Nuff Head

Najib For PM

Najib Razak merupakan PM yang paling banyak membawa Transformasi dan menyentuh segenap lapisan masyarakat

Suara 1Sarawak

Selamat Datang Semoga Kehadiran Anda Penuh Makna

Memaparkan catatan dengan label Politik Malaysia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Politik Malaysia. Papar semua catatan

23 Februari 2011

PRK KERDAU : Sijil Calon BN Jadi Bahan Fitnah


TEMERLOH 23 Feb – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob menafikan dakwaan Pas bahawa calon Barisan Nasional (BN), Tuan Syed Ibrahim Syed Ahmad tidak memiliki ijazah daripada Universiti Al Azhar.

Menurutnya, dakwaan yang dibuat oleh Pas membuktikan mereka kekeringan isu dan idea dan terpaksa menabur fitnah dalam usaha mereka untuk memburuk-burukkan calon BN.

“Kalau mereka tak percaya dengan ijazah Tuan Syed Ibrahim dan sijil itu sijil tipu, saya cadangkan mereka buat laporan polis untuk menyiasat sijil yang dimiliki Tuan Syed Ibrahim.

“Untuk pengetahuan, Tuan Syed Ibrahim mempunyai sijil dalam bidang Bahasa Arab dari Universiti Al Azhar, siapa nak tengok boleh tengok, dan saya sendiri sudah berjumpa dengan dia dan melihat sijil yang dimilikinya,” katanya selepas Majlis Penyampaian Biasiswa Yayasan Pahang kepada pelajar-pelajar sekolah.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung dakwaan pihak pembangkang yang menuduh calon BN, Tuan Syed Ibrahim tidak mempunyai ijazah seperti yang dilaporkan dan ijazah yang dimiliki itu adalah ijazah palsu.


Menurut, sudah menjadi kebiasaan kepada pihak pembangkang pada setiap kali pilihan raya yang akan membuat pelbagai tohmahan atau fitnah bagi mengelirukan pengundi dan rakyat.

Sementara berhubung mengenai Pilihan Raya Kecil DUN Kerdau, Adnan berkata BN sememang berkeyakinan akan memenangi pilihan raya yang bakal diadakan nanti bagaimanapun gerak kerja tetap dilakukan seperti biasa.

“Dalam setiap peperangan kita perlu yakin, ini bukan peperangan menggunakan senjata tetapi ini peperangan politik, kalau kita tidak yakin, kita tidak perlu masuk berperang.


“BN tetap akan menjalankan kerja seperti biasa, dan saya tahu rakyat Kerdau semuanya bijak, mereka tahu siapa yang mereka nak pilih untuk memperjuangkan nasib mereka,” katanya.

Adnan berkata keyakinan itu bukannya membuktikan BN sudah merasa selesa pada PRK DUN Kerdau, sebaliknya menguatkan lagi semangat untuk petugas-petugas menjalankan tugas bagi memastikan BN mencapai kejayaan yang lebih cemerlang daripada pilihan raya umum 2008. -MediaUMNO.

credit to UMNO online

PRK KERDAU: Latar Belakang calon BN



Nama : Syed Ibrahim bin Syed Ahmad
Tempat Lahir : Kg Kuala Tekal, Temerloh, Pahang.
Tarikh Lahir : 18 Januari 1967
Umur : 44 tahun
Alamat : Kg Bukit Seding Dato Sharif, Temerloh, Pahang.
Status : Berkahwin
Nama Isteri : Sharifah Farunai Syed Ahmad
Bil Anak : Satu Lelaki dan Dua Perempuan

Pendidikan
(i) Sek Ren Keb Kuala Krau, Temerloh
(ii) Sek Men Agama Al_Kahiriah, Temeloh
(iii) Kuliah Sultan abu Bakar, Pekan Pahang
(iv) Universiti Al azhar

Pengalaman Kerjaya
(i) Pembantu Pegawai Yayasan Pahang, Kaherah, Mesir (1993-1996)
(ii) Guru Bahasa Arab dan Agama Sek Men Agama Darul Naim, Kuala Krau, Temerloh, Pahang. (1997 – 2000)
(iii) Pegawai Penyelaras Masjid Daerah, Jerantut. (Nov – Dis 2000)
(iv) Pegawai Khas kepada YAB Menteri Besar Pahang (2001 -)

Pengalaman Politik
(i) Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau.
(ii) AJK Dakwah Kerajaan Negeri Pahang
(iii) AJK Persatuan Pelajar Timur Tengah, Pahang
(iv) Ajk Biro Latihan UMNP Pahang.
(v) Ketua UMNO Caw Kuala Tekal, Temerloh
-------------------------------------------------------
Biodata Isteri
Nama : Sharifah Farunai Syed Ahmad
Umur : 45 tahun
Tarikh Lahir : 19-01-1966

Pendidikan
(i) Maahad Muahmmadi, Kota Bharu, Kelantan.
(ii) Ijazah Sarjana Muda (Usulludin).

