Nuff Head

09 November 2010

PKR NAKKAN Zaid Ibrahim !!!' testing the water'?LEMAS??JAWAPANNYA..



TERNYATA PKR TAKNAKKAN DIA JUGA....SEBELUM KALAH LEBIH TERUK LAGI , LEBIH BAIK TARIK DIRI DULU..STRATIGI ASAL NAMPAKNYA TAK MENJADI..

KEMENANGAN PASTI BERPIHAK KEPADA AZMIN ...........BANDINGKAN RUPA PARAS KEDUA MEREKA , TERNYATA AZMIN LEBIH MENAWAN!!!!.


PKR SARAWAK PASTI BERGOLAK DENGAN KEPUTUSAN INI!!!TERUTAMA YANG BUKAN BERAGAMA ISLAM KERANA MEREKA SAYANGKAN ZAHID KERANA MENGAMALKAN ISLE LIBERAL MUNGKIN?


PETALING JAYA: Walaupun Datuk Zaid Ibrahim mengumumkan menarik diri daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Jawatankkuasa Pemilihan Pusat parti itu tetap mengganggap beliau masih bertanding jawatan itu kerana tidak menerima sebarang surat rasmi daripada beliau.

Timbalan Setiausaha Agung PKR, Syarifah Syahidah Syed Kamarulzaman, berkata undi yang diterima oleh Zaid tetap dikira dalam perebutan jawatan nombor dua dalam parti.
"Beliau tidak menghantar surat penarikan diri secara rasmi, sebaliknya hanya mengumumkan keputusan tersebut pagi ini," katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat PKR di sini, hari ini.
Beliau berkata, jika Zaid menghantar surat penarikan diri daripada pertandingan itu secara rasmi, Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) akan membuat keputusan mengenainya.

Zaid dalam blognya pagi ini mengumumkan beliau menarik diri daripada bertanding jawatan nombor dua parti itu serta meletakkan kesemua jawatannya dalam PKR termasuk Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Penyelaras parti dan anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) berkuatkuasa serta merta kerana mendakwa wujud salah guna kuasa dan penipuan dalam pemilihan parti itu.

Mengulas perkembangan pengundian MPP, Syarifah Syahidah, berkata keputusan pengundian di 68 cabang semalam menyaksikan Mohamed Azmin Ali, juga Naib Presiden dan Pengerusi PKR Selangor, terus mendahului saingan untuk jawatan Timbalan Presiden dengan 4,378 undi.

Sementara itu, Zaid mendapat 3,410 undi dan Pengerusi PKR Perak, Mustaffa Kamil Ayub (1,181).
Bagi perebutan jawatan Naib Presiden, anak sulung penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan presiden parti, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Nurul Izzah mendahului saingan dengan 4,845 undi dan diikuti pengarah strategi parti Tian Chua dengan 3,933 undi, pengerusi PKR Pulau Pinang yang juga Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mansor Othman (3,552) dan pengarah pilihan raya pusat PKR, Fuziah Salleh (3,370).

Bagi jawatan ahli MPP yang memperuntukkan 20 kerusi pula, Dr Badrul Amin Baharon mendahului saingan dengan 3,786 undi, diikuti pengarah pemantapan politik keahlian PKR, Datuk Johari Abdul (3,082); ketua penerangan Wanita PKR, Elizabeth Wong Keat Ping (2,895), dan ahli MPP, Khalid Jaafar (2,777).

Sementara itu, jawatan Ketua Wanita didahului penyandangnya Zuraida Kamaruddin dengan 1,568 undi, diikuti Timbalan Pengerusi 2 PKR Perlis, Dr Suraya Sudin (570) dan ahli MPP, Animah Ferrar (489).

Jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) pula masih didahului penyandangnya, Shamsul Iskandar Mohd Akin dengan 1,455, manakala pencabarnya ahli MPP, Badrul Hisham Shaharin, atau lebih dikenali sebagai Chegubard mengekori rapat dengan 1,428 undi.

Menurut Sharifah Syahidah, keputusan sembilan lagi cabang yang bermesyuarat semalam iaitu tujuh di Sabah - Kota Kinabalu, Sandakan, Libaran, Sepanggar, Putatan, Sipitang, Beluran dan Tawau dan satu di Kelantan iaitu Pasir Mas dijangka diketahui lewat petang ini. - BERNAMA

UNTUK LANJUT LAYARI JUGA DISINI

7 ulasan:

  1. Salam, bro, Zaid seorang Lawyer yang berjaya, apa tunggu lagi heret je PKR ke Mahkamah, habis cerita.

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum sdr Aleh

    Saye melihat Azmin sebagai pejuang tulin.(Soal prinsip kita tolak tepi)ahli politik asli, bak kate orang tua tua "Alang alang menyelok pekasam biar sampai kepangkal lengan", mungkin itu adelah motonya.

    Begitu tersohornya Zaid, kita kira dia mempunyai kekuatan mental dan fizikal yang mantob, rupanya kecundang jua ditangan Azmin.

    BalasPadam
  3. apalah guna zahid masuk politik ya? buat susah-susah je...

    BalasPadam
  4. dahlah tak paham politik kesana tak betul kesini tak betul...baik jadi lawyer ye lah....

    BalasPadam
  5. jangan menang jadi arang kalah jadik abu yang rugi bangsa melayu jugakkk

    BalasPadam
  6. SAYA SETUJU DENGAN KATA CEMOMOI WAHAI PEMBANGKANG SUDAHLAH LAGI MEMECAHBELAHKAN BANGSA MELAYU...

    BalasPadam
  7. NAK TAMBAH SIKIT ORANG MELAYU BOLEH MINUM BEER KAH?

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...