pak Bujang

Setiausaha PKR negeri Sarawak, Abang Zulkifli Abang Engkeh dalam satu kenyataan membidas kerajaan negeri. Abang Zulkifli berkata kerajan negeri tidak memberi bantuan kepada Bujang Taha, yang pernah berjasa mengharumkan nama negara.

Bujang Taha telah kehilangan tempat berteduh apabila rumah di Kampung Tanjung, Petra Jaya ranap dijilat api, petang Selasa lalu. Beliau adalah jaguh bina badan yang pernah mengharumkan nama Negara sekitar 80an, yang memenangi gelaran Mr Asia sebanyak empat kali iaitu pada 1980, 1982, 1983 dan 1986.

Menurut Abang Zulkifli, PKR akan menemui Pak Bujang untuk menyampaikan bantuan yang sewajarnya. Apakah bentuk bantuan yang akan PKR berikan dalam pertemuan itu nanti? tentu lebih hebat yang ini...


photo credit to borneo post



fikir dan ulas sendiri...

06 Februari 2011

PKR di Taman Sukma


Semalam PKR dengan mulianya telah mengajak penduduk setempat Taman Sukma untuk menghayati Majlis penghayatan bersempena sambutan maulidul rasul 1432 hijrah.Majlis yang bermula kira-kira jam 8.30 malam itu di hadiri oleh ahli jawatankuasa PKR negeri Sarawak.Baru bian(apa ke benda dia ni hadir),Dominic Ng(Ni pun satu ,nak convert ke)Hani Hj Moksin(calon nak lawan YB Daud),Ahmad Nazib(calon nak lawan YB Abg Johari),Hj Husin Abang(calon nak lawan YB Wan Junaidi),Zulrusdi (calon nak lawan YB Fadilah) Ivy Unding(belum decided nak lawan sapa).Dari banner yang di gantung ceramah akan berkisar tentang perjuangan Nabi s.a.w.Renungan untuk kita berkenaan apa yang Nabi s.a.w telah korbankan untuk memastikan islam di sebar  di seluruh pelusok dunia.

Pada mula majlis telah menjemput saudara Zulrusdi b Hj Mohamad untuk memulakan ceramah.Pelik tapi benar kelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Pentadbiran Perniagaan(BBA hons) bercakap tentang perjuangan Nabi ,itu pada mula nya.Lepas tu corner baring 360 darjah.Mencaci,menfitnah Pehin Seri.Pehin koruplah,pehin kuku besilah dan macam-macam lagi.Patut kah ceramah Maulidur Rasul di campur aduk dengan ceramah politik.Apa tiada lagi ustaz di sekitar kawasan untuk memberi ceramah tanpa mengira fahaman politik.

Sama juga dengan penceramah berikutnya Hj Husin.Isu yang di bangkitkan lebih kepada isu-isu lapok.Manakala Hani Hj Muksin hanya membaca teks di sulami dengan lidah berbelit ketika  salawat  ke atas nabi junjungan Muhamad s.a.w.Ahmad Najib pula mengulangi apa yang di sebut oleh penceramah sebelumnya.



Mengikut perkiraan ki majlis ini lebih kepada memperkenalkan calon-calon yang akan bertanding pada PRN akan datang.



1) Kehadiran pengunjung sekitar 800 lebih. Majoriti penduduk sekitar yg ingin tahu keadaan seperti pesta. Bilangan ahli PKR sendiri, anggaran saya kira-kira 3-4%.. Bilangan semakin bertambah bermula 300++ kepada 800++ apabila rombongan Anwar tiba.




2) Seperti yg kita ketahui,  laungan reformasi hambar... cuma disambut tidak sampai 30 orang dalam khemah berhampiran restrum.
3) Tepukan pengunjung terhadap penceramah hanya meriah oleh penyokong sendiri dalam khemah sahaja. Selebihnya yang bersesak-sesak di belakang hanya memandang sahaja..



4) Ramai menempelak di belakang apabila YB Hanim tidak boleh menyebut Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dengan betul ketika ucapannya.




5) Pengunjung cuma bersorak apabila Anwar membuat cerita lawak.. cukup menghiburkan audience. Bila masuk bab politiknya, keadaan hambar.. segelintir menyokong, cuma mengiayakan apabila ditanya sipenceramah bertalu2..

Di akhir-akhir ceramah Anwar menyamakan pemerintahan Pehin Sri dengan Husni Mubarak presiden Mesir yang telah berkuasa selama 30 tahun.Menjadi pertanyaan ki adakah selama ini pemerintahan Pehin seri menekan rakyat.Adakah rakyat di tidakkan keadilan?Adakah peratus rakyat Sarawak miskin di tahap yang membimbangkan?Ternyata jawapan tersebut adalah TIDAK.

