Nuff Head

Najib For PM

Najib Razak merupakan PM yang paling banyak membawa Transformasi dan menyentuh segenap lapisan masyarakat

Suara 1Sarawak

Selamat Datang Semoga Kehadiran Anda Penuh Makna

Memaparkan catatan dengan label Sebuyau. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sebuyau. Papar semua catatan

25 Oktober 2010

DARI SEBUYAU : PAS janjikan air bersih, perubatan percuma, ceramah percuma dan masuk syurga…

Hebat! cuma itu ayat yang boleh mengambarkan janji-janji yang dibuat oleh PAS untuk penduduk di Sebuyau (Sarawak). Tentu ada penduduk dari daerah lain yang rasa cemburu?

Ahli-ahli PAS bukan sekadar ‘berkempen janji’ untuk masyarakat melayu, tapi turut bergerak ke rumah panjang masyarakat Iban.

Sejak awal Oktober lalu, ahli-ahli PAS dari beberapa cabang menganjurkan beberapa program ‘bertamu’ dan berkempen dari rumah ke rumah di kawasan daerah Sebuyau.

Setiap aktiviti yang dianjurkan PAS di Sebuyau, dikatakan berbeda dan bersesuaian dengan agama serta kepercayaan penduduk setempat.

inilah negeri dan pemimpin 'bermutu' ?

Seorang penyokong PAS ditemui berkata, PAS sedih dengan keadaan penduduk yang mahukan bekalan air bersih sejak sekian lama. Justeru, jika Pakatan berjaya memerintah, PAS berjanji akan membawa segala pembangunan dan keperluan penduduk Sebuyau.


Pembangunan untuk Kelantan bila lagi?

Dalam beberapa kunjungan ke rumah penduduk, rombongan PAS turut menyediakan perkhidmatan pemeriksaan perubatan percuma untuk warga Sebuyau. Itu juga akan diteruskan jika mereka berjaya memerintah.

Difahamkan, sewaktu seisi ceramah dari rumah ke rumah, PAS menyeru penduduk setempat agar bersama mereka berjihad menentang kezaliman Barisan Nasional. Khususnya kerajaan negeri Sarawak pimpinan Taib Mahmud, serta kaum melanau yang menurut mereka telah menindas dan menakluk ekonomi negeri Sarawak.

Seperti kebiasaannya, PAS membayangkan dengan menyokong mereka, ganjarannya adalah syurga, dunia dan akhirat.

Menurut penyokong PAS lagi, mereka mahukan negeri dan kerajaan seperti Kelantan yang maju serta ‘bermutu’. Istilah negeri ‘bermutu’, mungkin agak baru bagi masyarakat Sarawak secara amnya. Namun yang pasti, contohnya adalah seperti negeri Kelantan.

Agaknya penduduk dibahagian lain ingin jadi 'bermutu' seperti Kelantan? 

p/s: Untung orang Buyo...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...