Pengalaman
Guru Sek Menengah Agama Darul Naim

22 Februari 2011

KUTIPAN MENARIK : RM10’000 harga makan bersama Anwar.


Ingatkan hanya puak khawarijj PAS saja yang sibuk buat kutipan derma melalui projek Tabung Buloh mereka. Rupanya PKR pun tak kurang hebatnya dengan buat jualan kutipan tiket jamuan makan malam bersama pemimpin. Dalam Anwar sibuk tuduh kerajaan Barisan Nasional menindas rakyat, rupanya PKR lagi teruk menipu duit rakyat dengan majlis makan malam yang langsung tak menguntungkan rakyat bawahan.

Yang menariknya, Majlis makan malam anjuran Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur itu bertemakan slogan retorik “Ke arah Kuala Lumpur Selesa, Selamat dan Sejahtera”. Dengan pelbagai program mengaut keuntungan dari poket rakyat, siapa yang selesa, selamat dan sejahtera sebenarnya kalau bukan pemimpin-pemimpin PKR sendiri.

Selama ini Anwar membuat pelbagai tohmahan terhadap kerajaan DS Najib yang disifatkannya membazirkan duit rakyat dan juga tak tahu menguruskan perbelanjaan dengan betul. Apakah Anwar dan PKR tak membazir apabila membuat satu Majlis makan malam besar-besaran di Kelab Sultan Sulaiman ini?

Khabarnya di penghujung Majlis Makan Malam ini akan diadakan pertunjukan bunga api sebagai acara penutupnya. Belum lagi menjadi pemerintah negara tapi Anwar sudah menunjuk-nunjuk kepada rakyat negara dengan menghabiskan duit hanya di Majlis makan-makan. Cuba bayangkan berapa banyak yang akan dihabiskannya kalau manusia ini jadi Perdana Menteri.

Tiket-tiket yang dijual kepada rakyat juga bukannya murah. Tiga jenis tiket dijual kepada rakyat yang mahu menyertai Majlis makam malam tersebut yang bermula dari harga RM60, RM80 dan juga RM100. Itu baru tiket-tiket biasa, ada lagi tiket kelas VIP dan juga VVIP yang dijual kepada umum.

Untuk tiket yang melayakkan rakyat makan semeja dengan Ketua-ketua cabang PKR, harga yang perlu mereka bayar ialah RM1000 bagi satu kepala. Kepada yang mahu makan semeja dengan Ahli Parlimen seperti Azmin Ali dan juga Tian Chua, mereka perlu berhabis sebanyak RM3000 untuk setiap ruang.

Dan bagi rakyat yang mahu merasa menjadi VVIP dan makan semeja bersama Anwar serta Wan Azizah, mereka perlulah mengeluarkan wang poket sendiri sebanyak RM10’000 seorang bagi merebut peluang tersebut. Nampaknya, polisi PKR amat berbeza dengan apa yang diamalkan oleh UMNO serta Barisan Nasional. Didalam PKR, bukannya rakyat didahulukan, tetapi sebenarnya duit yang diutamakan.

Jadi, dimanakah keutamaan terhadap kepentingan rakyat yang selama ini diwar-warkan oleh Anwar Ibrahim serta kesemua pemimpin-pemimpin PKR? Apa perlunya Majlis Makan malam yang langsung tak menyumbang apa satupun faedah kepada rakyat ini? Malah, rakyat terpaksa mengeluarkan wang mereka sendiri hanya untuk makan semeja dengan ahli politik PKR…, adakah semua ini berbaloi dan menguntungkan rakyat?


Inilah bukti bahawa pemimpin PKR hanya pandai bercakap mengenai keadilan serta ketelusan, tetapi mereka sendiri langsung tak adil dan tak telus didalam setiap tindakan yang mereka lakukan. Kalau nak makan semeja bersama Anwar sahaja rakyat terpaksa bayar RM10’000, bagaimana kalau mereka perlukan bantuan dari Ketua Umum Pakatan tersebut?

DS Najib sendiri rasanya tak pernah mengenakan bayaran langsung jika menghadiri majlis makan-makan bersama rakyat. Malah boleh dikatakan semua pemimpin-pemimpin Barisan Nasional langsung tak pernah meminta rakyat mengeluarkan wang untuk bersantai bersama mereka. Selalunya, pemimpin UMNO/BN lah yang mengeluarkan pembelanjaan duit poket mereka sendiri untuk rakyat…, bukannya seperti Anwar dn PKR yang menghabiskan duit rakyat!