Untuk mengetahu lebih lanjut sila klik SINI  dan SINI

Inikah yang menakutkan BN Sarawak?

Ceramah Anwar dan ahli PKR Sarawak di Petrajaya malam tadi berlangsung dalam suasana yang suram, dengan di hadiri penonton cuma sekitar 500 orang. Meskipun jangkaan awal mengatakan ribuan penyokong akan hadir untuk mendengar lawak jenaka dari Anwar Ibrahim.

Oleh kerna Petrajaya adalah kawasan penduduk majority Melayu, situasi malam tadi jelas menunjukkan penduduk melayu di Bandar raya kuching kurang berkenan dengan perjuangan Anwar dan PKR. Sebaliknya tetap mendukung perjuangan PBB dan Barisan Nasional.

Biarlah gambar ini berbicara, sejauh mana pengaruh Anwar di Sarawak?
nilailah sendiri...
lawak jenaka sempena maulidul rasul....


benarkah ini wajah-wajah penyokong PKR?
Inikah yang digambarkan PKR sebagai "BN Sarawak sedang ketakutan", Atau PKR sekadar gertak sambal?


 p/s: sambal petai memang sedap, dan baik untuk kesihatan...

05 Februari 2011

Benarkah Anwar telah menakluk 4 negeri di Semenanjung?


Sekarang ini Anwar Ibrahim berada di Kuching menghadiri rumah terbuka Tahun Baru Cina PKR, pada pukul 7 petang nanti akan berada di Kampung Taie daerah Serian, dan pada pukul 9.30 malam ini akan berceramah di Semariang Kuching. Jangan lupa datang beramai-ramai kalau ada makanan...hahaha

Benarkah Anwar telah menawan 4 negeri di Semenanjung? Saya pasti orang semenanjung lebih mengetahui benar atau tidak apa yang dikatakan para penyokong PKR Sarawak. Kehadiran Anwar di Kuching hari ini kononnya disambut puluhan ribu penyokong. Benar atau tidak, belum ada pakar ilmu hisap yang mampu mengesahkan...

Yang menarik serta bangang, seorang penyokong PKR mengatakan dia mewakili suara rakyat Sarawak sangat berharap Anwar dapat menawan negeri Sarawak. Sepertimana Anwar telah menawan 4 negeri di Semenanjung. Benarkah?

Entah bila orang Sarawak melantik penyokong PKR untuk mewakili suara mereka? Entah berapa kerat orang Sarawak yang menyokong perjuangan Anwar? kenyataan itu sekadar syok sendiri, Malah menurut laporan strategik oleh rakan blogger, menceritakan betapa mualnya orang Sarawak dengan PKR. KLIK DISINI  Hanya bunyi yang lebih…


Apatah lagi untuk menawan Sarawak, menawan 4 negeri di semenanjung pun terpaksa berbohong. Nak jadi ketua pembangkang di parlimen, Anwar terpaksa menumpang belas kasihan DAP. Sebaliknya Anwar yang ditakluk DAP untuk dijadikan ‘kaldai politik’ yang sentiasa setia pada kemahuan DAP…

27 Januari 2011

Penasihat PKR Sarawak diperintah bayar RM100 ribu

Mahkamah Tinggi Kuching kelmarin telah memerintahkan Penasihat PKR Sarawak Dominique Ng membayar ganti rugi sebanyak RM100,000 kepada Chong Siaw Chiang kerana kerana mengeluarkan kenyataan fitnah.

Selain Dominique Ng, sebuah akbar cina tempatan telah dinamakan sebagai defendan kedua turut diperintahkan membayar sebanyak RM50,000 kerana menyiarkan kenyataan fitnah tersebut.

Mahkamah mendapati kata-kata yang dikeluarkan oleh Ng pada 2008 semasa berkempen untuk seorang calon bebas dalam pilihan raya adalah fitnah. Kata-kata fitnah yang dimaksudkan ialah “siapa yang hipokrit?”, Ng telah mengeluarkan kata fitnah dalam bahasa Mandarin di MJC Batu Kawah pada 29 Februari 2008. Kata-kata yang sama telah diulang di Jalan Song pada 1 Mac dan sebuah kedai kopi pada 5 Mac semasa kempen pilihan raya yang sama.

Penghakiman terperinci akan dikeluarkan pada Isnin depan. Mahkamah turut meluluskan injunksi terhadap defendan pertama dan kedua, Defendan juga diarahkan untuk tidak mengeluarkan atau menerbitkan kata-kata fitnah yang sama dikhalayak ramai.

Selain terheret ke Mahkamah, isu fitnah tersebut telah menjadi punca perseteruan antara Dominique Ng dan Ahli parlimen DAP Bandar Kuching Chong Chieng Jen hingga ke hari ini. Kerana Chong Siaw Chiang adalah  bapa kepada Ahli Parlimen Bandar Kuching. Lebih lebih lagi, Dominique Ng berkali-kali mengatakan beliau mempunyai fakta kukuh yang menyokong dakwaan tersebut.

