Nuff Head

Najib For PM

Najib Razak merupakan PM yang paling banyak membawa Transformasi dan menyentuh segenap lapisan masyarakat

Suara 1Sarawak

Selamat Datang Semoga Kehadiran Anda Penuh Makna

Memaparkan catatan dengan label Blog. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Blog. Papar semua catatan

19 Februari 2011

MESTI BACA: Komentar menarik dari pembaca untuk PR Sarawak

sekadar gambar hiasan

Untuk bacaan bersama, saya posting komentar menarik dari 'Wanredone' berkaitan video 'Rayuan Pakatan Rakyat' untuk orang Sarawak"

JANJI-JANJI MANISmu - penyanyi Aisah (Part 1)

Mana janji-jani dari SNAP, tak nampak pun?
……………………………………………………………………………………….
WHL: state land would not be alienated to individual!

wanredone: hampir 80% tanah Sarawak sekarang dimiliki kaum cina dan kompeni milik kaum cina.
kalau pakatan memerintah, tanah tidak lagi diberi kepada org perseorgan, tetapi diberi mengikut kaedah "sistem tender" kepada syarikat atau individu. Syarikat kaum mana yang kaya raya yang boleh participate dalam tender tanah ini nanti? Syarikat kaum Iban? Syarikat kaum Melayu/Melanau? Syarikat kaum Bidayuh? Syarikat kaum Orang ulu?. Mampukah syarikat-syarikat bumiputera atau individu bumiputera bersaing dengan mana-mana Syarikat kaum Cina untuk dalam membida tanah yang akan ditawarkan oleh kerajaan pakatan? Mungkin juga boleh…. Tapi 1 dalam 1000! Jawapannya ada pada anda!
…………………………………………………………………………………………
Chiew (DAP): lesen balak diberi kepada beberapa kerat individu sahaja...!

wanredone: walaupun Pehin Taib ada memberi lesen balak kepada beberapa individu sahaja, tapi semua lesen ini dipegang oleh kaum cina! apa nak bising sangat? kami bumiputera putih mata aje, tak bising pun! Nanti kalau memerintah negeri sarawak, mahu kah pakatan bagi lesen balak kepada bumiputera?

Chiew (DA): royalti minyak dinaikkan dari 5% kepada 20%?

wanredone : lagi banyak duit royalti minyak dan gas, lagi untung kaum cina! Korang fikir duit ini akan masuk poket bumiputera ke? Sikit mungin ada, yakni gaji dari tauke cina yang buat projek mega dari hasil royalty minyak dan gas ini! Orang Cina yang buat bisnes …. Dan bisnes terjana dari hasil kekayaan negeri, seperti minyak dan gas atau kayu balak atau estet kelapa sawit! Royalti minyak 5% ke 80% ke, tidak akan menguntungkan kaum bumiputera. Sekadar tumpang sekaki, kemewahan yang ada! Seperti kita bangga dengan Boulevard, The Spring dan sebagainya! Kita tumpang melepak sahaja!

Nicholas Mujah (SADIA): memberhentikan program pembinaan empangan untuk tujuan penjanaan hidro eletrik dan penempatan semula orang-orang asli dari kawasan mereka.

wanredone: Empangan seperti Bakun yang telah siap dibina diroboh semula, air yang telah ditengkung, dipam keluar. Kenyah, Kayan dan Penan, yang di pindah ke Sg Asap dipindah semula ketempat asal, untuk menjalani kehidupan seperti biasa. Untuk dapat bekalan eletrik dengan mudah dan murah, undilah pakatan!

Part : 2

Violet Wong : Mewujudkan Sarawak yang adil..... supaya kaum Iban dan Cina tidak didiskrimnasi dalam bidang pekerjaan atau perkhidmatan awam negeri…

wanredone : Violet kata, kerajaan Sarawak mengdiskriminasi kaum Iban dan Cina dalam memberi pekerjaan kepada rakyat Sarawak? Ertinya - tiada keadilan di negeri sarawak sekarang? Betul juga, yang kaya hanya kaum Cina!

