Nuff Head

Najib For PM

Najib Razak merupakan PM yang paling banyak membawa Transformasi dan menyentuh segenap lapisan masyarakat

Suara 1Sarawak

Selamat Datang Semoga Kehadiran Anda Penuh Makna

Memaparkan catatan dengan label PRU. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PRU. Papar semua catatan

27 September 2010

SUPP Mungkin Tiada Tempat Dalam Kerajaan Sarawak Jika Tidak Dapat Sokongan Kaum Cina

BERNAMA

KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), parti terbesar berasaskan kaum Cina di Sarawak, berkemungkinan besar tidak akan mempunyai wakilnya dalam Kabinet negeri itu sekiranya ia gagal mendapat sokongan padu daripada pengundi Cina pada pilihan raya negeri akan datang.

Parti tersebut sendiri amat bimbang tentang berlakunya senario itu jika semua calonnya kalah pada pilihan raya berkenaan, yang boleh diadakan pada bila-bila masa mulai sekarang hingga Julai tahun depan.


Kawasan majoriti kaum Cina -- Pending, Batu Lintang, Padungan (Kuching), Bukit Assek dan Bawang Assan (Sibu), Piasau dan Senadin (Miri) dan Repok (Sarikei) -- adalah antara 19 kerusi yang diperuntukkan kepada SUPP.


Pada pilihan raya negeri 2006, SUPP kalah lapan kerusi, separuh daripadanya di kawasan majoriti pengundi Cina, walaupun beberapa pemimpin utamanya terselamat, termasuk presiden parti Tan Sri Dr George Chan Hong Nam (Piasau), timbalan setiausaha agung Datuk Seri Wong Soon Koh (Bawang Assan) dan bendahari agung David Teng Lung Chi (Repok).


Empat kawasan majoriti pengundi Cina yang gagal dipertahankan parti itu pada 2006 ialah Pending, Batu Lintang, Padungan (semuanya di Kuching) dan Bukit Assek (Sibu). SUPP juga tewas di empat kawasan yang mempunyai pengundi daripada pelbagai kaum -- Kota Sentosa (di Kuching), Meradong (Bintangor), Kidurong (Bintulu), dan di satu kawasan majoriti masyarakat Iban, Engkilili (Sri Aman).


Bagaimanapun, parti itu mencapai kemenangan di kawasan lain yang mempunyai majoriti pengundi Cina seperti Piasau (Miri) melalui Timbalan Ketua Menteri dan presiden parti Tan Sri Dr George Chan dan Bawang Assan yang ditandingi timbalan setiausaha agungnya Datuk Seri Wong Soon Koh. Kemenangan itu membolehkan SUPP terus mengekalkan dua jawatan menteri dalam Kabinet negeri, termasuk satu jawatan Timbalan Ketua Menteri.
  


Tetapi, bagaimana pula peluang SUPP pada pilihan raya negeri akan datang? Daripada keseluruhan 71 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri Sarawak, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang berasaskan masyarakat bumiputera, mungkin diperuntukkan jumlah kerusi paling besar iaitu 35, diikuti SUPP sebanyak 19 kerusi, Parti Rakyat Sarawak (PRS) sembilan dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) lapan.

Satu perkara yang menarik ialah walaupun SUPP kalah di semua kerusi yang ditandinginya, namun parti komponen Barisan Nasional (BN) lain diyakini akan terus mendapat sokongan padu daripada pengundi untuk membolehkan parti pemerintah itu terus menubuhkan kerajaan negeri.


Berdasarkan hakikat ini, maka tidak hairanlah beberapa pemimpin SUPP begitu bersungguh-sungguh menyeru masyarakat Cina di Sarawak supaya "bijak membuat keputusan" agar kaum itu tidak kehilangan wakilnya dalam kerajaan negeri akibat tindakan anggotanya menolak SUPP.


Sehubungan itu, dalam rayuannya kepada masyarakat Cina supaya tidak mengorbankan "kekuatan politik" mereka, Wong, yang juga pengerusi SUPP Cawangan Sibu, secara terbuka berkata kaum Cina akan mengalami kerugian besar sekiranya mereka tidak memberi undi kepada SUPP.