Chong lebih handsome dari Dominique Ng... HIDUP CHONG!!
Bagi penduduk Bandar raya Kuching yang menjadikan Chong Chieng Jen sebagai idola politik, tindakan fitnah oleh Dominique Ng telah memusnahkan reputasi Chong Chieng Jen sebagai bakal ketua menteri Sarawak.


Oleh kerana keputusan mahkamah tidak memihak kepada orang PKR, mungkinkah selepas ini PKR akan menuduh mahkamah telah dikuasai DAP atau Chong Chieng Jen?
 

24 Januari 2011

POLITIK SARAWAK: Provokasi agama sedang bermula...

  
Mungkin kerana dahagakan perhatian, ditambah lagi dengan ketandusan isu. Akhirnya terpaksa juga Radio Free Sarawak dan Sarawak report memainkan isu agama untuk memancing sentimen rakyat Sarawak. 

Bagi Baru Bian memang inilah yang disebut kebebasan bersuara dan perjuangan untuk membela nasib rakyat Sarawak. Kononnya rakyat akan maju dan makmur dengan segala provokasi yang mereka lakukan.

Tidak cukup dengan perpecahan masyarakat dayak yang telah Baru Bian anjurkan melalui PKR Sarawak, mungkin beliau sedang mengidam perpecahan agama secara besar-besaran. Apakah ini yang akan mengenyangkan perut rakyat miskin yang sedang lapar, Apakah politik seperti ini akan menguntungkan rakyat Sarawak?

Negeri Sarawak tidak pernah memiliki undang-undang untuk menyekat penyebaran agama, Malah tidak terikat kepada dasar agama rasmi negeri, sepertimana negeri-negeri lain di semenanjung Malaysia. Apakah rasionalnya PKR bermain dengan isu agama di Sarawak, selain untuk berlagak juara?

Ternyata, provokasi agama serta hasutan telah sengaja dianjurkan untuk memecah-belahkan rakyat Sarawak. Inikah yang menjadi kebanggaan PKR dan Baru Bian?


 Kutipan dari rakan blogger;
Terlebih dahulu kita semua patut bersyukur di bawah KERAJAAN PENAUNG kita masa ini tidak ada ketegangan kaum di Negeri Sarawak .Kita semua bebas bergaul dengan menghormati agama dan bangsa masing-masing.

Kita semua juga patut berdoa agar keadaan sedemikian dapat berterusan sehingga ke anak cucu kita.Perpaduan sedemikian bukannya dipupuk "overnite" tetapi dengan pengorbanan datuk nenek moyang kita yang terdahulu.
Artikel berkaitan  KLIK DISINI

22 Januari 2011

Akibat angkuh dan pentingkan diri | PKR akan tersungkur di Sarawak

Kata pepatah cina “Jangan membazir air, walaupun berumah di tepi sungai”, kata-kata ini sesuai untuk Baru Bian yang selama ini rancak mempromosi diri sebagai bakal ketua menteri Sarawak. Sudah bersepah disana sini air liur Baru Bian mengatakan beliau adalah bakal ketua menteri Sarawak yang baru.

Siapa sangka semua itu cuma air liur basi yang akhirnya menyebabkan parti SNAP termuntah-muntah, hingga tidak sanggup lagi bersekedudukan dengan PKR dalam kelambu Pakatan Rakyat.

Sebelum ini, Penasihat PKR Sarawak Datuk Sri Daniel Tajim menggesa masyarakat dayak agar kembali bersama SNAP. Gesaan Daniel Tajim bukan sekadar seruan, meskipun mulanya dilihat seolah sandiwara politik. Sebaliknya semakin ramai penyokong yang meninggalkan PKR, kerana lebih yakin dengan komitmen dan proses re-branding oleh pemimpin SNAP.


Perjuangan Baru Bian untuk menjadi ketua menteri Sarawak menemui detik yang cukup sukar, sekalipun beliau meneriakkan cabaran paling angkuh ‘bring it on’ kepada seluruh parti komponen BN maupun SNAP.

Walaupun janji Baru Bian untuk rakyat Sarawak mengalahkan janji dewa dari kayangan, untuk mengembalikan hutan belantara, gunung-ganang, sungai, pokok serta babi hutan jika beliau jadi ketua menteri. Tapi keputusan pemimpin SNAP hari ini seolah menelanjangkan Baru Bian dan PKR dari segala harapan dan ‘kedewaan’ tersebut.

selamat jalan PKR...
 “Angkuh dan pentingkan diri” dua sikap utama kepimpinan Baru Bian yang menyebabkan parti SNAP bosan serta meluat, hingga akhirnya memutuskan hubungan intim dengan PKR. SNAP turut keluar dari Pakatan Rakyat untuk bersama UBF (United Borneo Front) pimpinan Datuk Jeffrey.


