Nuff Head

Najib For PM

Najib Razak merupakan PM yang paling banyak membawa Transformasi dan menyentuh segenap lapisan masyarakat

Suara 1Sarawak

Selamat Datang Semoga Kehadiran Anda Penuh Makna

Memaparkan catatan dengan label Malaysian Student Department. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Malaysian Student Department. Papar semua catatan

03 Februari 2011

Kenapa PAS Tidak Tolong Pelajar Mereka di Mesir?



 Menurut The Unspinners dan RBF, Mesir merupakan kilang PAS untuk melahirkan pelapis mereka.  Untuk mengangkut mereka pulang bukan kerja yang senang kerana jumlahnya terlalu ramai dan ditambah pula dengan keadaan trafik udara yang sendat di Cairo sekarang.


Sekiranya 11,300 orang itu semuanya mahu diangkut pulang ke Malaysia, maka kita memerlukan 28 buah pesawat Boeing 747 yang boleh memuatkan lebih kurang 400 penumpang untuk satu penerbangan.  


Tetapi kita kerajaan BN tidak kira bulu akan membantu rakyat kita yang susah walau di mana mereka berada.  Kalau kita lihat masalah banjir yang melanda baru-baru ini, golongan PAS dan PKR pilih bulu dan mementingkan orang parti mereka sahaja.  
Nasib baik, kerajaan BN lebih adil dari pihak pembangkang kalau tidak meranalah orang kampung kalau dapat tahu anak mereka dibiarkan untuk hidup bersendirian dalam keadaan politik yang tidak stabil di Mesir sekarang.  

Ikutilah sorotan nasib pelajar Malaysia di Mesir di blog di bawah

  1. The Unspinners
  2. RBF
  3. Melanau Blogger

Kumpulan Pertama Pelajar Malaysia Di Mesir Tiba Di Jeddah Tengah Malam




KOTA KINABALU, 3 Feb (Bernama) -- Dua penerbangan pertama -- Malaysia Airlines dan AirAsia -- membawa kira-kira 600 pelajar Malaysia yang menunggu untuk dipindahkan dari Kaherah, Mesir, dijangka tiba di Jeddah, Arab Saudi menjelang tengah malam.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata pesawat Boeing 747 Malaysia Airlines dan A340 AirAsia berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur awal hari ini menuju ke Kaherah.

"Sebaik sahaja kedua-dua pesawat ini tiba di sana, kami akan uruskan penerbangan membawa keluar kumpulan pertama pelajar Malaysia dan kami harap, jika semuanya berjalan lancar, mereka akan tiba di Jeddah menjelang tengah malam ini," katanya kepada pemberita di sini Khamis.

Anifah berkata tiga pesawat pengangkut C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), yang berlepas ke Jeddah semalam, akan memulakan penerbangan membawa keluar pelajar Malaysia dari Mesir Jumaat pagi.

"Ketiga-tiga pesawat ini perlu rehat selama 24 jam sebelum meneruskan aktiviti penerbangan biasa.

"Itulah sebabnya pesawat ini hanya boleh memulakan perkhidmatan ulang-alik pada Jumaat. Keseluruhannya, tiga pesawat TUDM itu boleh membawa sehingga 750 penumpang," katanya.

Anifah berkata Kedutaan Malaysia di Mesir bekerja sepanjang masa untuk memastikan misi membawa pulang pelajar Malaysia dari negara bergolak itu berjalan lancar.

Beliau berkata keadaan adalah terkawal, terutamanya di kawasan berhampiran pejabat Kedutaan Malaysia di Mesir, yang terletak jauh dari Tahrir Square, Kaherah, yang dilanda konflik itu.

Anifah berkata beliau akan memantau rapi keadaan semasa dan proses pemindahan rakyat Malaysia dari negara berkenaan.

-- BERNAMA

01 Februari 2011

Kohilan Pasang Strategi di Kaherah


Kerajaan Malaysia sudah bergerak ke Kaherah untuk menilai strategi yang akan diambil untuk memindahkan lebih 10 ribu orang pelajar Malaysia di sana.  Pasukan ini diketuai oleh Timbalan Menteri Luar A Kohilan.  Mereka akan mengenalpasti langkah yang terbaik untuk memindahkan rakyat Malaysia ke tempat yang selamat.

Di harap rakyat Malaysia semua selamat dan dapat dipindahkan segera.
 