Bagaimanapun, seorang penganalisis politik dari Universiti Monash di sini, Prof James Chin, membayangkan pengundi Cina mungkin tidak termakan rayuan Wong itu apabila beliau mempersoalkan tentang daya tarikan yang dimiliki para pemimpin SUPP sekarang, yang kebanyakannya sudah berusia lanjut.


Beliau mendakwa para pemimpin SUPP yang lebih muda mengharapkan perubahan serta pembaharuan dilaksanakan untuk membolehkan parti itu terus maju dan diterima oleh lebih ramai pengundi.


Bagaimanapun, penolakan SUPP oleh pengundi pada pilihan raya berkenaan mungkin membawa rahmat kepada parti itu kerana ia akan memaksa parti berkenaan melakukan perubahan dalam erti kata sebenarnya seperti yang telah dilakukan parti Kuomintang (KMT) di Taiwan sebelum ia muncul kembali sebagai sebuah parti yang kuat, kata Chin.


DAP pula menuduh SUPP menggunakan sentimen perkauman untuk menarik sokongan pengundi Cina.


Setiausaha DAP Sarawak Chong Chieng Jen berkata walaupun SUPP berusaha memikat hati kaum Cina di negeri ini sejak 40 tahun lepas dengan mendakwa mereka perlu memberi mandat kepada parti itu untuk mewakili mereka dalam BN, namun pengundi Cina di kawasan bandar yang terpelajar dan memiliki kesedaran mendalam tentang politik, tidak termakan umpan itu.


Berdasarkan penilaian SUPP, parti itu boleh mencapai kemenangan di empat kawasan majoriti masyarakat Bidayuh yang disifatkannya sebagai kerusi selamat iaitu Opar, Bengoh, Simanggang dan Engkilili.


Baki 15 kerusi lagi diletakkannya dalam kategori "hitam" atau "kelabu", dengan kebanyakan kawasan yang mempunyai majoriti penduduk Cina diletakkan dalam dalam kategori "kawasan hitam", manakala kawasan pengundi bercampur pula digolongkan sebagai kawasan "kelabu".


Kawasan yang dikategorikan sebagai "hitam" ialah Pending, Padungan, Batu Lintang, Kota Sentosa, Meradong, Bukit Assek, Kidurong dan Repok, manakala tujuh "kawasan kelabu" yang dimaksudkannya ialah Batu Kawa, Bawang Assan, Pelawan, Dudong, Piasau, Senadin dan Pujut.


Sekiranya SUPP hanya menang di segelintir kawasan yang mempunyai pengundi daripada pelbagai kaum, maka parti yang turut mendakwa mewakili kaum Dayak itu, ditimpa nasib yang sungguh malang, kata ketua publisiti SUPP Cawangan Sibu, Daniel Ngieng.


Presiden LDP Datuk V.K Liew pula berkata parti kopmponen BN lain juga bimbang sekiranya SUPP kalah di semua kawasan majoriti Cina, ia menghantar suatu mesej yang amat jelas kepada masyarakat Cina di negeri lain.


Liew berkata beliau yakin bahawa kemenangan yang dicapai DAP di kebanyakan kawasan majoriti kaum Cina pada pilihan raya negeri Sarawak 2006, memberi semangat kepada parti Pembangkang itu dalam usahanya untuk menafikan BN daripada memperoleh majoriti dua pertiga pada pilihan raya umum 2008.


Setiausaha Agung Gerakan Teng Chang Yeow pula berkata parti-parti berasaskan kaum Cina dalam BN amat bimbang tentang kesan buruk yang akan mereka alami sekiranya SUPP mencatat prestasi buruk pada pilihan raya negeri Sarawak akan datang.