Memang betul kata Violet, agak payah kita nak jumpa pekerja bangsa Iban atau Cina di mana-mana construction sites atau pejabat-pejabat Kerajaan sekarang. Semuanya terdiri kaum Melayu dan Melanau?
Entah dimana budak Iban dan budak Cina ini bawa diri.? Rupa-rupanya kat Johor, hampir 40,000 orang mereka disana berkerja dengan gaji yang lumayan dari terdapat di Sarawak!

Menurut Violet gaji di Sarawak rendah kerana taukenya lokek dan kedekut nak bagi gaji besar kepada pekerja! Siapa tauke yang ada projek besar di Sarawak? Melayu ke? Melanau ke? Kalau mereka ini jadi tauke, patut juga, kerana mereka bukan tauke yang kaya raya. Tauke yang kaya raya dan yang ada projek-projek besar dan kilang-kilang besar di Sarawak adalah tauke Cina! Begitu juga kalau nak kata kerajaan Sarawak tak bagi gaji besar kat pekerja, apa kelebihannya kerajaan Johor yang dibawah pemerintahan BN, serupa juga bab gaji pekerjanya! Kalau kata Johor banyak kilang, itu betul, oleh itu mereka memerlukan banyak pekerja dari luar sebab orang Johor sendiri tak suka kerja kilang!

Nak sentuh sikit pasal kekayaan milik Cina, wanredone berpegang kepada filsafah, itu sudah rezeki mereka! Tapi kita mesti ingat Cina kaya bukan kerana dilahir kaya, mereka kaya kerana “ada orang yang sanggup atau setuju buat kerja untuk mereka” Siapa orang itu? Kebanyakannya dari kaum Bumiputera! Cina ada wang untuk buka bisnes (apa-apa bisnes) dan bisnes ini mesti ada pekerjanya dan hasilan dari bisnes yang mereka ceburi mesti ada pembeli atau penggunanya. Kebanyak bisnes Cina dikendalikan oleh bumiputera dan pengguna atau pembelinya pula kebanyakan bumiputera. Contoh: Pekan Beluru di Bakong, berapa kerat sahaja orang Cina di Bakong? Kedai yang menjual keperluan harian semuanya milik Cina dan pembeli atau penggunanya pula dikalangan bumiputera. Kalau bumiputera tak melanggan kedai cina di Bakong itu, boleh kah Ah Seng atau Ah Wong jadi kaya, sehingga dapat beli bangunanan kedai 4 tingkat di Miri dan Kuching! Mereka bukannya pintar sangat buat bisnes, tapi oleh kerana sokongan pengguna yang majoritynya bumiputera, mereka boleh maju! cina yang punya bisnes tidak beri gaji tinggi. kalau gaji gomen mana-mana pun sama! Nak batu api kaum Iban nampaknya, Violet ini!

Part: 3
Chong Chieng Jin (DAP): memerangi penularan inflasi dan kenaikan harga barang

wanredone : siapa naik harga barang... mana ada bumiputera dagang runcit kat mana-mana town di sarawak. kalau ada pun satu dua aje! siapa naik harga kopi O? naik gula ada kena mengena dengan pasaran global. gula naik 10 sen sekilo, kopi O naik 20 sen secawan, macam aje nak guna sekilo gula untuk secawan kopi! harga minyak (RON 95) naik, gomen kata ikut harga pasaran dunia - minyak ini untuk kereta org kaya sahaja, oleh kerana orang kaya yang banyak ialah cina, mereka proteslah! Harga minyak RON97, masih kekal rendah walaupun dinaik 10 sen, kerana subsidi minyak ini di kurangkan. kuranglah sikit beban kerajaan! Pakatan kata naik harga barang dan minyak menyusahkan rakyat miskin? betul ke? Tak nampak orang miskin drive proton saga atau jenama jepon!