Malaysia hantar pasukan menilai keperluan memindah rakyat Malaysia


Posted on February 1, 2011, Tuesday

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Luar A. Kohilan berlepas ke Kaherah malam tadi mengetuai sepasukan lima orang untuk menilai keadaan semasa di sana serta melihat keperluan memindah lebih 11,300 pelajar serta rakyat Malaysia, berikutan krisis politik dan hura-hara yang semakin memuncak di negara itu.


Kohilan berkata bergantung kepada keadaan, antara penilaian dan pilihan yang akan dibuat ialah mengenai sama ada pelajar dan rakyat Malaysia perlu dibawa keluar terus ke Malaysia mahupun dipindahkan ke negara berhampiran seperti Arab Saudi dan Libya.

Menurutnya antara pilihan yang akan dilihat ialah membawa atau memindahkan melalui jalan darat, laut dan udara, tetapi semuanya bergantung kepada keadaan di sana yang sentiasa berubah.

Berikutan perkembangan terbaru, beliau berkata kerajaan telah menaikkan tahap klasifikasi keselamatan yang sebelum ini kuning kepada oren kerana ‘situasi telah mula membahayakan rakyat Malaysia’.

“Jadi kita akan pergi ke sana dan melihat sama ada perlu membawa keluar pelajar-pelajar kita dan rakyat Malaysia atau mempunyai cara lain untuk terus memberi bantuan kepada mereka…kita akan lihat akan kesesuaian (pilihan yang ada)…kita boleh merancang macam macam cara tapi mungkin keadaan di sana agak lain sedikit,” katanya kepada pemberita di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar (IDFR), di sini, semalam.

Kohilan berkata pasukan tinjauan ini dianggotai oleh wakil dari Pejabat Perdana Menteri, Majlis Keselamatan Negara dan juga dari Kementerian Luar Negeri bagi menilai keadaan semasa sebelum sebarang pemindahan rakyat Malaysia dilakukan.


Katanya Majlis Keselamatan Negara telah mengadakan mesyuarat kali kedua membincangkan pemindahan pelajar Malaysia di Mesir berikutan keadaan yang semakin buruk akibat tunjuk perasaan besar-besaran rakyat menuntut pengunduran Presiden Hosni Mubarak.

“Adalah dinasihatkan supaya rakyat Malaysia menangguhkan perjalanan atau lawatan tidak penting ke Mesir. Rakyat Malaysia yang berada di Mesir juga dinasihatkan mematuhi arahan pihak berkuasa Mesir termasuk arahan perintah berkurung serta mengambil langkah-langkah keselamatan sewajarnnya seperti yang dimaklumkan kedutaan besar Malaysia di Kaherah,” kata Kohilan.

Menurut Kohilan, setakat ini sejumlah 11,319 pelajar Malaysia berdaftar dengan kedutaan Malaysia di Kaherah dan tidak menolak kemungkinan angka ini lebih besar lagi dan menambah kata bahawa setakat 12 tengah hari semalam, kesemua pelajar dan rakyat Malaysia dilaporkan selamat di negara itu.

Menjawab satu soalan, Kohilan menjelaskan bahawa misi ini hanya untuk menilai keadaan untuk keperluan pemindahan, serta memberi segala bantuan yang diperlukan dan memastikan keselamatan pelajar dan rakyat Malaysia dan tidak ada sebarang perjumpaan akan dilakukan dengan sebarang menteri negara Mesir.


Di KUALA TERENGGANU, pelajar Terengganu di bawah tajaan Yayasan Terengganu yang sedang belajar di beberapa tempat di Mesir, kini dalam keadaan selamat.


Pengarah Yayasan Terengganu Aziz Mamat berkata, pihaknya sentiasa berhubung dengan kedutaan bagi mengetahui keadaan pelajar dan perkembangan terbaru keadaan di negara itu.

“Ketua Penolong Pengarah YT Razali Mahmud telah dihantar ke Wisma Putera di Putrajaya bagi mendapatkan penjelasan lanjut tentang pelajar kita di sana,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi semalam.

Aziz berkata, terdapat kira-kira 233 pelajar tajaan Yayasan Terengganu yang sedang belajar dalam pelbagai jurusan di Mesir seperti di Mansurah, Iskandariah dan Kaherah.

Beliau berkata, semua pelajar dinasihatkan supaya tinggal di asrama dan jangan keluar dari kediaman masing-masing.

“Kita difahamkan laporan daripada Wisma Putera, pergolakan di Mesir kini sudah sampai ke tahap Oren dari Kuning. Apabila sampai ke tahap Merah, pelajar ini akan dibawa keluar dari negara itu,” katanya. — Bernama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...