UBF adalah gerakan politik baru dari Borneo yang tidak mendukung cita-cita Anwar Ibrahim untuk ke Putrajaya, sebaliknya cuma untuk memastikan hak rakyat Sabah dan Sarawak dipertahan dengan adil dan saksama.


12 Januari 2011

Perpecahan! Inilah yang PKR bawa ke Sarawak

Meskipun Baru Bian telah dilantik semula sebagai pemimpin PKR negeri Sarawak pada 9 Januari lalu, Namun gugurnya jawatan Baru Bian sebagai Naib presiden diperingkat pusat, dan diganti dengan Datuk John Tenewi Nuek membuktikan kesan perpecahan yang telah, sedang dan akan terjadi dalam PKR Sarawak.

Tidak semudah mencari kambing hitam dengan melemparkan tuduhan kononnya ‘kerja’ orang BN, Cybertroopers dan sebagainya. Kerana bantahan atau sabotaj oleh ahli sendiri tidak akan terhenti disitu jika ‘penyakit’ dalaman terus dipandang remeh. 

Perpaduan! Inilah agenda yang tidak pernah wujud dalam perjuangan Baru Bian serta PKR Sarawak, selain provokasi dan sentimen kebencian. 

Perpecahan demi perpecahan terjadi, seolah itulah harga yang perlu dibayar oleh masyarakat dayak dan rakyat Sarawak demi cita-cita peribadi pemimpin PKR. Ironinya, Baru Bian dan PKR yang meneriakkan slogan keadilan untuk semua, telah membawa perpecahan yang cukup besar bagi masyarakat dayak.

Keluarnya SNAP dari Pakatan Rakyat dan menyertai UBF telah menceritakan satu lagi perpecahan. Diikuti pula beberapa pemimpin dayak dalam PKR beralih arah menyertai SNAP, menampakkan satu lagi yang tidak "benar" tentang PKR Sarawak.


Kehadiran Datuk Zaid Ibrahim selaku presiden parti KITA di Kuching pada 30 Januari nanti, akan melahirkan cerita baru untuk politik masyarakat dayak. Jika pun itu digelar kesepakatan baru, tetap saja menimbulkan cerita lama iaitu perpecahan. Semuanya bermula dari rasa "tidak enak" ketika bersama PKR.

Bagaimana pula dengan team A, team B dan team C yang masih ada dalam PKR, Berapa banyak lagi perpecahan yang dijanjikan Baru Bian?

Apalah yang nak dibanggakan, jika bersatu sekadar untuk berpecah!


Apakah memang tidak ada, atau memang tidak wujud agenda perpaduan dalam politik Baru Bian selain keinginan kuat untuk jadi ketua menteri Sarawak?


11 Januari 2011

Hormati Sarawak


Oleh Mudatengah

Amat sedih untuk melihat calon Ketua Menteri Pakatan Rakyat dan 'Ketua' PKR Sarawak dipermainkan oleh Anwar Ibrahim dan lain-lain pemimpin PKR. Sekejap mahu sekejap tak mahu.

Akhirnya 'kedudukan' atau 'fate' calon Ketua Menteri Sarawak Pakatan Rakyat ditentukan di merchant square iaitu satu row shoplot di petaling jaya (sila lihat gambar atas).

Adakah ini cara PKR 'menghormati' Sarawak dan rakyatnya?
BN Sarawak memilih pemimpin-pemimpin mereka oleh perwakilan-perwakilan rakyat Sarawak. PBB, SPDP, PRS dan SUPP semua memilih calon-calon jawatan-jawatan kerajaan dikalangan rakyat Sarawak sahaja. Bukan dengan sms campaign atau kedai kopi di tepi jalan tropicana, pj (merchant square).

BN Sarawak menggunakan tempat terluhur seperti Bangunan DUN atau Borneo Convention Center. Bukan tepi jalan shophouses seperti Pakatan Rakyat.

Sehingga Pakatan Rakyat amnya dan PKR khususnya memberi penghormatan yang selayaknya kepada rakyat Sarawak maka rakyat Sarawak harus memilih untuk dihormati dengan baik. Sebagaimana yang dilakukan oleh BN Sarawak...

08 Januari 2011

PKR SARAWAK : Nasib ‘Baru Bian’ akan diketahui esok!!!

Disebalik keyakinan yang melampau dengan falsafah politik baru “demi hutan belantara”, dan keghairahan untuk mendabik dada, kerana merasakan mereka akan menang mudah semua kerusi DUN Sarawak. Siapa sangka, Baru Bian teruji oleh ‘suara gergasi’ untuk menyingkirkan beliau sebagai pemimpin PKR Sarawak.