-- BERNAMA

mukapetang: Apa nak jadi ni? Sebelum ini beriya-iya nak tukar Ketua Menteri. Ada juga nak buat undi tak puas hati and keluar Barisan Nasional? Dah tahu kawasan yang dapat tu sedikit pun tak boleh nak jaga? Dulu bukan main lagi nak mintak sampai ke Batu Niah.  Nasib baik Pehin Sri tak bagi kalau tidak habislah NCR kat situ kena balun juga macam kes Sosilawati.  

Dengar khabar ada suami kepada Wanita PKR Sarawak ni berhubung kait dengan orang India yang membunuh Allahyarhamah Sosilawati. Maklumlah suami dia pun orang India. Bukan itu sahaja terlibat dalam urusan hartanah di Malaya.  Bayangkan kalau isteri dia menang di Sarawak, habislah tanah NCR Sarawak engkau kebas!! Kalau tak ikut cakap, ha mungkin kena macam Sosilawati kelak bukan?

25 September 2010

Parti Politik Baru Sarawak Ingin Sertai Pakatan Pembangkang

24 September, 2010 18:50 PM

SIBU, 24 Sept (Bernama) -- Parti Ekonomi Rakyat Sarawak (PERS), parti terbaru yang akan didaftarkan sebagai sebuah parti politik, mengulangi lagi hasratnya untuk menyertai Pakatan Rakyat negeri.

Presiden penaja Salleh Mahli, seorang ahli perniagaan berkata sebuah pakatan pembangkang yang bersatu akan mampu untuk memberikan cabaran kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri akan datang.

PERS

Bercakap kepada pemberita selepas menyerahkan sumbangan RM5,000 kepada mangsa kebakaran kaum Penan di penempatan Long Luar dan and Long Kajang di pedalaman daerah Belaga di Bahagian Kapit, katanya parti itu telah memaklumkan hasratnya kepada Pakatan Rakyat untuk menyertainya.

Bagaimanapun pemimpin PR belum lagi memberikan jawapan, mungkin mereka ragu-ragu bahawa PERS adalah parti tajaan BN, tambahnya.

Pada majlis itu seorang paderi yang kini menjadi aktivis sosial Micheal Jok menerima cek sumbangan itu yang diadakan di rumah panjang Iban Rh.Sudan di Naman dekat sini.

Salleh juga menyampaikan sumbangan kepada seorang wakil penduduk Orang Ulu, Uma Balui, Labuway, Nahajalay di daerah itu untuk membina sebuah kolam rawatan air untuk bekalan air mereka.

Katanya PERS akan bertanding dalam 30 kerusi pada pilihan raya akan datang jika parti itu diterima masuk ke dalam PR manakala 41 kerusi lain akan ditandingi oleh parti lain dalam pakatan itu.

"Tetapi jika mereka sekali lagi tidak menerima kita, kita akan bertanding dalam semua 71 kerusi," katanya ini akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru yang hanya akan berpihak kepada BN," kata beliau.

Mengenai PERS, beliau berkata jika Pendaftar Pertubuhan (ROS) tidak meluluskan pendaftarannya menjelang pilihan raya akan datang, parti itu akan meletakkan calonnya sebagai calon bebas.

Salleh berkata PERS ditubuhkan untuk meningkatkan taraf sosio-ekonomi khasnya penduduk luar bandar dengan menggalakkan mereka menanam pokok Jatropha yang mempunyai potensi sangat baik dalam ekonomi.

-- BERNAMA

mukapetang: Kalau dah bersatu apa nak buka banyak parti. Parti sana parti sini.  Kacau betullah mereka ni. Kalau nak yang hak masuklah Barisan Nasional.  Masuk PR tapi takde kepentingan buat LGE dan Anwar siapa nak bagi masuk? Ingat pokok boleh buat mereka dapat undi? Semoga berjaya parti undi pokok.

19 September 2010

PKR Azmin Ali, PAS Hadi Awang Meraih Undi di Sarawak




Azmin , Hadi Meraih Undi di Sarawak.

