Nuff Head

Najib For PM

Najib Razak merupakan PM yang paling banyak membawa Transformasi dan menyentuh segenap lapisan masyarakat

Suara 1Sarawak

Selamat Datang Semoga Kehadiran Anda Penuh Makna

Memaparkan catatan dengan label Anugerah Juara Lagu 25. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Anugerah Juara Lagu 25. Papar semua catatan

11 Januari 2011

Eksklusif! Kegiatan Batu Api PKR Sarawak Dicekup?

Tahniah Juara Lagu 2011
 Sarawak digegarkan lagi bukan disebabkan oleh Sambutan Jubli Perak Anugerah Juara Lagu?  Kali ini disebabkan oleh kegiatan menghasut di bawah Seksyen 41 (1948).  

Kementerian Dalam Negeri telah berjaya menumpaskan kegiatan menghasut rakyat dengan fitnah yang diolah?  Ini berikutan dengan serbuan ke atas beberapa kawasan di Kota Sentosa.  Dalam serbuan berkenaan, pihak KDN berjaya merampas bahan berunsur hasutan untuk menggulingkan kerajaan.


Menurut sebuah laman blog pro pembangkang

"Bahan-bahan yang dirampas itu merangkumi cakera-cakera padat (CD) yang mengandungi rakaman-rakaman dari rancangan Radio Free Sarawak, yang beroperasi di Malaysia tanpa menggunakan lesen penyiaran kerajaan, termasuk juga klip-klip video dari rancangan TV Sarawak Bebas."

Kalau dah tahu bahan yang tidak ada lesen kelulusan penyiaran? Kenapa nak cetak dan edar?  Apalah mereka ini tidak tahu bahasa? Bila dicekup salahkan CM?

See Chee How bersama SADIA.
Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan yang disyaki terlibat telah ditahan termasuk Setiausaha Persatuan Bangsa Dayak Iban Sarawak (Sarawak Dayak Iban Association -SADIA) iaitu Encik Nicholas Mujah.  Persatuan ini yang beroperasi di Kota Sentosa di dalam kawasan Parlimen Kuching yang di bawah DAP Chong Chien Jen.  Menurut blog pro-pembangkang, bahan-bahan yang dirampas merupakan CD, mesin salinan dan beberapa keping poster!


Memandangkan bukan masa pilihanraya mungkin mereka tengah pandu uji mesin salinan CD dan poster baru kot? hihihi


Dalam penangkapan yang berlainan, seorang peguam, Abun Sui Anyit juga ditahan berikutan kerana membawa banyak bahan di atas yang juga berunsur hasutan ketika tiba di Lapangan Terbang Miri.
   

Pertubuhan NGO dan Peguam Aktivis juga ditahan dan diikat jamin manakala bahan-bahan yang mereka miliki turut dirampas.  

 
Ikutilah kisah lanjut di halaman Rajahmas.

Tahniah juga kepada Ana Raffali kerana menjadi Juara Anugerah Juara Lagu ke 25, 2011
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...