‘Bring it on’ kata Baru Bian ketika mencabar ketua menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud suatu ketika dulu. Satu cabaran mendabik dada yang tersiar dibeberapa media ‘mesra Pakatan’ menunjukan betapa Baru Bian penuh yakin akan duduk sebagai ketua menteri Sarawak pada bila-bila masa.

Nampaknya cabaran Baru Bian terlebih dahulu disambut oleh ahli PKR sendiri, Bila beberapa orang kuat PKR Sarawak telah mempertikai kedudukan Baru Bian. Bantahan tersebut telah disuarakan di kuala Lumpur pada 7 Januari 2011 yang lalu, oleh kumpulan orang lama dalam PKR Sarawak yang tidak bersetuju dengan perlantikan Baru Bian sebagai Pengerusi Perhubungan PKR negeri dan Jawatan ‘belas kasihan’ sebagai Naib Presiden PKR.

Dalam PKR Sarawak terdapat 2 kumpulan yang tidak bersetuju dengan Baru Bian, Satu kumpulan terbentuk kerana perjuangan team Baru Bian bercanggah dengan prinsip asal perjuangan PKR Sarawak yang berbau ‘dayakisme’. Manakala satu lagi kumpulan tidak bersetuju kerana 2 jawatan yang disandang Baru Bian oleh PKR pusat seolah menidakkan kewibawaan pemimpin lain, khususnya orang yang telah lama berjuang untuk PKR di Sarawak.

Keributan dalam PKR Sarawak tidak terhenti disitu, kerana belum lagi ditambah dengan ahli yang beralih arah untuk menyokong gagasan Datuk Jeffrey dan UBF. Belum juga dicampur dengan penyokong yang setia kepada Datuk Zaid Ibrahim, yang berharap Parti KITA pimpinan Datuk Zaid akan terbang ke Sarawak.

Gertakan 'Orang lama' bagaikan 'suara gergasi’, hingga menyebabkan Majlis tertinggi PKR terpaksa membuat keputusan berhubung nasib Baru Bian sebagai Pengerusi Perhubungan Negeri dan Naib Presiden. Majlis tertinggi PKR yang bermesyuarat esok akan memutuskan kedudukan Baru Bian dalam politik Sarawak.

Dikabarkan 2 nama pemimpin PKR Sarawak sedang dicadangkan untuk mengantikan Baru Bian sebagai Pengerusi Perhubungan Negeri. Nama yang disebut-sebut adalah Saudara Nicholas Bawin dan Saudara Granda Aing, namun keputusan rasmi akan diumumkan pucuk pimpinan PKR pusat semasa mesyuarat Majlis Tertinggi esok hari (9 Januari 2011).

Persoalan yang lebih besar untuk Baru Bian, apakah keputusan MT PKR atau ‘suara gergasi’ dalam PKR Sarawak akan meranapkan impian ‘Baru Bian for CM’?

Yang jelas, belum pun berperang dalam pilihan raya, Baru Bian sudah tersungkur. Bukan hanya kerana ‘ketulahan’ mendabik dada, tapi juga oleh ketidakadilan terhadap rakan seperjuangan.

Bagi yang mengamati sejarah politik dayak, scenario seperti ini bukan perkara baru, malah sudah dijangka. Lihatlah SNAP, PBDS, PRS dan SPDP, semuanya melalui kesembuhan dari penyakit yang sama.

Cuma dalam PKR Sarawak, mereka tidak ada kambing hitam untuk menutup kelemahan diri. Jika dalam BN, mereka akan berkata ada tangan ghaib disebalik wayang. Sambil menunjukkan ketua menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud sebagai punca perpecahan mereka.

Namun begitu, politik dayak tetap memerlukan kambing hitam yang sama sebagai modal politik untuk memicu sentimen dayakisme. Kerana politik dayak memang sangat memerlukan kambing hitam...

p/s: artikel ini ditulis sewaktu istirahat di kebun sambil berangan nak jadi menteri...kah kah

05 Januari 2011

POLITIK SARAWAK: Penipuan Sarawak Report jadi bahan ketawa

Alangkah besarnya kemaluan, bila maklumat yang selama ini dikagumi dan diharap menjadi modal politik untuk Baru Bian, sebaliknya dijadikan bahan ketawa. Mungkin hanya lawyer seperti Baru Bian atau orang yang bergelar Doktor seperti John Brian saja yang mampu berjaja pembohongan Sarawak report.

Siapakah yang berfikiran waras mampu percaya bahawa agensi perisikan FBI (Federal Bureau of Investigations) di Amerika berada dalam pengaruh Taib Mahmud? Apakah Amerika terlalu bodoh dan miskin, sehingga terpaksa menyewa bangunan dari Taib Mahmud untuk menempatkan agensi rahsia berprofil tinggi seperti FBI?

