Nuff Head

04 November 2010

TERKINI!! GALAS N BUKIT SAPI (GANGSTER PAS MENGAMUK!!)

2:00 petang

Foto : Malaysian Insider

1. Empat pusat pengundian di pendalaman DUN Galas iaitu Pos Belatim, Pos Hau, Pos Bihai dan Pos Balar sudah ditutup pada 1 tengah hari tadi. Di tutup awal supaya peti-peti undi boleh di bawa dari kawasan pendalaman itu.

2. Peti undi akan di hantar di Dewan Sivik Gua Musang di sini. Khidmat helikopter digunakan untuk menghantar peti undi itu.



1:45 petang

Pengacau puak PAS di Galas.

1. Laporan SPR - 55.75% atau pun 6,441 orang telah mengeluar undi di DUN Galas kecuali daerah orang Asli.

2. 41% atau pun 10,505 orang telah keluar mengundi di DUN Batu Sapi

Hanya tinggal kurang daripada 4 jam sahaja lagi. Pusat mengundi akan tutup jam 5 petang.



1:20 petang


1. Sehingga 12 tengahari ; 9,261 orang telah keluar mengundi di Batu Sapi. Di laporkan tenang dan lancar.

2. Hairan kerana DUN Galas tidak sedemikian. Sana ada kekacauan. Tapi BN bertanding ke dua-dua tempat. Yang tidak bertanding di Batu Sapi ialah parti PAS. Jadi faham-faham sajalah pihak mana yang buat kacau di Galas.


12:30 tengahari


1. Setakat 12 tengahari, 5,732 atau 49.61% sahaja yang keluar mengundi di DUN Galas.

2. Keadaan terkawal tetapi jalan agak sesak di Batu Sapi.


12:00 tengahari


Pihak polis mengawal kekacauan yang dilakukan oleh puak PAS. - Foto STAR

Kebakaran di Bangunan PAS di Raja Laut!
Kalau bangunan yang terbakar itu bangunan UMNO, pemimpin-pemimpin PAS akan cepat bangun dan mendakwa kebakaran itu adalah balasan dan bala dari Allah swt. Jika bangunan PAS yang terbakar?



11:40 pagi

1. Sehingga jam 11 pagi tadi, 39.72 % atau 4,589 orang sudah keluar mengundi di DUN Galas.

2. Jalan sesak di jalan utama Batu Sapi. Lori-lori kilang banyak memenuhi jalan. Batu Sapi ada kawasan industri.

11:25 pagi

Kekecohan di SK Seri Wangi yang disebabkan oleh puak PAS yang menceroboh kawasan BN di Galas tentu mengingatkan kita dengan kekacauan dan gangsterisme puak PAS di pilihanraya-pilhanraya sebelum ini seperti di DUN Bagan Pinang :-



1. Hujan renyai berhenti di Batu Sapi tetapi cuaca masih mendung. Pengundi disarankan supaya keluar awal kerana diramalkan hujan di sebelah petang.


11:00 pagi


1. Cuaca di Batu Sapi mendung pagi ini. Jalan agak sesak terutamanya jalan utama. Petang dijangka hujan.

2. DS Muhyiddin Yassin berada di pusat pengundian SMK Agama Sandakan.

3. Polis Kelantan : Mana-mana parti politik tidak dibenarkan mengadakan konvoi kemenangan atau victory lap selepas keputusan pilihanraya di Galas.

10:40pagi



1. Menurut SPR, sehingga jan 10 pagi tadi, 23.05% atau 5,897 pengundi telah keluar mengundi di Batu Sapi.

2. Di DUN Galas pula, 24.02% sudah keluar mengundi selain daripada Pos Brooke, Hendrop, Belantoim,Balar, Bihai dan Lador.

3. Pergaduhan berlaku di SK Seri Wangi apabila penyokong PAS telah menceroboh kawasan BN. Penyokong PAS memang terkenal dengan perangai gangster mereka.

SUMBER DARI KLIK

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...