Nuff Head

Najib For PM

Najib Razak merupakan PM yang paling banyak membawa Transformasi dan menyentuh segenap lapisan masyarakat

Suara 1Sarawak

Selamat Datang Semoga Kehadiran Anda Penuh Makna

Memaparkan catatan dengan label Sungai Rajang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sungai Rajang. Papar semua catatan

13 Oktober 2010

DAP Sibu Punca Sabotaj Kayu Hanyut?

Ini mesti kerja DAP! Kalau mereka tak sabotaj memang takde kayu hanyut? Sekian lama Sungai Baleh dan Sungai Rajang mengalir membawa kayu-kayu? Kenapa baru sekarang jadi kayu hanyut?  Kalau tidak percaya tanyalah Wong Ho Leng? Ini mungkin angkara anak-anak muda DAP atau yang sewaktu dengannya?  Nak cari balak terkantoi lepas tu kelam kabut sampai hanyut kayu masuk Sungai Baleh dan Sungai Rajang? Begitu sekali ?
 
Bukan mereka tak tahu, kerja pembaikpulih mesti memakan berjuta-juta ringgit!  Selepas ini mesti banyak lagi benda yang diorang sabotaj.  Agak -agak kes kemalangan lebuh raya satu Malaysia ini pun mereka yang rancangkan sebab nak tunjuk kerajaan BN penuh kemalangan? 
 
Sudahlah DAP, kami tahu semua ini angkara mereka dan keluarga mereka betul tak?
 
 
Fenomena kayu hanyut sebabkan kerugian RM 2.7 juta

by Sandy Mark Luna. Posted on October 13, 2010, Wednesday

KUCHING: Fenomena himpunan kayu hanyut di Sungai Rajang yang menghebohkan negeri bermula Khamis lepas, memusnahkan dua buah jambatan pembalakan dan lima jeti sekali gus mencatatkan jumlah kerugian berjumlah RM2.7 juta.


Dalam sebuah sidang media di sini, semalam, Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan memberitahu jumlah tersebut merupakan yang paling ketara setakat ini dan berharap punca fenomena luar biasa itu berlaku dapat diketahui tidak lama lagi.

“Buat masa ini, saya tidak dapat memberi penjelasan. Saya tidak mahu meneka punca ia berlaku, namun akan menjelaskan perkara tersebut apabila fakta-fakta dapat dikumpul,” katanya.

Jambatan pembalakan yang terjejas adalah di Baleh iaitu di kawasan Kem Malatai Heli dan jeti Klinik Nanga Entawau, rumah panjang Nanga Entawau, Sekolah Kebangsaan Sembilik, Nanga Entelawan dan rumah panjang Nanga Sempilik.

Dr Chan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bantuan Bencana Negeri tidak dapat memastikan fenomena itu sama ada disebabkan cuaca buruk di negeri pada masa ini atau disebabkan aktiviti pembalakan haram.

Bagaimanpun, beliau memberi jaminan tindakan segera akan diambil sejurus punca kejadian dikenal pasti.

Sebagai langkah keselamatan pengguna sungai tersebut, katanya Lembaga Alam Sekitar dan Sumber Asli (NREB) akan meletakkan lampu keselamatan.

“Kayu balak yang separuh tenggelam adalah lebih merbahaya berbanding yang senang dilihat.

“Oleh itu, kayu balak yang separuh tenggelam perlu diletakkan lampu keselamatan untuk memberi amaran kepada pengguna sungai,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut memuji dan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSSS) atas usaha mereka setakat ini.  

09 Oktober 2010

Video Fenomena Luar Biasa di Sungai Rajang

Jika fenomena ini terjadi di semenanjung, sudah tentu penyebabnya adalah UMNO. Tapi fenomena ini terjadi di Sarawak, pastinya salah Ketua Menteri...

Apa kata Pakatan Rakyat, jika kejadian yang sama terjadi di Kelantan, Kedah, Penang atau Selangor? entah-entah salah siapa...



Baca berita disini

SIBU, 8 Okt (Bernama) — Sampah sarap berupa batang-batang kayu memenuhi Sungai Rajang sejak semalam.

Menurut Menteri Alam Sekitar dan Kesihatan Awam Sarawak, Datuk Seri Wong Soon Koh, perkara tersebut mungkin berpunca daripada kerja-kerja pembukaan tanah dan aktiviti pembalakan, tanah runtuh dan hakisan yang dibantu dengan hujan lebat yang menyebabkan banjir dan menghayutkan kayu-kayu tersebut.

“Empangan Bakun turut menangguhkan latihan membendung pengairannya yang dijadual minggu ini ekoran hujan lebat dan tindakan tersebut bukan penyebab kepada keadaan batang-batang memenuhi Sungai Rajang,” katanya.

Beliau berkata Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar serta Lembaga Sungai Sarawak sedang mengkaji punca fenomena itu di kawasan pedalaman Balleh di Bahagian Kapit.

Penduduk Sibu hari ini terkejut melihat banyak batang-batang kayu hanyut di dalam Sungai Rajang yang melalui hadapan bandar berkenaan, sehinggakan perkhidmatan bot penumpang ke Kanowit, Song dan Kapit tergendala atau dibatalkan. – BERNAMA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...