Ahad 19 Sept 2010 

Miri - Azmin Ali yang bertanding merebut jawatan orang nombor 2 PKR kini berpuas hati selepas menghadiri perjumpaan dengan PKR Cawangan  Sarawak.  Dia dan Nurul Izzah turut menjadi tuan rumah acara ramah tamah Aidil Fitri di Grand Continental di Kuching sejak Khamis 16 September 2010. Turut hadir di majlis tersebut adalah Timbalan Ketua Menteri Dr. Mansur dan Zuraidah Kamaruddin


Azmin tiba di Sarawak pada petang Khamis 16 September 2010.  Dia juga sempat menunaikan sembahyang Jumaat bersama dengan penduduk Kampung Semera sebelum bertolak ke Sibu setelah menghadiri perjumpaan PKR Cawangan Kuching Sarawak. Lawatan Azmin diakhiri di Rumah Ampuh Batu Niah setelah berjumpa dengan PKR Cawangan Bintulu dan Miri sebelum berangkat meninggalkan bumi kenyalang.  Sekarang Azmin dengan jauhnya memecut meninggalkan Zaid dalam perebutan untuk orang nombor 2 dalam PKR.  

Masjid Semera selepas menunaikan Solat Jumaat


Dalam masa yang sama Jawatankuasa Penganjur UMNO Sarawak (JPUS), turut mengadakan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri yang bertempat di Saddad Court pada hari Malaysia 16 September 2010.  Agenda yang diketengahkan adalah untuk memberitahu warga Satok bahawa JPUS mungkin akan menghantar seorang wakil bagi bertanding di seluruh kawasan di Sarawak,  JPUS yang dikatakan memiliki 70 000 orang ahli sudah mula bergerak dengan giat sempena menyambut Hari Malaysia.  

Gambar dari Rajahmas: Affendi Jeman (tengah) menyambut tetamu pada majlis ramah-tamah JPUS di Saddad Court

Pihak PAS juga tidak ketinggalan dalam meraih hati penduduk Sarawak.  Sungguhpun Hadi Awang pernah menyindir bahawa penduduk Batang Ai tidak molek berpakaian, cuma pakai cawat sehingga menyebabkan PAS jatuh di kawasan tersebut.  Dia juga turut mengadakan rumah terbuka untuk menarik hati pengundi di Sarawak.  Difahamkan Hadi Awang turut mengadakan rumah terbuka di Saddad Court pada malam tadi. 

Masing: Isu Tanah NCR Tak Perlu Campur Tangan Pembangkang

Utusan Malaysia

KUCHING 17 Sept. 2010 - Kerajaan negeri tidak memerlukan campur tangan pihak luar terutamanya pembangkang mengenai bagaimana untuk menguruskan tanah hak adat bumiputera (NCR) di negeri ini.

Datuk Seri James Jemut Masing, Menteri Kemajuan Tanah


Menteri Kemajuan Tanah, Datuk Seri James Jemut Masing berkata, kanun tanah negeri berhubung pemerolehan tanah NCR adalah jelas dan tidak memerlukan sebarang campur tangan ataupun pandangan orang luar.

"Ada dua sebab mengapa tanah NCR perlu diambil iaitu pertamanya untuk dijadikan taman negara dan keduanya untuk dimajukan. Bagi tujuan itu, pemilik tanah NCR akan dibawa berunding dan dibayar pampasan sewajarnya," kata beliau di sini semalam.  


Beliau memberitahu, untuk memperolehi tanah NCR bagi dijadikan taman negara, kerajaan biasanya mengadakan dialog dengan pemilik tanah sebelum persetujuan dicapai.  

Perkara yang sama berlaku apabila kerajaan mengambil tanah untuk dimajukan di mana urusan tersebut adalah tertakluk di bawah Seksyen 47 dan pemilik diberi pampasan penuh," jelas beliau lagi.  

Masing mengulas lagi bahawa masih terdapat pertikaian yang timbul akibat kekeliruan  mengenai pemilikan tanah sama ada milik kerajaan atau di bawah NCR.  Katanya lagi, jika terdapat pertikaian kerajaan tidak akan membuat keputusan sewenang-wenangnya dan rakyat boleh membawa pertikaian itu ke mahkamah untuk mencari kebenaran.  