Baru Bian (PKR) : mengembalikan tanah, kayu kayan dan sungai-sungai kepada orang yang berhak....

wanredone : Yang ini wanredone suka, kalau dapat perintah ambil semua tanah milik kaum cina bagi balik kepada semua bumiputera! Apa kata DAP nanti setujukah? Pasal serah balik sungai kepada mereka yang berhak, wanredone fikir logik juga cadangan ini! Pemilik sungai ini nanti tentu ada hak mutlak (rights) ka atas sungai yang dimiliki.


Misalnya Batang Rajang, sungai yang terpanjang di Malaysia, jika dikembalikan kepada orang Melanau dari Kampung Rajang (sebab asal-usul sungai ini dinama atas kawasan mereka). Sebagai pemilik Batang Rajang, Melanau Rajang nanti akan dapat buat peraturan yakni, mana-mana tributary (anak sungai) yang link dengan Batang Rajang ini, diwajib membayar sewa kerana air sungai milik mereka mengalir dan menghanyutkan sampah sarap kedalam Batang Rajang. Jika tidak membayar sewa sungai, muara sungai mereka akan diblok. Begitu juga halnya semua express boat milik Cina yang menggunakan Batang Rajang, untuk tujuan bisnes mesti membayar sewanya. Sewa hendaklah dibayaw kepada komuniti Melanau di Kampung Rajang.
Syabas Baru Bian, kalau dah jadi Ketua Menteri nanti, inilah agenda utama penduduk Kampung Rajang minta untuk dilaksanakan!

Part: 4

Nicholas Bawin: mengutama dan mempercepatkan pembangunan kawasan luar bandar dengan jalan raya, bekalan air dan eletrik

wanredone : bina jalan raya keseluruh kawasan di sarawak! walaupun kawasan tidak berpenghuni? Tahu kah Bawin, berapa panjang sudah kerajaan bina jalan raya di sarawak? Sarawak itu sendiri besar dari setanah Malaya, walaupun begitu, mampu juga kerajaan buat jalan raya merata-rata seluruh pelusuk negeri, walaupun tidak dengan secepat mana yang dikehendaki oleh rakyat! Begitu juga bekalan air bersih (paip) kerumah-rumah di pendalaman, wanredone percaya kerajaan Pakatan pun akan berfikir dua kali nak buat loji air bersih kat Lio Matu atau Bario! Sebabnya, bukan tak mahu buat, tapi agak imposible nak buat dengan kos yang amat tinggi untuk beberapa orang penduduk sahaja!

Haji Adam (PAS): membaiki kualiti pendidikan dan penjagaan kesihatan di kawasan luar bandar
wanredone: benarkah penduduk luar bandar ketinggalan dari segi arus pendidikan? Pakatan kata Haji Adam (PAS) akan memberi biasiswa kepada pelajar-pelajar miskin untuk melanjutkan pelajaran mereka ke IPT? Apa kah tidak kerajaan sekarang beri biasiswa kepada pelajar miskin? Atau pelajar miskin ini tak lulus pun peperiksaan dan mahu juga minta biasiswa?

Kata Haji Adam (PAS) klinik memang banyak, tapi tak besar, selalu kekurang ubat. Ubat apa yang kurang? Sudah kah periksa doktar, sakit apa? Jangan nanti sakit kepala tampal kuyok, sakit gigi tampal kuyok dan sakit mata juga tampal kuyok!

Memang bagus kalau ada doktor ditempat diluar bandar, nak buat macamna? Doktor untuk orang bandar pun kurang! nak suruh semua pelajar jadi doktor? Haji Adam, faham-fahamlah bab pembelajaran ini, tidak semua pelajar yang cemerlang atau terbilang boleh jadi doktor, untuk meramaikan jumlah doktor di luar bandar. Ingat budak yang dah jadi doktor, nak buat kerja kat pendalaman?