Selepas ini, Anwar dan PKR tak layak untuk bercakap mengenai pembaziran dan juga keutamaan pada rakyat. Majlis Makan Malam yang bakal mereka anjuran ini akan jadi bukti bahawa merekalah yang sebenarnya kuat membazirkan wang rakyat dan juga hanya mengutamakan wang ringgit semata-mata!

credit to MYKMU

21 Februari 2011

VIDEO : Ummi Hafilda di Batu Gajah

Ummi Hafilda


video credit to Perak Today

17 Februari 2011

Bila orang PKR kata Wan Azizah pembohong...


Kalaulah saya yang mengatakan presiden PKR pembohong, pasti ramai pengikut PKR tidak bersetuju, dengan jawapan serta alasan yang sarkastik.

Agaknya orang PKR Sarawak pun belum kenal ‘sarung tangan’ Wan Azizah yang sebenarnya?

Jika inilah parti yang disandarkan untuk membawa perubahan, bukanlah perubahan lebih baik yang sedang ditempah. melainkan perubahan yang lebih cacamarba! Pepatah mengatakan ‘terjun dari mulut buaya, masuk mulut naga’, mahu terjun ke mana?

Ronnie Klassen adalah orang kuat PKR Sabah, yang komited terhadap perjuangan parti dan rakyat, akhirnya terpaksa juga mengeluarkan ungkapan berperisa cili, yang mampu membakar urat nadi PKR di negeri bawah bayu…

Baca kutipan ini
Parti Keadilan Rakyat's President Dato Seri Wan Azizah blatantly lied in her statement that the position of "Director of Communication PKR Sabah" doesn't exist, has never existed and Ronnie Klassen was never the Director of Communications of PKR Sabah. Wan Azizah is a BLATANT LIAR of the highest order, and questions are now asked if PKR is truly fighting for the rights of Sabahans. Baca selengkapnya diSINI


Lepas ini pasti ramai ahli PKR lain akan menghentam saudara Ronnie Klassen, dengan skrip-skrip yang sudah basi. Apakah Ronnie Klassen akan melompat keluar dari PKR?

Hanya 'katak kurang upaya' yang tidak mampu melompat?

14 Februari 2011

Melacur tidak mengapa, yang penting pakai tudung?

photo credit to kickdefella
Rupanya ini sebabnya! Patutlah ramai penyokong Pakatan Rakyat mempersoal isteri pemimpin negeri Sarawak kerana tidak pakai tudung. Ramai juga yang mengatakan pemimpin Negara sangat jahil kerana tidak berjubah dan berketayap, ditambah lagi isteri mereka yang tidak bertudung. Sedangkan isteri-isteri pemimpin Pakatan Rakyat lengkap bertudung dan bersarung tangan.

Ketika berkempen di Sarawak, penyokong PAS sungguh hebat mempromosi diri. kononnya mereka sangat berjaya di Kelantan. Tak seperti pemimpin Sarawak yang jahil tentang isle...

Sarawak memang berbeda dengan negeri serambi Mekah yang menjadi Idola penyokong Pakatan Rakyat. “Kelantan, negeri maju dan bermutu” seperti yang diakui Nik Aziz, mungkin satu-satunya negeri di Malaysia yang memiliki produk “pelacur bertudung”.

Sekali lagi negeri lain kalah persaigan kerana menurut data tahun 2010, Kelantan menduduki ranking tertinggi pengidap HIV di Malaysia.

Pendedahan seorang blogger tentang pelacur bertudung di Kelantan cukup menarik untuk dinilai, Siapa sangka di negeri yang dihuni oleh tokoh-tokoh agama serta pakar bertaraf ahli syurga memiliki produk yang begitu unik. Baca selanjutnya DISINI

10 Februari 2011

VIDEO EKSKLUSIF: Roboh Kedai - Sepatutnya Kerajaan BN buat kerja ni

Biasanya kerajaan BN yang buat kerja begini, meroboh-musnah gerai peniaga kecil. kenapa Pakatan Rakyat pun buat hal yang sama? 

Bila dah berkuasa, memanglah tak semudah janji masa berpidato...



baca cerita selanjutnya DISINI

07 Februari 2011

Ahli keluar beramai-ramai, Bukti PKR semakin kukuh …

 
Bukan sembarangan mahkluk yang mampu percaya kenyataan sebegitu, setiap kali ada ahli PKR meletak jawatan, dengan serta-merta kenyataan demi kenyataan mengatakan “itu tidak memberi kesan apa-apa, sekadar proses pengukuhan dan bla bla blaaa….”.

Kalau Perdana Menteri sanggup mengatakan BN ada 3 penyakit, Namun  pemimpin PKR sentiasa mengatakan mereka baik-baik saja, walaupun penyokong sendiri yang berteriak dan berdemonstrasi mengecam ketidakadilan yang terjadi.