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim berhubung pengambilan tanah di Ulu Sebuyau baru-baru ini.  Tanah tersebut bagaimanapun diberikan semula kepada pemiliknya biarpun telah diwartakan sebagai taman negara setelah diselesaikan di luar mahkamah.  

Masing menjelaskan, kes itu merupakan kes yang terpencil.  Beliau yang juga Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) turut mengingatkan rakyat supaya tidak mudah terpengaruh dengan dakyah pembangkang.  Ini kerana katanya, hanya kerajaan Barisan Nasional (BN) yang terbukti berlaku adil kepada semua kaum tanpa mengira ia kumpulan majoriti atau minoriti.

"Sistem kerajaan BN tidak dapat dinafikan telah mewakili semua kaum di negara ini," katanya lagi. 

mukapetang:  Masing begitu lantas menjawab kenyataan Zaid.  Tindakan seperti ini adalah wajar bagi mengelak kekeliruan dalam kes NCR yang sensitif ini.  Pihak pembangkang akan menggunakan isu sedemikian bagi meraih undi simpati rakyat.  Ini adalah strategi lama pembangkang yang hanya memerlukan simpati daripada rakyat.  Apabila tamat pilihanraya kelak sekiranya mereka ini terpilih nescaya jawapan yang sama akan diberikan iaitu tidak memiliki masa yang cukup untuk mengkaji isu tanah NCR. 

15 September 2010

Sarawak Mahu SUPP berubah untuk Kekal

SUPP Perlu Berubah Untuk Terus Relevan
KUCHING, 8 Sept (Bernama) -- 
Dengan memilih untuk kekal dengan Barisan Nasional (BN), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) perlu berubah dengan membawa idea dan input baru agar ia terus relevan, kata Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Amar Abang Johari Tun Openg pada Rabu.


Beliau yang juga Menteri Perumahan dan Kemajuan Bandar Negeri berkata dasar yang sama digunakan oleh parti-parti komponen BN yang lain termasuk PBB.



PBB melihat terdapat 20 peratus perubahan dalam calon-calon parti pada setiap pilihan raya dengan mengenengahkan orang muda bersama dengan pemimpin yang pengalaman dan berkemampuan, bagi menerajui tulang belakang parti gabungan BN negeri, katanya.

"Dalam kes ini, saya berpendapat SUPP sedang melalui proses pelarasan dan pemimpin mereka perlu mengukur diri sendiri mengenai apa bentuk perubahan yang perlu dilakukan di dalam parti dan begitu juga dengan melihat kelemahan sendiri," katanya semasa menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada 59 keluarga Islam di Rumah Hung Nam Siang T'ng di sini.

Begitu juga, katanya, PBB yang mempunyai sejarah panjang dengan SUPP sedang berusaha sedaya mungkin bagi menyesuaikan dengan perubahan persekitaran dengan meletakkan muka-muka baru terutama calon wanita dengan pengalaman yang betul dan kelayakan akademik bagi memudahkan mereka menangani masalah masa kini melalui penggunaan sains dan teknologi.

Sebenarnya, SUPP merupakan rakan PBB sejak 1970 apabila Sarawak menjadi kerajaan campuran sebelum penubuhan BN dan perkongsian itu perlu diteruskan.

Beliau berkata SUPP perlu memberikan ruang kepada generasi muda untuk menyatakan pendirian mereka bagi menggambarkan kekuatan sebuah parti pembangkang yang telah dapat menarik minat generasi muda.

SUPP hilang kawasan Sibu, yang pernah disifatkan sebagai kubu kuatnya kepada DAP semasa pilihan raya kecil Parlimen baru-baru ini selain hilang lapan daripada 19 kerusi yang dipertandingkan dalam pilihan raya negeri pada 2006 termasuk enam kepada DAP.

Walaupun ada khabar angin bahawa SUPP mahu meninggalkan BN selepas beberapa ulasan oleh anggota akar umbinya berhubung isu yang dihadapi oleh masyarakat Cina di Sarawak, Abang Johari berkata beliau mempunyai hubungan rapat dengan rakan SUPP dalam barisan kabinet negeri.