Baru Bian : menuntut hak otonomi negeri sarawak
Perjanjian 18 Perkara Sarawak - Malaya!

wanredone : Alang-alang tuntut otonomi. Apa tidak tuntut kemerdekaan penuh? Tuntut otonomi nanti, Anwar Al Liwati Bin Ibrahim juga akan jadi PM Malaysia sekiranya pakatan menang dan terajui Putrajaya! Orang Malaya jua perintah! Fikir Anwar mahu beri royalti minyak 20% kepada Sarawak? Cakap aje… janji kocong! Buat masa ini pun dah orang Malaya "ngeripak" kerana nak masuk negeri terpaksa pakai pas khas. Orang DAP kata, sarawak is a country within a country! Kalau ada otonomi nanti baik dikenakan paspot internasional kepada rakyat Malaya of Malaysian origin masuk Sarawak!


p/s: Terima kasih untuk saudara Wanredone..

28 Oktober 2010

Rupanya ahli PBB super sensitif?

Setuju atau tidak, rupanya ada ahli Parti Pesaka Bumiputra Bersatu (PBB) bersikap ‘super sensitif’ bila tuan mereka dikritik. Tidak salah menyokong YB, Menteri atau tokoh politik yang kita suka, itu semua hak peribadi masing-masing.

Tapi, Perlukah saya bertanya kepada orang Kuching, Miri atau Bintulu tentang apa masalah di kawasan Mukah? Perlukah saya bertanya pada orang Bandaraya tentang masalah dikampung?

Ironisnya ada segelintir ahli PBB yang menghantar beberapa mesej kepada saya, mengatakan kekesalannya bila saya menulis tentang masalah ditempat tertentu. Sensitif...!!

Apakah dengan berdiam diri dan merungut dalam kelambu, maka masalah akan selesai? Lebih melucukan, ada juga yang menyuruh saya berjumpa ketua menteri dan perdana menteri untuk menyuarakan masalah orang kampung…hahaha

Yang pasti mereka tidak biasa mendengar kritikan, itu mungkin berbeda dengan tuan mereka yang sudah lali dengan tomahan.

Jika tidak berminat dengan blog, bacalah Utusan Sarawak. Begitu juga orang PKR, bacalah Suara Keadilan. Semua itu sesuai dengan selera tuan-tuan.

Ada juga ahli PBB yang saya temui, mengaku mereka pakar dalam dunia internet dan komputer. Tapi dimana suara mereka, bila pemimpin kesayangan mereka dikritik? mungkin menunggu pilihanraya?

Sedikit contoh, Bila isu kaum Penan dijuarai PKR dan PAS sebagai propaganda, sepatutnya orang PBB memiliki data dan fakta tentang usaha kerajaan terhadap masyarakat Penan sejak awal 80an. Tapi jawaban yang diberi para blogger ahli parti BN Sarawak, cuma; anwar liwat, anwar liwat dan anwar liwat…


Dalam masyarakat yang sudah terdidik dengan klausa “diam tanda setuju”, ditambah dengan sikap segelintir pemimpin BN negeri yang gemar berfalsafah. Bukan sekadar gagal menjawab tomahan, malah sebagai alasan pun tidak mampu.

Jika ahli PBB di cabang-cabang tertentu merasa tercabar dengan kritikan, buatlah blog anda sendiri. Suarakan pendapat atau bantahan, Bukan sekadar sensitif bila dikritik.

Blogspot adalah percuma, mengapa tidak!


p/s: jika tidak sanggup dimaki hamun, jangan tulis blog politik. Tulislah resepi...

01 Julai 2010

Dua pekerja Indonesia dipenjara dan sebat kerana cederakan rakan

SIBU: Mahkamah Sesyen semalam menjatuhkan hukuman lapan bulan penjara dan tiga sebatan terhadap dua pekerja ladang warganegara asing atas tuduhan mendatangkan kecederaan parah kepada rakan sekerja mereka, 22 Jun lepas.

Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, M. Rajalingam menjatuhkan hukuman itu setelah mengambil kira kepentingan awam serta sebagai pengajaran kepada orang lain agar mematuhi undang-undang negara ini.