Kalaulah penyokong BN yang melalak membantah PKR, tentunya tindakan itu sangat masuk akal. Ironinya, penyokong sendiri yang mengatakan “Anwar tidak adil”, “Anwar pilihan kasih” dan macam-macam lagi yang berbau ‘busuk’. bahkan akhirnya bertindak keluar parti...


Sungguh modern "demo-kerusi" anutan PKR, Zaman pakcik dulu memang tak ada....kah kah kah

Siapa saja ahli PKR yang keluar parti, baik Ahli parlimen, ADUN, MT atau ahli biasa. Jawapan ketua umum tetap sama mengatakan itulah tanda PKR semakin kukuh dan kononnya BN bertambah takut melihat kekukuhan PKR yang asyik keluar parti.


04 Februari 2011

MESTI BACA: Krisis Mesir - Fitnah keparat dari pelacur keparat

Dato Sri Jamil Khir terpaksa membuat satu Sidang Media Khas bagi menangkis pelbagai khabar angin
Nampaknya fitnah sentiasa berlegar dilidah puak-puak yang tidak bertanggungjawab demi memberi imej buruk terhadap usaha kerajaan untuk membawa pulang pelajar Malaysia di Mesir. Jika agama sanggup mereka lacurkan, apalah sangat soal kemanusiaan. Yang penting fitnah dan terus fitnah, hasut dan terus menghasut demi meletakkan keberadaan mereka dihati rakyat.

Ketika semua pihak melihat isu ini dengan teliti kerana melibatkan soal keselamatan, puak-puak tersebut cukup ghairah menghasut dengan kabar angin dan fitnah.

SMS berbunyi... "jangan naik pesawat ke Jeddah, sebab dari Jeddah nak balik ke Msia kamu kena tanggung sendiri tambangnya..", adalah perbuatan yang tidak berperikemanusiaan untuk mengelirukan rakyat yang berada dalam kesulitan. Sedangkan kerajaan Malaysia telah mengumumkan segala perbelanjaan dan tambang akan dibiayai sepenuhnya secara percuma.

Di Kuching timbul pula satu cerita, kononnya rakyat Sarawak di Mesir sengaja dianaktirikan oleh kerajaan. "Rakyat Sarawak di Mesir dikatakan bergerak sendiri tanpa sebarang bantuan, malah dikatakan sedang dalam tahanan untuk tempoh 1 bulan". Inilah usaha pihak tertentu agar kerajaan dilihat kejam dan pilih kasih, Bahkan dalam hal keselamatan rakyat, puak-puak ini sanggup berbohong dan memfitnah, apatah lagi kalau musim pilihan raya.
siapakah mereka ini? yang berjasa di jalan raya...
Dengan berdoa saja dan berteriak di jalan raya, mereka berasa sudah cukup berjasa berbanding usaha kerajaan BN yang bersusah payah dengan tenaga dan wang ringgit untuk memastikan rakyat kembali dengan selamat.

Baca kutipan ini, (Sebaran terkini dari blog MEDAN INFO KITA live dari Mesir)
SIDANG MEDIA KHAS DARI PEJABAT KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI CAIRO

Ketua Delegasi Misi Khas ke Mesir, Yb Senator Dato Sri Jamil Khir terpaksa membuat satu Sidang Media Khas bagi menangkis pelbagai khabar angin mengenai proses membawa keluar semua pelajar pelajar Malaysia dari Mesir.

Kerja kerja jahat pihak yang tidak bertanggungjawab menyebar berita palsu bahawa pelajar pelajar Malaysia yang dibawa ke Jeddah terpaksa membayar tambang untuk pulang ke Malaysia... Ini membuatkan ramai pelajar disini keliru dan enggan keluar dari tempat tinggal masing masing sekaligus menyukarkan proses membawa mereka pulang. Diwaktu yang sama, ramai ibu bapa pelajar pelajar juga semakin risau dan bimbang seandainya anak anak mereka masih berada disini, sedangkan keadaan semakin tidak selamat..!!


Dato Seri Jamil Khir menegaskan usaha usaha kerajaan mendapat kerjasama pelbagai pihak seperti Air Asia, MAS dan TUDM. Pihak Kedutaan dan Kementerian Luar bekerja “round the clock” untuk pastikan semua proses berjalan lancar..