"Tidak timbul persoalan mengenai diskriminasi kaum selama 30 tahun saya dalam politik dan sehingga hari ini, saya melawat kawasan ini (Jalan Sekama), yang secara praktikalnya kawasan Cina dan mereka memberikan pertolongan kepada orang Melayu," katanya merujuk kepada majlis itu.

Pada Isnin, Presiden SUPP Tan Sri Dr George Chan menolak khabar-kahabar angin bahawa SUPP akan meninggalkan BN dengan menyatakan bahawa SUPP, yang merupakan rakan PBB sejak 1970an, sentiasa bersama BN sepanjang masa "kecuali sesuatu perkara berlaku."

Bagaimanapun, beberapa penyokong PBB menyatakan bahawa adalah tidak bijak dan suatu perkara yang tidak baik bagi SUPP untuk membayangkan bahawa ia mahu meninggalkan BN, kerana ia menandakan bahawa gabungan BN negeri merupakan penyebab masalah.

mukapetang: SUPP harus sedar PRU nanti tidak boleh lagi di anggap remeh seperti yang berlaku di PRK Sibu.  Mereka hendaklah bersedia dan bekerja dengan lebih gigih lagi dari DAP untuk mengekalkan kerusi masing-masing di peringkat ADUN! 

08 September 2010

Taib Nampak Sentiasa Bersedia Terajui BN Sarawak ke arah Kemenangan!!!

Oleh Alan Ting

KUALA LUMPUR, 7 Sept (Bernama) -- KetuaMenteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud kelihatan sudah bersiap sedia untukmenerajui Barisan Nasional (BN) Sarawak menghadapi pilihan raya negeri,walaupun beliau sebelum ini mengeluarkan kenyataan bahawa beliau mungkin akanberundur apabila tiba masanya. 

Pendapat ramai di Sarawak ketika ini ialah beliau sememangnya pemimpin untukSarawak ketika ini.  


Seorang penulis terkenal Amerika Denis Waitley pernah berkata: Ada dua pilihanutama dalam kehidupan, iaitu untuk menerima keadaan mengikut seadanya, ataumengambil tanggungjawab untuk mengubahnya. 


Nampaknya anggota Parti PesakaBumiputera Bersatu (PBB) tidak mahu menggoncang kestabilan, kerana merekaberpendapat hanya beliau sahaja yang mampu mengekalkan perpaduan di kalanganpemimpin-pemimpin parti komponen dalam BN Sarawak. 

Kriteria itu merupakan perkara pentinguntuk menerajui negeri dan mesej ini jelas disuarakan oleh mesyuarat MajlisTertinggi PBB di Kuching Ahad lepas, sekaligus menggambarkan kedudukan kukuhTaib dalam parti. 

Menurut satu sumber parti,pemimpin-pemimpin penting PBB bimbang sekiranya Taib yang menjadi Ketua MenteriSarawak sejak 1981 mengundurkan diri sebelum pilihan raya negeri, ia mungkinmenggugat kestabilan parti dan juga BN Sarawak. 

"Ramai di kalangan anggota BNSarawak bimbang sekiranya Taib tidak cukup mantap untuk menerajui pilihan raya.Apa sahaja pendapat anda tentangnya, dia mempunyai kepimpinan uang kukuh bagimemastikan segalanya berjalan lancar semasa pilihan raya, dan jentera pilihanraya bersatu di bawah satu pentadbiran," katanya. 

"Sekiranya Taib mengambil keputusanuntuk berundur sekarang, bagaimana penggantinya dapat mengekalkan perpaduandalam parti, terutama dalam menangani isu-isu seperti calon berpotensi danpermainan politik dalaman yang akan memberi kesan terhadap jentera semasatempoh berkempen?" tambahnya. 

Beliau berkata sebarang keputusanterlalu awal di pihak Taib untuk berundur ketika ini pastinya akan menggugatkestabilan parti. 
Keadaan ini secara tidak langsungmemberi penjelasan kepada tindakan timbalan presiden parti PBB Tan Sri AlfredJabu yang mengumumkan bahawa 71 cawangan PBB menyuarakan ikrar taat setiakepada Taib untuk terus memimpin sebagai Ketua Menteri, Pengerusi BN Negeri danPresiden PBB.