Katanya, meskipun kedua-dua tertuduh merupakan warganegara asing dan bekerja di sini, mereka perlu mematuhi undang-undang negara serta tidak mengambil tindakan sesuka hati.

Tertuduh, Afred Tepi, 29, dan Imeneul Lakapu, 26, didakwa mendatangkan kecederaan parah dengan senjata berbahaya ke atas Yonathan Foeney di sebuah ladang kelapa sawit pada 22 Jun lepas, kira-kira jam 11.15 pagi.

Bagi kesalahan itu, kedua-dua mereka didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 32, Kanun yang sama. Seskyen 326 memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebatan.

Berdasarkan fakta kes, kedua-dua tertuduh telah bergaduh dengan Yonathan selepas mangsa menyuarakan rasa tidak puas hati apabila diberikan kerja yang banyak berbanding kedua-dua tertuduh.

Tidak senang dengan aduan itu, satu pergaduhan telah berlaku dan kedua-dua tertuduh telah mengambil parang serta menetak mangsa di bahagian belakang kepala.

Pihak pengurusan ladang yang dimaklumkan mengenai kejadian, kemudian menjalankan pemeriksaan dan menjumpai mangsa terbaring berlumuran dengan darah.

Siasatan lanjut kemudian mendapati kedua-dua tertuduh terbabit dengan kejadian dan dibawa ke balai polis untuk membantu siasatn lanjut.

31 Mei 2010

Pontianak di Balai Polis Betong Sarawak

Kelibat wanita berpakaian putih dan berambut panjang yang dikaitkan dengan pontianak didakwa sering mengganggu anggota dan pegawai polis bertugas pada waktu malam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) baru Betong di sini, sejak sebulan lalu. Ia berlaku beberapa hari selepas IPD berkenaan berpindah ke lokasi barunya iaitu kira-kira dua kilometer dari Jalan Kuek Huat Wee bersebelahan Stadium Betong, April lalu. Betong terletak kira-kira 150 kilometer dari Kuching.

Sejak itu, satu demi satu kejadian menyeramkan dialami anggota bertugas apabila mereka mendakwa ternampak wanita misteri dalam lokap di IPD baru berkenaan. Malah, kejadian itu berlarutan beberapa hari selepas itu dengan anggota lain turut mendakwa melihat kelibat lembaga terbabit ‘menyamar’ rakan setugas mereka.



Menurut sumber, lembaga terbabit kelihatan berlegar-legar di IPD itu namun tidak menjawab apabila ditegur.
“Wajahnya sama dengan seorang anggota bertugas di sini. Apabila ditegur untuk diberikan tugas seperti diarahkan pegawai atasan, ‘anggota’ terbabit hanya mendiamkan diri,” katanya.

Beliau berkata, anggota polis berkenaan hanya menyedari jelmaan itu selepas menghubungi rakannya untuk memaklumkan tugas yang perlu diselesaikan.

“Kejadian seumpama itu kerap berlaku sejak IPD berpindah ke sini. Ada anggota polis memberitahu ketika bertugas pada waktu malam, mereka diganggu seorang wanita yang menjelma dengan berpakaian serba putih dan berambut panjang. “Malah, ia turut dilihat berada di kerusi pegawai atasan dan ada anggota hampir pengsan apabila mereka disergah makhluk halus itu,” katanya.

Dalam kejadian terbaru minggu lalu, seorang anggota penyiasat hampir pengsan dan terpaksa melompat dari tingkap dua bangunan berkenaan selepas melihat lembaga itu berdiri di depannya.

“Ketika itu, saya hendak keluar dan mengunci pintu kaca di pejabat. Tiba-tiba saya nampak seseorang berlari di belakang saya. Saya nampak jelas menerusi pintu kaca dan terus beristighfar.

“Ketika itu, saya hendak keluar dan mengunci pintu kaca di pejabat. Tiba-tiba saya nampak seseorang berlari di belakang saya. Saya nampak jelas menerusi pintu kaca dan terus beristighfar.