Sehingga ke saat ini, seramai 760 pelajar sudah selamat berada di Madinatul Hijjaz Jeddah dan special arrangment sudah dibuat seperti memberikan mereka Visa On Arrival dan mana mana pelajar yang menghadapi sebarang masalah dokumen pasport, pihak Kementerian Luar mengeluarkan Emergency Certificate. Hari ini dijangkakan, lebih 3,000 lagi pelajar akan dibawa Jeddah.
Datuk Ismee yang berada di Jeddah mengesahkan tiada sebarang bayaran dikenakan untuk penginapan pelajar pelajar di Madinatul Hijjaz, termasuklah makan minum mereka..
Dato Seri Jamil Khir mahu segala khabar angin diberhentikan segera! Jangan dipolitikkan isu ini kerana Kerajaan Malaysia mahu proses ini berjalan lancar.


Dato Azeez kesal dengan sikap sesetengah pihak yang tidak faham dengan maksuh Penerbangan Ihsan... “bukankah maksud ihsan itu percuma..? Kenapa bila mahu mempersoalkan isu Wang Ihsan mereka tafsirkan sebagai percuma...? “ soal Abd Azeez.

Kepada ibu bapa pelajar di Malaysia, mohon janganlah percaya kepada semua khbar angin yang sedang disebarkan...

Blogmaster Medan info Kita melaporkan dari Kedutaan Besar Malaysia di Cairo.

31 Januari 2011

PKR tak mampu, kata Bang Rais...

KUALA LUMPUR, 31 Jan (Bernama) -- Parti Keadilan Rakyat (PKR) dilihat sudah tidak mampu lagi untuk menyumbang pimpinan ke arah pembentukan kerajaan yang berkuasa pada masa akan datang, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata ini kerana seorang demi seorang anggota parti itu bertindak keluar dan kini hanya Penasihat PKR dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya Azmin Ali serta beberapa pengikut ketua umum itu yang masih setia dengan parti tersebut.

"Yang masih tinggal hanyalah beliau (Anwar) dan beberapa anggota keluarga serta orang intim beliau yang saya duga tidak dapat memimpin ke arah berkuasa, tetapi memimpin ke arah mengadu domba mungkin boleh tetapi untuk berkuasa sudah hilang," katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani Perjanjian Pembinaan dan Penyelenggaraan di antara Telekom Malaysia Berhad (TM) dan NTT Communications Corporation (NTT Com) mengenai pembinaan sistem kabel dasar laut antarabangsa baru di sini pada Isnin.

Rais diminta mengulas mengenai Anggota Parlimen Padang Serai N.Gobalakrishnan yang keluar PKR serta melepaskan jawatannya dan menjadi Anggota Parlimen Bebas berkuat kuasa serta merta, pada Sabtu lepas.

Rais berkata tindakan Gobalakrishnan itu jelas menunjukkan bahawa PKR sudah mengalami perpecahan dan keranapan yang amat besar.

"Tindakan beliau keluar PKR harus dilihat dari sudut mampu atau tidak PKR menyumbang tenaga kepada pimpinan masa depan, saya berpandangan (PKR) tidak mampu lagi.

"Tidak dapat dinafikan lagi mungkin Anwar tidak mengaku parti itu sudah berkecai, dengan keluarnya Gobalakrishnan daripada PKR maka wujud anggapan bahawa parti itu sebenarnya tidak lagi dipergantungi oleh para pemimpinnya dan juga para pengikut yang kukuh atau tinggi letak kedudukannya," katanya.


Beliau berkata PKR juga dilihat tidak memberikan banyak sumbangan sepanjang kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang yang berakhir pada Ahad dengan kemenangan besar oleh Barisan Nasional (BN).

"Sumbangan mereka di Tenang baru-baru ini juga tidak seberapa, boleh dikatakan yang lebih menonjol adalah PAS," katanya.

credit to BERNAMA

30 Januari 2011

RASMI : KEPUTUSAN PRK DUN TENANG


KEPUTUSAN TERKINI KESELURUHAN

BN :6699

PAS : 2992

MAJORITI : 3707
Undi Pos: 
BN 115 
Pas 3
 

UNDI ROSAK: 142

(kemaskini jam : 9.30 pm)
p/s: akan update keputusan terkini, sila refresh

Video petugas BN bantu muslimat PAS

GAMBAR PRK TENANG | Antara musibah banjir dan tanggungjawab...

Mungkinkah musibah ini bakal membawa rahmat buat rakyat DUN Tenang?  ini juga ruang  untuk menilai siapa lebih bertangggungjawab.

Rakyat DUN Tenang tidak perlukan fatwa Nik Ajis, dan tidak memerlukan suara sumbang lagu "The Moon Represents My Heart" dari Nizar. Siapa yang sanggup turun membantu rakyat dengan penuh  bertanggungjawab, dialah juara...













(photos credit to papagomo.com)

TERKINI : PENGUNDI TENANG JANGAN PERCAYA PROPAGANDA SMS

Laporan dari RBF, dikabarkan pihak tertentu menyebarkan PROPAGANDA SMS kononnya SPR telah menangguhkan proses pembuangan undi DUN Tenang hari ini kerana hujan lebat.