Inilah dakwaan tidak bermoral oleh mereka yang berpendidikan serta kemaruk ingin jadi ketua menteri Sarawak. Mereka sengaja mengutip dan edit apa saja maklumat demi memfitnah ketua menteri dan keluarga.

Dengan kecanggihan teknologi yang ada hari ini, apakah terlalu sukar dan hebat untuk mengubah suatu dokumen seperti yang dilakukan Sarawak report dan PKR Sarawak?

Apakah anda percaya, jika tiba-tiba saya siarkan gambar Baru Bian sedang berbogel? Seperti juga penyata  dibawah ini, bukankah cukup mudah untuk create atau edit nama siapa saja yang perlu difitnah!

 
Penyata dibawah ini membuktikan betapa terdesaknya sarawak report untuk memfitnah ketua menteri dan keluarga. Penama yang dikatakan adik perempuan Taib Mahmud, bukan saja menunjukkan nama yang salah, ZALEHA BIN BUJANG. Malah 4 digit terakhir (5103) pada nombor IC juga dengan jelas penama tersebut adalah seorang lelaki. 





Apakah Baru Bian memiliki bukti jelas, selain mengutip penipuan dari sarawak report sebagai propaganda politik. Usah menuduh agensi kerajaan tidak adil kerana tidak melayan pembohongan dan penipuan bermesejkan politik. Perlukah Taib Mahmud membuang masa untuk menjawab pembodohan seperti ini?

Bagi rakyat biasa yang tidak ada cita-cita politik, cukup sekadar untuk dijadikan bahan ketawa...

02 Januari 2011

POLITIK SARAWAK: Bekas ahli PKR akan gempur Baru Bian


Keyakinan Baru Bian sedang terjawab, bila beberapa bekas ahli PKR Sarawak menyuarakan tindakan untuk mencabar mereka dalam pilihan raya negeri yang akan datang. Kelompok bekas ‘orang kuat PKR Sarawak’ akan menggunakan platform berbeda untuk menggempur team Baru Bian.

Menurut bekas ahli PKR Sarawak, mereka telah membuat perancangan strategic untuk memastikan team Baru Bian tersungkur. ”Kami memang tidak suka dengan PBB yang tidak mesra rakyat, tapi kami juga nekad menentang pemimpin yang angkuh serta tidak sedar diri seperti Baru Bian dan pemimpin PKR pusat” tegas sumber tersebut.

Sementara itu, terdapat beberapa ahli PKR Sarawak yang tidak sehaluan dengan team Baru Bian sedang berbincang dengan Datuk Zaid Ibrahim untuk membawa Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) ke kancah politik Sarawak. Mungkin inilah ‘Third Force’ yang akan mengoncang PKR Sarawak dan team Baru Bian?

Seperti kata pepatah, “apabila kawan bertukar menjadi musuh, itulah musuh yang paling bahaya”. Ternyata, BN bukan lagi musuh utama buat team Baru Bian atau PKR, sebaliknya PKR Sarawak terpaksa berdepan dengan pengikut sendiri yang tidak puas hati dengan ‘kebusukan’ pemimpin mereka.


Dari sisi lain, musuh politik kepada BN Sarawak akan bertambah dengan kehadiran parti KITA dan  'Third  force'. Politik Sarawak akan menyaksikan percaturan antara Kelemahan, keangkuhan serta bantahan. Malah sentimen tersebut akan jadi pengukur untuk meraih sokongan rakyat.


Apakah falsafah politik ‘hutan belantara’ oleh Baru Bian akan mampu mengatasi semua itu? Mahu atau tidak, Baru Bian serta kumpulannya terpaksa berdepan dengan bekas orang kuat PKR Sarawak terlebih dahulu, Sebelum mereka “berjaja janji"  untuk rakyat di rumah panjang, kampung-kampung melayu serta penempatan Orang Ulu di pendalaman Sarawak.

29 Disember 2010

TVSB - Media Baru PKR Sarawak


TV Sarawak Bebas (TVSB) adalah media baru PKR menjelang pilihan raya negeri Sarawak, TVSB terdapat dalam versi DVD/CD yang boleh ditempah dengan harga RM10. Menurut penyokong PKR Sarawak, TV yang  canggih ini, turut menampilkan penyampai berita yang mesra penonton dan 'berdada bidang'.

Oleh kerana TVSB adalah untuk mempromosikan PKR di Sarawak, maka sengaja ditampilkan penyampai berita yang memiliki 'dada dan otot' yang mantap, sesuai dengan nafsu Anwar Ibrahim sendiri.

Yang pelik, berita TVSB menggunakan latarbelakang pembangunan mantap yang dibuat oleh kerajaan Taib Mahmud. Sedangkan itulah yang mereka kritik dan persoal sebelum ini, khususnya bangunan DUN Sarawak. Sepatutnya mereka menggunakan latarbelakang "hutan belantara, sungai dan haiwan" agar menepati slogan perjuangan Baru Bian.
 Macam kenal?