Katanya kepimpinan Taib amat penting dan diperlukan bagi mengekal kestabilanpolitik Sarawak, keamanan, keharmonian serta perpaduan yang tidak tergugat, dankerajaan negeri memerlukan Taib untuk mengekalkan disiplin bagi memastikankerjasama kukuh antara parti-parti komponen BN Sarawak, di samping menjanjikanprestasi yang cemerlang dan berintegriti dalam BN. 
Satu lagi sumber dalaman parti berkataTaib sendiri memberi taklimat kepada anggota Majlis Tertinggi Ahad lepasmengenai rancangan bagi menggantikan tempatnya dan memberi penjelasan mengenaikontroversi yang timbul ekoran kenyataan beliau sebelum ini menegnaikesanggupannya untuk berundur. 

Tidak ada anggota Majlis Tertinggi yangsanggup memberi komen mengenai rancangan itu kecuali berkata mereka memberisokongan penuh kepada Taib untuk terus menerajui negeri dan parti. 

Antara yang dilihat berpotensi menjadi pengganti Taib ketika ini selain Jabuialah Timbalan Presiden II Datuk Seri Abang Johari Tun Abang Openg, dan NaibPresiden kanan 1 Datuk Seri Awang Tengah Ali Hassan. 

Bagaimanapun masih ada kemungkinan lainyang tidak boleh diketepikan.
Contohnya Anggota Dewan Undangan Negeri Tanjung Datu yang baru dilantik sebagaipenasihat khas kepada pejabat Ketua Menteri yang bertanggungjawab kepada halehwal awam pada 2 April lepas yang memberikan beliau setaraf dengan menteri,Datuk Seri Adenan Satem. 

Pelantikan bekas Menteri Sumber Aslidan Alam Sekitar itu sebagai penasihat khas kepada Taib turut mencetuskancakap-cakap politik dalam arena politik negeri. 

Adenan sebelum ini pernah disebut-sebutuntuk menggantikan Taib, namun beliau dikatakan tidak sefahaman dengan KetuaMenteri pada tahun 2006, dan sejak itu beliau 'menghilangkan diri' buatseketika. 

Sebelum ini ada beberapa pemimpin PBB yang dikatakan berpotensi untuk mengambilalih teraju kepimpinan, antaranya termasuk Allahyarham Tan Sri Dr SulaimanDaud, Datuk Seri Effendi Norwawi, Datuk Bujang Ulis dan Datuk Abang Abu BakarMustapha, bagaimanapun ia tidak menjadi kenyataan.
Pada tahun 2006, Taib memberi petunjukbahawa beliau akan kekal sebagai Ketua Menteri untuk penggal semasa yang akanberakhir Jun tahun depan. 
Bagaimanapun bagi pilihan rayaberikutnya, ketika ini nampaknya Taib akan terus menjadi kata pemutus kepadakepimpinan negeri.  

mukapetang: Lega! Berkat kepimpinan Taib nescaya BN tetap akan berkubu di Sarawak.  Selagi nyawa dikandung badan selagi itulah Taib akan berbakti kepada Sarawak!!!!

21 Ogos 2010

SUPP Cari Helah untuk keluar BN sebelum kalah di PRU-13















Khamis, 19 Aug 2010

Kuching: -Sarawak digegarkan dengan khabar angin bahawa Sarawak United People's Party (SUPP) akan menarik diri daripada parti komponen Barisan Nasional (BN).


Beberapa surat khabar Cina di sini telah membuat spekulasi setelah Setiausaha Agung SUPP Sim Kheng Hui gagal untuk menolak atau mengesahkan desas-desus bahawa mereka akan menarik diri dari koalisi BN.

Perkara ini berkisar daripada pertemuan sulit di antara exco SUPP dan wakil terpilih di Kuala Lumpur.