Pihak SPR telah menafikan laporan tersebut, Proses pembuangan undi berjalan seperti biasa. Tidak ada sebarang penangguhan!

Kepada pengundi-pengundi Dun Tenang, jangan percaya kepada SMS yang disebarkan itu.

Mereka tidak mahu orang ramai keluar mengundi kerana jika peratusan keluar mengundi yang tinggi keputusan bakal menyebelahi BN.

Jika peratusan keluar mengundi yang rendah, ianya bakal memberi keuntungan kepada mereka.

PENGUNDIAN DITERUSKAN!!!

(Photos credit to MPP)

FATWA: Majlis Raja-Raja Perlu Segera Bertindak Atas Nik Aziz

Majlis Raja-Raja
KOTA BHARU, 29 Jan – Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Raja-Raja disaran mengambil perhatian serius terhadap tindak-tanduk “Ketua Ahzab” Malaysia, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang bebas mengeluarkan pelbagai “fatwa” yang dikhuatiri boleh memecahkan belahkan umat Islam di negara ini.

Bekas Setiausaha Dewan Ulama Pas, Prof. Madya Mohd. Noor Deris berkata “fatwa” karut marut Mursyidul Am Pas itu boleh mengundang perpecahan yang serius termasuk “fatwa” terbarunya yang menyebut pengundi di DUN Tenang yang tidak mengundi Pas tergolong di dalam kumpulan jahiliah.

Menurut beliau jika sebarang tindakan tidak diambil sudah pasti tokoh yang diagung-agungkan oleh penyokong “totok” Pas akan berterusan mengeluarkan pelbagai “fatwa” dalam usaha memastikan partinya mendapat sokongan umat Islam.

“Nik Aziz hari ini telah berubah banyak sekali dan saya melihat dirinya telah dikuasai oleh kepimpinan “toghut”. Sebelum 1988, beliau merupakan seorang pemimpin yang “berwala’ kepada Allah s.w.t tetapi selepas itu, Nik Aziz telah “berwala’ kepada “toghut” (melampau).

“Beliau perlu insaf dan bertaubat kepada Allah s..w.t. Cukup-cukuplah sesatkan umat Islam dengan pelbagai perkara yang tidak berfaedah itu. Tahukah beliau, tindak-tanduk beliau itu boleh mengundang perpecahan yang serius di kalangan masyarakat Islam hari ini.

“Sebab itu saya minta sangat-sangat pihak berwajib memantau dan ambil tindakan segera dan secepat mungkin terhadap pemimpin yang “berwala’” kepada kepimpinan “toghut” ini untuk kepentingan dan kesejahteraan ummah,” katanya.


Beliau diminta mengulas ‘fatwa’ Mursyidul Am Pas itu yang menyifatkan orang ramai yang tidak mengundi Pas sebagai jahiliah pada sidang akhbar baru-baru ini selepas membantu calon parti itu, Normala Sudirman berkempen di Kampung Radong, di sini.

Ustaz Mohd Noor seterusnya menyeru agar umat Islam khususnya pengundi di DUN Tenang mengelakkan diri daripada terperangkap dengan kepimpinan yang menjurus ke arah kepimpinan syaitan.

“Ingatlah apabila sesiapa yang memimpin kepada “toghut”, maka “toghut” akan mengeluarkan dia daripada cahaya iman kepada kegelapan demi kegelapan,” katanya.

Sumber: credit to MediaUMNO

29 Januari 2011

TERKINI: Gobala letak semua jawatan dalam PKR

Bantahan serta kritikan Gobalakrishnan terhadap Anwar Ibrahim telah berakhir dengan perletakkan semua jawatan, sekaligus meletakan imej buruk PKR dimata masyarakat India. Dijangka ramai kalangan masyarakat India yang selama ini menyokong PKR akan mengambil langkah yang sama.

Sebelum ini, Hindraf yang vokal memperjuangkan nasib kaum India telah mengemukakan bantahan demi bantahan terhadap ketidakadilan Anwar dan PKR. Hindraf juga memutuskan untuk tidak menyokong perjuangan PKR yang pembohong dan sekadar licik menabur janji untuk "mempergunakan" kaum India.

Gobala tentunya sudah menyedari kebusukkan Anwar Ibrahim, bagaimana pula pemimpin dayak di Sarawak yang sedang ghairah meletakkan harapan untuk melihat Anwar jadi perdana menteri?

Apakah masyarakat dayak di Sarawak melalui Baru Bian sedang mengharap pengajaran yang sama sepertimana Hindraf dan Gobala?