(video credit : link)

27 Disember 2010

MESTI BACA: Surat dari 'makcik' untuk makcik Zulhaidah

Selama ini Zulhaidah bukan main lantang mempersoal peribadi pemimpin Sarawak, termasuk yang terkini  tentang perkahwinan ketua menteri Sarawak. Mungkin bagi Zulhaidah, tidak mengapa menikah seramai yang boleh atau melakukan maksiat semahunya. yang penting tidak menikah dengan wanita yang lebih muda.

Memang Zulhaidah tidak muda lagi, dan tidak berada dalam senarai memikat hati. Apakah sebab itu, Zulhaidah terpaksa menggunakan strategi 'memuji diri' untuk meraih perhatian?

Suboh-suboh lagi, Zulhaidah telah 'memuji diri' mengatakan dia lebih baik dan lebih bijaksana dari mana-mana pemimpin Sarawak. Memang hebat nafsu makcik Zulhaidah ini, dengan 'syok sendiri' mengatakan dia lebih sempurna, lebih unggul dan sebagainya.

Setelah sekian lama Zulhaidah mengumpan diri agar namanya disebut-sebut di dunia maya. Dengan menyentuh peribadi pemimpin Sarawak, beliau merasakan sudah cukup menonjol.  Tak sangka akhirnya muncul juga orang yang tahu tentang keperibadian srikandi PKR ini.


Dibawah ini kutipan mesej yang dikirim oleh seorang makcik yang mengenali Zulhaidah.
Salam cik aisanda
makcik nak cakap sikit. makcik tahu siapa aisanda walau pun aisanda tak tahu sapa makcik. tak apalah. makcik hanya nak ingatkan agar aisanda terus mengekalkan 'kewanitaan' dalam hidup dan perjuangan ini. utk menjadi srikandi yg dihormati, seorang wanita tidak perlu mengubah apatah lagi mengorbankan sifat2 kewanitaan kita. ikut resmi padi, semakin tunduk semakin berisi.

jangan sekali2 ikut macam zulhaidah PKR. baru pandai merangkak dah nak melompat. baru dapat diploma dlm business admin dah nak mengata diri lebih bijak dari orang lain. dah nak melihat orang lain bodoh belaka.

jangan sekali2 ikut perangai zulhaidah. sebagai wanita walau sebuas mana pun 'nafsu' kita, jangan sekali2 menunjukkan 'kegelojohan' kita. walau menggelegak macam mana pun 'nafsu' kita, kita kena kekalkan sifat2 'kemaluan' kita. usahlah baru di puji sikit terus nak 'mengangkang'. takut nanti orang hilang stim bila 'panau dan kudis' kita dah nampak. nak buat apa pun, buat pelan-pelan. slow-slow.

makcik nak ingatkan juga, walau siapa pun orang tua kita, mereka tetap ibu dan bapa kita. Jangan jadi mcm zulhaidah suboh. bapanya Hadi. datuknya Salleh. tapi dah bertukar menjadi Suboh. tak patut. walau pun habbit kita suka keluar 'menyuboh' sekali pun.

aisanda, hidup perlu berbakti. tapi, tak semestinya jadi YB. jangan macam zulhaidah, hanya kerana selalu belanja orang bekenu minum kopi dah perasan dia banyak berbudi dari YB Rosey - yang dah 30 tahun jadi guru untuk melahirkan anak pribumi berkualiti.


Hidup mati, jodoh perceraian adalah kuasa Tuhan. jangan perlekehkan. kita tak tahu apa akan berlaku dgn kita esok lusa. kita tak tahu mungkin esok lusa laki kita atau kita sendiri pula yang buat hal. jangan ikut macam zulhaidah, taib kawin wanita muda pun dihinanya. apa salahnya? nabi pun kawin wanita muda begitu. apalah salahnya taib kawin wanita, bukannya 'main' belakang lelaki atau main wanita dalam keretapi . pokoknya aisanda, jangan jadi macam zulhaidah. Bye. Jumpa lagi.
Baca ulasan selanjutnya KLIK DISINI

14 Disember 2010

POLITIK SARAWAK: Sejak bila Pengarah Immigration Sarawak dari Semenanjung?

anugerah pelakon terbaik sepanjang zaman

Entah dirasuk jembalang apa, atau memang sudah ‘di anugerahkan’ sebagai pembelit. Sampai  Azmin berjanji nak tukar pengarah immigration Sarawak dengan anak jati Sarawak… kah kah

Nampak sangat Azmin Ali memang pandai buat lawak untuk seluruh rakyat Malaysia, ramai juga ahli PKR Sarawak yang terhibur dan sibuk menghafal lawak Azmin, sampai copy-paste ucapan Azmin di blog masing-masing.