Pihak SUPP telah mengatur pertemuan sulit dengan Perdana Menteri sendiri kononmya meminta bantuan untuk menyelesaikan masalah yang mempengaruhi parti, salah satunya di antaranya ialah mengenai pihak dan masyarakat Cina semakin diabaikan, ditindas atau terpinggir dan ianya dipercayai dilakukan oleh kerajaan pimpinan Ketua Menteri sekarang.



Namun para pemimpin SUPP gagal bertemu dengan Perdana Menter dan mereka begitu berharap akan dapat mengatur lagi pertemuan yang lain kelak.

Hal ini telah difahamkan bahawa selama pertemuan di KL semua yang hadir yang merupakan para pemimpin, termasuk menteri dan timbalan menteri dan pembantu mereka telah diminta untuk menandatangani suatu usaha untuk "tenggelam dan berenang" bersama-sama dengan parti dan patuh dengan apa jua keputusan pucuk kepemimpinan parti masa kini.




Beberapa orang daripada mereka, termasuk seorang menteri, telah menolak daripada menandatangani perjanjian ini dan telah jelas membuktikan pemerhati politik untuk membuat kesimpulan bahawa parti tertua di Sarawak sedang menghadapi perpecahan besar menjelang PRU-13 kelak.

"Ini adalah krisis terburuk bagi sebuah parti yang sudah menjangkau usia 50 tahun ini," kata salah seorang daripada pemimpin parti yang hadir pada pertemuan itu. Isyarat yang telah dinantikan oleh ahli parti.

Sementara itu, pemimpin akar umbi dan ahli-ahli SUPP sudah teruja untuk mula menarik diri dari BN

Kebanyakan telah pun memberi isyarat kepada pimpinan parti dan mendesak mereka untuk menarik diri dari BN peringkat negeri, tetapi kekal dalam BN di peringkat parlimen untuk mempertahankan status quo di peringkat persekutuan.

"Kami mempunyai preseden untuk diikuti," kata mereka, merujuk disekitar tahun 1987 ketika Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) telah menunjukkan mereka berjaya menjadi anggota koalisi persekutuan, manakala menjadi pihak pembangkang di peringkat negeri.

"SUPP diibaratkan seperti harimau rongak di peringkat negeri," kata mereka. Ini menunjukkan bahawa prestasi mereka dijangkakan agak buruk dalam pilihan raya negeri kelak dan sekiranya pemimpin mereka tidak membendung sikap negatif ahli mereka lebih awal maka ini akan menjadi masalah antara parti dan pucuk pimpinan Pehin Sri.

SUPP menyatakan kegagalan pada tahun 2006 pilihan raya negeri - di mana ia kehilangan lapan kerusi dan baru-baru ini kehilangan Sibu pada pilihanraya bulan Mei tahun ini - disebabkan oleh Pehin Sri Taib.


Dalam rangka untuk memenangi kembali sokongan Cina katanya, SUPP ingin diberi kuasa "penuh" untuk memberikan bantuan kepada orang Cina dalam hal peluang perniagaan, pendidikan China, biasiswa dan juga tempat di universiti.

Setakat ini Ketua Menteri belum memberi riaksi di atas tuntutan yang dibuat oleh SUPP.

SUPP bergabung dengan kerajaan campuran di bawah mantan Ketua Menteri Tun Rahman yang juga merupakan bapa saudara kepada Ketua Menteri sekarang ini, pada sekitar tahun 1970.



MP: Jelas sekali pihak SUPP ingin memfitnah Pehin Sri kerana mereka mengetahui kawasan mereka dijangka akan menghadapi vote swing paling tinggi pada PRU-13 kelak namun mereka cuma bertelingkah sesama sendiri dan ada juga antara mereka telah gulung tikar kerana kekeringan idea untuk mempertahankan kawasan mereka hinggalah mencari alasan untuk keluar dari gabungan BN. Sebagai wakil rakyat, jiwailah rakyat dan ingatlah "Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau kena makan!!" Perihatinla kepada suara rungutan mereka sebab mereka berhak didengar.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...