Gobalakrishnan Letak Semua Jawatan Dalam PKR
LABIS, 29 Jan (Bernama) -- Bekas anggota Majlis Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang juga anggota Parlimen Padang Serai N. Gobalakrishnan pada Sabtu mengumumkan peletakan semua jawatan dalam parti itu berkuatkuasa serta merta.

Beliau membuat pengumuman itu menerusi laman sosial twitter beliau yang berbunyi: "Selamat Pagi kepada semua rakyat Malaysia. Saya dengan ini letak semua jawatan dalam parti PKR dan teruskan kerja saya melalui NGO Baru".

Semasa dihubungi dari sini oleh Bernama dan bertanyakan sama ada pengumuman dalam twitter beliau itu adalah benar, beliau berkata: "Ya, ia adalah benar. Saya sedang mengadakan sidang media bagi mengumumkan keputusan ini".

Keputusan beliau untuk meletakkan semua jawatan dalam parti dibuat dalam tempoh kurang sebulan selepas beliau diberikan surat tunjuk sebab kerana mengkritik parti dan pucuk pimpinan melalui surat 45 halaman dari parti bertarikh 31 Dis, 2010 melalui faksimili.

Gobalakrishnan diminta memberikan penjelasan mengenai tindakannya itu kepada PKR dalam tempoh tujuh hari dari tarikh surat itu.
Bagaimanapun, Gobalakrishnan berkata tempoh tujuh hari itu tidak adil dan tidak munasabah kerana beliau hanya mempunyai masa tiga hari untuk menjawab surat itu dan sebaliknya meminta 45 hari untuk menjawab surat itu kerana beliau perlu meneliti pelbagai dakwaan yang dilemparkan terhadapnya.

Gobalakrishnan diberikan surat tunjuk sebab itu kerana mengkritik Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa telah mengarahkan penutupan kuil Sivan di Petaling Jaya, Selangor.

credit to BERNAMA

28 Januari 2011

KOMENTAR : Harga barang jauh lebih murah di negeri PAKATAN

Oleh Wanredone pembaca blog MB, disiarkan tanpa diedit.

Cuba banding harga barang-barang keperluan harian rakyat Malaysia di negeri bawah pemerintahan BN dengan negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat:

1. Pulau Penang (Kerajaan DAP)
Gula DAP RM1.00/kg  Gula BN RM2.80/kg
Minyak RON 95 DAP RM0.95/liter   Minyak BN Rm1.90/liter
Tong Gas DAP RM12.30/tong  Tong Gas BN RM19.00
Tepung DAP RM0.85/kilo Tepung BN RM1.75/kilo
Minyak masak DAP RM0.95/kilo Minyak BN RM1.95/kilo

2. Kelantan (Kerajaan PAS)
Gula PAS RM0.95/kg Gula BN RM2.80/kg
Minyak RON 95 PAS RM0.95/liter Minyak BN Rm1.90/liter
Tong Gas PAS RM8.30/tong Tong Gas BN RM19.00
Tepung PAS RM0.85/kilo Tepung BN RM1.75/kilo
Minyak masak PAS RM0.95/kilo Minyak BN RM1.95/kilo

3. Selangor (PKR)

Gula PKR RM0.90/kg Gula BN RM2.80/kg
Minyak RON 95 PKR RM1.00/liter Minyak BN Rm1.90/liter

Tong Gas PKR RM9.30/tong Tong Gas BN RM19.00

Tepung PKR RM0.85/kilo Tepung BN RM1.75/kilo

Minyak masak PKR RM0.95/kilo Minyak BN RM1.95/kilo

Air PKR FREE seumur hidup... BN bayar sampai mati!
 
Kalau PKR menang dan Baru Bian jadi Ketua Menteri Sarawak harga barang-barang keperluan harian akan turun, perolehan hasil minyak dan gas NAIK kepada 85% berbanding cuma 5% oleh kerajaan BN sarawak sekarang!

Warga emas tidak kira bangsa, agama, diberi eluan RM1,000 sorang sebulan

Budak sekolah yang pakai bas sekolah diberi subsidi RM120.00 tiap-tiap sorang.

Harga barang di pasaran:

Gula PKR RM0.90/kg di bandar, kawasan ulu baram, belaga bario, ulu lawas RM0.35/kilo Gula BN RM2.80/kg di bandar kawasan ulu RM5.00/kilo

Minyak RON 95 PKR RM0.85/liter Minyak BN Rm1.90/liter
Tong Gas PKR RM6.30/tong Tong Gas BN RM19.00
Tepung PKR RM0.85/kilo Tepung BN RM1.75/kilo
Minyak masak PKR RM0.95/kilo Minyak BN RM1.95/kilo
Air PKR FREE seumur hidup... BN bayar sampai mati!

Kalau PKR menang dan memerintah Sarawak dan YAB Baru Bian, jadi Ketua Menteri Sarawak....

