Nuff Head

Najib For PM

Najib Razak merupakan PM yang paling banyak membawa Transformasi dan menyentuh segenap lapisan masyarakat

Suara 1Sarawak

Selamat Datang Semoga Kehadiran Anda Penuh Makna

Memaparkan catatan dengan label Kisah pra sahabat 1. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kisah pra sahabat 1. Papar semua catatan

24 Ogos 2010

Keberkatan Harta

Hakim bin Hizam ra adalah seorang sahabat Nabi saw.
Beliau telah datang kepada Nabi saw untuk meminta sesuatu . Baginda saw telah memberi kepadanya . Pada waktu yang lain beliau telah datang dan meminta lagi . Kemudian beliau meminta lagi untuk kali yang ketiga lalu Rasullullah memberikannya dan bersabda kepadanya ,

“ Hakim harta ini adalah umpama kebun yang hijau. Zahirnya Nampak manis tetapi kaeadahnya ialah kalau harta itu didapati dengan hati yang istighna(perasaan kaya hati tidak perlu dengan kekayaan dunia) maka harta itu akan diberkathi. Sekiranya harta itu didapati dengan tamak dan gelojoh maka harta itu tidak diberkhati . Keadaan orang tamak seumpamaan seorang yang terus makan sepanjang masa tanpa rasa kenyang.(sumpama mengidap penyakit ju’ul baqar)”.

Hazrat Hakim ra berkata ,

“Wahai Rasullulah selepas tuan ,saya tidak akan menyusahkan sesiapa lagi”.

Semasa pemerintahan Syaidina Abu Bakar ra ingin memberikan sesuatu sumbangan kepada Hakim ra dari Baitul-mal tetapi Hakim ra telah menolaknya .

Syaidina Umar Al-khattab semasa pemerintahannya juga telah mendesak Hakim ra berkali-kali untuk menerima sesuatu tetapi Hakim ra tetap menolaknya ( Bukhari)


Keterangan :Inilah sebabnya pada hari ini tidak ada keberkatan dalam harta kita kerana harta itu diliputi oleh perasaan tamak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...