Azmin bukan main seronok berucap nak tukar semua Jawatan Pengarah di Sarawak, hingga lupa pengarah immigration Sarawak, memang orang Sarawak. Inilah jadah bila memiliki hobi berbohong.

Datuk Robert Lian orang mana? mungkin Azmin memang tidak tahu, lagipun bukan kerja Azmin untuk tahu perkara benar. Tugas Azmin cuma berjanji, berbohong dan menyampaikan mesej putar belit dari ketua umum. Tak percaya, tanya orang Selangor?

pelakon utama

Pengarah Immigration Sarawak, Datuk Robert Lian adalah dari kaum Orang Ulu di Sarawak, bukan dari semenanjung. Di semenanjung tidak ada kaum Orang Ulu, tapi ada Orang Asli. Ada tak kaum Orang Asli jadi pengarah jabatan kerajaan di Selangor? Berapa ramai YB, Exco atau Menteri berketurunan ‘Orang Asal’  yang dah dilantik PKR di Semenanjung?

Bagaimana pula janji pilihan raya PKR untuk rakyat Selangor sebelum ini, sudah tertunai? Jika belum, tak perlulah datang buat pertunjukan sarkas di Sarawak. 

Menyebut tentang otonomi memang mudah, bercakap penuh retorik memang gampang. Entah otonomi bagaimana yang dimaksudkan Azmin? Lagipun otonomi seperti di Sarawak sekarang ini, tidak akan tercapai hanya kerana janji seorang ‘pelacur politik’, tapi kerana persetujuan bersama beberapa pihak secara strategik.

Janji Azmin, kononnya PKR akan mengembalikan ‘otonomi penuh’ seperti dalam perjanjian Malaysia 1963 kepada Sarawak. Sedangkan dalam perjanjian Malaysia 1963, tidak ada ‘otonomi penuh’ untuk Sarawak, sebaliknya cuma hak dan keistimewaan dalam 18 perkara sahaja. Bukan ‘otonomi penuh!’.

Entah dari mana 'otonomi penuh' yang Azmin nak kembalikan?

Kalau sekadar pertunjukan sarkas, tak perlulah import Azmin dari Selangor. Di Sarawak ramai yang berbakat, tak percaya? Tanyalah Bang Baru Bian…



p/s: lebih baik saya jaga anak-anak itik, dari melacur ke negeri orang...

13 Disember 2010

POLITIK SARAWAK: Azmin janjikan 'autonomi penuh' dan kepimpinan liwat


Majlis Makan Malam Pre-Christmas and New Year Dinner yang berlangsung di Bintulu kelmarin bagai membawa aura baru untuk Azmin. Kerana sokongan yang ‘luar biasa’ dari rakyat Sarawak.

Seperti kebiasaannya, tidak pernah kehadiran pemimpin PKR yang tidak dihadiri "ribuan" penyokong. Acara kelmarin adalah majlis penutup aktiviti 3 hari PKR Sarawak, yang bermula dengan mesyuarat, latihan pilihan raya dan forum tertutup.

Penyokong PKR di Sarawak berasa “kembang telur” dengan janji Azmin yang luar biasa. Dalam ucapan di majlis tersebut Azmin berkata “Pakatan Rakyat akan memberi otonomi sepenuhnya kepada Sarawak jika memenangi pilihanraya negeri”.

Azmin turut menyelitkan beberapa kata hikmat yang mampu menghibur perasaan Baru Bian dan penyokong PKR. Antara ayat manis yang diungkap Azmin;

“Sabah dan Sarawak tidak masuk Malaysia. Sabah dan Sarawak menubuhkan Malaysia bersama Persekutuan Tanah Tanah Melayu, Pakatan Rakyat akan menghormati Perjanjian Malaysia semasa penubuhan Malaysia pada tahun 1963”

Malah Azmin turut bersumpah, “Saya, Azmin, akan mempertahankan Sarawak dan membela orang orang Sarawak. 'Agi idup agi ngelaban!'”

Seluruh penyokong PKR dan Pakatan di Sarawak terharu dengan lagak Azmin, bukan saja  kerana otonomi penuh. Tapi lebih menarik ialah kepimpinan liwat yang akan memerintah. Janji Azmin memang sesuai dengan pendedahan Wikileaks berkaitan perilaku liwat Anwar Ibrahim.

Menurut penyokong tegar PKR, “semua maklumat wikileaks adalah benar dan boleh dipercayai, melainkan tuduhan yang melibatkan Anwar, kerana Anwar adalah anugerah Tuhan yang suci dan mulia”.

Untuk baca kisah berkaitan, sila  KLIK DISINI dan  KLIK DISINI

p/s: liwat tetap liwat..!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...