Membina jalanraya bertaraf dunia diseluruh pelosok Sarawak, tar-sealed jalan balak, jalan tikus
Membina jambatan menyeberangi sungai-sungai di Sarawak. Di mana tiada sungai, parit-parit akan di gali dan di buat jambatan bertaraf jambatan sungai

Semua padang belon di luar bandar, di Bario, Long Lelang, Long Akah, Long Semado, Lio Mato, Marudi, dinaik taraf bagi memboleh belon Boieng 747 mendarat dan bertaraf kurang sikit international!

Oleh kerna orang Penan tidak mahu berpindah dari kawasan mereka sebuah universiti khas akan dibina, bertaraf Cambridge atau Harvard. Pangsapuri akan dibina untuk mengganti pondok langkau orang Penan!

26 Januari 2011

VIDEO: Fatwa yang memalukan orang Islam


(video credit to pisau.net)

Inilah kebebasan bersuara yang mereka perjuangkan, Dimana lagi moral agama jika persoalan halal-haram terus jadi modal politik. Segala fatwa boleh muncul secara tiba-tiba demi meraih simpati pengundi.

Saya bukanlah ahli agama untuk membahaskan hal ini, tapi saya percaya saudara dan keluarga saya yang bukan beragama Islam akan tertanya. Apakah begini caranya untuk menggerakkan ajaran agama, Apakah agama harus dipolitikkan sepanjang masa?

Mengapa penganut agama lain, seperti Kristian, Buddha dan Hindu tidak menubuhkan parti agama? sebaliknya mereka fokus dan komited terhadap kebajikan kaum seumat, tanpa perlu mengkafir, memfitnah atau mengharamkan siapa saja yang tidak menyokong mereka.


Inikah agama yang dibawa Nabi Muhammad s.a.w, atau sekadar propaganda politik PAS?

BN-Barang Naik, Tapi benarkah kalau PKR dan PAS Barang akan turun?

Ramai yang sanggup berteriak dijalan raya dengan lagak seorang yang hilang akal, demi melariskan isu barang naik agar menjadi komiditi ‘berharga’ dalam kempen politik mereka.

Kerajaan Barisan Nasional di kenali sebagai kejam serta tidak berhati perut, kerana menaikkan harga barang keperluan asas seperti beras, tepung, gula, minyak, gas dan sebagainya. Malah dari tahun ke tahun, semua harga barang makanan semakin meningkat, cuma barangan elektronik dan handphone yang dilihat semakin menurun.

Benarkah barang akan sentiasa turun?
Dalam rasionalisasi subsidi, meskipun terdapat pengecualian cukai oleh kerajaan agar harga runcit boleh diselaraskan. Namun kenaikan harga barang keperluan asas seperti tidak dapat dielakkan, kononnya kadar  harga barang-barang tertentu terikat kepada turun-naik harga pasaran dunia.

Apakah kenaikkan harga barang tersebut disebabkan oleh kerajaan BN atau memang sudah lumrah begitu?

Persoalan penting yang mengusik minda rakyat, Semasa kerajaan BN memerintah, memang harga barang semakin hari semakin naik. Apakah jika PKR dan PAS yang memerintah maka semua harga barang akan semakin hari semakin turun?

Jika PKR dan PAS memerintah, Apakah rakyat biasa boleh membayangkan pada tahun 2020 harga gula dan beras sekilo RM1 atau cuma 50 sen, Kerana kononnya PKR dan PAS akan sentiasa melimpahkan subsidi kepada rakyat Malaysia, dan sentiasa menurunkan harga barang keperluan tahun demi tahun. Adakah cerita ini masuk akal?

Memang tidak ada satu pun kerajaan ataupun negara di dunia, yang mampu melakukan penurunan harga seperti yang dibayangkan oleh PKR dan PAS. Malah pakar-pakar ekonomi pun tidak mampu membayangkannya.

Dunia realiti tidak semudah berjanji, berceramah, berdebat atau berpidato. Janji politik seperti juga janji orang bercinta, semuanya menjanjikan syurga dunia. Walaupun mereka tahu, mereka memang tidak berupaya…

Berita Datuk Ahmad Maslan cabar menurunkan harga   KLIK DISINI

22 Januari 2011

PRK TENANG : VIDEO DAN GAMBAR HARI PENAMAAN CALON

video credit to link (versi PAS)

photo credit to malaysiakini


Photos credit to papagomo.com
Photo credit to Harakah

 

Baca berita berkaitan  KLIK DISINI

15 Januari 2011

VIDEO : NAJIB DISERGAH SOALAN TWITTER

Datuk Seri Najib menjawab soalan twitter dengan santai dan bersahaja...



(video credit: link)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...