“Ketika mahu membuka suis lampu berdekatan, tiba-tiba lembaga itu berdiri di depan saya dengan rambut berjuntai ke lantai,” katanya. Difahamkan, pihak IPD terpaksa mendapatkan khidmat seorang ustaz untuk ‘menangkap’ lembaga terbabit. Menurutnya, ustaz berkenaan memaklumkan lembaga terbabit ‘tidak tenteram’.

“Kami dimaklumkan, tempat ini pernah menjadi tempat pembunuhan yang menyebabkan lembaga itu melakukan gangguan. Ketika hayatnya, lembaga itu dipercayai dirogol dan dibunuh di sini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Betong, Deputi Superintendan, Mohd Bukhori Saffai ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. Beliau berkata, tiga anggotanya diganggu lembaga itu sejak bulan lalu dengan kali terakhir berlaku minggu lalu.

“Saya akui perkara ini berlaku dan kami sudah berikhtiar untuk memulihkan keadaan. Kami memanggil seorang ustaz dengan harapan ia tidak berulang,” katanya.

source: metro

30 Mei 2010

Dua samseng tembak menembak ala koboi

JOHOR BAHRU: Bagaikan aksi pertarungan antara dua koboi apabila dua samseng saling tembak menembak di luar pusat hiburan mengakibatkan seorang daripada mereka terbaring cedera parah, semalam.

Beliau berkata, apabila sampai ke tempat kejadian, pihaknya mendapati seorang lelaki berusia 50-an mengalami kecederaan di bahagian paha kanan dan pinggang sebelah kiri akibat terkena tembakan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, warga Singapura itu ditembak oleh seorang lelaki selepas berlaku pertengkaran di antara mereka di tepi jalan. Difahamkan, sekurang-kurangnya tiga tembakan dilepaskan menggunakan pistol semi automatik.



“Orang ramai menyatakan melihat kedua-dua lelaki itu bertengkar di tepi jalan. Mereka juga melihat beberapa das tembakan dilepaskan ke arah warga Singapura itu,” katanya dalam satu kenyataan yang difakskan, semalam.

Amer berkata, lelaki yang cedera itu dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), dan kini dalam keadaan stabil. Lelaki terbabit dikenal pasti mempunyai rekod jenayah lampau di Singapura selain pernah melakukan jenayah di negara ini.

Katanya, polis sudah mengenal pasti suspek yang melarikan diri selepas menembak mangsa. Suspek kes ini adalah seorang lelaki Cina berusia dalam lingkungan 40-an dan turut mempunyai rekod jenayah di negara ini, dan sedang diburu polis,” katanya.

Katanya, polis menyiasat pelbagai kemungkinan motif, termasuk pertelingkahan antara kongsi gelap, perselisihan peribadi atau saingan perniagaan haram. Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan (cuba bunuh) yang mana sabit kesalahan boleh dipenjara hingga 20 tahun.

Difahamkan, polis turut berhubung dengan rakan sejawat mereka di Singapura bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung kedua-dua lelaki terbabit selain mengawasi pintu masuk sempadan.

source: metro

29 Mei 2010

Millatfacebook cabar Facebook

Sekumpulan warga Pakistan mencipta laman web baru untuk menghubungkan 1.6 bilion Muslim selepas berang dengan laman Facebook kerana menyiarkan karikatur Nabi Muhammad selain mewujudkan saluran baru melawan propaganda anti-Islam.

Kumpulan itu membabitkan enam profesional teknologi maklumat (IT) di pusat budaya dan hiburan Pakistan, Lahore, yang melancarkan laman web www.millatfacebook.com, awal minggu ini. Ia dilancarkan selepas mahkamah Pakistan mengarahkan sekatan ke atas Facebook sehingga Isnin ini atas  bantahan terhadap satu laman Everyone Draw Mohammed Day (Hari Lakar Muhammad) yang menghina Islam.

