gambar hiasanAbu Hurairah r.a menceritakan , " Dua orang dari satu qabilah datang kepada Rasulullah s.a.w dan memeluk agama islam serentak .
Salah seorang daripadanya mati syahid dalam satu pertempuran dan seorang lagi meninggal dunia setahun kemudiannya .
Talhah bin Ubaidullah r.a berkata bahawa beliau telah melihat dalam mimpinya bahawa orang yang mati kemudian telah dimasuki ke dalam syurga dulu dari simati syahid itu . Ini menakjubkannya . Daku tidak ingat samada beliaukah atau orang lain yang menceritakan mimpi ini kepada Rasulullah s.a.w. .
Bagaimanapun Rasulullah saw bersabda , ”Bukankah orang yang mati kemudian itu berpuasa sebulan ramadhan lebih dan bukankah beliau telah bersolat 6000 rakaat atau lebih semasa setahun yang beliau hidup setelah sisyahid itu mati ? ”
Sesungguhnya kita tidak tahu betapa besar nilainya solat itu . Rasulullah s.a.w kerap , didengar bersabda “ Sejuk pandangan mataku adalah dalam bersolat ”. Ini adalah satu kenyataan betapa kasihnya beliau terhadap solat.
Demi itu , apakah lagi yang lebih nilainya dari solat??