“Millatfacebook dicipta bagi memenuhi keperluan sosial penduduk Pakistan. Laman untuk Muslim termasuk orang lain yang baik daripada agama lain turut dialu-alukan,” kata laman web itu kepada yang berminat menjadi ahli.

“Kami mahu beritahu ahli Facebook bahawa mereka akan terima padah jika mengganggu kami,” kata Ketua Pegawai Operasi syarikat yang menempatkan laman itu, Usman Zaheer, 24.

“Jika ada orang menghina nabi, kami akan jadi lawan mereka dan menyebabkan mereka rugi besar,” katanya yang bermimpi menjadikannya laman sosial terbesar Muslim. Dikenali dengan singkatan MFB, seperti juga FB bagi Facebook, pengasasnya berkata, pakar IT kini berusaha memasukkan ciri-ciri lain ke dalamnya bagi mencabar pesaing dari California itu.

Setiap ahli memiliki ‘dinding’ untuk ulasan sahabat selain mengandungi kemudahan emel, foto, video, ruang sembang dan perbincangan. Perkataan ‘Millat’ adalah bahasa Urdu yang biasa digunakan untuk merujuk kepada negara.

Laman web itu sudah mempunyai 4,300 ahli selepas tiga hari dilancarkan, kebanyakannya warga Pakistan yang boleh berbahasa Inggeris dalam lingkungan usia 20-an. Angka itu jauh lebih kecil daripada keahlian Facebook di Pakistan buat masa ini sebanyak 2.5 juta dan ulasan awal menunjukkan MFB memerlukan lebih banyak masa untuk benar-benar menyaingi FB.

Bagaimanapun, Usman gembira dengan hasil awal laman web itu yang sudah menarik penyertaan warga Britain, Bulgaria, Kanada, China, Russia, Emiriyah Arab Bersatu dan Amerika Syarikat.

Dicekup menari dalam buih

Sekumpulan lelaki dipercayai beragama Islam yang berseronok dengan pasangan masing-masing sambil menari dalam kolam kecil dipenuhi buih di pusat hiburan di Taman Melaka Raya, ditahan lewat malam kelmarin.

Mereka dipercayai mabuk kerana mengambil minuman keras bagaikan tidak tahu malu menari dengan aksi ghairah dalam kolam itu.

Bagaimanapun, kegiatan melampau dianjurkan pusat hiburan berkenaan dihidu Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) yang bertindak menyerbu premis terbabit kira-kira jam 12.30 tengah malam.



Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agamanya, Rahimin Bani berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung pesta buih berkenaan pada petang kelmarin.

Katanya, berdasarkan maklumat itu, pesta berkenaan dijangka bermula jam 10 malam dan aktiviti berunsur maksiat itu diiklankan secara terbuka menerusi kain rentang dipasang di pusat hiburan berkenaan.

“Kami menghantar dua anggota bagi menyusup ke premis berkenaan dengan menyamar sebagai pengunjung bagi mendapatkan maklumat.

“Pada dua jam pertama ketika pesta itu dimulakan ia kurang mendapat sambutan, sehinggalah hampir tengah malam barulah pengunjung mula ramai masuk ke dalam kolam disediakan,” katanya.

Rahimin berkata, menerusi risikan diperoleh mendapati kebanyakan pengunjung menari tanpa segan silu bercampur lelaki dengan wanita dan dipercayai mabuk.

Katanya, pengunjung wanita berkenaan berpakaian seksi sehinggakan ada di antaranya seolah-olah seperti bercanda di tepi pantai.

“Setengah jam selepas pesta berkenaan berada pada waktu kemuncak dengan muzik semakin bingit dipasang, Jaim yang turut disertai anggota penguat kuasa Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah dan polis menyerbu pusat terbabit.

“Serbuan dilakukan di tempat terbuka itu menyebabkan ada antara pengunjung bertempiaran lari dan pihaknya mencekup 16 wanita beragama Islam didapati berpakaian seksi melampau,” katanya.

source: metro

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...